11.12.11

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi Disember 2011).

Prenote : Penulisan Bahasa Pasar.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Selepas Isya' tadi,saya berkesempatan dengan izin Allah SWT menghadiri sebuah Majlis Ilmu.

Alhamdulillah.

Dan oleh kerana hari masih awal,dan esok hari Ahad,tanpa bertangguh lagi,saya dengan sukacitanya membawakan kepada anda,

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" Edisi Disember 2011 (cepat benar tahun 2011 berlalu meninggalkan kita).

Dalam Edisi Disember 2011,tiga buah buku akan diedarkan kepada Tiga Para Pembaca bertuah.

"Wah,banyaknya" - kata seorang Pembaca dengan penuh keterujaan.

Ya.Tiga buah buku - akan diedarkan kepada tiga orang Pembaca.

Kenapa tiga buah buku?Senang sahaja.Ini kerana ada seorang Saudara kita telah berbesar hati menyumbangkan sedikit dana untuk Giveaway Bulan ini.

Kepada anda yang mahu menyumbangkan Dana untuk Giveaway bulan depan (Januari 2012),boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.

Kepada anda-anda yang baru pertama kali berada di blog Pena Maya,boleh lihat Contoh Giveaway yang telah berlangsung pada bulan-bulan yang lepas di sini.

Dan bagi mereka-mereka yang masih kurang faham apakah yang sedang dibicarakan oleh Penulis ini,Penulis copy pastekan maklumat dari Artikel Giveaway November 2011.

*** *** ***

Penerangan

Hadis Rasulullah SAW bermaksud,

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Berbekalkan kesedaran ini,Penulis dengan ini ingin memulakan satu Program Giveaway Buku Percuma yang akan dilaksanakan setiap bulan mulai Oktober 2011.

Walaupun Pena Maya tidak mempunyai ramai pembaca,tapi Penulis yakin Para Pembaca yang membaca blog ini walaupun sedikit,memang terdiri dari Golongan yang benar-benar mahu mencari Ilmu.

Jadi,jika diberikan buku kepada Para Pembaca yang benar-benar membaca ini,insya-Allah Penulis yakin mereka akan manfaatkannya dengan elok.

Siapa Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam yang membaca blog Pena Maya.

Tapi,ada syaratnya.Untuk mengelakkan Pemberian itu dari menjadi sia-sia,anda yang hendak menyertai Giveaway ini hendaklah memastikan anda benar-benar mahu membaca buku itu.Jika tidak,rugilah buku itu nanti.Ramai lagi orang lain boleh bacanya.

Dan tidak semestinya anda sertai untuk mendapatkan buku itu untuk diri anda sahaja.Anda juga boleh sertai Giveaway ini untuk beri buku itu kepada Family/Rakan anda yang dirasakan memang benar-benar akan baca buku itu.

Tapi,sekali lagi diulang,kepada anda yang mahu menyertai Giveaway ini,pastikan buku itu jika diberi kepada anda,ianya bakal dimanfaatkan.Bukan apa,jika anda tidak mahu baca buku itu,bukankah elok bagi buku itu kepada orang lain yang mahu memanfaatkannya.

Kan?

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

Senang sahaja.

Ini sebenarnya bukan Peraduan.Just Penulis nak bagi buku kat Para Pembaca yang bertuah yang benar-benar mahu membaca buku Islamik untuk mencari Ilmu dan mengamalkannya.

Jika anda Pembaca Pena Maya dan berminat mendapatkan buku-buku ini,anda hanya perlu :

1) Nyatakan di Bahagian Komen yang anda berminat.Buat pilihan buku yang anda hendak.Kalau anda hendak beri buku itu kepada Ibu anda misal kata,nyatakan bahawa anda hendak memberi buku itu kepada Ibu anda.

2) Beri pandangan anda terhadap Soalan Penulis ini (setiap bulan soalannya berlainan) - "Apakah Kepentingan Ilmu Dalam Merubah Diri?Apakah Kepentingan Ilmu Dalam Beramal?Ringkasnya,Apakah Kepentingan Ilmu (Tentang Islam) Kepada Pembentukan Peribadi Seseorang?"

3) Nyatakan cara bagaimana Penulis boleh menghubungi anda.E-Mail/Twitter atau jika anda tidak mahu mendedahkan Identiti anda secara Public,anda boleh kunjungi semula Blog ini dalam tempoh 24 Jam selepas Komen Anda ditulis.

4) Itu sahaja.Anda akan dihubungi Penulis kalau buku tu memang rezeki anda.

Ringkasnya,seorang yang hendak menyertai 'Giveaway' ini hanya perlu,

"Tulis di bahagian komen yang anda berminat,buku itu untuk siapa,jawab Soalan yang dikemukakan Penulis,nyatakan pilihan buku dan nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi".

Jika anda mahu kekal anonymous di Blog ini,jangan risau.Anda boleh lawati semula blog ini dalam tempoh 24 Jam.Kalau anda dapat buku itu,Penulis akan nyatakan di bahagian komen.Ketika itu,anda boleh menghubungi Penulis melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.Maksudnya,identiti anda hanya diketahui oleh Penulis dan Postman yang akan pos barang itu ke rumah anda.

Ketika anda sudah contact Penulis melalui e-mail,baru kita bincang pasal alamat Penerima etc.Jangan risau,Penulis akan menyimpan Privasi anda dan tidak akan mendedahkannya di Blog ini.Percayalah.


Macam Mana Hendak Tentukan Siapa Yang Dapat Buku Itu?

Serious senang.Haha.Yang baca blog ni bukan ramai sangat.So,cara nak tentukan siapa yang bakal dapat buku itu adalah :

"Pengkomen pertama,kedua dan ketiga yang komen dan beri Jawapan kepada Persoalan di atas dengan penuh bergaya akan mendapat buku itu.Kiranya,kalau anda setakat komen "Salam Ziarah" - sorry anda tidak dapat buku itu.


Tapi,untuk Edisi Disember 2011,ada sedikit pertambahan Syarat.

Syaratnya masih sama.Cuma,keutamaan akan diberikan kepada Para Pembaca Setia Pena Maya.

Siapakah Para Pembaca Setia ini?Jangan risau.Penulis tahu siapakah anda-anda ini.

By the way,keutamaan yang dimaksudkan Penulis itu adalah : "Buku akan diedar kepada Tiga Pengkomen Terawal.Tapi kelebihan akan diberi kepada "Para Pembaca Setia".Yakni,jika anda first time masuk Pena Maya,dan anda Pengkomen ketiga,tapi ada Pembaca Setia Pena Maya jadi Pengkomen yang keempat,so buku itu akan diberi kepada Pembaca Setia Pena Maya.Nampak flow?Mudah kan?"

Ringkasnya,Tiga Pengkomen Terawal akan mendapat buku,dengan keistimewaan diberi kepada Para Pembaca Setia Pena Maya.


Contoh Komen Yang Dimaksudkan Penulis

Assalamualaikum.Saya mahu buku nombor dua.

Jawapan kepada Persoalan di atas saya fikir adalah kerana bla bla bla bla.

Boleh hubungi saya di __________

(Atau jika anda Anonymous,anda boleh datang balik dalam tempoh 24 Jam)

Jelas?

Oleh kerana saya rasa Penerangan ini sudah cukup jelas,di sini saya lampirkan beberapa Buah Cadangan Buku yang hendak diberi itu.Tapi ingat,hanya tiga buah buku akan diberi,cuma untuk memvariasikan Pilihan,saya bagi anda beberapa tajuk buku yang boleh anda pilih.Dan ya,jika anda tidak dapat buku itu bulan ini,jangan risau,bulan depan insya-Allah jika saya (dan anda) hidup lagi,anda masih ada peluang.

Dan jika anda sudah dapat buku itu bulan lepas,anda kenala bagi can kat orang lain pulak untuk bulan ni.Dan jawapan yang anda beri kepada Persoalan yang saya tanya itu akan dikongsi dalam Penulisan saya yang akan datang.So,kira cam win-win la jugak.Saya dapat tau pendapat anda.Anda dapat buku.Kalau misal kata ada orang lain sudah dapat buku,tapi anda ada pandangan yang bernas,still boleh bagi jawapan.Apa salah share ilmu kan?

Okay,so ini dia tajuk-tajuk buku itu.Saya akan cadangkan lima buah buku.

1) Biografi Muhammad Bin Abdullah Edisi 2011


Penerangan : Ini antara Biografi kehidupan Baginda Rasulullah SAW yang paling santai saya pernah jumpa.Sesuai untuk Golongan-Golongan Majoriti,yakni orang yang bukan dari Sekolah Agama,tapi berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam kehidupan Rasulullah SAW.

2) Jangan Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia (Khas Untuk Wanita)


Penerangan : Buku ini saya hadiahkan kepada Ibu saya semasa saya pulang ke Malaysia untuk cuti Musim Panas baru-baru ini.Mengikut apa yang Ibu saya cakap,Buku ini amat bermanfaat dan santai untuk dibaca.Saya rekomen untuk Para Wanita,atau mungkin Para Lelaki yang hendak hadiah kepada Orang Tersayang.

3) Indahnya Hidup Bersyariat (Panduan Fardu Ain Lengkap Bergambar)


Penerangan : Buku ini ditulis oleh Ustaz Ismail Kamus.Sangat bermanfaat.Di dalamnya ada dipapar tentang Ibadat Fardhu Ain berserta Penerangan Bergambar.Sesuai untuk anda yang mahu mendalami Ibadat Fardhu Ain.

4) Untukmu Wanita Oleh Ustaz Zaharuddin


Penerangan : Buku ini amat perlu dibaca oleh Wanita-Wanita sekalian.Menerangkan tentang fitnah yang berlaku pada hari ini etc etc.Amat bagus kalau anda hendak bagi buku ini kepada Ibu,Kakak,Adik,Isteri anda atau mungkin anda sendiri hendak baca.Tak salah pun.Janji Ilmu itu sampai.

5) Bicara Buat Pemimpin Dan Rakyat


Penerangan : Buku ini amat bagus.Saya sudah baca,dan banyak manfaat yang saya dapat.Sesuai untuk mereka yang berada di Luar Negara/duduk di bandar-bandar besar.Atau mungkin buat Golongan yang sedang mahu merubah diri,tapi duduk dalam kalangan mereka yang bukan dari kalangan Lulusan Agama.Contohnya : Anda belajar di UK,tapi takde Sahabat yang nak nasihat anda.Banyak perkara yang dapat dimanfaat,insya-Allah.

Itulah dia tajuk-tajuk buku yang saya cadangkan.

Ha,dilema kan?

So,buatlah pilihan yang terbaik.Harap bermanfaat nanti bila dibaca.

Dan jawablah soalan yang saya bagi tu dengan elok.Ini bukan pertandingan.Just saya nak bagi buku free.

Nak kongsi buku dengan orang yang takde kemampuan nak beli buku ni.Yalah,kadang-kadang buku tu takde kat kedai.Kalau ada,kita pulak takde masa nak beli kan?Dan lain-lain.

So,jangan tunggu lama-lama.Nyatakan minat anda!

Jika tidak berjaya,bulan depan cuba lagi!Kita sebagai Umat Islam perlu banyak membaca.Baru tidak mudah ditipu.Jangan bongkak dalam mencari Ilmu.

Dan ya,kalau buku yang saya cadang ni tiba-tiba takde stok,maaf tau.Haha.Tapi takpe.Tu boleh bincang nanti.

Setakat itu sahaja.Apa-apa tak faham,boleh tanya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sekali lagi saya ulang,Tiga Penerima Buku akan dipilih berdasarkan "Tiga Pengkomen pertama yang jawab soalan saya dengan bergaya,merekala yang dapat buku tu".Tapi,keutamaan diberi kepada Para Pembaca Setia.

P/P/S : Kalau anda di luar negara,maaf saya hanya boleh lakukan penghantaran dalam Negara.Tapi tidak mengapa.Anda boleh baca buku ini masa balik Malaysia nanti kan?And sementara tu,buku tu boleh dibaca Family anda.And kalau nak bagi buku ni kat family kat Malaysia pon boleh.

P/P/P/S : Sesiapa yang mahu menyumbang Dana untuk Giveaway,boleh hubungi saya melalui E-Mail.Dana itu akan diguna 100% untuk Giveaway.



12 comments:

  1. Assalamualaikum PenaMaya. Sempat lagi ke nak join ? Hee

    Jawapan saya, kita sering dengar ilmu tu pelita hidup. Ilmu itu luas, senang je nak cari, antara malas atau rajin je. Pendapat saya dua2 ilmu penting, ilmu dunia dan akhirat. Rasulullah saw sendiri mengatakan tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China, nak mengatakan bahawa tuntutan ilmu itu sendiri amatlah penting. Cuma sekarang banyak orang berlumba-lumba nak mencari ilmu dunia dan terleka nak mengumpul ilmu untuk akhirat, nauzubillah harapnya kita dijauhkan. Tanpa ilmu dunia mungkin kita akan dipandang serong sesetengah pihak, tapi tanpa ilmu akhirat mungkin kita akan dipandang serong Allah swt huu. Dasyat tu. Sombong untuk menuntut ilmu. Apa kepentingan ilmu dalam beramal? Ringkasnya, kita pernah dengar kan ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. So, it’s nothing. Kalo da ada ilmu tapi kita kedekut nak sebarkan, nak beramal dengannya takde apa2 jugak. Contoh diri saya sendiri, bila saya tahu sesuatu perkara, contoh kata doa yang elok diamalkan. So, saya akan cuba sedaya upaya untuk sentiasa amalkannya, konsisten setiap hari. Dan saya akui ia mampu mengubah sedikit sebanyak hidup saya. Alhamdulillah, rasanya segala2nya dipermudahkanNya. Dan saya percaya, jika kita ikhlas menuntut ilmu keranaNya, urusan kita akan dipermudahkan di samping mendapat keberkatanNya. Orang yang berakhlak tinggi itu adalah orang yang berilmu. Pendek kata, ilmu yang baik (ilmu dunia dan akhirat) secara totally akan mampu mengubah hidup kita, mungkin bukan secara keseluruhan tapi tetap ada perubahan sedikit sebnayak, insyaAllah. Dan harapnya niat dalam menuntut ilmu ni adalah keranaNya, bukan disebabkan perasaan riak untuk mendapat sanjungan orang lain. Huh, niat ni yang susah nak ditetapkan sebab boley jadi sentiasa berubah (harap PenaMaya boley bagi sedikit tips =) )

    Kalau masih berkesempatan, saya mahu buku nombor satu sebagai pembacaan saya dan keluarga. Kenapa saya mhukan buku tersebut ? sebab sekarang dalam menghabiskan episode Laa kaana bainana. Dengar lagunya yang berkisarkan Rasulullah pon da cukup membuatkan saya rasa sebak. Bila tengok dokumentari tu tetiba rasa sayu menusuk hati, rindu Rasulullah. Dan seandainya boley, alangkah indahnya kira Baginda mampu berada bersama kita di abad sekarang untuk mengubah semua kecondongan yang berlaku harini, tapi itu mustahil sebab semuanya harus bertitik tolak dari diri kita sendiri. Dan kiranya saya diberi masa seminit untuk bersama Baginda, mungkin seminit tu akan terlepas begitu saja sebab terlalu leka memandang wajah Baginda huu. Sebab itu saya inginkan buku tersebut untuk lebih mengenali Rasulullah saw ^__^. Err, boley saya tahu, harga untuk buku num 2 tu RM berapa dan di mana penulis dapatkannya? Terima kasih PenaMaya.

    : Mana2 salah tolong perbetulkan..

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam anon..
    boleh2.boleh sertai.sebab andalah orang pertama yang masuk.takde orang pon sertai benda ni.kurang sambutan pula kali ini.tapi tidak mengapa..

    by the way,belajar tentang islam ni,seeloknya,kita sentiasalah mengamalkan apa yang kita tahu.maksud saya ,kita yang orang kebanyakan ni..kalau tau kebaikan bersedekah,kita bersedekah.so lame2 benda ni mendatangkan kebaikan,ketenangan kepada kita iA.

    bab niat tu,ada hadis Rasulullah SAW,

    "Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim"

    so,kita buatla kebaikan kerana Allah.mungkin mula2 susah.tapi alah bisa tegal biasa.

    boleh tengok video ni tentang perkara ni - http://youtu.be/ahKVevx6mbw - video oleh ustaz zaharuddin..

    okay so anda mahu buku nombor satu ye? okay boleh..

    laa kaana bainana tu yang di tv alhijrah tu ye?saya sempat tengok.memang bagus..

    tentang buku nombor dua,harganya rm10.. saya beli di borders ...

    apa2 pon boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com . ini untuk urusan maklumat alamat mana nak pos semua..

    terima kasih kerana menyertai.terima kasih berkongsi pandangan dan ilmu.alhamdulillah..

    sentiasalah mencari Ilmu.kalau ada kawan2 yang nak masuk ni pon boleh..

    ajak ramai2.

    hubungi saya okay.kalau boleh biarlah selewat2nya hari ini.sebab nak bagi mudah urusan pos.

    ReplyDelete
  3. oh ya,boleh masuk halaqah2 ilmu berdekatan dengan anda (jika ada).bukan apa,berada dalam persekitaran yang soleh ini,sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam perubahan.

    ReplyDelete
  4. Silap, Law kaana Bainana tajuknya hee

    erm, ad kat tv al-hijrah tp tgk melalui u-tube je

    Terima kasih ^^

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.Saudara Penamaya,saya mahu buku bernombor 5.Pendapat saya bg soalan itu,bagi saya ilmu merupakan pencetus kepada amal.semestinya amal itu adalah amal yg baik.untuk merubah diri,perlukan niat dan keazaman yang kuat,perlu mengambil ibrah atau pelajaran dr keburukan2 yg kita lakukan dulu.perlu juga mengetahui bagaimana hendak beristiqamah.semua itu memerlukan ilmu.

    ReplyDelete
  6. walaikumsalam anon kedua..
    betul2.. amal tanpa ilmu dibimbangi membawa kepada keburukan pula..

    thanks berkongsi ilmu.
    boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com untuk urusan maklumat seperti alamat etc.

    ReplyDelete
  7. bismillahirahmanirrahim, menjawab persoalan tuan penulis, ttg ilmu dan kepentinganya... Ilmu adalah asas kepada pembentukan peribadi sesorg, kita blh melihat perbezaan muamalat antara org yg berilmu dan tdk berilmu... dgn ilmu juga sesorg akn diangkat darjatnya disisi Allah SWT, dan untuk melihat kesan ilmu, lihatlah pada amalannya... tiadalah berilmu sesorg itu sekiranya ia tidak mengamalkn apa yg telah dipelajarinya... ckp soal ilmu, teringat pada cogan kata sekolah menengah dulu, ilmu asas taqwa... kata2 Imam Ali karamallhuwajhah, apabila disoal ttg taqwa, beliau menjawab, taqwa itu adalah takut pada Allah SWT, beramal dgn apa yg diturunknNYA (al-Qura'n dan as-Sunnah), persedian menghadapi hari kematian... dan kesemua ini memerlukn kpd ilmu... wallahu a'lam... sekadar perkongsian tak seberapa... ttg pemilihan buku tu, harap tak terlambat... klu blh sya nk buku Untukmu Wanita oleh Ust Zaharudin... syukran

    ReplyDelete
  8. anon ketiga..

    yup2.tak terlambat lagi...alhamdulillah anda dapat buku tu..

    jzkk atas perkongsian di atas.saya tertarik dengan cogan kata sekolah anda itu 'ilmu asas taqwa' ,dulu masa kecik tak faham sangat.skang baru fham.tq .jzkk.

    btw boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com

    dan dengan itu,saya tutup giveaway bulan ini.

    kenapa?

    sebab dah cukup tiga orang yang komen.. keistimewaan kepada para pembaca setia hanya diberi kalau komen tu dibuat dalam masa serentak ..

    ape2 pon tahniah kepada yang dah dapat ..yang tak dapat leh cuba lagi.okay?

    anon.sila email saya ... pospenamaya@gmail.com tq . doakan saya.

    ReplyDelete
  9. tapi kepada sesiapa yang masih ada jawapan menarik,boleh share sini.ilmu bermanfaat tidak rugi jika dikongsi.. jzkk.

    ReplyDelete
  10. saudara anon ketiga - boleh cek email balik tak..sebab saudara lupa nak bagi nombor telefon dan juga nama penuh dan email saudara..

    sebab nak memudahkan urusan pengeposan..

    jzkk.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum..sy ahlia yusoff dr sandakan..sy berminat dgn buku no 1, utk diri sendiri..insya'allah..

    sy boleh d hbungi d email sofyatiku66@yahoo.com.

    jawapan pd persoalan bulan ni, pd fikiran sy, ilmu mmg penting kpd khidupan ssorg..apalagi dlm merubah diri, dr seorang yg tidak tahu apa2, kpd seorg yg berilmu..wjib bg sseorg utk mnuntut ilmu samada masail atau ilmu fadhail, krna hnya dgn mnuntut ilmu, kita akn dpt mgetahui akn suruhan2 n larangan2 ALLAH mgikut waktu n keadaan, mgikut keutamaan sperti yg d tunjukkan oleh NABI MUHAMMAD SAW..dlm beramal pla, ia akn mdatangkan kghairahan utk mmbuat ssuatu amal, apabla kita telah mgetahui fadhilat2 atau klbihan2 yg d sdiakn utk kita..akan merasa ihtisab, ykni ykin dgn ganjran ya ALLAH beri utk kita apabila kita beramal, dgn ilmu yg d sertai keikhlasan..bbgai2 ganjaran bg yg mnuntut ilmu,antaranya kita akan bjln d ats syp2 malaikat spnjg jln kita prgi utk ke sesuatu mjlis ilmu itu..jd ilmu itu adalah ssuatu yg pnting dlm pmbentukan pribadi sseorg, krna apabila dia berilmu n mengamalkn ssuatu ilmu itu, bssuaian dgn cara yg d tunjukkn oleh NABI MUHAMMAD SAW..dgn scra tak lgsung akn lhir pribadi rasulullah dlm cara hdup n khdupan itu..wallahu a'lam..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.Saya mahu buku nombor satu(Biografi Muhammad Bin Abdullah Perjalanan Seorang Nabi)

    Jawapan kepada Persoalan di atas saya fikir adalah segalanya bermula dengan sebuah kisah cinta. Setiap yang dilakukan menjadi lebih bermakna jika dihadiri dengan perasaan cinta. Dengan rasa cinta, kita tidak akan berkira walau sebanyak mana kudrat yang perlu kita gunakan untuk membuktikan sebuah nilai cinta pada insan tersayang. Pasti para pembaca sendiri pernah melakukan sesuatu yang tidak digemari, tetapi harus dilakukan juga atas dasar tanggungjawab. Cuba bandingkan dengan suatu perkara yang dilakukan dengan penuh rasa cinta, khas buat orang yang dicintai. Saat hadirnya cinta, yang susah jadi mudah, yang lama jadi sekejap, yang panas pun boleh menjadi sejuk. Inilah pesona dan penangan cinta.Begitulah juga kita dengan Rasulullah S.A.W. Cinta seharusnya dipupuk dalam-dalam. Andai ada cinta, barulah kita benar-benar dapat merasakan betapa kita menanti-nanti tanggal 12 Rabiulawal.Untuk memupuk rasa cinta terhadap Rasulullah kita haruslah tahu mengenai kisah hidupnya.

    Boleh hubungi saya di adhazmi03@gmail.com

    ReplyDelete