9.11.11

Penukaran Gambar Rasmi (Avatar) Pena Maya - Langkah Perlu Diperkemas.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya secara peribadi,sukakan sesuatu yang official dan established.Itulah sebabnya kenapa walaupun blog Pena Maya ini boleh dikatakan sebagai blog yang kecil,saya tetap mengusahakannya dengan penuh official.

Part di atas,jika tidak faham,abaikan sahaja.

Jika anda perasan,sejak dari April 2010,saya menggunakan gambar di bawah ini sebagai Gambar Rasmi Pena Maya (Avatar Pena Maya).


Gambar ini diambil sekitar tahun 2010 semasa saya di dalam perjalanan pulang ke rumah dari kampus.Gambar yang memaparkan sebuah basikal yang sedang dikayuh oleh seorang manusia yang tidak kelihatan mukanya.Dan jika anda perhatikan lagi di dalam gambar ini,ada beberapa orang manusia lain yang tidak kelihatan muka sedang berjalan kaki menuju arah yang bertentangan dengan arah yang dituju oleh Penunggang Basikal ini.

Apakah maksud gambar ini sebenarnya?

Senang sahaja.

Penunggang Basikal itu adalah 'Pena Maya'.Tidak dimasukkan wajah orang yang menunggang itu di dalam gambar untuk menunjukkan bahawa Pena Maya bukanlah tentang 'Penulis'.Sebaliknya,ia tentang 'Kewajiban Menyampaikan Kebenaran'.Kerana perjuangan ini bukan berkisar tentang diri Penulis.Ini bukanlah perjuangan untuk kepentingan Peribadi Penulis.Hence,tiada wajah yang dimasukkan.Dan itulah antara sebab lain kenapa Penulis jarang memasukkan tentang Perihal dirinya di blog ini.Kerana ini bukanlah tentang dirinya.

Dan apakah pula simbolik yang hendak cuba disampaikan oleh metafora Pejalan-Pejalan Kaki itu?

Ini juga senang untuk dijawab.

Pejalan-Pejalan Kaki itu melambangkan Dunia.Dalam usaha menyampaikan kebenaran,pasti banyak rintangan yang perlu ditempuhi.Perjuangan menyatakan kebenaran bukanlah seperti memasukkan Sup Bunjut ke dalam Sup.Sebaliknya,ia adalah suatu perjuangan yang sukar.Oleh sebab itulah,'Pena Maya' atau dalam konteks ini 'Pejuang-Pejuang Kebenaran' perlu gagah dalam meneruskan kayuhan basikalnya.Perlu sentiasa optimis dalam menyebarkan kebenaran ini walaupun kita terpaksa bergerak menentang arus.Ini kerana,pada zaman yang penuh fitnah ini,majoriti tidak semestinya betul.

Dan ingat,

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

"Kelak pada akhir zaman akan sampai satu masa di mana orang yang sabar (dalam menjalankan tugas amar makruf nahi mungkar) seperti menggenggam bara api,manakala orang yang masih terus berjuang dan bekerja (ke arah memperbaiki manusia),maka ganjarannya adalah seperti 50 orang lelaki yang beramal seperti amalan mereka.Baginda SAW ditanya : "Wahai Rasulullah,apa maksud kamu 50 lelaki di kalangan mereka?Jawab Baginda : "50 lelaki di kalangan kamu (Para Sahabat)." [Hadis Riwayat Abu Daud,Ibn Majah dan Al-Tirmizi]

Menurut Imam Ibn Abdil Bar :

"Hadis ini menunjukkan kemampuan manusia pada akhir zaman selepas zaman sahabat untuk memperolehi kedudukan sebahagian daripada sahabat atau menjadi lebih afdal daripada sebahagiannya."

Menurut Imam Izzudin Abdul Salam pula : "Perkara ini dibina atas dua kaedah : Pertama,setiap amalan soleh akan pasti melahirkan hasil yang baik untuk si pelaku.Keduanya,orang yang mampu melaksanakan Islam pada akhir zaman walaupun nampak pelik dan ganjil,maka pelik dan ganjilnya itu adalah seperti pada zaman awal Islam (justeru mereka berhak mendapat kebaikan yang sama dengan para sahabat pada zaman awal Islam)." [Rujuk Tuhfatul Ahwazi,karya Al-Mubarakfuri,jilid 8,ms 57]

Itu cerita Gambar Avatar lama Pena Maya.

Oleh kerana Gambar itu telah agak lama,saya dengan sukacita ingin menukar Gambar Rasmi Pena Maya yang lama itu dengan yang baru.

Motifnya?

Salah satu di antaranya adalah : Untuk menaikkan kembali momentum diri yang kurang konsisten.Untuk mengingatkan diri bahawa ini bukan Perjuangan untuk 'Dunia'.Sebaliknya,ini perjuangan untuk mencari 'redha-Nya'.

Dengan ini,mempersembahkan Gambar Avatar terbaru Pena Maya!


Jika gambar yang lama di atas bernama 'Tua',gambar terbaru ini dinamakan oleh Penulis dengan nama 'Bukan Peribadi'.

Gambar yang menunjukkan sepasang Uniform.Uniform apa?Itu bukan persoalannya.Tapi,motif di sebalik Gambar itu yang hendak dikongsikan.

Jika menyebut tentang Uniform,pasti perkataan 'kekemasan' yang akan muncul di dalam minda kita.

Dan seringkali perkataan 'kekemasan' ini membawa kita kepada Orang Yang Cemerlang.Kenapa?Orang yang 'Cemerlang' adalah orang yang 'Kemas'.Kemas dalam kerjanya,kemas dalam perbuatannya,kemas dalam percakapannya etc etc.Pendek kata,Beliau seorang yang kemas.

Jadi,sedikit sebanyak,gambar ini diharap dapat memberi Pengajaran kepada Penulis yang menulis agar 'sentiasa kemas dalam perjuangan menyebarkan kebenaran ini'.Agar usaha dipertingkat,ilmu dicari dan seterusnya kekemasan ini dibawa ke dalam dunia realiti agar perjuangan ini tidak sekadar terhenti di Alam Maya.

Kemas.Itu kata kuncinya.Untuk menarik orang kepada Islam,kita perlu bergerak dengan 'kemas' lagi 'terapi'.Ilmu mesti dimantapkan.Akhlak mesti diperbetulkan.Ikutilah Peribadi Rasulullah SAW.

Dan still,tiada wajah yang dipaparkan dalam Avatar baru ini.Kenapa?Sebab yang sama seperti di atas - ini bukan Perjuangan Peribadi.Ini bukan Blog tentang diri Penulis.Itulah salah satu sebabnya,dituliskan di Biodata Twitter Pena Maya - 'Googlekan Pena Maya'.Bukannya 'Googlekan Penulis'.

Apa-apapun,gambar sudah ditukar.Langkah mesti diterus.Tulisan mesti diperkemas.Amal mesti ditambah.Dan yang paling penting,niat mesti kerana Allah SWT,untuk mencari keredhaan-Nya.

Dengan itu,Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Ada kalanya,untuk memastikan diri sentiasa terinspirasi,kita perlu melakukan 'penukaran sisi pandangan'.Jangan hanya melihat dari satu POV.

P/P/S : Adik-adik di sekolah,contohilah usaha ini.Buatlah sesuatu yang 'big'.Kalau ada blog,tulis sesuatu yang bermanfaat.Bukan tulis 'Hari ini saya makan Nasi Ayam yang kurang sedap'.Carilah Ilmu.Sejarah membuktikan,orang yang berjaya terdiri daripada mereka-mereka yang biasa,tapi melakukan usaha yang luar biasa extravaganza.

P/P/P/S : Giveaway November akan diadakan dalam masa terdekat.Siapa mahu buku percuma?

P/P/P/P/S : Semoga Allah SWT Meredhai usaha kecil ini.Amin.



2 comments: