23.12.11

Kenapa Saya Tidak Menulis Tentang Perkara Peribadi Di Sini?Sempurnakah Solatku?

Prenote : Ada Kejutan untuk sesiapa yang membaca sehingga habis.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Yang Penyayang.

Assalamualaikum.

Maaf.

Sudah lama saya tidak menulis di sini.

Sibuk dengan urusan Akademik di luar sana.Banyak yang belum selesai.Banyak yang masih belum 'lepas'.

Tapi saya tetap cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya.

Kenapa?

Kerana saya bukan jenis orang yang boleh 'rileks tenang' bila diri berada dalam suatu 'kegagalan'.

Walaupun 'gagal',saya sedaya upaya akan cuba bangkit dan berusaha.

Well,at least,saya berusaha.Itu lebih baik dari kita duduk mengenang nasib - tapi tiada tindakan dilakukan.

Sama juga dalam situasi merubah diri ke arah kebaikan - orang yang menyesal dan berusaha merubah diri - adalah lebih baik daripada orang yang 'menyesal' tapi 'duduk mencangkung tak buat apa'.

Kata-kata memang senang dilontar.Tapi untuk ditukar ke dalam perbuatan - susah bro.

Jadi,mari kita sama-sama mengubah diri.

Boleh tonton video di bawah untuk maklumat lanjut.


*** *** ***

Dalam Penulisan kali ini,saya tidak dapat menulis panjang.

Kenapa?

Entah.Tidak semua perkara peribadi saya perlu diceritakan di sini.Blog Pena Maya - bukan Platform saya menceritakan perkara peribadi.

Pena Maya - bukan tentang kisah peribadi Penulis.Pena Maya - satu usaha kecil menyampaikan sebanyak mungkin Penulisan bertemakan Islamik kepada Masyarakat,yang asalnya merupakan peringatan untuk diri sendiri.

Banyak penulisan berulang kenapa?Sebab Penulisan yang ditulis kebanyakannya bergantung pada apa yang berlaku dalam kehidupan seharian Penulis.

Lagi satu,ditulis dengan kerap Penulisan-Penulisan sebelum ini di sini dengan harapan supaya nama Pena Maya akan sentiasa berada di posisi paling atas dalam 'Blog List' pada sidebar blog orang lain.So,orang yang tidak pernah baca blog ini,yang amat sikit Ilmunya tentang Islam,boleh masuk.Insya-Allah,sedikit sebanyak ada manfaat yang mereka dapat.Nak berblog pun kena ada strategi.Bukan untuk dapat Traffik.Sebaliknya,nak tarik orang kepada Islam melalui blog.

Okay?

Lagipun,bimbang apabila terlalu banyak kisah peribadi ditulis,banyak pula fitnah berlaku.

Eh betul.Tak tipu.Bila seorang lelaki/perempuan menulis tentang dirinya secara Public,pasti ramai manusia berlainan Jantina secara halus jatuh minat padanya.Ini bukan perasan/syok sendiri/bajet macho.

Siapalah saya hendak bajet hensem.Walaupun sebenarnya.

Tapi,pernah dengar ikhtilat?Yup.Google perkataan itu jika tidak tahu.Dalam Internet juga ada batas pergaulan.Ingat.Tatkala tangan riang bermain Facebook membalas komen 'Islamik' Gadis Comel,ingat perkara ini.


Harap faham ya.

Kalau ada yang muak dengan penulisan di sini,ada banyak lagi blog dalam list sebelah kanan ini dikongsi saya.Boleh jenguk-jenguk Blog mereka.Semuanya,insya-Allah blog-blog yang bagus.


*** *** ***

Ada sebuah video mahu dikongsi.


Sebenarnya video di atas ini merupakan Bahagian Pertama dari Tiga Bahagian Siri 'Sempurnakah Solatku'.

Ini link untuk Siri Sempurnakah Solatku Bahagian Dua,dan Tiga.

- Sempurnakah Solatku? (Bahagian Dua).
- Sempurnakah Solatku? (Bahagian Tiga).

Siri ini amat bagus pada pendapat saya.Ya.Amat bagus.Kenapa?

Siri ini membincangkan topik kesempurnaan Solat dengan penuh spesifik lagi santai.Penyampai dalam Video-Video ini adalah Ustaz Zaharuddin.Sebenarnya,Siri ini pernah ditayang di TV9.

Dan untuk pengetahuan anda,dalam Siri ini,Ustaz Zaharuddin membentangkan topik ini menggunakan buku yang dikarang oleh Beliau sendiri - iaitu buku yang bertajuk - Formula Solat Sempurna.

Sebenarnya,ada beberapa orang Ilmuwan Islam tempatan yang saya secara peribadi minati.

Antaranya,Dr Zaharuddin ini,Dr Mohd Asri dan beberapa orang lagi tokoh Ilmuwan lain.

Sebenarnya,semua Ilmuwan-Ilmuwan ini bagus-bagus belaka.Cuma,saya lebih prefer kepada beberapa orang ini - mungkin kerana gaya penyampaian mereka.

Sama-sama kita doakan semoga Ilmuwan-Ilmuwan ini terus Istiqamah dalam menyebarkan Islam kepada orang ramai.Semoga Allah SWT memberikan mereka balasan yang baik.Dan semoga kita juga diberi petunjuk oleh Allah SWT.Amin.

*** *** ***

Sukacita juga dimaklumkan,oleh kerana saya ada kewangan yang lebih buat masa ini,Alhamdulillah,saya ingin memberikan Giveaway Buku Formula Solat Sempurna ini kepada Dua Orang Para Pembaca Bertuah.



Ya.

Terkejut bukan?

Sengaja saya tidak letakkan perkara ini dalam Tajuk Penulisan ini.Ini untuk memberi kelebihan kepada orang yang benar-benar membaca Artikel ini.

Saya tidak memiliki buku ini.Tapi mengikut apa yang saya tonton dalam video di atas,buku ini sangat bagus rasanya.

Adalah sesuatu yang bagus jika anda kongsikan buku ini untuk Pembacaan keluarga anda,Ibu Bapa anda - atau diri anda sendiri.

Ada orang bertanya,apa Syarat hendak dapat buku ini?

Syaratnya mudah.Konsepnya sama dengan Sudden Giveaway yang saya buat beberapa minggu lepas.

Tapi supaya memudahkan anda yang membaca,di sini saya ringkaskan kembali syarat-syarat untuk anda yang hendak mendapatkan buku ini :

1) Terbuka untuk semua Umat Islam yang membaca Pena Maya.

2) Kalau anda pernah menyertai Giveaway,adalah lebih elok jika anda berikan peluang ini kepada Saudara-Saudari kita yang lain.

3) Kalau anda hendak dapatkan buku ini,anda hendaklah memastikan buku ini bakal dimanfaatkan oleh anda.Jangan hanya hendak mendapatkan buku ini - semata-mata kerana mahu mendapatkannya.Sebaliknya,manfaatkanlah ilmu yang ada dalam buku ini.

4) Kalau nak bagi kat Ibu Bapa,Kenalan etc pun boleh.Tapi pastikan mereka yang bakal diberi buku itu nanti akan memanfaatkannya juga.

5) Doakan Penulis,Keluarga Penulis dan semua Umat Islam.

6) Dua orang Pembaca Terawal yang komen,akan mendapat buku ini.Tapi,kalau boleh,janganlah pendek sangat komen tu,tunjuk sikit minat anda.Nyatakan kenapa anda mahu buku ini,dan untuk siapa buku ini mahu diberi.Dan kalau boleh,tontonlah sekali video di atas ini.Tapi yang part video ini,optional.Yalah.Bukan semua orang ada Internet laju.Saya amat faham tentang perkara ini.

7) Kalau hendak tahu contoh komen yang perlu ditulis,rujuk Artikel Giveaway yang lepas di sini.

8) Itu sahaja rasanya.Nanti kalau buku itu memang rezeki anda,saya akan hubungi anda.Atau anda boleh terus hubungi saya apabila konfem buku itu milik anda di email saya - pospenamaya@gmail.com.

9) Saya bagi buku ini sebabnya saya tahu ramai orang di luar sana yang tiada kemampuan beli buku ini.

10) Itu sahaja.Masih tak faham,rujuk Artikel Giveaway yang lepas.

11) Siapa-siapa yang tidak dapat buku ini,jangan risau.Ada umur panjang nanti,boleh join Next Giveaway.Insya-Allah.Basically setiap bulan saya ada buat Giveaway,Alhamdulillah.Tapi,kalau ada dana lebih,macam kali ini,saya akan buat Sudden Giveaway.So,keep your eyes open.Tapi janganlah baca blog ini semata nak dapat buku.Ish.Tak elok tu.Bacalah kerana nak dapat redha Allah SWT.Cariklah redha-Nya.Bukan habuan dunia semata.

12) Oh ya,even jika anda ini merupakan kawan/kenalan saya,tapi nak hadiah buku ni kat family kat Malaysia,pun boleh bro.Tak kisah pon.Nyatakan minat di bahagian komen.Then anda akan dihubungi ikut e-mail.

Sekian untuk kali ini.

Salah silap,terkasar bahasa etc - minta anda maaf,dan betulkan.Takde niat langsung nak berlagak/sombong dalam Penulisan-Penulisan di sini.Astaghfirullahalazim.Saya minta anda faham,yang saya ini bukan Pelajar Jurusan Agama.Saya juga seperti anda yang dalam Proses Perubahan.So,janganlah expect tinggi sangat.Okay?Cuma saya diberi kelebihan oleh Allah SWT dengan blog ini.That's all.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Tempoh Valid Penyertaan adalah sehingga Penulisan seterusnya.Bila Artikel seterusnya diterbitkan,Tawaran ini sudah tidak Valid.Ingat,dua buah buku,untuk dua orang Pembaca sahaja tau.Kalau anda di Luar Negara,maaf Penghantaran hanya dilakukan di dalam Malaysia.Tapi anda still leh poskan buku itu ke rumah anda di Malaysia.Kan?

P/P/S : Penulisan ini ditulis dalam keadaan malas yang sebenarnya.Itu sebab cincai sahaja resultnya.

P/P/P/S : Bersyukurlah.



12 comments:

  1. wah...sudden giveaway...such an interesting event!

    saya nak buku ustaz zaharudin tu supaya dapat menambah koleksi buku yang mana dapat menambahkan lagi thaqofah saya dalam agama.Mungkin boleh jadi pencetus kepada saya untuk lebih teliti dan cermat dalam melakukan tiang agama yang paling utama.

    buku ini sudah tentunya untuk keluarga saya jika saya beroleh rezeki untuk mendapatkannya.

    ReplyDelete
  2. salam ziarah buat tuan rumah,

    maaf,saya mengomen bukan untuk dapatkan buku tu,sila berikan kepada pengomen ke 2 dan ke 3...

    cuma saya berminat nak memberi pendapat tentang tajuk buku tu...

    memang kita manusia bukan Tuhan untuk menilai kesempurnaan solat seseorang...tapi cukup dengan tingkah laku orang yang bersolat itu kita tahu,sempurna atau tak solatnya...cukup atau tak ingatan tentangNya di dalam solat untuk dibawa ke luar solat...

    kerana solat ada zahir dan batinnya...zahirnya tentu pergerakan2,bacaan2...dan batinnya adalah keikhlasan dan kekhusyukan ketika bersolat...solat sendiri membawa maksud mengingati Tuhan...sembah Yang...

    jika diluar solat tidak mengingati "Yang" itu,da tentu2 dalam solat pun lebih kurang macam tu juga...kerana hati tiada tertarik dengan "Yang" itu...

    wallahualam...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum @nuruddin azri..

    alhamdulillah anda dapat buku tu.boleh hubungi saya di email pospenamaya@gmail.com

    by the way,tentang permintaan anda itu,maaf saya agak sibuk sekarang.

    tapi ada dua artikel yang lebih kurang macam topik itu saya pernah tulis.

    http://baikiminda.blogspot.com/2011/11/realiti-semasa-islamophobia-apa.html

    http://baikiminda.blogspot.com/2011/03/kenapa-ianya-dakwah-satu.html

    anda boleh gunakan isi dalam artikel ini untuk pembentangan anda.insya-Allah.

    apa2pon boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com

    @nurun nur 9111

    terima kasih atas perkongsian.basically itulah yang dikongsikan ustaz zaharuddin itu dalam video itu..ada benarnya..

    apa2pon ,anda sure taknak buku ini?kalau anda nak,hubungi saya di pospenamaya@gmail.com..

    kalau taknak,tidak mengapa..

    ReplyDelete
  4. bismillah.

    alhamdulillah,skian lame jd silent reader, 1st time menulis komen di sini. :)
    kalau diizinkan Allah,dn kalau nurun nur 9111 tidak mahukannya, ana harap ana terpilih utk terima buku tu, mmg ana sgt mahukan buku ni dah lama, tapi keadaan kewangan tidak mengizinkan. ana mahukan buku ini, secara peribadi, utk memperbaiki solat ana, kerana ana akui ana merasakan hati ana semakin keras skrg, dn ana merasakan sesuatu tindakan perlu dilakukan antaranya adalah memperbaiki solat sebaik mungkin.
    teringat pesan Imam Ghazali:
    “Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”
    solat adalah indikator hubungan kita dgn Tuhan. mana mungkin hati yg gelap mampu menerangi hati2 yang lain? moge ilmu dr buku ini juga dapat memberikan kefahaman yg lbh mendalam dr sudut fiqh solat yg dapat ana kongsikan dgn sahabat2 yg lain. syukron. =)

    ReplyDelete
  5. Kadang2 terlepas jugak menulis mengenai perkara peribadi di blog,tp betolla, bila pk balek mmg tak perlu, sape je yg nak tau pasal benda tu, tp tu la, manusia. Kdg2 terlupa, nak meluahkan tapi tak kena tempat huu, sy akui. ape2 pon terima kasih sgt2 atas peringatan ni PenaMaya dan terima kasih jugak tuk video tu, sgt bermanfaat, semoga urusan anda sentiasa dipermudahkanNya =)

    ReplyDelete
  6. @nurun nur 9111

    kalau anda mahu buku itu,just contact saya melalui email..insya-Allah saya akan lakukan pembelian..

    @zinnirah_humaira
    maaf baru perasan email anda.tak tahu apasal masuk ruangan spam.by the way,saya tetap akan bagi buku kepada anda..kenapa?
    memang rezeki anda.ya alhamdulillah memang rezeki anda..
    anda boleh hubungi saya melalui email pospenamaya@gmail.com

    dan bagitahu di sana maklumat peribadi anda seperti : nama penerima,alamat penerima,nombor telefon penerima dan juga email penerima.

    tq jzkk syukran juga kerana anda berkongsikan ilmu dengan saya dan para pembaca yang lain.alhamdulillah.

    @anon takpe.semua manusia lakukan kesilapan.sebaik2 manusia adalah yang sentiasa bertaubat.rahmat Allah itu amat luas.astaghfirullahalazim.ya Allah ampunkan dosa kami.

    kepada semua - dengan ini penyertaan ditutup.cuba lagi insyaAllah next time.

    ReplyDelete
  7. "memang kita manusia bukan Tuhan untuk menilai kesempurnaan solat seseorang...tapi cukup dengan tingkah laku orang yang bersolat itu kita tahu,sempurna atau tak solatnya...". Penamaya, saya cukup tertarik dengan ayat ini. Saya bukan berniat untuk berhujah, menunjuk pandai, malah mahu berbalah dalam isu kecil sebegini. Ayat yang pertama tu seolah-olah menunjukkan yang hanya kita seorang sahaja yang hidup dalam dunia ini. Kita kena ingat, biarpun Solat itu kerana Allah, tapi kita sebagai manusia juga menilai manusia. Nabi juga pernah berkata, solatlah seperti mana kamu melihat aku solat. Dan kalaulah gadis itu mengatakan yang "kita manusia bukan Tuhan untuk menilai kesempurnaan solat seseorang.", ini bermaksud kita boleh melakukannya sesuka hati dan tidak terikat dengan apa yang Muhammad telah ajarkan. Kalau macam tu, sampai bila kita hidup dalam keadaan macam tu? Kalau kita tak diberi peluang untuk menilai dan menegur kesalahan dalam Solat, sampai bila orang itu dibiarkan hidup dalam kejahilan?
    Segala kesalahan dan salah faham amat dikesali. Ikhtibar dan pengajaran sentiasa dijadikan panduan. Simpan ego tu jauh-jauh.

    ReplyDelete
  8. oh faham..
    ada baik anda sampaikan kepada tuan punya komen sendiri ..mungkin dia tersilap..kan?
    itu lebih baik.

    ReplyDelete
  9. salam kepada anon 357...saya tak berapa faham tentang komen saudara/i...adakah menyokong atau sebaliknya?

    apa2pun saya terima jika ia satu teguran...saya pun bukan sapa2 untuk berbicara tentang ini...cuma berpendapat...dan saya mengaku,itu pendapat saya...:)

    ReplyDelete
  10. saya sukakan perbincangan...tapi terus terang saya benar tak faham akan maksud saudara/i,maka tak tahu bagaimana untuk berkata...saya mohon terangkan pegangan saudara/i...

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum semua.sya publishkan ni semoga ada manfaat.bincang elok2..jangan biarkan ego menguasai diri.yang penting kita semua sama2 nak berbincang dan berkongsi kefahaman...

    ReplyDelete