1.12.11

Sebelas Bulan Sudah Berlalu Dalam Tahun Dua Ribu Sebelas : Jangan Pernah Berhenti Mengubah Diri,Mencari Redha-Nya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

*** *** ***

Pendahuluan

Assalamualaikum.

Sebelum saya memulakan Penulisan yang bakal ditulis dengan panjang ini,saya ingin berkongsikan dengan anda semua Petikan Terjemahan Ayat Al-Quran untuk kita sama-sama baca dan renung.

Saya minta kerjasama anda untuk bacanya sekali.

Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami)".

Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan ugama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".

Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.

Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [6:158-165]

*** *** ***

Pesanan

Sebenarnya,saya fikir mahu menulis Penulisan bersiri oleh kerana banyak perkara yang hendak dikongsi.Tapi,selepas difikir kembali,saya membatalkan niat saya dan berkeputusan menulis sebuah Penulisan sahaja.Tapi secara padat.

Ini kerana,saya tidak punya banyak masa lapang pada waktu ini memandangkan banyak Tugasan Akademik yang perlu diusahakan.

Dan oleh kerana Penulisan yang bakal ditulis ini amat panjang,dan mungkin agak berat,saya mohon kerjasama anda untuk membacanya perlahan-perlahan.Jangan push diri anda.Minum kopi dahulu.Makan limau dahulu.Oh ya,sesiapa di antara anda yang mempunyai masalah Pencernaan,eloklah makan Limau,Pisang dan Rakan-Rakan Seangkatan mereka.Bagus untuk Sistem Penghadaman,yaw.

*** *** ***

334 Hari Tahun 2011 Telah Berlalu.Apa Pencapaian Sepanjang Tahun Ini?'Azam' Tahun Baru 2011 Pula Bagaimana?Berubahlah.Jangan Ditangguh Lagi.

Tertera status Twitter saya,di atas ini.

Saya secara peribadi,tidak berapa gemar akan konsep 'Azam Tahun Baru'.Pada saya,hidup ini adalah perjuangan.Sepanjang hidup,kita perlu sentiasa cuba untuk merubah diri.Proses ini mesti berlaku setiap hari.Bukan pada Tahun Baru sahaja.

Renung Hadis Rasulullah SAW,

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T." [Link]

Sesiapa yang mempunyai Twitter,tentu perasan Trending di Twitter sekarang.Antara Topik yang sedang berkumandang : 'Tomorrow is December','Hello December' etc etc.

Saya rasa semua dari kita menyedari bahawa Hari semakin lama semakin pantas meninggalkan kita.Tapi berapa ramaikah di antara kita yang mengambil Pengajaran?

Hakikatnya,apa sangatlah yang hendak dibanggakan dengan sesuatu tarikh itu jika 'kita' masih berada di 'takuk' lama.Pantas masa berlalu menyaksikan sebahagian besar dari kita masih gagal dalam merubah diri.

Janganlah begitu.Berubahlah.

Renung Ayat Al-Quran di atas kembali.Ingat,satu hari nanti kita semua akan dibangkitkan kembali di hadapan Maha Pencipta untuk diadili.Apakah alasan kita pada masa itu andai ditanya 'Kenapa tidak berbuat kebaikan di dunia dahulu semasa hidup?'

Ketahuilah,tiada alasan yang diterima pada hari itu.

Bertaubatlah sementara masih berpeluang.Bertaubatlah sementara masih ada kesempatan.

Banyakkan istighfar.

Allah SWT Maha Pengampun.

Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.

"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;

"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). [71:10-12]

Benar.Manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh.Rujuk Terjemahan Surah Al-'Asr untuk maklumat lanjut.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA berkata,Nabi SAW bersabda : "Tidak terjadi hari kiamat dan sehingga dihilangkannya ilmu, banyak gempa bumi, masa semakin berdekatan (terasa singkat), banyak terjadi fitnah, dan banyak pembunuhan.” [HR. Bukhari, no. 1036]

*** *** ***

Engkaulah Sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah,Dan Kepada Engkaulah Sahaja Kami Memohon Pertolongan.

Tertarik saya hendak berkongsikan sebuah video yang saya tonton sebentar tadi.


Sangat menyentuh hati.Ada sebuah lagi video menarik yang anda boleh tonton,tapi saya tidak mahu kongsikannya di sini.Kalau anda berminat,klik link ini.

Memang benar apa yang cuba disampaikan Penceramah di dalam Video ini.

Ada satu kisah yang mahu dikongsikan bersama anda.Kisah yang berlaku pada diri saya pagi tadi.Kisah yang diharap dapat dijadikan motivasi untuk anda-anda di luar sana.

Sebelum itu diingatkan,tujuan saya cerita perkara ini bukan untuk riak.Tapi dikongsikan saya cerita ini hanya kerana didapati ada Pengajaran yang dapat dikongsi bersama anda.

Begini.

Saya sekarang berada dalam Musim Hampir Peperiksaan.Banyak kerja yang perlu disubmit.Tapi,tidak banyak progress dilakukan saya.Bukan tidak berusaha.Cuma,kelihatannya seperti terstuck.

Pagi tadi,saya keluar rumah.Untuk pengetahuan anda,sekarang Musim Sejuk.Waktu Subuh masuk lebih kurang Jam 0730.Waktu Subuh tamat lebih kurang Jam 0933.Kelas saya bermula Jam 0900.Saya bergerak keluar rumah Jam 0800.Anda dapat bayangkan kegelapan di luar sana semasa saya keluar?Sangat gelap.

Kalau ikut,rasa mahu tidur 'bergebor berselimut' sahaja di atas katil.Tapi,hidup ada tanggungjawab.Duit yang saya dapat ini,duit amanah.Ini sebenarnya satu peringatan tidak langsung kepada Para Penerima Biasiswa di luar sana ya.Jangan suka ponteng sangat.

By the way,selepas tamat kelas Pertama,terlintas dalam kepala saya untuk menunaikan Solat Sunat Dhuha sebentar.

Tapi,saya berfikir,"Eh,tak sempat beb kelas nak dekat start dah ni".

Then saya fikir balik,"Eh,sembahyanglah.Lagipun ada Hadis Nabi Muhammad SAW pasal kelebihan Solat Sunat Dhuha ni banyak.And,kat sape lagi nak mintak tolong,melainkan Allah".

Jadi,saya pergi ke bawah tangga untuk Sembahyang.Ya.Kami di sini sembahyang bawah tangga.Tiada surau seperti di Malaysia.Jadi,alangkah zalimnya kita di Malaysia,andai Masjid sudah terbina tersergam besar gedabak depan rumah,tapi kita tidak pergi memakmurkan Masjid itu.

Ingat,nanti kat Akhirat semuanya akan ditanya.

Berbalik kepada Cerita saya tadi,selepas Solat Sunat Dhuha,saya pergi ke kelas.Selepas tamat kelas Ketiga,saya mencari Pensyarah saya untuk bertanyakan sedikit soalan mengenai Course Project.Actually,saya tak reti start langsung nak buat benda tu camne.Haha.Susah beb.So kena tanya jugak Cikgu.Belajar sini,kena rajin cari Pensyarah.Kalau malas,habis.Sama juga dengan kehidupan sebenar.Kita kena rajin.Orang malas tidak akan berjaya.

Sebelum pergi jumpa Pensyarah,saya sempat berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan saya.Memang saya berdoa mengharaplah.Sebab untuk Pengetahuan anda,Pensyarah saya ini memang agak dingin Peribadinya.Saya sebenarnya agak cuak nak tanye.Even budak Tempatan Negara ini pun cuak,inikan pulak saya.

Tapi saya fikir,cuak saya itu tidak membawa ke mana juga.Saya datang ke sini untuk belajar.Untuk dapat Sijil.Bukan untuk cuak semata.So saya ambil keputusan bertanya Guru.

Selepas menerangkan Situasi saya,tahu apa yang berlaku?

Pensyarah saya tidak marah sedikit pun bila mengetahui saya tidak dapat membuat Tugasan itu.

Padahal,sebelum ini Beliau agak dingin.Malah,apa yang lebih mengejutkan,Beliau menerangkan kepada saya dengan penuh sopan-santun.

Alhamdulillah.Teringat saya kepada doa saya sebelum saya masuk berjumpanya.Alhamdulillah.Balik tadi saya menonton Video di atas tadi,saya teringat kisah yang berlaku pada saya ini.

Apa kesimpulan yang saya dapat?

Senang sahaja.

Hidup ini,selagi kita bergantung dan memohon kepada Allah SWT semata,insya-Allah segala urusan akan dipermudah.

Walau apa juga Ujian yang melanda,kita akan kuat menempuhinya.Kerana kita tahu,Allah SWT akan membantu kita.

Tapi ini bukan bermaksud kita tidak perlu berusaha.Usaha itu perlu.Jangan loyar buruk.

Tamat Bahagian ini.

Saya harap anda faham apa cuba dicoret.

*** *** ***

Politik - Facepalm.Percaya Khabar Angin - Facepalm.Memaki Hamun - Facepalm.

Saya sebenarnya sedih dengan keadaan Politik di Malaysia.

Ahli sesebuah Persatuan kadangkala saya lihat begitu Taksub dengan Partinya seolah-olah 'tiada kesalahan yang boleh berlaku dari Parti itu'.

Astaghfirullah.Kadang-kadang bila sudah terbukti bersalah pun,masih mahu membela perkara yang salah.

Mahu saya bertanya,"Kita ini hamba Allah SWT,atau hamba siapa?Jangan taklid buta.Jangan racist.Ini semua bukan Ajaran Islam.Bersikaplah berani kerana benar".

Ada beberapa link yang mahu dikongsi untuk anda baca :

- Penulisan Yang Mesti Dibaca Oleh Kita-Kita Yang Menjadikan 'Mengumpat,Mencaci,Memaki Hamun' Sebagai Hobi Kegemaran Di Masa Lapang.Manusia,Takutlah Allah!

- Berani Kerana Benar - Kisah Ibn Taimiyyah Dan Raja Qazan.

Dan keadaan ini bertambah buruk apabila Golongan yang Berilmu juga turut sama terlibat dalam 'Pertelingkahan Memaki Hamun' ini.

Nasihat saya untuk semua Umat Islam :

Kembalilah kepada Allah SWT.Carilah Ilmu.Jangan suka percaya Khabar Angin.Jangan menyumbang kepada Perpecahan Umat Islam.Jangan suka menuding jari kepada Pihak lain andai anda ditegur.Terima teguran itu.Jangan suka mencari kesalahan orang lain sahaja.

Dan orang yang berilmu,tanggungjawab kita mengajak orang kembali kepada Islam.Bukan mengusutkan minda Masyarakat.Kalau didapati kita salah,terima teguran.Jangan ego.Ingat,semakin besar Pengaruh/Kuasa/Ilmu,semakin besar tanggungjawab.

*** *** ***

Penghabisan Satu Penulisan

Haih.

Saya sudah mula penat.

Setakat ini sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

Jangan pernah berhenti mengubah diri,mencari redha-Nya.

Jika ada salah silap - minta dimaaf dan dibetulkan.

Penulis - manusia biasa,hamba Allah yang sedang merubah diri.

Saya mendoakan agar anda semua Para Pembaca dikurniakan Petunjuk dan Hidayah-Nya,dan diberikan kefahaman yang betul dari apa yang dibaca anda melalui Penulisan ini.Amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Berdoa.Berusaha.Dan Yakinlah.


4 comments:

  1. Boleh saya tahu, doa yang anda baca before masok jumpe lecturer tu ? ad doa spesific ke ? Terima kasih ! Gud luck tuk course project ! =)

    ReplyDelete
  2. Bc dlm bm je.yg pnting khusyuk,mghrp,brusha,redha ,pasrah dan tawakal.
    Duduk d ngra org buat sy mkin prlu brdoa.

    ReplyDelete
  3. Beb, nak post komen tu tulis elok sikit. Baru Semangat nak Baca.

    ReplyDelete