10.12.11

Kepada Yang Mengaku Muslim,Cubalah Untuk Sentiasa Mengamalkan Peribadi Yang Baik.'Orang Luar' Menilai Islam Berdasarkan Apa Yang Kita 'Muslim' Lakukan.

Prenote : Penulisan untuk renungan bersama.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Sudah agak lama juga saya tidak menulis Penulisan berat.Kebanyakan Penulisan saya sejak akhir-akhir ini berbentuk santai.Mungkin kerana Jadual saya yang agak Sibuk.

Ya.Ada beza yang besar apabila saya menulis santai,dengan penulisan yang ditulis saya secara berat.

Tapi tidak mengapa.Saya bersyukur kerana walaupun dalam keadaan yang sibuk,saya masih dikurniakan peluang untuk mencoret berkongsi Ilmu.

*** *** ***

Seorang Sahabat berkongsikan sebuah video 'Politik Melayu' dengan saya sebentar tadi.Video yang berbaur perkauman yang amat sangat.

Siapakah Melayu ini?

Kebanyakan mereka ini mengaku diri mereka 'Islam'.

Tapi,mungkin Ilmu yang kurang,mereka berkelakuan sebegitu.

Kasihan.Semoga Allah SWT Memberikan petunjuk dan Hidayah-Nya kepada mereka,dan kita semua.

Kita perlu berusaha kuat berkongsi Ilmu dengan mereka.Mereka terima atau tidak,itu bukan soalnya.Soal hati ini,itu urusan Allah SWT.Kita hanya perlu berkongsi.

Apa-apapun,semasa menonton,saya terfikir,bagaimana kalau video yang terlampau 'bijak' ini ditonton oleh seorang Non-Muslim?

Pasti mereka akan berkata,"Aiya,teruk orang Islam".

Ya.

Kepada semua orang yang mengaku Islam dalam dunia ini yang sedang membaca Penulisan ini,nasihat saya senang sahaja :

"Jika anda Islam,amalkanlah Peribadi yang elok sesuai dengan status anda sebagai seorang Muslim.Tunjukkanlah yang baik.Jangan asyik memaki hamun,memfitnah,mengumpat,bertikam lidah macam budak-budak etc.Sebagai seorang Muslim kita perlu menunjukkan contoh yang paling baik dari segala sudut.Cuba.

Dan lakukannya kerana Allah SWT.Bukan untuk mencari pujian manusia.Di sini,terletaknya kepentingan Ilmu.

Selagi perkara ini kita tidak buat,jangan harap kita mampu 'bangkit'.Kita perlu kembali kepada Allah SWT untuk bangkit kembali.Itu sahaja caranya".

Saya tertarik untuk berkongsi quote dari buku The Ideal Muslim.

Generosity is one of the best characteristics in Islam and of the Muslim.Hence when a man came to the Prophet SAW and asked him,

"Which type of Islam is the best?" He said, "To feed people,and to say salaam to those you know and those you do not know." [Bukhari and Muslim]

SubhanAllah.

Nampak simple.Tapi jika direnung sedalam-dalamnya,Hadis ini menunjukkan betapa mulianya ajaran Islam.Islam menuntut seorang Muslim untuk tidak berlaku selfish,tidak pentingkan diri sendiri etc.Perkara ini memang sukar dilakukan,jika tiada Iman di dada.Tapi,ianya tidak sukar dilakukan jika seseorang itu beriman kepada Allah SWT,Rasul-Nya dan Hari Akhirat.

Ya.Hari di mana tiada tebusan/ganti-rugi yang boleh membela nasib seseorang.

Hari di mana hanya seseorang yang kembali kepada Maha Penciptanya dengan hati yang bersih (beriman dan bertakwa) sahaja yang berjaya mendapat keredhaan Allah.

Jadi,adalah suatu yang membingungkan apabila melihat situasi kemerosotan akhlak yang melanda Umat Islam pada masa kini.

Boleh jadi ini satu amaran dari Allah SWT.

Kepada Umat Islam,saya nasihatkan kita semua (termasuklah diri saya sendiri),kembalilah kepada Allah SWT.Kembalilah kepada Al-Quran,As-Sunnah.

Bacalah Sirah Hidup Rasulullah SAW.Sesiapa yang membaca kisah hidup Baginda SAW,dengan izin Allah SWT,pasti jatuh hati dengan kemuliaan Peribadi Baginda SAW.

Apa?

Anda tiada buku Sirah Kehidupan Baginda SAW?

Jangan risau.

Anda berpeluang mendapatkan buku ini secara Percuma dalam Giveaway Buku Percuma Pena Maya bulan ini yang kemungkinan besar akan berlangsung selewat-lewatnya hari Ahad ini.

Saya akan memasukkan buku Biografi Rasulullah SAW dalam senarai Buku Giveaway.

Jangan lepaskan peluang ini.

Sentiasa ikuti perkembangan lanjut di Pena Maya.

Dan kepada sesiapa yang mahu menyumbang dana untuk Giveaway,boleh baca Artikel ini.

Itu sahaja untuk kali ini.

Apakah kesimpulan yang saya mahu sampaikan?

Senang sahaja.

Jadilah Umat Islam yang sebenar.Yang mengamalkan Islam yang sebenar.Bukan Islam ikut-ikutan.Salah satu cara untuk melakukan perkara ini adalah dengan mencari Ilmu,dan mengamalkannya.

Ilmu tanpa amal?Tiada guna.

Tapi pastikan Ilmu itu bersumberkan Sumber yang Sahih.

Ingat,amalkanlah Islam itu di mana-mana sahaja.Baik di dalam kehidupan luar,mahupun di dalam Internet.Jangan di luar kita berkopiah,tapi di dalam Internet,kita berlucah-makian.

Allah SWT Maha Melihat.

Takutlah Allah,wahai yang mengaku beriman.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Tahukah anda siapakah Melayu Cape?Baca sini.

P/P/S : Sebarang salah silap,minta dimaaf dan dibetulkan.Saya manusia biasa.



No comments:

Post a Comment