8.12.11

Realiti Semasa : Penulisan Untuk Para Gadis,Jejaka Dan Ibu Bapa.

Prenote : Sukar hendak menasihat seseorang yang Angkuh,Taksub.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Penulisan ini sebenarnya adalah lanjutan dari beberapa Status Twitter Pena Maya Petang tadi.

Pada mulanya saya tidak mahu menulis tentang ini.Tapi,apabila difikirkan - seseorang perlu menulis perkara ini.

Saya sebenarnya tujukan Penulisan ini kepada Golongan Muda - Para Gadis dan Jejaka (Muslim terutamanya) di luar sana.

*** *** ***

Kepada Para Gadis/Jejaka/Ibu Bapa

Sebelum memulakan Penulisan,saya cadangkan anda membaca Penulisan ini - Kisah Seorang Wanita Dan Facebook.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.”
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

[Bukhari :: Book 1 :: Volume 2 :: Hadith 8]

Narrated Abu Huraira:

The Prophet said, "Faith (Belief) consists of more than sixty branches (i.e. parts). And Haya (This term "Haya" covers a large number of concepts which are to be taken together; amongst them are self respect, modesty, bashfulness, and scruple, etc.) is a part of faith."

Pagi tadi saya membaca satu link yang dikongsi oleh seorang Sahabat.

Link yang secara ringkas berkisar tentang - "Ada orang menggunakan Identiti seorang Remaja Perempuan,untuk mem-bash K-Pop di Blog.Tidak sampai 3 Hari,Blog itu mendapat Komen yang amat banyak.Beribu-ribu Hit.Semuanya memaki hamun Perempuan ini.Bla bla bla".

Mungkin ramai yang terkejut bagaimana Remaja-Remaja Perempuan yang kelihatan 'seperti baik' ini boleh mengeluarkan komen di Blog dengan kata-kata yang begitu kesat.

Di mana silapnya?

Chill.Saya sedang cuba menulis jawapannya.

Apa yang saya nampak daripada Peristiwa 'Bijak' di atas ini?

1) Mentaliti Majoriti Manusia pada hari ini yang pada hakikatnya secara halus sudah terpukau dengan Hiburan secara melampau.

Ayat saya ini nampak macam Orthodox/Jumud sangat kan?

"Eh bai,rileks la.Hiburan je kot".

Saya teringat satu video yang saya tonton tidak berapa lama dahulu (Link).

Dalam video itu seorang Bekas Bintang Hollywood yang kini memeluk Islam berkata,"Ya.Memang tidak salah hiburan.Tapi,apa yang dibawa oleh Hiburan itulah salah.Lifestyle itu".

Tidak faham?

Bukti jelas sudah ada dari Peristiwa di atas.

Mungkin ada yang beranggapan K-Pop tidak salah.Tapi,lihatlah apa kesannya kepada Majoriti Peminat K-Pop ini?

Taksub.Emo.Tak boleh dikritik minat mereka.

Memang nampak simple.Tapi jika dilihat dari sudut Pandang Islam,perkara ini amat serious.

Kenapa?

Mereka yang memaki mempertahankan K-Pop dalam Peristiwa di atas dilihat seolah-olah Bintang mereka itu tidak boleh salah.Hebat belaka.

Satu point.Yang kedua,apa yang sebenarnya terkandung dalam Filem/Drama yang diminati mereka ini?

Cinta.Awek/Balak Hero/Heroin yang lawa.Membawa kepada khayalan.Dan yang paling penting,banyak Aurat yang dipapar dalam filem-filem itu.Tidak percaya?

Try la tengok.Secara halus,semakin ramai yang tersasar.Seolah-olah ada Pemahaman,"Aurat Islam Dunia Sebenar Dan Aurat Cerita Movie - Dua Entiti Berbeza".

Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila mereka-mereka yang mengaku 'Golongan Berilmu' juga turut terjebak dalam Demam K ini.

"Aih bro.Jangan extreme sangat.Biasa je la kot".

Saya merasakan ada sesuatu yang amat tidak kena.

Ini bukan satu serangan kepada Bintang Negara K.Ini sebenarnya satu Penulisan untuk membawa anda melihat Realiti Ketaksuban Terhadap Hiburan.Dan tidak semestinya jika saya menulis Penulisan ini - saya sangat hebat.Tidak.

Sekadar berkongsi apa yang dilihat untuk direnung bersama.Ini kerana kita semua akan kembali kepada-Nya juga satu hari nanti.Alasan "Aih,Rileks la bro" bolehkah dipakai?Ingat,mata kita ini semua akan menjadi saksi kepada setiap penglihatan kita.

Mungkin Penulisan ini agak kasar dibaca oleh sesetengah orang.Maafkan saya.

Anda boleh baca Penulisan ini untuk tambahan Maklumat - Musibah Dalam Tarbiyyah.

2) Apa yang sebenarnya kita faham tentang Islam?Kurangnya Ilmu dalam Masyarakat kita.

Yang komen di situ,saya yakin 90% daripadanya terdiri dari mereka yang mengaku 'Islam'.

Apakah ini akhlak orang Islam?Apakah ini yang diajarkan Rasulullah SAW?Apakah memaki hamun ini datang dari Islam?

Jawapannya jelas - TIDAK.TIDAK SAMA SEKALI.

Tapi kenapa ramai orang Islam menjadi begitu teruk?

Senang sahaja.Kita meninggalkan Islam.Bila kita meninggalkan kebenaran,nescaya kita menjadi begitu teruk.

Bagaimana orang hendak tertarik dengan Islam jika kita sebagai manusia yang mengaku Umat Islam tidak mempamerkan akhlak yang indah?

Saya tertarik berkongsikan satu Gambar yang pernah saya kongsikan di Twitter sedikit masa dahulu.


Ibu Bapa - awasilah anak-anak anda.

Bertegaslah dengan mereka.Saya lihat,Ibu Bapa pada hari ini terlalu berlembut dengan Anak-Anak mereka.

Seseorang berkata,"Ah,engkau cakap banyak.Anak pon takde lagi".

Memang saya tiada anak lagi.Tapi,itu bukan bermaksud saya tidak boleh menegur.

Ini kerana,salah satu punca kerosakan Golongan Muda pada hari ini adalah bermula dari Rumah lagi.Tiada Didikan yang sempurna.

Tapi,Golongan Muda tidak boleh terus-menerus menyalahkan Ibu Bapa sahaja.

Pendek kata,semua Golongan perlu berusaha untuk mencari Ilmu dan mengubah diri.

Di sini saya kongsikan Status Twitter yang saya baca sebentar tadi,

Kebiasaannya kita ingin masyarakat dengan tiba2 'faham Islam' sedangkan ia adalah proses. Adakah kita sebahagian dari proses itu? [sic] [Sumber : Link]

Oh ya,saya tidak dapat menahan diri.Saya perlu kongsikan link Berita yang saya sebutkan di atas tadi di sini.Tapi,saya minta kerjasama anda yang membaca Penulisan ini,jangan pergi ke Link itu dan memaki hamun mereka pula.

Memaki hamun - tidak boleh menyelesaikan masalah.Saya sekadar mahu berkongsikan link untuk Para Ibu Bapa melihat betapa rosaknya Generasi kita pada hari ini jika tidak dididik.

Ini dia Link itu.

Benar kata orang.Kurangnya Ilmu menyebabkan seseorang manusia sukar mengawal emosi.

Kepada Para Gadis,Adik-Adik di luar sana - saya nasihatkan - janganlah upload Gambar/Video di Facebook/Youtube/Internet.

Kenapa?

Dalam Internet ini - amat ramai Pervert/Lelaki Miang you know.

Mungkin anda ingat hanya rakan-rakan anda sahaja yang melihat Gambar Comel itu.

Silap bro.Silap sama sekali.Satu dunia tengok Gambar anda.

Orang yang Pervert akan save gambar anda,dan upload Gambar itu di beberapa Forum Gile Seks.Lagi parah,kalau Gambar anda itu melampau Comel,akan diedit dengan Photoshop dan dipadan dengan Gambar Bogel.

Ini bukan saya buat cerita okay.Ini kisah benar.Saya pernah pergi CC beberapa tahun lepas.Di sebelah saya duduk seorang Pakcik Tua yang sedang melayari Laman Web Lucah.

Astaghfirullahalazim.Orang Tua tu beb!

Teruk.Manusia atau binatang - siapa kita?

Lagipun,wajah yang comel itu biarlah ditatap oleh Suami anda sahaja.Saya yakin mereka yang upload Gambar Comel di Internet ini tak sedar yang gambar mereka tu bakal dilihat berjuta manusia - even Orang Putih Yang Gilakan Perempuan Asia!

Creepy kan?Tapi itulah Internet ya adik-adik.Jangan ingat kita sorang je depan Laptop.Tidak.Berjuta orang boleh lihat kita.

Kadang-kadang saya terfikir,apakah kita ini semakin lama semakin moden,atau kita semakin mundur?

Yang jelas,memang kita semakin mundur dari segi kemanusiaan.

Menipu,Rasuah,Lelaki Gila Seks,Perempuan Tiada Rasa Malu etc - semua ini tidak dapat diselesaikan selagi kita tidak kembali kepada satu Jalan Hidup.

Apakah Jalan Hidup yang boleh menjadi Penyelesaian bagi semua masalah ini?

Islam.

Ya.

Islam yang sebenar.

Hanya Islam yang sebenar,yang berlandaskan Al-Quran,As-Sunnah sahaja yang dapat menyelesaikan masalah ini.

Ada satu video yang saya mahu anda kongsikan bersama anda.


Ingat.Perjuangan ini memang sukar.Tapi,genggamlah bara api ini sehingga ke penamat kehidupan.

Jejaka-Jejaka di luar sana,jika anda mahu bersikap Pervert Gila Seks etc bagai - anda fikir sejenak perkara ini - "Bagaimana jika orang lain Stalk Gambar Adik/Kakak/Isteri anda?" - hormatilah Perempuan.

Saya secara peribadi kadangkala malu untuk mengaku Melayu melihatkan perkara-perkara yang melanda masyarakat kita.

Astaghfirullahalazim.

Ya Allah,berikanlah kami petunjuk dan hidayah-Mu.Tetapkanlah iman kami.

Golongan berilmu perlu bekerja keras.Jika tidak,perkara yang lebih serious dan teruk akan berlaku dalam Masyarakat kita.

Sebenarnya,kita tidak perlu meniru mereka (Artis) untuk menjadi Hensem/Gentleman.

Jika seseorang itu mengamalkan Islam dengan sebenar,konfem secara langsung Beliau akan menjadi "Jejaka/Gadis" Idaman.

Kenapa?

Seseorang Muslim/Muslimah Sejati itu Peribadinya Mulia etc etc.

Tapi,apakan daya.Terlalu cinta dunia mungkin?

Berubahlah.

Berubahlah.

Saya tertarik untuk berkongsi sedikit Terjemahan Ayat Al-Quran di bawah.

Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata: "Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?". Mereka menjawab: "Benar ada". Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: "Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim".

Iaitu mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah, dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat.

Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.

Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim".

Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-A'raaf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, dengan berkata: "Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu - tidak dapat menolong kamu".

(Mereka bertanya pula kepada Ketua-ketua kaum kafir itu dengan berkata): "Itukah orang-orang yang kamu ejek-ejek dahulu dan kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan beroleh rahmat dari Allah? (Sekarang dikatakan kepada mereka): ` Masuklah kamu ke dalam Syurga, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap kamu, dan kamu pula tidak akan berdukacita. ' "

Dan (Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli neraka dengan firmannya): ahli neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata): "Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu". Mereka (ahli Syurga) menjawab: "Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir".

(Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.

Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman. [7:44-52]

Sebelum saya mengakhiri,saya copykan Status Twitter saya tadi di sini :

RT @UmarMita B*d*H. BUDAK2. sebab kpop nak mengugut-ugut dengan parang. B*d*H. http://j.mp/t7vgyY

Haish,Dunia.Apa sangat ada dengan orang Korea.Taksub.

Dan Pengajaran kepada Gadis2 : Jangan galak sangat upload gambar ke Internet.Orang boleh download dan simpan anytime. http://j.mp/t7vgyY

Itu belum kira Mamat-Mamat Pervert yang buat blog AwekMelayu etc menggunakan gambar-gambar anda. http://j.mp/t7vgyY #khidmatmasyarakat

Apa-apapun sekadar menasihat siapa yang mahu dinasihat.Tidak mahu tidak mengapa.Ini zaman 'moden'.Semua orang ada 'hak'.

Fikir-fikirkan.

Maaf penulisan ini agak berserabut.

Kerana itulah Situasi yang sedang dialami Masyarakat kita pada hari ini - Serabut yang menyerabutkan.

Kembalilah kepada Maha Penciptamu,wahai yang mengaku beriman.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

P/P/S : Jangan salahkan orang kalau sesuatu buruk melanda kita.Kaji kesilapan kita dahulu.

P/P/P/S : Banyak lagi hendak dikongsi.Tapi rasanya anda sudah faham perkara yang saya mahu sampaikan.Ingat,dalam Internet,identiti kita boleh ditiru bila-bila masa.Berhati-hatilah.Dan Carilah Ilmu.



4 comments:

  1. dunia zaman sekarang.
    penuh fitnah dan kepincangan akhlak.
    sedih pilu hati memikirkannya.
    berdoa dan bertindak sebagai agen sahaja lah sebagai pembantu untuk cara mudah.

    ReplyDelete
  2. Ada typo di atas...

    satu video yang saya mahu anda kongsikan bersama anda.

    Ayat spatutnya adlh

    Ada satu video yang saya mahu kongsikan bersama anda.

    ReplyDelete
  3. asal ade iklan bkak mnde nie?

    ReplyDelete