18.11.11

Penulisan Yang Mesti Dibaca Oleh Kita-Kita Yang Menjadikan 'Mengumpat,Mencaci,Memaki Hamun' Sebagai Hobi Kegemaran Di Masa Lapang.Manusia,Takutlah Allah!

Prenote I : Artikel ini mungkin tidak sesuai diview dari Platform Mobile.

Prenote II : Oleh kerana Penulisan ini banyak mengandungi Perkataan English,ini ada link untuk Google Translate untuk anda yang kurang fasih Bahasa Inggeris.Jangan malas dalam mencari Ilmu.Kita juga yang rugi.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). [24:19]

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. [49:12]

*** *** ***

Dalam Penulisan ini,banyak yang hendak dikongsi.Harap anda dapat baca sehingga habis.Untuk kebaikan dan manfaat kita juga.

Hipokrit/Munafik - siapakah mereka?

The Prophet SAW said :

"There are four features,whoever has all of them is a true hypocrite and whoever has one of them has one of the qualities of a hypocrite until he gives it up : when he is trusted,he is unfaithful;when he speaks he tells lies;when he makes a promise,he proves treacherous;and when he disputes,he resorts to slander." [Bukhari and Muslim]

Dan apakah yang bakal terjadi kepada Munafik di Akhirat kelak?

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka. [4:145]

Astaghfirullahalazim.

*** *** ***

Cakap - semua orang boleh bercakap.Tapi tidak ramai yang melakukan apa yang dicakapnya.

Astaghfirullahalazim.

*** *** ***

Saya masih lagi dalam Proses menghabiskan Pembacaan buku 'The Ideal Muslim'.

Sebenarnya,saya sudah pernah baca buku itu sebelum ini,tapi sengaja saya ulangnya kembali.Ini kerana buku ini pada saya amat bermanfaat untuk dibaca.Alhamdulillah.

Oleh kerana manfaat yang banyak didapati saya inilah,saya berkeputusan untuk kongsikan ia dalam senarai buku Giveaway Pena Maya Edisi Oktober dan November 2011.

Buat anda-anda yang tidak berkesempatan menyertai Giveaway,atau menyertainya tapi tidak mendapat buku itu,jangan bimbang.Anda still boleh belinya di MphOnline.Com.Caranya?Boleh e-mail saya di pospenamaya@gmail.com jika anda mahu tahu.Saya akan bantu anda (kalau saya ada masa lapang,insya-Allah).

*** *** ***

Masya-Allah.Alhamdulillah.Saya baru tahu bahawa buku ini berada dalam Library Google Books.Jadi buat anda yang masih tidak berkesempatan membaca buku ini,boleh baca buku ini di link ini.

Sukacita saya embedkan juga buku ini di sini untuk anda baca (saya embedkan Chapter 'The True Muslim is Not Envious).


*** *** ***

Sekarang ini jika kita lihat,ramai orang yang suka berlagak pandai.

Dalam kata lain,bongkak.Ya,mungkin kita pandai.Tapi itu tidak bermaksud kita perlu bongkak.Dalam Internet pada hari ini,jika kita lihat video-video Youtube misal kata,banyak pergaduhan berlaku antara Sarjana-Sarjana Internet ini.

Masing-masing menulis essay panjang di bahagian komen untuk menegakkan ego masing-masing.

Apakah ini semua membawa manfaat?Pada saya ini semua tidak lain tidak bukan hanya memuaskan nafsu keangkuhan Pengkomen itu semata.

Jadi,kepada kita semua,mulai hari ini,apa kata kita kurangkan berkata-kata 'retorik',tapi sebaliknya mari mula mengamalkan apa yang dikata/dicoret.

Atau sekurang-kurangnya,kita cuba untuk mengamalkannya.

*** *** ***

Islam itu hakikatnya adalah suatu yang indah dikurniakan kepada umat manusia oleh Allah SWT dan disampaikan kepada kita melalui Rasulullah SAW.

Tapi,indahnya Islam itu seringkali terhadang oleh perbuatan Muslim itu sendiri.

Islam berpotensi menghilangkan sifat dengki/busuk hati/racist seorang manusia kepada seorang manusia yang lain.

Islam juga mengeratkan Silaturahim etc etc.Ini semua kita tahu.

Tapi,apakah kita laksanakan Islam seperti yang diperintahkan Allah?

Cuba kalau kita semua cuba mengamalkan Islam dengan bersungguh-sungguh,masya-Allah.Indah.

Cuba kalau setiap dari kita bersolat Jemaah di Masjid untuk setiap waktu.Nescaya,gementar dan takutlah musuh-musuh Islam melihatkan perpaduan umat Islam ini.

Tapi?

Jangan asyik bertapi.

Ini bukan Artikel untuk melemahkan semangat.Sebaliknya ini Artikel yang mahu menaikkan semangat dan memberi motivasi kepada umat Islam (insya-Allah).

Jadi,kepada Para Saudara-Saudari Muslim sekalian,mari kita cuba mengamalkan Islam dalam kehidupan dengan menjadi Muslim yang baik.

Contoh : Elakkan mencarut,elakkan memaki hamun,banyakkan bersabar,tidak talam-dua-muka,rajin dalam berbuat suatu kebaikan,amanah,menjaga mata etc etc.

Senarai yang panjang,dan kelihatan mudah,tapi apakah kita amalkannya?

Marilah bersama-sama kita mengubah diri.

Kurangkan retorik falsafah,banyakkan amal.

Kalau tiada Ilmu,belajarlah untuk cakap tidak tahu.Dan carilah Ilmu.Jangan Ego.

*** *** ***

Dalam Internet hari ini,atau dalam kehidupan sebenar,ada sesetengah dari kita (termasuklah kita sendiri pada masa tertentu) amat lantang mengumpat orang.

Tahukah kita kesalahan mengumpat ini amat besar.

Astaghfirullahalazim.

Tidak percaya?

Saya kongsikan beberapa Hadis/Terjemahan Ayat Al-Quran untuk kita sama-sama renungkan.

Diambil dari buku The Ideal Muslim,Chapter "He does not cheat,deceive or stab in the back" :

"The Prophet SAW severely condemned cheats,swindlers and traitors,but it was not enough to denounce them and exclude them from the Muslim community in this world;he went on to announce that on the Day of Resurrection,every traitor would be raised carrying the flag of his betrayal and a caller will cry out in the vast arena of judgement,pointing to him and drawing attention to him :

"Every traitor will have a banner on the Day of Resurrection,and it will be said,'This is the betrayer of so-and-so.'" [Bukhari and Muslim]

How great will be the shame of those traitors who thought that their betrayal was long since forgotten,and now here it is,spread out for all to see and carried aloft on banners held by their own hands.

(Maaf tidak dapat translatekan dalam Bahasa Melayu - kesuntukan masa.Jika tidak faham,boleh tanya kepada yang Pakar.)

The Prophet SAW said : The signs of a hypocrite are three : when he speaks,he lies;when he makes a promise,he breaks it;and when he is entrusted with something,he betrays the trust." [Bukhari and Muslim]

According to a report given by Muslim,he (SAW) added :

"Even if he fasts,prays,and thinks that he is a Muslim."

The Prophet SAW said :

"Bad language and vile talk have nothing whatsoever to do with Islam.The best of people in Islam are those who have the best attitude (towards others)." [At-Tabaraani,Ahmad and Abu Ya'la;its men are thiqaat]

The Prophet (SAW) said :

"The most beloved to me and the closest to me on the Day of Resurrection will be those of you who have the best attitudes.And the most hateful to me and the furthest from me on the Day of Resurrection will be the prattlers and boasters and al-mutafayhiqoon." The Sahaabah said, "O' Messenger of Allah,we understand wo the prattlers and boasters are,but who are al-mutafayhiqoon?" He said,"The proud and the arrogant." [Tirmidhi,who said it is hasan hadith]

'Ali ibn Abi Taalib RA said :

"The one who says something scandalous and the one who passes it on are equally sinful." [Bukhari : Al-Adab al-Mufrad]

*** *** ***

Masih mahu mengumpat?Masih mahu memaki hamun?Masih mahu bongkak dan angkuh?

Sama-samalah kita mencari Ilmu dan mengamalkan Islam yang sebenar.

Mohonlah kekuatan dari Allah SWT.

Banyakkan istighfar.

Ingat,akhlak yang baik mampu menyentuh hati manusia.

Itu sahaja untuk kali ini.

Maaf penyampaian yang agak bercelaru.

Semoga mendapat pengajaran.Memang mengumpat itu sedap,tapi mahukah kita menjadi 'muflis'?

Astaghfirullahalazim.Beristighfarlah.

Internet - boleh menjadi Sumber Amal Pelaburan Akhirat.Boleh juga menjadi Periuk kita mengumpul 'dosa'.


Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Get off your high horse,brah.

P/P/S : Peringatan untuk diri sendiri terutamanya.Dan oh ya,kalau ada salah silap,terkasar bahasa,maklumat yang salah,kefahaman songsang - maklumkan kepada saya.Dan saya mohon anda maafkan.Saya juga manusia biasa.



No comments:

Post a Comment