16.11.11

RPMC : Melayu Dan Yahudi.

Prenote : Penulisan Pendapat Peribadi.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

"Ini kerja Yahudi" - banyak betul komen seperti ini yang dilontarkan di bahagian komen sesetengah blog.Menghentam "Yahudi" tanpa sebarang alasan kukuh jika didapati ada sebarang "onar jahat" yang berlaku di dalam Internet.

"Facebook Spam kerja Yahudi!" - ini juga sering kita temui.

Adik-adik,janganlah komen sebegitu.Memalukan.Ya.Memalukan.

Tertarik saya untuk menulis ringkas.Tapi sebelum itu,saya hendak kongsikan beberapa Twitter Update @PenaMaya tentang Isu ini,

- "Tidak semua 'onar jahat' yang berlaku dalam internet disebabkan 'yahudi'.jangan disebabkan kata-kata kita,orang salah faham terhadap Islam."

- "Ada sahaja kerja jahat dilakukan oleh orang melayu.berhati-hati dalam mengeluarkan statement.carilah ilmu.jangan menjadi umat yang jahil."

- "The Prophet (SAW) used to advise the Muslims : "Make things easy,not difficult,and be cheerful,not threatening." [Bukhari & Muslim]"

Tidak semua "onar jahat" yang berlaku di dalam "Internet" dilakukan oleh "Yahudi".Hakikatnya,"bersepah-sepah" kejahatan dalam Internet lain dilakukan oleh Kaum lain,termasuklah kaum "Melayu".

Orang kata,hendak melawan musuh,kena menggunakan akal dan Ilmu.Jika tidak kita akan diketawakan.

Jika benar kita kata "Facebook Yahudi!" - kenapa masih ramai orang kita menggunakan Facebook?

Cakap tidak serupa bikin - mungkin agak kasar jika digunakan Istilah ini.Tapi,hakikatnya?

Saya tidak menafikan kekejaman sesetengah Yahudi,tapi apabila menggunakan "Tiket Ekspress Yahudi dan Konspirasi" untuk menghentam segala yang berlaku dalam Dunia - kelihatan seperti "kita" sangat cetek Ilmu.

Bagaimana orang hendak tertarik dengan Islam jika kita bersikap "dangkal berterusan sebegini"?

Carilah Ilmu.Islam bukan Cara Hidup berlandaskan "Emosi".Islam itu cara hidup berlandaskan "Ilmu".

Hendak Ilmu - kena ada effort.Bukan setakat "Yahudi!".

Jika beginilah keadaan kita terus-terusan,saya yakin "Musuh Islam" yang sebenar tidak akan takut kepada kita.Benar Hadis Rasulullah SAW tentang keadaan Umat Akhir Zaman ini (Penyakit Wahn,lemah).

Ini bukan Penulisan menghina Umat Islam.Sekadar Penulisan menyedarkan "Umat Islam" yang masih leka.

Oh ya,bercerita tentang Yahudi,sebuah status Twitter di Timeline saya tadi berkongsikan satu laman Web "Melayu Rosak".Dalam laman Web itu,"beberapa Jantan pervert" berkongsikan gambar-gambar "Awek Cun" yang dicuri dari Facebook dan dikongsikan dalam Web itu.

Hina bukan perbuatan mereka ini?Tahu siapakah mereka ini?Orang kita.Yang komen di situ?"Lelaki Kita".

Salah "Yahudi!" jugakah?

Maaf cakap,saya kadangkala malu hendak mengaku Melayu.Tapi,saya sentiasa berbangga mengaku "Muslim".Kerana apa?Fikir-fikirkan.

Benar.Hanya Islam sahaja yang mengangkat martabat manusia.

Jadilah Umat Islam.Jadilah hamba Allah.Nescaya engkau akan mulia.Kenapa?Kerana kemuliaan itu datang dari Allah SWT.Bukan dari "manusia".

Dan Oh Ya,Penulisan ini bukan Agenda Yahudi.Sengaja saya tuliskan kerana agak geram melihat "Puak Konspirasi" yang menulis "Artikel Konspirasi" tanpa "Ilmu".

Carilah Ilmu.Malu dekat orang lain.Kita sebagai Umat Islam perlu menunjukkan contoh terbaik.Bukan berjiwa "hasad 24/7".

Sekali lagi diulang.Islam bukan Cara Hidup berlandaskan "Emosi".Faham?

Argh,Penat menulis Isu ini.

Belajarlah membuka minda.Jenguklah ke luar jendela.Jangan hanya menjadi Jaguh Internet.Tapi bila disuruh mempertahankan Islam dalam dunia sebenar,diam terkapai-kapai.Nasihat untuk diri sendiri juga.

Diulang juga,ditulis Penulisan ini hanya untuk menegur kecenderungan Orang Melayu yang suka memakai tiket "Yahudi" sebagai "Punca Kejahatan Internet".Walhal,dalam masa sama,yang menulis "Yahudi" itu jugalah yang like Page Tidak Bermaruah.Carilah Ilmu.

Dan perlu diingat,memang ramai "Yahudi" yang benar-benar jahat.Bukti?Israel.Tidak percaya?Google.


Hidup dalam Zaman Fitnah ini,Ilmu perlu sentiasa dicari.Melalui Sumber yang sah,bukan melalui Blog Racist.

Sekian untuk kali ini.

Siapa saya?

Seorang hamba kepada Maha Pencipta.Seorang hamba Allah.

Belajarlah menerima teguran.

Dan kepada anda yang masih belum memeluk Islam (Non-Muslim),jangan salah faham dengan Islam akibat perbuatan orang 'Melayu'.Apa yang dilakukan sesetengah Muslim tidak bermaksud itu adalah Islam.Jika anda mahu tahu apakah itu Islam yang sebenar,bacalah kitab Al-Quran serta Sunnah hidup Baginda Rasulullah SAW.Pasti anda mengetahui kebenaran (Islam).

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : RPMC stands for "Ringkas,Padat,Mudah dan Cepat".

P/P/S : RPMC,bukan BRMC.

P/P/P/S : Salah silap,terkasar bahasa,salah maklumat - minta anda maafkan dan betulkan.Maaf bahasa yang bercelaru.Tapi saya yakin anda faham apa cuba disampaikan saya.

P/P/P/P/S : Sebelum menuding jari kepada orang lain,tudinglah jari kepada diri kita dahulu.Renung kesalahan diri,baikinya.



2 comments:

  1. Apa yang dilakukan sesetengah Muslim tidak bermaksud itu adalah Islam. Salah ayat ni beb. Apa yang dilakukan sesetengah Melayu tidak bermaksud itu adalah Islam.
    Ques : apa beza Muslim Dan Islam?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.terima kasih komen..
    apa yang dikatakan anda tu betul juga..tapi ni saya tulis general ..kira dari pandangan non-muslim di seluruh dunia... supaya stiap kali ada orang yang mengaku 'muslim' buat 'benda yang bertentangan dengan islam' mereka tidak akan menyangka itu adalah islam..

    'muslim' bukan 'melayu' sahaja.ramai.dan 'di seluruh dunia' ramai 'muslim' yang buat perkara yang buat orang bukan islam salah faham trhadap islam..

    tapi ,apa yang anda cakap itu betul.
    dan apa saya cakap ini juga betul.cuma saya cakap dari konteks lagi luas..

    soalan tu..

    apa beza 'muslim' dan 'islam'?

    boleh baca sini.

    http://baikiminda.blogspot.com/2011/02/siri-isolusi-15-penulisan-mesti-baca.html

    tapi yang perlu anda tahu 'muslim' dan 'muslim kad pengenalan' adalah dua entiti yang amat berbeza.

    ReplyDelete