8.12.11

Anda Mahu Menyumbang Dana Untuk Giveaway Percuma Pena Maya?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sepanjang saya berblog,ramai yang bertanya kepada saya,"Berapa banyak duit kau dapat dari blog ni?".

Ramai.

Bukan seorang dua.

Ingin saya beri penjelasan.

Secara jujur,saya berblog bukan atas Prinsip Mencari Duit Iklan.

Malah,secara peribadi,saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai seorang blogger.

Penulis?Mungkin.

Tapi untuk lebih spesifik,saya merasakan diri saya ini sebagai seorang hamba Allah SWT yang menulis untuk mengingatkan diri dan berkongsi Ilmu bersama orang lain.

Selain itu,bimbang juga jika duit yang menjadi matlamat saya,secara halus niat saya berubah.

Astaghfirullahalazim.

Ini Pendapat Peribadi,okay.Apa yang saya rasakan sebagai seorang Penulis.Makin lama menulis di sini,makin banyak cabaran.

Bimbang Riak,Perempuan Punya E-Mail,Orang Tidak Puas Hati.Astaghfirullahalazim.Tapi itu semua cabaran.Cabaran yang perlu ditempuhi dengan sabar,untuk mencari redha-Nya.

Yang penting,niat kena sentiasa diperbetul.Dan doa agar sentiasa istiqamah.

Apa-apapun,apa yang saya bicarakan di atas ini berkenaan Isu 'Menjana Duit Untuk Kepentingan Peribadi'.Jika duit itu dikumpul untuk manfaat penuh Umat Islam,saya memang bersetuju.

Contoh - diderma untuk Yayasan Kebajikan,Palestin etc.

Pada masa depan,saya ada perancangan untuk menulis beberapa buah E-Book dan menjualnya dengan harga berpatutan.Kemudian,semua Hasil Jualan E-Book itu saya akan sumbangkan kepada mana-mana Pihak yang memerlukan.

Ini kerana,

"Jagalah dirimu dari api neraka walaupun dengan bersedekah dengan sebelah butir kurma" [HR Ahmad]."

Hadis di atas menunjukkan betapa perlu kita berusaha sedaya upaya mencari redha Allah agar dijauh dari seksaan api Neraka,walaupun hanya dengan sebelah kurma.

Ini kerana setiap perkara yang kita laburkan ke jalan Allah,akan dilipat-gandakan balasannya oleh Allah SWT di Akhirat kelak.Insya-Allah.

*** *** ***

Giveaway Pena Maya Disember 2011 - akan diadakan sedikit masa lagi.Paling lewat Ahad ini.

Kepada anda yang pertama kali membaca Pena Maya,boleh klik link ini untuk mengetahui apa yang saya cuba sampaikan.

Sedikit Pengumuman : Oleh kerana saya merasakan ada sedikit kekurangan berlaku dalam Giveaway sebelum ini,untuk Edisi Disember 2011 ini beberapa pertukaran Syarat akan berlaku.

Apakah Pertukaran itu?Nantikan.

Tapi,apa yang perlu anda tahu,untuk Edisi Disember 2011 ini,saya akan memberi keutamaan kepada Para Pembaca Setia saya.Pembaca Setia di sini maksud saya adalah yang sering membaca di sini.

Siapakah mereka ini?Jangan risau.Saya tahu siapa mereka-mereka ini.

Jika anda salah seorang Pembaca Setia saya,jangan lepaskan peluang ini.

Dan Perhatian juga : Buku The Ideal Muslim - tidak akan diletakkan dalam senarai Giveaway kali ini oleh kerana Stok Buku itu sudah tiada di Online Store yang saya gunakan.

Tapi jangan risau,beberapa buku lain yang juga menarik akan diletakkan dalam senarai itu untuk menggantikannya.

Dan,jika ada di antara anda yang ingin menyumbang Sumbangan Kewangan untuk Projek Giveaway ini,boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com.

Ingat,ini bukan satu Paksaan.Sekadar membuka tawaran sesiapa yang mahu turut sama 'berkongsi Saham Akhirat' mencari redha-Nya dalam Projek Giveaway ini.

Dana yang anda salurkan itu - akan diguna khas untuk Giveaway.

Tapi,kalau ada orang sudah salur Dana,dan saya rasa Dana itu sudah mencukupi,saya berhak untuk tidak menerima sumbangan anda.Bukannya apa,cuak bai pegang duit amanah banyak-banyak.Haha.

Saya minta Dana ini kerana :

1) Memang saya boleh bagi buku dengan Dana sendiri.Tapi,beberapa perkara yang melanda saya sejak Akhir-Akhir ini menyaksikan kedudukan kewangan yang tidak berapa kukuh.

2) Kalau saya seorang punya dana,mungkin satu buku sahaja boleh diberi.Tapi,kalau ada orang lain sumbang,mungkin boleh bagi lebih banyak buku.Tiga buah buku sebulan,mungkin?

3) Lebih banyak buku diberi,lebih ramai Audiens baru yang saya dapat tarik untuk mendekatkan mereka dengan Islam.Bayangkan jika seorang baca buku itu,mereka amal,mereka share dengan family mereka.Nampak flow?Orang kata,efek-kebaikan-berantai.Combo-breaker!


Harap anda faham dan jelas dengan visi ini.

Satu hari nanti,jika ada umur panjang dengan izin Allah (insya-Allah),salah satu Impian saya adalah untuk menubuhkan satu Yayasan Kebajikan.Ini - adalah titik permulaan.

Saya membuat Giveaway bukan untuk nak tarik traffik,tapi sebaliknya kerana saya merasakan kebanyakan masyarakat kita berada dalam keadaan 'ke-tak-tahu-an' yang serius.

Dan saya berpendapat,ini semua hanya mampu dibanteras dengan Ilmu.Tapi bagaimana hendak mendapat Ilmu?

Buku.Ya.Salah satu medium mendapatkan Ilmu adalah dengan Buku.

Jelas?

Sekian.Salah silap - minta dibetul,dan dimaafkan.

Assalamualaikum,Selamat Beramal.

P/S : Apa-apa,boleh hubungi saya di E-Mail saya.Semoga Allah Meredhai.Amin.

P/P/S : Tapi bukan semua orang yang nak bagi dana ni saya terima.Semuanya bergantung pada keadaan.Kalau katakan saya sudah ada dana lebih,saya tidak akan mengambil bantuan anda.Ini kerana,saya seboleh-boleh mahu mengelak dari mengambil dana dari orang lain.Bahaya.Dan baki lebihan dana,akan disalur kepada Badan Kebajikan lain melalui Maybank2u,mungkin?



No comments:

Post a Comment