15.12.11

Kisah Internet : Sedikit Nasihat Dan Tips Untuk Penulis-Penulis Yang Baru Berblog,Atau Apa Yang Mereka Gelarkan Sebagai 'Blogger'.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah SWT,kerana dengan izin dan rahmat-Nya kita masih di sini,di hadapan laptop,membaca/menulis Penulisan ini.

Alhamdulillah,kerana dengan izin-Nya kita masih diberi peluang bertaubat memohon keampunan dari kesalahan yang dilakukan pada hari semalam.

Dan Alhamdulillah - kerana dengan izin-Nya kita masih lagi mendapat hidayah-Nya.Alhamdulillah.Itulah Nikmat yang paling terbesar dalam hidup ini - nikmat Iman.

*** *** ***

Saya ini,boleh dikatakan antara orang yang sudah lama berblog di Malaysia ini.

Eh,tidaklah lama sangat.Tapi,bagi orang yang berada dalam Generasi saya,saya boleh dikatakan di antara mereka yang awal menggunakan blog.

Jadi,saya faham dan tahu benar apa perasaan orang yang baru mula berblog.

Kalau boleh,setiap Penulisan hendak dibaca orang.

Saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai seorang 'Blogger'.Sebaliknya,saya sentiasa menganggap diri saya sebagai seseorang yang menulis,tapi di blog.Ya.Ada beza besar di situ.

Sepanjang saya menulis di Blog dapat saya lihat banyak Gelombang Blogger muncul.Ada yang konsisten sehingga kini.Ada yang menghilang.Ada juga yang sudah bertukar 'topik' Penulisannya etc etc.Manusia.Itulah pentingnya supaya kita sentiasa berdoa memohon kepada Allah SWT agar diberi Penamat yang baik dalam hidup ini,atau yang digelar sebagai 'Husn al-Khatimah'.Jangan sesekali bongkak.

Menyedari perkara ini,saya ingin menulis sesuatu sebagai Nasihat kepada Rakan-Rakan yang menggunakan Blog sekalian.Nasihat ini ditujukan terutamanya kepada Golongan yang menulis di Blog untuk menyampaikan Islam.

Nasihat saya ini bukan hendak menjatuhkan sesiapa.Just perkongsian oleh seseorang yang sudah agak lama menggunakan Blog.

Nasihat yang berbunyi,

Niat kita menulis Blog itu bagus.Alhamdulillah sangat bagus.Tapi,setiap perkara ada cara,dan peraturannya.

Nasihat saya kepada anda yang menulis untuk menyeru orang kembali kepada Islam - Janganlah menulis kerana perkara lain,selain dari Allah.Niat mesti dibetulkan.Niat mesti sentiasa dibetulkan.Berblog ini banyak cabaran.Dengan Pujian etc.Semua itu cabaran untuk menguji keikhlasan kita.So,sentiasalah betulkan niat.

Yang kedua,janganlah menulis berdasarkan semangat sahaja.Jangan.Jangan menulis untuk meluah emosi memaki hamun orang sahaja.Tulislah sesuatu yang bermanfaat kepada orang ramai,terutamanya Umat Islam.Tulislah sesuatu yang dapat membantu kita mencari redha Allah,di 'sana' kelak.Di Hari yang tiada harta/anak/saudara yang dapat membantu kita.Di Hari yang mana hanya orang yang datang dengan hati yang bersih (dengan iman/taqwa) serta Amal Soleh sahaja yang berjaya.Janganlah semata-mata ghairah untuk mendapatkan secebis nikmat dunia (i.e. mendapat trafik masuk blog) kita menampal Video Lucah Artis/Gambar Seksi Bintang Terkenal.Apabila ditanya,kita kata mahu beri 'Pengajaran'.Jangan.Jangan mengoyak Akhirat untuk menampal Dunia.Jangan menjual Akhirat,untuk membeli Dunia.Dunia ini hakikatnya sangat hina.Kita mungkin boleh menipu manusia.Tapi kita tidak boleh menipu Dia,yang Maha Mengetahui.

Yang ketiga,untuk menyeru orang kepada Islam melalui Blog,Blog mestilah kemas.Kita tidak boleh Syok-Sendiri juga.Hendak berdakwah,mestilah ada audiens.Jadi,pilihlah Latar Belakang yang Simple.Tulisan janganlah terlalu berwarna-warni.Kalau boleh,banyakkan bertandang ke Website-Website Terkini.Satu kelemahan Website-Website Islamik yang saya lihat adalah kita seolah-olah masih terperangkap dengan Teknologi Awal Tahun 2000,padahal orang semakin lama semakin maju.Ingat,Islam untuk semua.Kita ada tanggungjawab besar.Jadi,jika hendak menarik orang,kenalah lawa juga Blog.Jangan terlalu berat untuk load pula.Kasihan orang-orang di luar bandar Internet Slow.Etc etc.Yer know what I mean.

Yang keempat,dan yang paling penting,PLEASE - kongsikanlah bahan-bahan yang sahih.Jangan jadikan blog kita Medium Menyebar Fitnah.JANGAN.Jangan kongsikan Hadis Palsu,jangan kongsi Riwayat-Riwayat Palsu,jangan kongsi Berita Palsu etc.Dan jangan juga kongsi berita yang konon hendak papar 'keindahan' Islam,tapi sebenarnya tidak benar,dan tidak logik.Jangan.Islam itu indah.Kita tidak perlu 'menipu' untuk menonjolkan keindahan Islam.Kerana hakikatnya Islam itu sememangnya Indah.Harap anda faham apa saya maksudkan ini.Kerana menyebar Hadis Palsu adalah dosa yang amat besar.Tidak percaya?

"Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang mutawatir,maksudnya : "Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja,maka siaplah tempat duduknya dalam neraka." [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Kita wajib berkongsikan Ilmu tentang Islam.Tapi,kita perlu memastikan apa yang bakal dikongsi itu SAHIH.Jika tidak,fitnah bakal berlaku!

Masih tidak faham - baca link ini.

Saya lihat banyak blog yang suka meletakkan Hadis-Hadis yang diragui.Itulah penting kita mencari Ilmu.Ya,mempunyai blog ini sepatutnya menjadikan kita semakin semangat untuk mencari Ilmu untuk dikongsi.Tapi?

Dan saya dengan itu menyeru anda Para Pembaca untuk memberitahu/maklumkan kepada saya,kalau-kalau saya ada terlepas pandang terkongsi Hadis yang meragukan dalam Penulisan-Penulisan lama saya.Tolong.Kalau saya silap,tegur saya agar dapat dibetulkan.

Itu sahaja untuk kali ini.

Sebelum mengakhiri Penulisan,saya ingin berkongsi sedikit Terjemahan Ayat Suci Al-Quran untuk sama-sama kita renung,

"Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.

Tidak ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan melainkan akibat atau kesudahan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran), pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan dalam Al-Quran itu (pada hari kiamat kelak), berkatalah orang-orang yang telah melupakannya (yang tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu: "Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran, maka adakah untuk kami pemberi syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi kami atau (bolehkah) kami dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal, lain daripada apa yang kami telah kerjakan?" Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri, dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu". [7:52-53]

Ayat di atas,jika tidak faham,boleh rujuk kepada yang Pakar.Jangan buat kesimpulan sendiri jika tidak tahu.Tidak tahu - katakan tidak tahu - dan Carilah Ilmu untuk memahaminya.Jangan kita Ego untuk bertanya,atau selesa dalam kejahilan.Fikir-fikirkan.

Oh ya.

Saya dalam Proses menulis E-Book ketiga.Kepada anda yang masih belum download Penerbitan E-Book lama saya,boleh klik sini.

Carilah Ilmu.

Teruskan berbuat kebaikan dan berusaha.

Jangan ego menerima teguran.

Dan doa - jangan sesekali dilupa.

Itulah antara Resipi Kejayaan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,terkasar bahasa - minta anda maaf dan tegur.

P/P/S : Alhamdulillah Naskhah-Naskhah Al-Quran untuk Giveaway semalam telah dibeli dan dijangka sampai ke Rumah Para Pembaca dalam tempoh paling lama 10 hari.

P/P/P/S : Kalau diri kurang amal,jangan kita menzalimi diri dengan menambah dosa pula.Sentiasalah beristighfar,memohon keampunan-Nya.Rahmat dan keampunan-Nya,amat luas!Astaghfirullahalazim.SubhanAllah.



2 comments:

  1. Alhamdulillah. Panduan & tips yg baik. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas peringatan ! =)

    ReplyDelete