1.11.11

Realiti Semasa : Kemasukan Palestin Ke Unesco (Pendapat Peribadi Saya Terhadap Isu Ini).

Prenote I : Ini Penulisan Pendapat Peribadi seorang hamba Allah.Ditulis bukan untuk berlagak Hero.Sebaliknya...Ala nama pun Pendapat Peribadi.Sebab nak share Pendapat Peribadi la ye dok?

Prenote II : Ada salah silap,diminta anda tegur dan maafkan.Tegur dengan berhikmah okay?

Prenote III : Saya minta kerjasama anda untuk baca Terjemahan Al-Quran yang ada dalam Artikel ni.Untuk kebaikan anda juga,insya-Allah.Terima kasih.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,kerana dengan izin Allah SWT kita masih diberi petunjuk dan hidayah-Nya.

Hari ini,ada berita yang besar berlaku.Walaupun berita ini mungkin nampak kecil bagi sesetengah orang,tapi percayalah,ia sebenarnya memberi berjuta maksud terhadap apa yang bakal berlaku di hari-hari mendatang.

Apakah peristiwa itu?


Ya Tuan-Tuan dan Puan-Puan.

Palestin telah diundi masuk ke dalam UNESCO pada hari ini.Apakah UNESCO?Anda boleh Google untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Badan Dunia ini.

Tapi,sebenarnya,bukan Isu Kemasukan ini yang menarik perhatian saya.Sebaliknya,bilangan Undi yang menyokong kemasukan Palestin inilah yang perlu diambil perhatian oleh kita.

Jika anda lihat video di atas (jika anda masih belum menontonnya,saya mencadangkan anda untuk menontonnya),kita dapat lihat betapa kegembiraan seluruh Dewan ketika diumumkan keputusan Undi Mesyuarat Agung UNESCO ini.

Saya mengetahui perkara ini semasa berada di dalam kelas petang tadi.Tapi,hanya berpeluang membaca secara detail tentang perkara ini selepas pulang dari Kampus.

Jika direnung,memang benar.Gelombang Kebangkitan Marhaen Dunia sebenarnya sedang berlaku.

Walaupun secara Generalnya kita melihat orang ramai masih blur tentang Isu ini,tapi ketahuilah,sekali seorang manusia itu mengetahui kebenaran,sukar untuk Beliau menutup matanya kembali.

Perkara yang berlaku pada hari ini membuktikannya.

Anda pernah lihat Video seorang Wanita digelek Bulldozer oleh Pihak Zionis?Jika belum,boleh Google.

Oh ya,tidak mengapa.Oleh kerana saya agak rajin,saya telah menggooglekan nama wanita itu untuk anda.

Namanya Rachel Corrie.Boleh baca link yang saya kongsikan dalam ayat sebelum ini untuk maklumat lanjut.

*** *** ***

Oh,saya terlarik topik.Back to topic.

So,tadi saya baca berita ini secara detail di beberapa website.Yang paling lengkap dan menarik saya rasa adalah link ini - dengan tajuk 'Palestine's UNESCO move angers Israel'.

Oleh kerana saya tahu ramai di antara anda yang tidak gemar membaca,sukacita saya pastekan beberapa quote yang menarik untuk anda fikir dan renung.

Eighty-one votes were needed for approval in a hall with 173 UNESCO member delegations present. In a surprise, France voted "yes" and the room erupted in cheers while the "no" votes included the United States, Israel, Sweden, the Netherlands and Germany.

Pendapat Saya : Jika tidak silap saya,beberapa bulan yang lepas baru sahaja France mengharamkan Solat secara Open di Tempat Awam.Tapi hari ini?Kita kena ingat,Allah SWT Maha Berkuasa.Dan lihat juga senarai negara yang mengundi 'tidak'.Pernah dengar perkataan 'boikot'?Jika sebelum ini perkataan itu hanya bersifat 'hangat-hangat tahi ayam dalam minda kita',kenapa tidak cuba menyematkan kembali perkataan itu dalam minda kita?Dan lihat juga ayat ini,'and the room erupted in cheers'.Apabila orang bersorak,ianya bermakna mereka seronok.Jadi,anda dapat lihat sesuatu dari sini?

Oh ya,satu quote saya rasa sudah cukup.Yang lain anda boleh baca di sana.

Tapi,mengikut apa yang saya baca di Laporan Berita Twitter sebentar tadi,Pihak US ada kemungkinan hendak stop bantuan dana kepada UNESCO dengan pengiktirafan ini.

Dan mengikut Sumber tertentu,tindakan sudah dijalan (untuk stop dana).Tapi saya kurang sure apakah Berita ini benar.Memerlukan lebih confirmation.Jangan terus percaya bulat-bulat.Saya tidak mahu Pembaca Pena Maya menjadi orang yang menelan bulat-bulat apa yang saya tulis.Sebaliknya,jadilah Pembaca yang rajin menggoogle.Okay?

Argh,I can't resist it.Need to quote more.

Democrats and Republicans in Washington criticized the move. US Rep. Ileana Ros-Lehtinen, chair of the House Foreign Affairs Committee, said in a statement, "Today's reckless action by UNESCO is anti-Israel and anti-peace."

Aside from the US funding cut threat, Israel's Foreign Ministry said it "will consider its further ... cooperation with the organization" after Monday's vote.

Pendapat Saya : Kadang-kadang saya merasakan Para Politician Kedua-Dua Negara disebut dalam Quote di atas ini - sangat narcissist.Mereka fikir dunia ini hanya tentang mereka.Mereka fikir mereka boleh tutup kebenaran melalui Media-Media mereka.Wait,sounds familiar right?

*** *** ***

Apa Yang Perlu Kita Umat Islam Ambil Pengajaran Dari Berita Ini?

Kita kena sedar,Islamophobia amat-amat berleluasa di seluruh dunia pada hari ini.Malah,dalam kalangan Masyarakat 'Islam' sendiri,ada yang meragui Islam.Kepada golongan seperti ini,saya nasihatkan,carilah Ilmu.Pasti kebenaran anda jumpa,insya-Allah.

Tapi,walaupun betapa banyak Plan Serangan Terhadap Islam dilaksanakan,berita-berita seperti ini tetap muncul.Malah,yang lebih mengujakan,salah satu undi datang dari Negara yang mengenakan begitu banyak tekanan terhadap Rakyat Muslim mereka yang cuba mengamalkan Islam (kes Pengharaman Niqab,Solat di Tempat Awam etc - You want to know more?Google it bebeh!).

Apakah maksud semua ini?

Senang sahaja.

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. [3:54]

Sehebat mana pun plan musuh Allah SWT,Allah SWT ada plan yang lebih hebat untuk kemenangan Islam.Jadi,kita sebagai umat Islam,bersabarlah.Mohonlah keampunan dan petunjuk daripada-Nya.Pasti kemenangan milik kita pada akhirnya.

Sebenarnya,apabila disebut tentang kebenaran,seorang manusia yang waras dan berilmu tidak dapat tidak - pasti mengaitkan kebenaran dengan Islam.Kerana hakikatnya Islamlah kebenaran.Tidak percaya?Haish.Cuba baca Al-Quran dan Terjemahan.Insya-Allah anda jumpa kebenaran.

Tapi teringat kata-kata seorang Brother,"Uniknya Al-Quran kerana seseorang akan menjumpai apa yang dia mahu dalam Al-Quran itu.Jika dia mencari kerana benar-benar mahu kebenaran,pasti dia menjumpai kebenaran.Jika dia membaca Al-Quran semata-mata dengan hasad,kebenaran pasti tidak dijumpainya."

Ada benarnya pada saya kata-kata Brother ini.

Tertarik saya berkongsikan video ini bersama anda.


Sebenarnya sudah banyak kali saya kongsikan video ini di Pena Maya,tapi oleh kerana Topik kali ini ada kena mengena dengan video ini,saya sharekannya sekali lagi.

Berbalik kepada Isu tadi.

Walaupun ini Isu yang menggembirakan,kita jangan terlalu bergembira.Ini hanya permulaan.Kita kena berusaha dan berusaha sehingga nafas terakhir.

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". [15:39-40]

Terjemahan Ayat Al-Quran di atas menunjukkan Kisah di mana Iblis bersumpah untuk menyesatkan manusia,kecuali manusia yang dibersihkan dari sebarang syirik (yakni orang beriman).

Apakah kita fikir setakat itu sahaja usaha Iblis?

Teringat kata-kata seorang Sahabat pada malam Sabtu baru-baru ini ketika kami berbicara tentang konspirasi : "Jika kita lihat dan renung,bolehlah dikatakan bahawa Iblis & Co ini mereka punya plan nak sesatkan Anak-Anak Adam (manusia) bukan kecil-kecil punya plan.Plan mereka besar.Jadi,untuk melawan plan ini,apakah kita boleh menghadapinya dengan plan santai?Tidak sama sekali.Plan yang terbaik untuk melawan Plan mereka adalah dengan mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.Dengan mengikut Islam sebenar-benarnya!Ingat,Allah SWT sahajalah yang Memiliki sekalian alam.Selagi kita mengikut perintah-Nya,kita akan selamat.Jangan pernah berputus asa menegakkan kebenaran."

Ayat di atas sebenarnya saya telah upgradekan untuk menjadi lebih style.Tapi,mesejnya tetap sama.

Ini ada beberapa Terjemahan Ayat Al-Quran untuk kita renungkan bersama.

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka). [Al-Isra' : 065]

Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sanggup beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang-orang yang berserah diri dengan ikhlas. [An-Naml : 081]

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

"Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).
[Al-Hijr : 41-43]

Teruslah bekerja keras untuk mencari redha Allah SWT,untuk menegakkan kebenaran ini.

Jangan pernah berputus asa.

Dan kepada Para Pengkaji Konspirasi,nasihat saya,jangan taksub.Jangan sesekali taksub.Jangan terlalu occupied dengan Isu Illuminati sehingga anda buta mata bahawa Allah SWT sahajalah yang Memiliki Sekalian Alam.Jangan terlalu obses sehingga Solat pun ditinggal semata-mata kerana Konspirasi.

Jangan sesekali ketakutan kita kepada sesuatu melebihi ketakutan kita kepada Allah SWT.Kepada Dialah kita akan kembali.

Itu sahaja untuk kali ini.

Maaf banyak terlari topik.Tapi saya rasa anda dapat sedikit sebanyak gambaran apa saya cuba sampaikan.

Dan ya,bertahajjudlah.Kerana di situlah terletaknya kekuatan seorang Muslim - menjadi kuat melalui 'menjadi lemah'.

Apakah maksud ayat di atas ini?

Senang sahaja.

Kita mendapat kekuatan,dengan memohon dan merayu kepada Allah SWT agar diberi kekuatan.Menjadi kuat dengan menjadi seorang hamba yang lemah,yang memohon kepada Maha Pencipta yang telah Menciptakan kita.

Faham?

Ingat,kemuliaan ini semua datang dari Allah SWT.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [3:26]

Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan) dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya) dan sebaliknya: Orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa. [Fathir : 010]

Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). [4:138-139]

Itu sahaja untuk kali ini.

Salah silap,terkasar bahasa,salah kefahaman (mungkin saya terletak benda yang sumber Palsu etc) - minta anda maafkan dan maklumkan kepada saya mana yang saya silap.Dan kongsikan juga Penulisan ini dengan Umat Islam yang lain.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Teringat satu quote,"Aku mungkin marah kat kau,tapi aku tetap nak tengok kau kat Syurga wahai Sahabat".

P/P/S : Di Malaysia,ketika ini,ada Maharaja Lawak Mega. *facepalm* .Berubahlah wahai orang Islam Malaysia.Carilah Ilmu.Jangan 'mati' dalam keselesaan ini.

P/P/P/S : Jangan hanya sekadar bercakap,menulis dan membaca.Sebaliknya,mari kita buka langkah untuk beramal dengan Islam yang sebenar.



5 comments:

  1. Alhamdulillah, satu posting yg meransang minda. Semoga anak muda sekelian mencontohi Sdra dlm critical and analytical thinking. Jgn belajar untuk pass periksa semata-mata. The Youth is the Future. Never loose hope. Get & Share The Truth !!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...berkat kesabaran ini mungkin 'kick-start' untuk Palestin diterima di mata dunia...terima kasih dengan perkongsian berita ini...rasanya media kat sini takde mewar-warkan pasal ni..

    ReplyDelete
  3. @masjidpb alhamdulillah.semua datang dari Allah.saya hanya berusaha.

    @naihusna alhamdulillah.yang lebih penting bukan sekadar diterima di mata dunia,sebaliknya tanda awal kebangkitan Islam insyaAllah.amin. media malaysia?haha.

    ReplyDelete
  4. update

    http://youtu.be/CEGuvuSe0q4

    kan dah cakap.dah official dia dah cut fund untuk unesco...

    http://youtu.be/CEGuvuSe0q4

    dalam video ni..wartawan laki ni berani tanya macam2.moral di sini : tidak kira siapa kita,apa jawatan kita,beranilah menegakkan kebenaran melalui platform yang kita ada.

    saya akan tulis tentang ini kalau ada masa lapang iA.

    ReplyDelete