29.11.11

Pelaburan Akhirat - "Sampaikanlah,Walau Hanya Satu Ayat".

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. [6:151]

Sengaja saya kongsikan Petikan Terjemahan Ayat Al-Quran di atas,sebagai pembuka bicara.

Kenapa?

Sabda Rasulullah SAW : “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” [Bukhari]

The Prophet SAW used to tell his Companions to do : "Convey (knowledge) from me even if it is just one aayah" [Bukhari].

Dan,

The Prophet SAW said : "Whoever calls people to the truth will have a reward like that of those follow him,without it detracting in the least from their reward". [Muslim]

Apa yang saya cuba hendak kongsikan di sini?

Senang sahaja.Sampaikanlah Ilmu tentang Islam,walaupun ianya hanya satu ayat.Ini kerana,mungkin satu Ayat (Al-Quran/As-Sunnah) yang kita sampaikan itu,mampu membuka pintu hati manusia ke jalan Allah SWT.Jangan sesekali memandang kecil suatu perkara baik yang mahu kita lakukan.

Jika seseorang itu tersentuh hati mendengar apa yang kita sampaikan kepada mereka,kita juga akan mendapat manfaatnya,insya-Allah.

Yang penting,lakukan kerana Allah SWT,mencari redha-Nya.Dan pastikan juga Ilmu yang disampai itu adalah Sahih.Itulah pentingnya untuk kita sentiasa memenuhkan dada kita dengan Ilmu.

Jangan akibat terlalu 'ghairah' hendak bergelar 'Pendakwah',kita meninggalkan tanggungjawab mencari Ilmu.Akibatnya,kita menyebarkan Hadis Palsu,sebagai contoh.

Astaghfirullahalazim.Kepada Para Pembaca,andai kata ada Penulisan saya di Pena Maya yang anda dapati mengandungi Ayat yang mencurigakan,sila maklumkan kepada saya untuk diperbetul.Al-maklumlah,saya ini manusia biasa.Bimbang terlepas pandang.Kadang-kadang,sudah check banyak kali,still ada silap.Bukti kuat yang menunjukkan bahawa kita ini manusia sememangnya lemah.

Berbalik kepada tanggungjawab berdakwah di atas tadi.

Kita juga kena ingat.Tanggungjawab kita hanya menyampaikan.Allah jugalah yang akhirnya memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Tapi kita mesti berusaha.Okay?

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [3:104]

Dan sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat,kita mesti sentiasa memenuhkan Diari Harian kita dengan kebaikan.Renunglah Terjemahan Ayat-Ayat Al-Quran di bawah ini,

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,

"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik) [26:88-89]

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [99:7-8]

Alangkah ruginya kita,andai tidak melakukan kebaikan di dunia ini.Alangkah ruginya,andai mensia-siakan umur yang dikurniakan kerana tidak mencari redha-Nya.

Itu sahaja coretan ringkas untuk hari ini.

Dan sekali lagi diulang - jika ada salah silap - minta dimaaf dan dibetulkan.

Penulis - manusia biasa,hamba Allah yang sedang merubah diri.

Saya mendoakan agar anda semua Para Pembaca dikurniakan Petunjuk dan Hidayah-Nya,dan diberikan kefahaman yang betul dari apa yang dibaca anda melalui Penulisan ini.Amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Doakan semoga urusan Akademik Penulis dipermudah.Kongsikan mana-mana Penulisan dalam Blog ini bersama Umat Islam yang lain.Kita mesti mempertingkatkan usaha.Sentiasa cari Ilmu.

P/P/S : Saya hendak menulis tentang Kisah Pemungut Sampah sebenarnya tadi.Tapi entah macam mana,dengan izin Allah,saya tertukar topik semasa menulis.

P/P/P/S : Jika nampak ada orang susah,dan anda ada duit,bantulah mereka.Approach mereka dan hulurkan sedikit sumbangan.Jangan bertangguh dalam melakukan kebaikan.Lakukan kerana Allah,mencari keredhaan-Nya.



7 comments:

  1. ringkas.padat.

    tadi,penulis ada mengeluarkan dalil :


    Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [3:104]

    saya ada satu persoalan,

    apa pendapat penulis tentang 'puak' ataupun 'ummah' yang disebut oleh Allah dalam ayat Al-Imran ini?

    adakah ia sekumpulan or camna?
    saya agak musykil dengan perkara ini kerana ada banyak pendapat.

    antara yang saya pernah dengar ialah jemaah.
    means,kita wajib join jemaah.

    penulis ada join mana2 jemaah x?
    n how about ur opinion n references about this?

    ReplyDelete
  2. @nuruddin azri
    assalamualaikum.

    pertama sekali,kena ingat,saya bukan Ustaz/Ilmuwan Bidang Agama.Saya sekadar berkongsikan Ayat Al-Quran..

    Kedua,tips saya dalam memahami sesetengah ayat al-quran,saya tengok banyak terjemahan kalau terjemahan yang saya baca sukar difahami..

    ni terjemahan ayat di atas dalam bahasa inggeris

    "104. Let there arise out of you a group of people inviting to all that is good (Islâm), enjoining Al-Ma'rûf (i.e. Islâmic Monotheism and all that Islâm orders one to do) and forbidding Al-Munkar (polytheism and disbelief and all that Islâm has forbidden). And it is they who are the successful." [3:104]

    apa yang saya faham,maksudnya kena ada sntiasa orang yang menyeru kepada perbuatan baik.itu apa yang saya faham,sekali lagi saya ulang,kita tidak boleh buat kesimpulan sendiri tentang ayat al-quran hadis kalau kita tak faham.perlu rujuk kepada yang pakar...

    dan nasihat saya : jangan terlalu pening dengan istilah2 itu..itu mungkin isu translation.. sebab bahasa Arab Al-Quran ini kompleks.so ,kalau tak faham tanya pakar..
    tapi apa yang saya faham,perlu ada yang berdakwah.

    tentang jemaah :
    saya tak pernah dgr tentang tu.tapi apa yang saya tau,dan yang saya faham,selagi seseorang tu berpegang dgn kalimah syahadah,al-quran ,as-sunnah berdasarkan kefahaman Para Sahabat, mereka Jemaah yang sama dengan kita..saya kurang suka melabel Umat Islam dengan gelaran tertentu.tapi itu pandangan peribadi saya.sekali lagi saya ulang,pendapat ini mungkin salah.saya masih belajar.

    dan ya, tentang join 'jemaah' (pergerakan) - saya tak pernah dgr.tapi saya rasa kurang tepat.kalau orang tu berada di luar negara,dan di tempatnya tak ramai orang islam,nak carik pergerakan kat mane?

    kesimpulan yang saya faham : berdakwah la di mana-mana kita berada.peribadi yang baik tu
    pon dakwah.

    kalau 'jemaah' yang anda maksudkan tu pertubuhan - tak.saya tak join.saya suka menganggap diri saya umat Islam .semua pertubuhan dan umat Islam yang memperjuangkan Islam - mereka Jemaah saya.

    tu je.

    maaf kalau terkasar.Assalamualaikum dan Selamat Beramal.Sentiasalah mencari Ilmu.Jangan terkeliru dengan Istilah.Rujuk kepada yang pakar jika tidak faham.Dan jangan berkecil hati dalam mencari Ilmu.kalau saya ada salah silap dalam komen ni,sila betulkan.

    ReplyDelete
  3. btw niat saya membalas komen bukan nak marah/kritik anda,walaupun kelihatan agak kasar.tapi saya memberitahu anda apa yang saya faham.jangan berkecil hati ye ?sebab penulisan ni kadang2 boleh disalah faham nada nya.

    semoga kita semua diberi petunjuk dan kefahaman oleh-Nya.amin

    ReplyDelete
  4. ok.syukran atas pandangan.

    everyone has their own perspectives and views.
    in my opinion,when in abroad,we can find group by joining club or any party that strive for Islam and make Islam as their own intention.

    anyway,my past question,

    how to change the blogger picture on our tab of blog to our own picture?
    like you do on your blog tab?
    i mean at the top of your blog...the attire one~~~

    ReplyDelete
  5. :) tgok setting,template ada button favicon..

    ReplyDelete
  6. Kita ada satu ilmu maka sampaikan. Tabii ilmu ni kalau dipendam ia lupa & hilang dari dada. Kalau disampai2kan ia akan berkembang, insyaAllah. Tugas kita sampai2kan walau dgn apa cara pun. Maknanya setiap kita punyai tanggungjawab menyebar risalah Islam dan berdakwah mengajak kpd kebenaran. Bukan tugas itu jatuh kpd para ustaz atau daie semata. Kita sebagai orang awam pun kena berdakwah.

    Kalau berpeluang join jamaah, lagi elok, lagi kuat. Ibarat lidi kalau satu je mudah dipatah2kan, tapi kalau seikat jenuh nak mematahkannya, maknanya berjamaah ni lagi kuat dan utuh. Begitu juga dgn solat berjamaah sangat dituntut untuk kesatuan ummah & kekuatan diri.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.Assalamualaikum SOT.

    Terima kasih berkongsikan pendapat .Semoga dirahmati Allah SWT.Amat bermakna komen ini..

    Saudara @nuruddin juga diharap dapat memanfaatkan komen dari @SOT ini.

    ReplyDelete