10.12.11

Middle East : Pemuda Yang Mati Ditembak Oleh Rejim Itu (Ironi).

Prenote I : Anda boleh menahan tubuh badan seseorang.Tapi,anda tidak boleh menahan Gelombang Kebangkitan.Tidak semua orang boleh diperbodoh oleh kita.

Prenote II : Setiap saat setiap waktu,ketika anda sedang berehat bersantai mengeluh konon Hidup anda paling malang,ramai orang sedang berjuang mempertahankan Negara/Maruah/Keluarga/Hidup mereka.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Ironi - itu yang terlintas di fikiran saya apabila membaca satu berita di laman web Mondoweiss.Net sebentar tadi.

Berita yang bertajuk - "Mustafa Tamimi Has Died".

Berita yang mengisahkan bagaimana seorang Pemuda Palestin ditembak di mukanya oleh Askar Rejim Zionis.

Anda juga boleh baca berita ini - Israeli Soldier Shoots Protester In Face At Close Range With Teargas Canister - untuk memahami Situasi sebenar yang berlaku dengan lebih lanjut.

Dan kepada yang mahu melihat betapa dahsyatnya situasi yang berlaku di situ - klik link ini - untuk melihat live footage tentangnya.

Tapi saya beri amaran.Kandungan video itu sangat grafik.Mukanya pecah.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Sila maklumkan kepada saya jika video itu sudah dipadam.Al-maklumlah.Tapi tidak mengapa,saya ada download video itu untuk menjadi rujukan Peribadi pada masa akan datang.

*** *** ***

Saya sebenarnya sudah lama mengikuti laman Mondoweiss ini.

Ianya dikendali oleh beberapa orang Pemuda Jew.Jika tidak silap saya.Boleh baca di sini untuk maklumat lanjut.

Saya tidak katakan semua berita yang dilapor di sana benar.Anda perlu bijak mengambil mana yang bagus di sana.Dan menapis mana yang buruk.Itulah Internet.Kan?

Tapi,apa yang saya ingin kongsikan berbunyi begini - "adalah menjadi suatu yang ironi apabila 'Pihak Lain' bersungguh-sungguh cuba untuk mengetahui,melapor dan memberi kesedaran kepada manusia lain mengenai Situasi di Middle East" - tapi kita Umat Islam - masih ada di antara kita yang 'tak ambek kisah pon' tentang perkara ini.

Kita lebih selesa lemas dengan perkara-perkara dan rancangan-rancangan 'bijak' seperti 'Otai Jenaka' (yang sebenarnya tidak lawak mana pun).

Teringat saya satu Hadis Rasulullah SAW,

Dawud :: Book 37 : Hadith 4284

Narrated Thawban:

The Prophet SAW said: The people will soon summon one another to attack you as people when eating invite others to share their dish. Someone asked: Will that be because of our small numbers at that time? He replied: No, you will be numerous at that time: but you will be scum and rubbish like that carried down by a torrent, and Allah will take fear of you from the breasts of your enemy and last enervation into your hearts. Someone asked: What is wahn (enervation). Apostle of Allah (peace_be_upon_him): He replied: Love of the world and dislike of death.

Daripada Tsauban RA berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”. [Riwayat Abu Daud]

Sengaja saya kongsikan Terjemahan Hadis di atas dalam Dua Bahasa.

Kenapa?Fikirkan.

Dan kenapa saya kongsikan Hadis di atas ini di sini?Apa kaitan dengan berita ini?

Ada tiga link yang boleh anda baca :

- Berjuta Tapi : Permulaan.

- Berjuta Tapi (2) : Islamkah Kita?Atau Hanya Islam Pada Nama? (Satu Lagi Penulisan Yang Perlu Dibaca Oleh Setiap Orang Islam Yang Tahu Membaca Dalam Bahasa Melayu).

- Berjuta Tapi (3) : Biar Berjuta Ceramah,Buku Dan Majlis Ilmu Kita Dengar,Baca Atau Hadiri,Ianya Tidak Berguna Selagi Kita Tidak Mengambil Pengajaran Daripadanya Dan Memulakan Langkah Untuk Berubah.


Ya.Kita ramai.Tapi?

Lemah.

Ini semua berlaku kerana kita meninggalkan Islam.

Kata seorang Tokoh Islam,

Allah SWT telah memuliakan kita dengan Islam.Jangan kita menghinakan diri kita dengan meninggalkan Islam.

Hakikatnya,keindahan Islam itu hanya terzahir bila kita benar-benar memahami dan mengamalkan Islam.

Bagaimana untuk memahami Islam?

Carilah Ilmu.

Tapi,kita lebih selesa untuk terus lemas.

Ingin saya ingatkan kepada semua Umat Islam,termasuklah diri saya sendiri,

Janganlah kita mengamalkan Islam kerana mengikut 'hype' atau hendak 'ikut trend' semata.Amalkanlah Islam kerana Allah SWT,dengan kefahaman sebenar.Carilah Ilmu.

Amalan yang hanya berlandaskan 'Semangat' semata tidak akan kekal lama.Sebaliknya,jika kita mengamalkan Islam dengan Istiqamah kerana-Nya,insya-Allah kita akan sentiasa Istiqamah.

Sentiasalah mohon kepada-Nya agar diberi petunjuk dan kefahaman.

Banyakkan membaca.Ya.Anda guna Internet setiap hari.Tapi kenapa anda tidak tahu perkara ini.Sedangkan anda juga membaca.

Maaf.Anda perlu membaca perkara yang bermanfaat untuk mengetahui perkara seperti ini.Jika hanya baca Status Facebook Awek Orang,anda mungkin tidak dapat apa-apa kebaikan.

Bacalah.Dan bertindaklah untuk mengamalkan apa yang dibaca.Ironi apabila orang lain mengambil tahu dan 'care' pasal Orang Islam di sana,tapi kita?Sibuk dengan Kisah Politik 'Spender' Tempatan yang boleh dikatakan tidak bermanfaat langsung.

Dan satu lagi,Ignorants - jangan dilayan sangat mereka ini.Buang masa sahaja.Ya.Video yang sekarang Fenomena di Internet itu.Video 'Borak Marhaen' itu.Jangan layan sangat.Buat rosak IQ sahaja.

Baik fikir benda lain yang boleh mendatang faedah.Tapi,jangan terlalu taksub dengan Internet sehingga lupa perkara Wajib - seperti Solat etc.

Ringkasnya,seorang Muslim Sejati adalah seorang yang cemerlang dalam segala segi.Bersederhana.Dan ikhlas perbuatannya kerana Allah SWT.Untuk mencari keredhaan-Nya.Bukan untuk mendapat harta,pangkat etc dari manusia.

Ingat,tidak cukup Iman seseorang dari kita jika tidak mengambil tahu keadaan Saudara Islam kita.

[Muslim :: Book 1 : Hadith 72]

It is arrested on the authority of Anas b. Malik that the Prophet (may peace and blessings be upon him) observed: one amongst you believes (truly) till one likes for his brother or for his neighbour that which he loves for himself.

[Muslim :: Book 1 : Hadith 73]

It is narrated on the authority of Anas that the Prophet (may peace blessings be upon him) observed: By Him in whose Hand is my life, no, bondsman (truly) believes till he likes for his neighbour, or he (the Holy Prophet) said: for his brother, whatever he likes for himself.

Teringat kata-kata seorang Tokoh,

Kerja kita banyak.Tanggungjawab kita banyak.Cuba serious sikit boleh?Kurangkan sikit main-main.

Oh ya,kata-kata di atas saya telah modifiedkan sikit.

Itu sahaja.

Harap dapat pengajaran.Teruskan berusaha.Terus dan terus berusaha.

Bermohonlah kepada Allah SWT agar diberi kekuatan.

Saya akhiri penulisan dengan berkongsikan satu quote dari sebuah blog lain,

"Tapi jangan risau.Agama ini (Islam) tetap akan menang.Cuma risaulah tentang nasib kita di akhirat kelak". [Link]

Salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Orang lain sibuk bangun memperjuang kebenaran.Kita?Buat apa?Sekadar bercakap?Berjuanglah.Walau sekecil mana yang termampu.

P/P/S : Anak Muda di sana berjuang even dengan batu.Anak Muda kita?Jadi Mat Rempit.Kagum dengan Motor Kapcai sendiri.Hurm.

P/P/P/S : Jangan pernah berputus asa melakukan kebaikan dan merubah diri.Keampunan Allah SWT itu amat luas.Bertaubatlah.Dan bangkitlah,wahai yang mengaku beriman.



1 comment:

  1. tengok juga link ni

    http://mondoweiss.net/2011/12/idf-kills-palestinian-protester-and-tweets-fail.html

    ReplyDelete