4.11.11

Ya Allah,Ya Tuhan,Kurniakanlah Kekuatan (Selagi Al-Quran Dan As-Sunnah Dipegang,Selagi Itu Engkau Tidak Akan Sesat Wahai Manusia).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

di sini hari masih gelap
Jam 0251
dibuka komputer
ditaip perkataan
terlalu banyak perkara yang bermain di minda
hanya kepada Allah bantuan dipohon
tahajjud dilakukan
dicoret bukan untuk berlagak
tapi supaya mengingatkan insan
bahawa kita ini hakikatnya hamba
jika bermasalah
mintalah daripada-Nya

kecoh satu Malaya isu homoseksual
hakikatnya homoseksual ini bukan fitrah
ianya bukti ketewasan manusia kepada nafsu binatang
tapi tidak adil juga digelar binatang
kerana binatang sendiri tidak sanggup menentang fitrah
entah
bercakap dengan orang yang keras kepala yang merasa pandai
kadangkala ibarat membuang tenaga
sekali lagi
hanya kepada-Nya dipohon kekuatan
agar dapat terus kukuh atas jalan ini
bersih dari segala kecelaruan
agar diberi ilmu untuk disampai kepada umat manusia

hari ini
oh semalam secara teknikalnya
cadangnya hendak pergi muzium perang patriot
tapi entah bagaimana tersilap ambil train
langkah diatur menukar plan
pergi ke masjid
sembahyang berjemaah zuhur dan asar di sana
beriktikaf
melihat saudara seislam sekalian
bersujud membaca Al-Quran
tetap kukuh dengan agama walau ditindas
saudara Islam berkulit hitam juga ada
pabila muazzin berazan menanda asar telah masuk
semua bergegas berlari
di Malaya jarang kelihatan suasana ini
semua berlari masuk dalam saf
baik kulit hitam cokelat kuning putih
rukuk dan sujud mengikut imam
hakikatnya
hanya dengan Islam sahajalah suasana ini terbentuk
hamba-hamba yang memohon keampunan dari Maha Pencipta
melupakan segala perbezaan dan masalah dunia
hanya yang angkuh menidakkan kebenaran

banyak yang hendak dicoret
tapi perasaan malas menguasai diri malam tadi
astaghfirullahalazim
semua kita mahu kemenangan
tapi tidak semua mahu berusaha
ingat
kita boleh menipu manusia
tapi hati kita
hanya kita dan Allah SWT sahaja yang mengetahui
Allah SWT Maha Mengetahui setiap difikir kita
janganlah bermalasan manusia

Jam 0300
astaghfirullahalazim
kadangkala aku sedih melihat kepincangan dalam masayarakat dunia
seperti perlu memasuki pentas dengan lebih kuat
tapi kekuatan tidak boleh dimiliki begitu sahaja
kerana kekuatan yang paling mulia
hanya dapat dicapai
dengan memohon kepada-Nya

ya Allah
berikanlah kami hamba-hamba-Mu ilmu dan kefahaman
berikanlah kami hati yang tenang dan tunduk kepada-Mu
jadikanlah kami pemimpin dalam kalangan orang beriman
lindungilah kami dari fitnah akhir zaman ini

astaghfirullahalazim
astaghfirullahalazim
perlu lebih usaha
usaha bukan untuk diri
sebaliknya mencari redha-Nya
terlalu banyak kecelaruan pada hari ini
perlu menyumbang sesuatu untuk menjernih keadaan


Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan) dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya) dan sebaliknya: Orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa. [Fathir : 010]

ingatlah
kita ini hanya seorang hamba
hamba kepada Maha Pencipta
berusahalah mencari
dan terus mencari
dengan izin-Nya pasti kita menjumpa
ingat
Dia Maha Mengetahui setiap dalam dada
beristighfarlah
beristighfarlah memohon keampunan


Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Banyak gambar telah diupload di Tumblr Pena Maya.Mulanya hendak mencoret Penulisan tentang Gay dan Muzium hari ini.Mungkin esok akan dicoret panjang.

P/P/S : Kita jangan suka bersangka buruk.Ingat,Allah SWT Maha Mengetahui apa dalam hati kita.Kita marah orang lain,tapi apa sumbangan kita?Fikirlah.Hakikatnya kita semua akan mati dan dihisab.Janganlah terus berada dalam kebuntuan.Dan ingat,kita ini hamba.Jadilah seorang hamba.Ada perkara tidak diketahui kita.

P/P/P/S : Ingatlah pesan itu,selagi Al-Quran dan As-Sunnah dipegang,selagi itu kita tidak akan sesat.

P/P/P/P/S : Kita berjuang bukan untuk Parti,bukan untuk menang Pilihanraya,jauh sekali untuk mendapat nama menghentam orang.Kita berjuang untuk?Tanya diri kita.



4 comments:

  1. Ya akhi, every group and sect do not deny following the Qur'aan and Sunnah. Even the Shia say they follow the Sunnah. So what is it that makes us different from the rest? What is the criterion to make us from amongst the saved sect? It is by understanding the Qur'an & Sunnah according to the way of the Believers as stated in surah an Nisaa, aya 115.

    "And whoever contradicts and opposes the Messenger after guidance has become clear to him and follows other than the way of the Believers We shall keep him in the path he has chosen and burn him in Hell–and evil it is as a destination."

    Understand the above Aya. It is important to hold to the way of the Believers. And who are the Believers? They are the ones whom the Prophet has mentioned in the following hadeeth,

    "The Jews split into seventy one sects. And the Christians split into seventy two sects. And my nation will split into seventy three sects. All of them are in the Fire except for one." They said, "Who are they, O Messenger of Allaah?" He said, "It is that which I and my Companions are upon."

    They are the Salaf-us-Salleh/Righteous Predecessors. They were the generations that understood Islaam from the Prophet best.

    So it isn't enough to say Qur'aan and Sunnah alone. It is obligatory to add "according to the understanding of the Salaf-us-salleh".

    Wallaahu a'lam

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah .jzkk akhi.
    Thanks for the reminder.may Allah bless you and your family.amin.

    ReplyDelete
  3. cermat penulisan.
    segudang rasa buntu bakal kita hadapi dalam memikirkan masalah umat islam kini.
    kita semakin jauh dari sistem kekhilafahan.lari dari manhaj nubuwwah.
    revolusi penukaran pemimpin kepada yang mempunyai nilai masuliyah,taqa dan amanah perlu dijulang sesegara yang mungkin.
    sekadar pandangan~

    nak tanye,
    p/s stand 4 what?
    and p/p/s stand utk ape pulak?

    ReplyDelete