8.11.11

RPMC : Hanya Islam Sahaja Solusi Yang Benar-Benar Dapat Menyelesaikan Semua Masalah Di Dalam Dunia Pada Hari Ini (Penulisan Mesti Baca).

Prenote : RPMC stands for "Ringkas,Padat,Mudah dan Cepat".

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Komputer menunjukkan Jam 2321 ketika mula menulis.Sudah agak lewat.Tapi,ada banyak perkara mahu ditulis.Untuk mengelakkan penangguhan,penulisan kali ini akan ditulis dalam bentuk 'point' - ringkas,padat,mudah dan cepat untuk dibaca.

*** *** ***


- Selepas makan malam sebentar tadi,sempat membuka Youtube dan search beberapa video menarik untuk ditonton.Terjumpa video di atas.Sangat menarik.Dan menyentuh hati.Lantas menjadi inspirasi untuk menulis.Sambungan video di atas boleh ditonton di sini.

- "One of the main factor of the conversions of many African Americans in the US to Islam was the story of Malcolm X" - Quote dari Video di atas.Siapa Malcolm X?Boleh baca di sini.

- Malcolm X - kisahnya perlu dibaca oleh sesiapa yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan dunia hari ini.Mengikut apa yang pernah dibaca Penulis,salah satu sebab Beliau dibunuh adalah kerana usahanya menyebarkan pemahaman bahawa 'Islam adalah Solusi kepada Masalah Perkauman antara kulit Putih dan kulit Hitam'.Ada benarnya.Tapi,untuk langkah berjaga-jaga,Pembaca dinasihatkan membuat research sendiri.Jangan taklid buta dengan Penulisan ini.

- "Islam helped me to become a better person.It helps me to become a better father,a better citizen.Being that it helps me,I want to go back to the prison and help my brothers" - kata-kata oleh seorang bekas Banduan yang kini memeluk Islam dan menjadi Pendakwah.

- Sebenarnya,hanya Islam sahaja solusi yang dapat menjadikan seorang manusia itu menjadi manusia terbaik.Kerana ianya cara hidup yang diturunkan oleh Maha Pencipta Sekalian Alam kepada manusia melalui Rasulullah SAW.

- Saya yakin masih ramai di antara anda yang tidak menonton video di atas.Janganlah begitu.Tontonlah.Ada manfaat yang banyak.Tapi tidak mahu tidak mengapa.Tidak boleh paksa.

- Mereka katakan kita Pengganas.Mereka takut dengan kebangkitan kita (contoh mudah diambil dari video di atas : ramai banduan memeluk Islam dalam Penjara).Sebenarnya,mereka yang Paranoid.Mereka mengatakan kita ekstremis.Sebenarnya mereka yang extreme dalam bersikap Prejudis terhadap Islam.Enggan mengakui kebenaran.

- Jika dilihat dari video di atas,dapat disimpulkan bahawa media memainkan peranan besar dalam penyebaran Islamophobia.Apakah maksud perkara ini?Fikir-fikirkan.

- Kebanyakan majoriti dunia hari ini mudah tertipu kerana kurangnya Ilmu.Jadi,carilah Ilmu untuk menyelamatkan diri anda dan keluarga dari kejahilan.

- Apakah yang kita cari dalam kehidupan ini?Jawapannya banyak.Salah satunya,ketenangan.Ketahuilah,harta kita etc tidak mampu memberi ketenangan jiwa.Hanya dengan melalui menjadi seorang Muslim sahajalah,ketenangan jiwa dapat diperoleh.Ya.Muslim yang beramal dengan Islam,dengan izin Allah SWT,pasti diberi ketenangan jiwa oleh-Nya.

- Disebabkan itulah ramai Banduan dalam Video di atas memeluk Islam.

- Kita jangan suka memandang rendah orang yang hendak berubah.Kita jangan suka menghina orang yang dahulunya jahat.Ingat,Allah SWT Maha Penerima Taubat.Sedangkan Lelaki yang pernah membunuh 100 orang lelaki pun diterima Taubatnya (Link),kenapa tidak kita ambil peluang ini untuk bertaubat?Ingat,Pengampunan oleh Allah SWT itu Maha Luas.

- Tapi ini bukan bermaksud kita tidak perlu menasihati.Cuma perlu diingat.Menasihati adalah sama sekali tidak sama dengan menghina dan mencaci.Refleksikan kembali niat kita.Allah SWT Maha Mengetahui setiap yang berada dalam dada hamba-hamba-Nya.

- Media hari ini bertanggungjawab dalam memberi imej Pengganas kepada Orang Islam.Walhal,hakikatnya jauh berbeza.

- Teringat ada quote,"Saya terkejut bagaimana Agama (Islam) yang mempunyai Penganut yang Ramai ini di seluruh dunia,tidak diketahui Umum Perihal Ajarannya".Moral dari Quote ini : Tingkatkan usaha.Tingkatkan usaha.Tingkatkan usaha sebarkan Islam yang sebenar.Tapi pastikan ada Ilmu di dada dahulu.Apa?Susah cari Ilmu?Orang yang mahukan kejayaan pasti menjumpai cara.Orang yang tidak mahu berusaha,pasti menjumpai berjuta alasan menangguhkan perbuatan mulia.

- Adalah perlu untuk kita membimbing orang yang mahu berubah dan menasihati mereka ini selalu.Terutamanya orang yang dahulunya banyak berbuat dosa.Kita perlu sentiasa memberi sokongan moral kepada mereka.Contohnya,Banduan dalam Video di atas.Dan mereka sendiri,perlu mencari Sahabat dan Persekitaran yang baik untuk merubah diri.Insya-Allah,jika diri sememangnya mahukan perubahan,pasti Allah SWT Mengadakan jalan keluar untuk kita.

- Betapa indahnya Islam.Dapat menukarkan ramai Para Sahabat di awal zaman kemunculan Islam yang dahulunya teruk menjadi manusia cemerlang.Contoh : Kisah Umar Al-Khattab.SubhanAllah.

- Dakwah mereka di Barat (seperti dalam Video di atas) perlu dicontohi.Dakwah yang menampak dan memperlihatkan keindahan Islam.

- Kita di Malaysia,terutamanya Golongan Berilmu,perlu mempunyai kemahiran analitikal untuk menganalisa perkara mana yang perlu diberi tumpuan,dan perkara mana yang perlu dikurangkan fokus.Jangan gemar melabel,menyerang peribadi orang etc.Itu semua tidak dapat menyentuh hati manusia.Itu semua tidak dapat mempamerkan keindahan Islam.Kembalilah kepada Islam yang sebenar.

- Apakah itu Islam?Boleh baca sini mungkin?

- Saya teringat seorang Ustaz pernah berkata kepada saya bahawa Beliau pergi berucap di hadapan banduan,memberi mereka motivasi,inspirasi etc,untuk menyatakan kepada mereka bahawa masih ada peluang untuk mereka berubah dan agar mereka tahu bahawa Allah SWT itu Maha Penerima Taubat.Saya sekarang sudah nampak kepentingan untuk kita melakukan perbuatan ini selepas menonton video di atas.

- Tariklah orang kepada Islam.Bukannya menyebabkan mereka semakin lari.

- Kita (manusia) yang memerlukan Allah SWT.Allah SWT tidak sesekali memerlukan kita.

Jika Allah menghendaki, nescaya Ia musnahkan kamu wahai umat manusia dan Ia datangkan gantinya dengan umat-umat yang lain. Dan adalah Allah Maha Kuasa melakukan yang demikian itu.

Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugilah ia), kerana di sisi Allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. [4:133-134]

- Banyakkanlah cari Ilmu.Sumbatkanlah kepala dan jiwa kita dengan perkara baik.Bukannya menyumbat mereka dengan kebodohan melampau tidak habis-habis.

- Indahnya Islam itu kerana Islam mengajarkan bahawa semua orang beriman itu tanpa mengira pangkat dan harta etc,mereka bersaudara.Teringat satu gambar yang diambil di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai beberapa bulan lepas.Manusia tanpa mengira kaum dan pangkat tunduk sujud bersama-sama menyembah Allah SWT,Maha Pencipta Sekalian Alam.


- "None of you truly believes until he likes for his brother what he likes for himself." [Bukhari and Muslim].

- Hadis di atas,walaupun kelihatan ringkas,tapi jika diamati secara mendalam,mencerminkan keindahan Islam.Bacalah guna mata hati.Renunglah dengan mata hati.Lihatlah dengan mata hati.Link?

- Walaupun 'mereka-mereka' ini menekan Islam dengan pelbagai cara,tapi tanpa kita sedari,semakin hari semakin bangkit Umat Islam.Ini baru permulaan.Teruslah berjuang.Kemenangan itu milik Islam juga akhirnya.Percayalah,Allah SWT Maha Berkuasa.Dia Maha Memiliki Sekalian Alam.

- Lihat video ini.Umat Islam di Moscow menunaikan Solat Sunat Aidiladha dalam kesejukan sepanjang 1 Kilometer (Anggaran oleh Penulis yang pernah berada di Lokasi Kejadian).


- Dan lihat juga gambar ini.Masyarakat Islam menunaikan Solat sehingga ke dalam Restoran Makanan Ringan Barat.


- Hanya kebenaran ini (Islam) sahaja yang menyebabkan manusia sanggup bertindak sebegini.Fikir-fikirkanlah Wahai Manusia.Jangan terlalu angkuh menidakkan kebenaran.Ingat,Allah SWT itu Maha Penerima Taubat.

- Orang yang jahil,memang suka mengeluarkan kenyataan bajet pandai.Jangan berkecil hati dengan kata-kata mereka.Allah SWT bersama dengan orang-orang yang sabar.

- Tajuk Penulisan ini mungkin sukar dipercayai oleh anda yang belum memeluk Islam.Jadi,jika anda masih tidak percaya,saya cadangkan anda untuk membaca Terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Ibunda anda.Dan anda akan ketahui kenapa saya katakan Islam sahaja Solusi bagi segala masalah di dunia ini.

- Ringkas,Padat,Mudah dan Cepat.Alhamdulillah.Selesai penulisan ini.

- Salah silap,terkasar bahasa,minta anda maaf dan betulkan kesalahan saya.

*** *** ***

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Giveaway Pena Maya Edisi November 2011 bakal menjelma.Siapa mahu buku percuma?

.

No comments:

Post a Comment