11.11.11

Realiti Semasa : "Islamophobia - Apa Tindakan Kita Umat Islam Untuk Mengatasinya?Atau Mahu Terus Duduk Mendiamkan Diri?Fikirkanlah Wahai Yang Mengaku Beriman".

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya fikir pada mulanya hendak menulis Penulisan Giveaway pada malam ini.Tapi,apabila membuka Twitter beberapa minit yang lepas,saya melihat satu Status oleh satu Akaun yang saya follow :

YouTube removes ad attacking Keith Ellison for being a Muslim.

(Siapa Keith Ellison?Lakukanlah research.Saya mahu supaya Para Pembaca di sini menjadi Umat Islam yang bersifat ingin tahu dan mencari,bukan sekadar bersifat pasif dan menunggu Ilmu untuk disuap begitu sahaja)

Ada link yang dikongsikan Pemilik Akaun itu.Tapi,saya tidak mahu kongsikannya di sini.Untuk mengelakkan Pihak yang tidak dapat mengawal emosi daripada pergi ke Page itu dan meletakkan maki hamun di link itu.

Sedarkah anda,ini (memaki hamun bila orang buat something bad to us) bukan cara Umat Islam.Ini bukan sesuatu yang diajarkan Rasulullah SAW.

Ingat,'api tidak boleh dipadam dengan api','keburukan tidak boleh dilawan dengan keburukan'.

Sebaliknya,'api hanya boleh dipadam dengan air' dan 'dendam hanya dapat dihapus dengan kemaafan'.

Bukanlah bermaksud kita perlu bersikap lembik.Tidak dan tidak sama sekali.Sebaliknya,kita hanya menjadi manusia yang bersabar.Lembik dan bersabar adalah dua entiti yang berbeza.Sama juga kisahnya dengan memaki hamun dengan berani - juga dua entiti yang berbeza.

Renungkan Terjemahan Ayat Al-Quran di bawah ini :

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; [25:63]

And the servants of (Allah) Most Gracious are those who walk on the earth in humility, and when the ignorant address them, they say, "Peace!" [25:63]

Sebenarnya,jika anda seorang yang 'membuka mata anda',banyak salah faham dan kebencian yang berlaku terhadap Islam pada hari ini.

Dan kebanyakan kebencian ini dilahirkan oleh orang yang membenci tanpa difahami sebab dizahirkan perasaan kebencian itu.

Bukti kuat bahawa betapa perlu kita Umat Islam meningkatkan dakwah kita pada hari ini.

Dakwah - jangan sekadar beretorik.Sedarlah wahai Umat Islam.Tanggungjawab kita amat-amat besar pada hari ini.Janganlah kita hanya sekadar menganggap Islam itu sebagai sesuatu yang sekadar menyuruh kita mendengar satu Ceramah Agama,then balik rumah 'hidup' seperti biasa.

Islam bukan sekadar 'sebahagian' dari hidup kita.Sebaliknya,Islamlah hidup kita.Apakah itu Islam?Anda boleh baca di sini untuk maklumat lanjut.Tapi oleh kerana saya yakin tidak semua orang akan buka link itu,saya kongsikan Hadis yang ada dalam Penulisan itu di sini.

Daripada Saidina Umar RA,beliau berkata : Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari,tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih,berambut sangat hitam,yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya.

Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda SAW dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda SAW seraya berkata : Wahai Muhammad!Terangkan kepadaku tentang lslam.

Lalu Rasulullah SAW bersabda : lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah,(dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat,berpuasa di bulan Ramadhan,menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.

Lelaki tersebut berkata : Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya,dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman.

Baginda SAW bersabda : (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah,para MalaikatNya, kitab-kitabNya,para RasulNya,hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.

Lelaki itu berkata : Benarlah engkau.

Dia berkata lagi : Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan.

Baginda SAW bersabda : Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi : Terangkan kepadaku tentang Qiamat.

Baginda bersabda : Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Lelaki itu berkata : Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.

Baginda bersabda : (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam,tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu,lalu aku terdiam sebentar.

Kemudian Baginda SAW bertanya : Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?

Aku berkata : Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.

Baginda bersabda : Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu. [Hadis Riwayat al-lmam Muslim]

Sebenarnya,setiap Hadis/Ayat Al-Quran ini,jika anda hanya bacanya sepintas lalu tanpa sebarang 'refleksi',saya fikir anda rugi banyak perkara.

Itulah sebabnya saya menyeru anda semua supaya apabila setiap kali membaca suatu Ayat Al-Quran itu,kita reflect/renung ayat itu sedalam-dalamnya menggunakan mata hati kita.

Tapi,jika ayat itu sukar difahami,tanyalah kepada yang Pakar.Jangan buat kesimpulan sendiri jika tidak tahu.

Maksud saya di sini,jadilah seorang yang berfikir.

Lihatlah sekeliling anda.Dunia penuh penindasan,rogol berlaku di mana-mana,Wanita dianggap Simbol Seks etc etc.

Ini semua bukan retorik ucapan gegar dunia semata.Perkara ini sedang berlaku.Dan jika anda buka mata anda,dan anda mengkaji apakah itu Islam,pasti anda akan menjumpai kebenaran.

Anda pasti (dengan izin Allah SWT) mengakui bahawa Islamlah kebenaran.Islamlah satu-satunya jalan hidup yang diredhai Allah SWT.

Kenapa?

Contoh mudah.Hanya Islam sahaja yang dapat menjadikan seseorang itu mempunyai ikatan persaudaraan dengan seorang manusia yang baru dijumpainya tidak sampai lima minit.

Baiklah.Mungkin ayat di atas sukar difahami.

Begini.

Anda travel sorang-sorang.Let's say Egypt.Then anda pergi berhenti Sembahyang.Anda seorang Melayu.Then,bila anda Sembahyang Berjemaah,dan bersalam-salaman dengan Umat Islam di dalam Masjid di Egypt itu,secara automatik anda rasa ada ikatan kasih sayang dengan mereka.Walhal,mereka Arab.Anda Melayu.Anda tidak pernah jumpa mereka pun sebelum ini.Nampak flow?

Tidak percaya?Percayalah.Saya tahu perkara ini.Kerana kisah di atas berlaku pada saya.Boleh googlekan 'Siri Kembara Pena Maya' untuk membaca tentang perkara yang saya maksudkan di atas.

Apakah keadaan ini boleh berlaku tanpa Islam?

Tidak sekali-kali.

Ini kerana,ikatan persaudaraan dalam Islam itu berlaku berlandaskan Iman.Bukannya ikatan persaudaraan berlandaskan material etc.

Sukar untuk dijelaskan dalam bentuk penulisan.Benar orang berkata,keindahan Islam itu hanya dapat dirasai oleh orang yang pernah mengalaminya sahaja.Jadi,orang-orang yang mengetahui keindahan Islam,sama-samalah kita sebarkan Islam kepada umat Manusia.Berusahalah.Berusahalah kerana mencari redha Allah SWT.

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [3:104]

Apa yang hendak saya sampaikan di sini?

Carilah Ilmu.Dan carilah kebenaran.Hanya ada dua pilihan.Anda mencari kebenaran,atau anda terus lemas dengan kebatilan.Lihat sekeliling anda.Bukalah mata.

Dan yang paling penting,sentiasalah dampingkan diri dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Bacalah blog-blog Ilmu yang banyak di Internet sekarang.Tapi,HATI-HATI.Ya.Saya besarkan perkataan itu.Kenapa?

Kerana kita juga kena ingat,dalam Internet ini banyak juga tangan-tangan jahat yang ingin mencemarkan Islam.

Carilah Islam yang sebenar,berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Tertarik saya berkongsikan satu quote oleh seorang Sahabat saya,

Oh friends and foes!

None of you are able to guide me any better than Allaah,
None of you are able to give a better example than rasulAllaah (SAW),
and none of you know them both better than the sahaabas.

I testify that there is none worthy of worship except Allaah alone,
and Muhammad صلى الله عليه وسلم is His servant and Messenger.

"And whoever contradicts and opposes the Messenger after the right path has been shown clearly to him, and follows other than the Believers' way, We shall keep him in the path he has chosen, and burn him in Hell - what an evil destination." [An Nisaa 115]

Berusahalah.Jangan terlalu terikat jiwa kita dengan dunia yang hina ini.

Mungkin ada yang berkata,'Ala susah la.Kenapa kena bla bla bla' bila diajak melakukan kebaikan dan menyeru kebenaran.

Jika kita terdiri dari Golongan seperti ini,katakan kepada diri kita,'Kenapa tidak?' atau dalam Bahasa Inggeris 'Why not?'.

Itu sahaja.

Sebelum mengakhiri Penulisan saya hendak kongsikan sebuah video.


Sedarilah kita,duit-duit yang kita gunakan untuk menonton wayang etc itu,ke mana dibelanjakan?Buka mata anda.Jangan menipu diri sendiri.Jangan loyar buruk.

Berubahlah.

Sekian.Wallahualam.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,terkasar bahasa,salah maklumat - minta dimaaf dan maklumkan kepada saya perihal kesalahan itu,agar dapat diperbetul.


5 comments:

  1. Betul tu tugas kita bukan memaki hamun.
    Tugas kita memberi kefahaman yang jelas tentang Islam.
    Sebab mereka yang phobia kepada Islam nih diorang mendapat tanggapan yang salah.

    Nice Vids btw.Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  2. Apabila anak saya memberitahu bahawa dia kena present topik 'Peranan Ekonomi Islam Dalam Dakwah', saya pun bagi poin:
    1. Sebagai scholar Economic at UIA, show akhlak and peribadi mulia. Itu sebahagian dari Dakwah.
    2. Keruntuhan ekonomi dunia terutamanya di Europe dan USA adalah kerana sistem riba. Allah telah mengharamkan riba sejak 1500 tahun yg lalu, maka apabila manusia gagal mematuhi perintah Allah ini maka kehancuran pasti berlaku. Dakwahkan.
    3. Ekonomi berlandaskan riba sangat bersifat 'unfair' dan penuh ciri2 penindasan yg sangat menjarakkan antara the poor and the rich. Sedangkan ekonomi Islam adalah dasarnya membawa keadilan kpd seluruh manusia. Dakwahkan.

    ReplyDelete
  3. @fathi betul2..doakan yang terbaik..

    @sot jzkk atas perkongsian.benar.manfaatkan setiap peluang yang ada untuk menyampaikan keindahan dan kebenaran islam.insya-Allah.

    ReplyDelete
  4. terbaek..

    riba senjata dajal..
    gunakan mata hati untuk melihat..

    ReplyDelete
  5. @addyhaikal

    insyaAllah.sama2 kita tambah ilmu..tambah amal..kurangkan retorik..

    ReplyDelete