29.12.11

Penulisan Mesti Baca : Bersyukur/Tanggungjawab/Konspirasi/Zakat/Projek '10 Al-Quran Percuma'/Optimis.

Prenote : Penulisan ini padat dengan Video.Harap anda semua dapat ambil sedikit masa untuk menonton semua video yang ada di sini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Pertama sekali,saya mahu mengucap syukur kepada Allah SWT - kerana dengan izin dan rahmat-Nya,Alhamdulillah - Sesi Peperiksaan saya Semester ini kelihatan agak mudah berbanding Semester-Semester yang lepas.

Alhamdulillah.Ya Allah,jadikanlah kami semua termasuk dalam Golongan hamba-hamba-Mu yang bersyukur.Amin.

Malah,boleh saya katakan,permulaan Semester ini merupakan Semester yang paling cemerlang saya pernah lalui sepanjang saya berada di sini.Alhamdulillah.Semoga kejayaan dan masa lapang yang saya peroleh selepas ini akan dimanfaatkan saya untuk mencari redha-Nya.

Sebenarnya,pada pendapat saya,tidak kira di mana sahaja kita berada,dalam bidang apa sahaja kita belajar menuntut Ilmu - kita perlu pastikan yang effort - telah kita lakukan.


(Video di atas ini perlu anda tonton jika mahu sedikit Ilmu)

Hakikatnya,keputusan result grade ini semua - hanya sebuah angka/abjad di atas kertas.

Siapa kita sebagai seorang 'manusia' dalam dunia sebenar - itulah persoalan yang lebih penting.Malah,apa yang lebih penting sebenarnya adalah - siapa kita ini di hadapan Allah?Hambanya yang beriman,atau sebaliknya?Renung-renungkan.

Tiada guna mendapat keputusan yang bagus di atas kertas,mendapat Gaji Besar etc etc di kemudian hari - andai hidup hanya untuk memuaskan nafsu diri sendiri - tiada manfaat dihulur untuk Masyarakat.Malah yang lebih penting,tiada tenaga/harta disumbang ke jalan Allah.

Astaghfirullahalazim.

Ya Allah,lindungilah kami daripada menjadi hamba-hamba-Mu yang lupa diri.Amin.

Dan ya,terima kasih juga kepada anda-anda yang mendoakan agar urusan saya dipermudah.Semoga Allah SWT merahmati anda semua,dan juga keluarga-keluarga anda.Dan semoga anda-anda diberikan petunjuk dan Hidayah oleh-Nya.Amin.

*** *** ***

Saya tertarik untuk kongsikan dua buah Status Twitter yang saya baca baru-baru ini.

Kalau ikutkan hati, mahu saja tidur satu hari. Tapi sebab adanya mati, aku paksa diri berdiri, mencari ruang berbakti. [Zainal Lutfi]

Too many people are being fooled too much of the time. The years of deception are here. [Abdulbary Yahya]

Status yang pertama itu - ditulis oleh seorang Senior saya di sekolah dahulu.

Saya tidak pasti samada Beliau mengingati diri saya,tapi saya mengingati siapakah Beliau.Bila melihat kembali Rakan-Rakan di Sekolah dahulu,ramai yang sudah berjaya.Ramai juga yang 'memerlukan bantuan'.Pesan saya kepada Adik-Adik di Sekolah,belajarlah betul-betul.Belajarlah untuk mencari Ilmu,bukan untuk mendapat Sijil semata.Tapi,Sijil itu perlu.Tanpa Sijil di zaman ini,sukar untuk kita mendapat Peluang mencari Ilmu di IPT.

Berbalik kepada Status itu,tersentuh hati saya ketika membacanya.

Hidup ini ada tanggungjawab - mudah sahaja tema statusnya.

Saya teringat satu Quote dari buku Bicara Buat Pemimpin Dan Rakyat oleh Dr Asri yang saya baca beberapa bulan lepas.

Quote yang berbunyi lebih kurang begini (mengikut apa yang saya ingat),

"Alhamdulillah.Banyak yang saya telah lakukan sepanjang tempoh ini.Tapi banyak juga yang saya tidak sempat lakukan kerana 'terlebih rehat' etc etc".

Ayat di atas ini saya tulis mengikut apa yang saya ingat.Ditulis dalam Chapter Terakhir buku itu jika tidak silap saya.

Ayatnya ringkas sahaja.

Tapi,padat.

Terlebih rehat.Itu point yang sangat menarik sekali.

Sebenarnya banyak peluang dalam Hidup ini kita sia-siakan akibat terlalu banyak rehat.Dalam Al-Quran Surah Al-Mu'minun ada dinyatakan,

"Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: ` Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat '.

"Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu, dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.

"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".

Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?"

Mereka menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung

Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)". [Al-Mu'minun : 109-114]

Astaghfirullahalazim.SubhanAllah.Perhatikan,Allah SWT telah memberi peringatan kepada kita dari awal lagi.

Kalau anda mahu Penerangan lebih lanjut tentang ayat ini,saya cadangkan anda menonton video di atas jika masih belum menontonnya.Ya saya tahu ada di antara anda yang skip kan?Haa.

Masa di dunia memang sekejap.Dunia ini sementara sahaja.Teringat saya Siri Coca-Cola Muslim yang saya pernah tulis sedikit masa dahulu.Anda boleh bacanya di sini untuk sedikit Ilmu.

Tentang Status kedua,2012 semakin hampir.

Jika anda Pembaca Konspirasi,heboh kononnya 2012 ini ada 'itulah','inilah' etc etc.

Jika anda yang membaca itu seorang yang mengaku Islam,yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya,jangan bimbang.

Selagi anda berpegang teguh dengan Jalan ini (Islam),insya-Allah anda akan selamat.Itulah sebabnya perlu untuk kita mencari Ilmu tentang Islam yang sebenar dan berusaha mengamalkannya.

Islam adalah cara hidup yang mengajar kita untuk tampil ke hadapan menjadi 'Pemain Penting' dalam Masyarakat.Bukannya kita mengasingkan diri dari Masyarakat.Ayat ini mungkin agak memeningkan,tapi 'read between the lines' - jangan salah tafsir.

Kalau ikut Konspirasi,mereka mengatakan 2012 ini 'konon' 'menakutkan'.

Tapi,kita kena ingat.Allah SWT itukan Maha Berkuasa.Allah SWT adalah sebaik-baik Perancang.

Mungkin kelihatan Pihak Musuh sibuk merancang untuk menjatuhkan Islam,tapi kalau anda perhatikan betul-betul,kebangkitan Islam juga telah bermula.

Di Timur,Barat etc etc,semakin ramai Pemuda yang tampil.Ambil contoh mudah di Internet,perbincangan tentang Islam secara terbuka bukan lagi kisah yang asing.Kalau dahulu,orang segan untuk menulis Status Islamik.Tapi tidak lagi kini.

SubhanAllah.Percaturan Allah SWT itu sangat hebat.Allah SWT sahajalah yang Memiliki sekalian alam.

Teringat satu Quote - "Agama ini tetap akan menang,insya-Allah.Persoalannya,di Pihak manakah kita mahu berada?".

Renung-renungkan.Kita sebagai Muslim,jangan terlalu takut dengan Konspirasi itu semua.Kita di Pihak yang benar.Percayalah.Kemenangan itu pasti bagi Islam.Sama-sama kita ingat-mengingati dalam kalangan kita.

*** *** ***

Dahulu,Negara kita kecoh dengan Isu Zakat etc.

Sekadar Pandangan Kecil dari seorang Anak Muda yang tiada apa-apa Jawatan/Kepentingan etc,

"Sepatutnya ada satu Pengagihan/Penyebaran Terjemahan Al-Quran secara besar-besaran dalam Bahasa Melayu/Cina/India/English kepada Majoriti Rakyat Malaysia.Usaha perlu dilakukan untuk Translate Al-Quran dengan Bahasa yang mudah difahami oleh Majoriti dan disebarkan secara terbuka.Saya dapati banyak Bible disebar secara percuma di Hotel-Hotel Terkenal.Kenapa tidak kita sebarkan Al-Quran juga kepada Majoriti?Sampai bila kita mahu bersifat "Defensif"?Tatkala Islamophobia melanda Masyarakat seluruh dunia,saya yakin langkah ini dapat menarik ramai orang kepada Islam.Sebab mengikut apa yang saya baca,banyak duit Zakat yang kita peroleh setiap tahun.Amat banyak.Alangkah baiknya jika duit itu diguna untuk kumpulkan sekumpulan Ilmuwan Islam,terjemahkan Al-Quran dalam Bahasa-Bahasa yang Rakyat Malaysia gunakan,dan edarkan Al-Quran itu kepada mereka.Secara Percuma.Ya.Lagipun,bukankah Al-Quran itu diturunkan untuk semua manusia?

Contoh mudah bagi perkara ini adalah seperti apa yang dilakukan di Negara Barat sana - Quran Project etc.Video di bawah ini sedikit sebanyak menjelaskan apa yang saya cakap ini.



Mereka di Barat amat aktif melakukan perkara sebegini.Jadi,adalah satu kerugian tatkala kita di Malaysia diberikan Nikmat dengan Pelbagai Kemudahan dan Keamanan,tapi tidak dapat lakukan perkara seperti ini.

Saya tidak tahu jika sudah ada perkara seperti ini dilakukan.Kalau ada Alhamdulillah.Tapi bagaimana pula di bandar-bandar kecil?Kita perlu berusaha dengan lebih kukuh.Ini Zaman Fitnah.Jangan asyik fikir hendak Meludah Orang.Kih kih kih.Buat lawak beb.Jangan marah.Takde guna marah.Orang semua dah tengok video tu.

Boleh baca tentang perkara Quran Project ini dengan lebih lanjut di sini dan sini.

Anda juga boleh menonton dan kongsikan video di bawah ini,


Video ini saya hasilkan pada Musim Panas yang lepas.Semoga ada manfaat.Kongsikannya bersama Keluarga/Saudara-Mara/Rakan-Rakan anda - samada Islam atau bukan Islam.Sama-sama kita seru manusia kepada Jalan Islam ini.

Tapi pastikan dalam masa yang sama,kita sentiasa mencari Ilmu yang Sahih juga.Bimbang bawa kefahaman yang salah pula.Itulah sebabnya saya mengingatkan anda untuk sama-sama menegur saya jika didapati ada sebarang kesilapan dalam Penulisan saya.Tegurlah.Saya amat memerlukan Nasihat anda.

*** *** ***

Bersempena dengan Idea di atas ini juga,saya ingin mengumumkan satu Projek yang mungkin akan dilakukan pada tahun 2012 ini.

Nama Projek ini adalah "Projek 10 Terjemahan Al-Quran Percuma".

Mungkin akan dilakukan setiap Tiga Bulan sekali.Naskhah-Naskhah itu tidaklah diedarkan sekaligus.Mungkin berperingkat-peringkat.Bergantung kepada keadaan.

Tapi oleh kerana saya ini masih lagi bergelar seorang Pelajar,saya tidak mampu merealisasikan Projek ini seorang diri.

Jadi,saya amat alu-alukan kepada anda-anda yang ingin menghulurkan bantuan dana untuk Projek ini kelak.

Eh wait,jangan bagi terus.Ini baru peringkat Cadangan.Banyak yang saya perlu kaji dahulu.

Apa yang boleh anda lakukan sekarang adalah berdoa kepada Allah SWT agar Idea ini dapat direalisasikan dan dipermudahkan oleh-Nya.

Bukan apa,setakat cadang,tapi kalau kita tidak buat,tidak guna jugak kan?Someone must start this walk!

Insya-Allah.Doakan yang terbaik.Tapi Program Giveaway Pena Maya akan tetap berjalan seperti biasa,insya-Allah.Banyak yang saya mahu lakukan.Doakan agar saya dikurniakan masa lapang.

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Optimis - jadilah seorang Optimis.Seorang Muslim perlu 'think big'.Jangan duduk di bawah Tempurung.Islam menuntut kita tampil ke hadapan membantu,bukan mengundur menyorok.

P/P/S : Tidak sekali-kali saya menulis ini untuk berlagak hebat,sombong etc.Astaghfirullahalazim.Ya Allah,lindungilah Penulisan-Penulisan di sini daripada menjadi salah sangka manusia lain.



5 comments:

  1. Terima kasih atas ilmu kali ni =)

    ReplyDelete
  2. Warghhh!!! Projek 10 Al-Qur'an Percuma. Kebetulan di rumah saya ni pon ada beberapa Kitab terjemahan Al-Qir'an yang tak bersentuh. Terinspirasi dengan entry ini, ada baiknya juga saya berikannya kepada orang lain! Huhu.

    Owh! Sudah habis exam ye? Tahniah, tahniah. Moga peroleh hasil yang berterbangan warna.

    "Tiada guna mendapat keputusan yang bagus di atas kertas,mendapat Gaji Besar etc etc di kemudian hari - andai hidup hanya untuk memuaskan nafsu diri sendiri" - Benar sekali. Teringat suatu ketika sama baru habis belajar dahulu, kebingungan tak tahu apa hendak dibuat. Kerja? Terfikir-fikir: Kerja apa yang aku boleh buat, untuk nak menyumbang kepada masyarakat, dalam masa sama, memanfaatkan apa yang telah aku pelajari. Bingung memikirkannya.

    Sebagai pengajaran yang telah diperolehi dari kisah itu: Kita sepatutnya perlu berfikir secara top-down. Dan bukannya bottom-up. Contoh bottom-up adalah seperti cara pemikiran saya ketika baru habis mengaji itu. Hendak mengaitkan apa yang telah dipelajari, untuk berkhidmat kepada masyarakat.

    Top-down pula: Memikirkan tujuan utama kita telah diciptakan-Nya; peranan yang perlu dimain atas muka bumi ini; baru mengatur langkah bagi merealisasi rancangan itu. Sehingga "Menyambung pelajaran" pun menjadi sebahagian dari usaha merealisasi tanggungjawab khalifah; dan tidak terhenti sekadar untuk mencapai matlamat duniawi.

    Jadi, yes, saya bertusetuju dengan point anda, Zakir.

    And yeah, I'm gonna call you Zakir from now on. Walaupun mungkin anda tak suka. Kerana anda lebih suka dirujuk sebagai Pena Maya, saya kita. Tapi ini juga adalah preference di pihak saya, yang suka memanggil orang dengan nama yang mudah dipanggil. Hehe. And by the way, anda adalah secara oficialnya kembar saya dari sekarang. *Lol. Tak pernah bincang pun*. Aha. Kembar dalam keluarga maya saya. Hekhek. Harapnya anda pon tak kisah. Hoho.

    Kembali kepada isi entry: Petikan Surah Al-Mu'minoon itu adalah favorite saya juga. Penawar bagi manusia yang sedang bersabar. (Tapi saya tahu, bukan itu yang anda nak sampaikan dalam konteks di atas...Huhu)

    "Kalau dahulu,orang segan untuk menulis Status Islamik.Tapi tidak lagi kini." - Sungguh benar. Saya pon terasa kelegaan yang sama di situ kebelakangan ini. Alhamdulillah.

    Footnote: Video-video, saya tak sempat tonton lagi sebelum memberi komen ini. Tapi insya-Allah, setelah bersarapan nanti. Hehehe. *Sungguh gopoh nak memberi komen kan. I call this, ferret-like. Hukhuk*

    P/S: Saya taip komen ni real-time. Baca sikit, terus tulis komen, then teruskan bacaan lagi, then tambah lagi komen... Jadi maaflah kalau pelik sikit jadinya. Hahaha.

    ReplyDelete
  3. @anon
    alhamdulillah.semuanya datang dari Allah.doakan saya.semoga bermanfaat.

    @elhafidz
    assalamualaikum.
    exam belum habis .sini exam sampai end of january.cuma permulaan agak senang..

    betul2.quran tu leh bagi orang laen.. bagi kat orang yang kalau boleh akan manfaatkan.yang betul2 nampak macam nak carik kebenaran..mana tahu terbuka hati mereka..itu semua Allah punya perancangan..

    zakir?haha boleh.there's a few people call me by that name.

    insya-Allah semoga bermanfaat.datang la lagi laen kali baca..

    apa khabar anda di sana btw?

    sorry tak dapat balas panjang.saya balas ni b4 pergi campus..assalamualaikum.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumussalaam. Owh. Belum habis rupanya exam. Aiseh. Tersalah faham. Hh.

    "yang betul2 nampak macam nak carik kebenaran" — insya-Allah! Thanks for the advice, Zakir :D~

    Saya di sini, Alhamdulillah, sihat ^^~

    Kebelakangan ni, memang agak begini, tahap keceriaan saya agak di tahap melampau-lampau, kot; sampai terkadang terasa macam saya terbuat orang lain naik menyampah dengan saya. Hh. Tapi kegirangan hati ni tak berapa terkawal. Haha. Saya di sini terasa "alhamdulillah, saya lebih ceria berbanding dahulu", tapi itulah....terasa agak bersalah dengan orang lain. Sorry. Hh. Harap-harap anda pon tak kisah saya macam ni.

    And so, bila baca semula komen sendiri yang di atas ni, memang terasa agak memalukan. I didn't quite make my point properly pula saya terasa. Tapi tak mengapalah, sekadar pendapat peribadi saya yang tak seberapa je pun. Hukhuk.

    Di kesempatan ini, izinkan saya untuk mengucapkan Selamat menutup tirai 2011 buat Pena Maya. Moga tahun mendatang menjadi tahun yang lebih baik, insya-Allah ^^~

    ReplyDelete