3.12.11

Random Rant Malam Ini : Alhamdulillah/Sahabat Yang Baik/Barah Dalam Masyarakat/Untuk Siapa Perjuangan Kita Ini?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Segala Puji bagi Allah SWT,Tuhan Sekalian Alam.

Saya tidak dapat menulis beberapa hari ini atas beberapa sebab.

Tapi,sebab yang paling utama tidak menulisnya saya adalah kerana laptop saya rosak.Rosak teruk sehingga tidak dapat diselamatkan lagi.

Pada mulanya saya sedih,amat sedih.

Banyak kenangan dan perkara dalam laptop itu.Tapi,tidak mengapa.

Ada hikmahnya.

By the way,tersentuh hati saya apabila saya mengajukan masalah saya kepada seorang Sahabat,reaksi pertama Beliau adalah,"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un".

Alhamdulillah.

Ungkapan di atas itu bermaksud,"Surely we belong to Allah and to Him shall we return'".

Kata-kata itu secara tidak langsung memberi Pengajaran kepada diri saya.

Dan itulah pentingnya kita mempunyai Sahabat yang baik.

Kerana Sahabat yang baik,kata-kata dan perbuatan mereka mampu mengingatkan diri kita kepada Allah SWT.Sahabat yang tidak baik pula mengheret kita ke kancah kebinasaan semakin lama kita bersama dengan mereka.

Apa-apapun,kata-kata Sahabat saya itu sebenarnya berasal dari Ayat Al-Quran di bawah ini,

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."" [2:156]

Alhamdulillah.Ada hikmah dari kerosakan itu kerana hari ini saya membeli laptop baru.Bukan apa,penggunaan laptop di sini essential.Harapan saya semoga laptop baru ini diguna ke arah kebaikan,dapat menambah Pelaburan Akhirat saya dalam mencari redha-Nya.

*** *** ***

Banyak perkara yang sedang berlaku dalam Dunia dalam tempoh seminggu lepas.

Antara yang paling menarik,adalah Quote oleh Presiden Amerika yang mahu saya kongsikan di sini untuk menjadi Pengajaran bersama,

Obama to N.Y. Jews: No ally is more important than Israel [Link]

Saya tidak mahu ulas apa-apa mengenai kenyataan ini.

Tapi sekadar mahu anda buka mata anda.

Saya tidak mahu menjadikan blog ini sebagai satu lagi medan Umat Islam beremosi.Sebaliknya,saya mahu Pena Maya menjadi satu laman yang dapat menyampaikan maklumat agar Umat Islam mengambil tindakan sepatutnya.Saya mahu menyumbang kepada tindakan dan perubahan,bukan kata-kata berapi sahaja.

*** *** ***

Setiap hari,pada waktu sekitar Jam 3-4 Pagi Malaysia,pasti ada orang dari Malaysia yang masuk ke Blog saya dengan kata kunci "menangani ketagihan porn/lucah".

Apa yang hendak saya sampaikan?

Pada saya ini bermaksud,ramai orang di luar sana yang terjebak dengan masalah ini - ketagihan porn/onani.

Satu lagi bukti betapa lemahnya masyarakat kita.

Ini baru porn.Belum dikira arak,memaki hamun,mengumpat,mencuri,rasuah etc.

Penanda aras ini sudah cukup untuk menggambarkan tahap kita sekarang.

Barah ini perlu dibanteras segera!

Jika anda perasan,ada kotak search di sebelah kanan blog ini.Anda boleh search keyword "ketagihan" di situ.Ada beberapa Artikel tentang perkara ini saya sudah tulis.

Tapi saya sedih.

Sedih bukan kerana Barah Porn ini sahaja.

Sebaliknya,sedih dengan sesetengah orang-orang yang digelar Ustaz dalam Masyarakat kita.

Ustaz-Ustaz,ketahuilah anda,Golongan Muda (termasuk saya) amat memerlukan bantuan dan bimbingan anda.

Tapi,kami seringkali dikecewakan apabila melihat "drama anda bergaduh sesama sendiri melabel sesama sendiri memfitnah sesama sendiri".

Perbuatan anda semua ini pada akhirnya menyebabkan ramai dari kami Golongan Muda semakin jauh dari Islam.

Astaghfirullahalazim.Renungkanlah.

Umat Islam,samada tua atau muda perlu berusaha kuat untuk kembali kepada-Nya semula,untuk menegakkan kembali Panji Islam di atas muka bumi.Ini bukan retorik ya.Ini satu Perjuangan.

Ketahuilah,Islam bukan hanya milik Golongan Ustaz.Berdakwah itu Tanggungjawab semua orang.Kita Umat Islam tidak boleh duduk di bawah tempurung.Bimbang diketawakan orang.Yang penting,Ilmu mesti dicari.

Ingat,kita semua akan mati,dan semua perbuatan kita akan ditanya kelak.

Tanya diri kita,untuk siapa Perjuangan kita ini?

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,minta dimaaf.


No comments:

Post a Comment