22.11.11

Random Rant Malam Ini : Kasih Sayang Ibu Bapa/Kepentingan Ilmu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Saya masih tiada kesempatan untuk menulis panjang.Agak sibuk sekarang.

Tapi,sekadar ingin mencoret ringkas,sesuai dengan sifat seorang Muslim Sejati yang sentiasa berusaha untuk memenuhkan diari hidupnya dengan perbuatan baik.

"Abu Moosa RA said :

"The Prophet SAW said : 'Every Muslim must give charity.' Someone asked,'What if he finds he has nothing with which to give charity?' He said, 'Let him work with his two hands and benefit himself and give charity (from his earnings).' Someone said, 'What if he cannot do that?' He said, ' Let him help one who is in desperate need'. Someone said, ''What if he is not able to do that?' He said, 'Let him refrain from doing evil,and that will be an act of charity.'" [Bukhari and Muslim]

Saya beritahu perkara ini bukan untuk riak.Tapi untuk kita sama-sama amalkan.

*** *** ***

By the way,semasa dalam perjalanan pulang ke bilik dari bilik seorang rakan tadi,saya terfikir satu soalan yang diajukan kepada diri sendiri,

"Bila kali terakhir kita mendoakan Ibu Bapa kita?".

Sedangkan kita tahu,doa seorang Anak yang Soleh itu amat berharga.

Persoalannya sekali lagi,bila?

Bila kali terakhir kita mendoakan Ibu Bapa kita - supaya diampunkan dosa mereka,supaya diberikan mereka petunjuk dan supaya dirahmati mereka oleh Allah SWT.

Bila?

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [66:6]

Ayat Al-Quran di atas sudah cukup untuk memberi kita semangat untuk terus berbuat baik dengan Ibu Bapa kita dan juga Ahli Keluarga kita yang lain.

*** *** ***

Sebagai seorang Islam,kita perlu sentiasa mencari Ilmu.Sentiasa.Dan sentiasa.

Dalam kehidupan Akhir Zaman yang penuh dengan kejahilan ini,tidak logik untuk kita bersantai-santai dalam melawan kejahilan.Kerana santai-santai ini dibimbangi membuatkan kita terkorban dalam Arus Kejahilan.

Hanya dengan memahami dan mengamalkan Islam kita boleh melawan kejahilan.Tapi Islam yang sebenar tidak dapat difahami jika Ilmu tiada di dalam dada.Jadi itulah pentingnya mencari Ilmu.Ini kerana,hanya dengan Ilmu,kita mampu memahami Islam (kebenaran sebenar).Wo.Ayat yang berbelit.

Dan jika ada Sahabat/Rakan/Saudara kita yang ingin berubah,kita perlu membantu mereka.Menasihati mereka.Memberi mereka inspirasi.Semua ini tidak dapat dilakukan jika kita sendiri tidak 'tahu' - atau dalam kata lain tiada Ilmu.

Berusahalah.

Dan ya,amalkan apa yang kita tahu dalam kehidupan.

Jika tidak,Ilmu itu ibarat Smartphone yang dibeli mahal - tapi hanya diguna untuk main Game.

Dalam kata lain,Ilmu yang tidak diamal - tidak berguna.

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Bertahajjudlah.Beristighfarlah.Teruskan mencari kebenaran.

Boleh baca Entri lama di dalam Blog ini dengan mengklik Arkib Pena Maya di bahagian kanan blog ini
.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


2 comments:

  1. knowledge without practices is such a tree without fruit and cloud without rain...arabic quotes...yes.knowledge is very pivotal in every age of year since our prophet get the guidance from malaikat..the first verse is iqro'.not other word.which means reading and searching for knowledge is compulsory.n every knowledge must be in the true n best knowledge.best comprehension.seriously we must hunt for the best understanding.

    ReplyDelete