4.12.11

Majoriti Memilih Untuk Selesa Menjadi Mangsa,Dan Terus-Menerus Meminggirkan Sesuatu Yang Digelar Kemanusiaan.

Prenote : Penulisan Fiksi Psychedelic Berpengajaran.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

04/12/2011 - 0:34 - Satu lagi helaian kalendar Cina diselak di dapur-dapur rumah seluruh Malaysia oleh Golongan Pesara yang tidak bekerja.

Satu lagi hari dibuang begitu sahaja tanpa sebarang kebaikan dilakukan.

Satu lagi Jam dan Minit terbuang di hadapan komputer menghadap Internet.

Satu lagi Penulisan yang bakal dibaca tanpa sebarang tindakan diambil untuk merubah diri.

Satu lagi...

Anda hidup seperti ini?

Kerugian - di dalamnya anda sedang berada.

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [103:1-3]

*** *** ***

"Nocturnal,son.Nocturnal."

Kata-kata seorang manusia yang pernah menjadi Guru kepada Anak Muda.Terkenal dengan gelaran 'Sir' dalam kalangan Pelajar.

Kata-kata itu.Terngiang-ngiang.Bermain di dalam minda.

India,Islam,Malaysian - beberapa spesifikasi lelaki yang bergelar 'Sir' itu.Dinilai mata kasar,'Sir' ini suka berlagak seperti 'Mat Saleh'.

'Mat Saleh' yang berkulit Gelap?'Unnumerable Sunburnt'?

Whatevs.

Apa yang diketahui,'Sir' punya dua jasa utama kepada Anak Muda.

Satu - mengajarkan istilah nocturnal kepadanya.

Dua - mengajar frasa 'bend down,son' kepadanya.Peristiwa yang berlaku ketika Anak Muda dipukul.Menggunakan rotan.Perkara sebenar yang berlaku mungkin tidak sesadis apa yang dicoret.Seni Hiperbola - itu yang mereka panggil.

Dan.

Tiga - menceritakan teori 'kalau Malaysia dibom Nuklear' dalam setiap kelas.

"Itu sudah tiga.Kata dua.Tipu doe" - Ujar Pembaca.

Kita suka berkira dalam Perkara yang baik.Hurm - reaksi yang mampu diluah.

Nocturnal - perkataan ringkas ini sedikit sebanyak menerangkan apa yang sedang berlaku di hadapan Komputer Riba mereka.Pada setiap malam.

Insomnia?

Perkataan Nocturnal ini,membawa ingatan kepada sebuah videre.

Videre.What is that,brah? - tanya Pembaca.

Curiosity killed the cat.But in this case,curiosity helps.

Videre - perkataan Latin yang menjadi asas kepada kata 'Video' - yang kini termasuk dalam diksi wajib harian anda.


Di atas ini - terembed object yang digembar-gemburkan sebentar tadi.

Dan oh ya.

Siapa Anak Muda?

*** *** ***

Seorang Wanita.Tua.80 Tahun.

Itu ciri fizikal yang didefinisikan penglihatan majoriti.

Dituduh menipu oleh seorang Wanita Muda.

"Epal engkau ambik ni Epal mahal.Nape engkau cakap Epal murah?Nah ambek Epal murah ni.Jangan menipu".

Tegas.Wanita Muda itu memang tegas.

Wanita Tua tunduk.Sedih.Malu.Beliau bukan sengaja.

Anak Muda - hanya memerhati.

Sambil bermain satu documentary ringkas di dalam mindanya.

"Dunia hari ini.Di mana majoriti menjadi Hamba kepada Perabut Ikean dan Produk Nestlen,belas kasihan adalah satu kata-kata yang amat terasing.Terasing dari pandangan majoriti,yang mengaku diri mereka 'manusia'".

Ikean?Nestlen? - Yup.Pun intended.

And that line about Ikean - Yea,know what,I stole it from that place you mentioned.Yup,you're right.

*** *** ***

Manusia - mereka ada masa.

Dan mereka sering membuang masa.Membunuh masa.Whatevs.Name it.

Tapi,ironinya,kesuntukan masa adalah apa yang sering dirungut mereka.

Benar.

Sabda Rasulullah SAW : "Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang." [Al-Bukhari]

Amat benar.

Rugilah anda yang tertipu.

*** *** ***

Zaman Ikean - manusia lebih mementingkan luaran dari dalaman.

Seorang yang memakai seperti "Badut",mungkin lebih diterima khalayak.Berbanding seorang yang sederhana.

Kasihan.Kejujuran sudah tidak dikenal.

Kabel - yang sepatunya menjadi perkara bermanfaat,sebaliknya kini satu 'ketakutan moden'.

Generasi penuh Paranoia - that's what we are.

*** *** ***

Blogger,and a writer.

Dua entiti yang amat berbeza,brah.

Satu - untuk nama,pangkat,harta.

Yang satu lagi - vice versa-kan ayat di atas.

Saya?

Apa-apa yang dapat membawa kepada keredhaan Maha Pencipta,itu yang dikejar.

*** *** ***

Hari Asyura - Topik yang perlu disentuh dalam Penulisan ini.

Ibn Abbas RA menceritakan; "Apabila Rasulullah SAW datang ke Madinah,Baginda SAW melihat orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka (orang Yahudi) menjawab: "Hari ini adalah hari yang baik kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan bangsa Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa". Lalu baginda (Nabi Muhammad) bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu." Baginda (Nabi Muhammad) pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa." [Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari]

Selebihnya?

Googlekan sendiri.Atau hampiri Pakar-Pakar berdekatan.

*** *** ***

Assalamualaikum dan Selamat Beramal - Penutup Penulisan.

Selamat Beramal - bukan satu slogan kosong.

Sebaliknya satu slogan penuh pengharapan.

Fikirkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal,again.

P/S : Maaf jika sukar difahami.Penulisan penuh trippy sebegini - memang diminati Penulis.

P/P/S : Salah silap,minta anda maaf,dan betulkan.



1 comment:

  1. Nice beb. Easy to read and understand.

    ReplyDelete