6.12.11

Pelaburan Akhirat - Memenuhkan Jurnal Harian Peribadi Setiap Hari Sebagai Seorang Muslim.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Jam 0148.Saya sepatutnya sudah tidur di waktu ini.

Tapi sebelum saya tidur,saya mahu mencoret sepatah dua kata.

*** *** ***

Manusia hari ini kebanyakannya mengalami Sindrom 'Tidak Boleh Fokus/Suka Bertangguh' secara melampau.

Kewujudan Internet yang sepatutnya membawa kepada kebaikan,menyaksikan keadaan sebaliknya berlaku.

Siapa di antara kita yang duduk di hadapan Internet dengan niat 'konon' hendak menonton/membaca/melayari Internet dengan bermanfaat,tapi akhirnya mendapati diri kita sedang membuang masa dengan jayanya di dalam Internet?

Siapa yang salah?

Kita.

Kadangkala pembuangan masa ini berlaku berjam-jam.Malah,ada yang mengalami ketagihan Internet secara melampau sehingga tidak makan,tidak keluar,tidak berhubung dengan masyarakat etc.

Mesin atau manusia?Siapa anda?

Apa punca sebenarnya perkara ini berlaku?

Kelemahan seseorang mengawal nafsu ketika mengguna Internet.

Mungkin ada yang merasakan ini perkara kecil.

Tapi kalau dilihat dari konteks Islamik,dari pandang sisi seorang hamba Allah,seorang Abdullah - ini satu barah yang sangat serius.

Bayangkan jika anda menghabiskan hidup anda di hadapan laptop setiap hari membuat perkara tidak berfaedah - apa kesannya pada Pelaburan Akhirat anda?

Itu belum dikira dosa mata yang berlaku semasa menggunakan Internet.

Tertarik saya mengquote satu ayat dari satu Penulisan yang saya baca baru-baru ini :

"Ramai Muslim yang semangat dalam 'dakwah',tapi bila tiba bab hiburan,mereka seolah-olah menghalalkannya.Menghalalkannya kerana apa?Kerana mereka meminati perkara itu.Bias,mungkin?"

Ayat di atas diolah semula oleh saya.Boleh baca Penulisan Penuh di sini.

Jadi,kesimpulannya,kita sebagai seorang Muslim yang mengaku beriman dan takutkan Allah SWT,perlu bijak menguruskan masa dan meneliti segala baik buruk perbuatan kita.

Penuhi diari kita dengan perkara kebaikan.

Sebelum membuat suatu perkara,tanya diri kita,'Apakah perkara ini bermanfaat untuk Catatan Amalku?'.

Saya coretkan ini sebagai peringatan kepada diri sendiri.

Ini kerana,banyak masa yang sudah terbuang sepanjang mengguna Internet melihat/membaca perkara tidak berfaedah.Bayangkan jika masa itu diguna ke arah kebaikan,mencari redha-Nya?Tidakkah itu satu perkara yang bagus?

Apa-apapun,terpulang kepada anda.Tapi ingat,kita menjadi seorang Muslim,merubah diri bukan kerana pandangan orang.Bukan juga hendak mendapat 'habuan' dunia.Sebaliknya,kita merubah diri,kembali kepada Allah untuk mencari redha-Nya semata.

Fikir-fikirkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


4 comments:

  1. kadang2 keinginan utk mencari keredhaan Allah akan senang dipatahkan oleh benda2 lagha seperti contohnya fb..saya memang selalu mengalami benda macam ni, lepas tu jadi jadi hangat2 taik ayam.memang masih lagi tidak ada kekuatan utk berubah dengan sebenar-benarnya.

    ReplyDelete
  2. @Anon

    setiap orang melakukan kesilapan.sebaik manusia yang tersilap adalah yang sering bertaubat..jgn prnh putus asa.

    renung ayat Al-Quran di bawah :

    [112]
    Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
    [113]
    Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
    [114]
    Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.
    [115]
    Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. [Hud 112-115]

    ReplyDelete
  3. rukun taubat. dapat dari dhaurah ye bang. hihi!

    ReplyDelete