13.12.11

Sudden Giveaway : Tiga Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Tiga Orang Pembaca Bertuah!Jangan Lepaskan Peluang Ini!Mari Sertainya!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar anda di sana?Sihat?Sibukkah?Apa juga yang anda lakukan,ingatlah kita akan mati juga satu hari nanti.Jadi,carilah bekal untuk kehidupan Akhirat,dan sebaik-baik bekal adalah taqwa kepada Allah SWT.

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah SWT,Maha Pencipta Sekalian Alam,kerana dengan izin dan rahmat-Nya,Proses Giveaway Pena Maya Edisi Disember 2011 berjalan dengan lancar.

Amat lancar.Sekarang semua buku-buku itu sedang dihantar menuju ke alamat-alamat yang diberikan oleh Para Pembaca kepada saya tempoh hari.

Alhamdulillah again.

Pada mulanya,saya menyangka kurang sambutan untuk bulan ini.Tapi,Alhamdulillah,Allah SWT Maha Mengetahui.

Pada hari Giveaway itu berlangsung,dengan izin Allah,seorang Saudara telah berbesar hati memberi sumbangan yang agak besar untuk Program Giveaway.

Oleh kerana Sumbangan itu agak besar,dan saya mahu supaya duit itu dimanfaatkan sepenuhnya ke jalan yang betul,jadi saya dengan ini mengumumkan satu lagi Giveaway untuk bulan ini.Tapi Edisi ini agak special.Tiada buku diberikan.Sebaliknya,hanya Al-Quran berserta Terjemahan Ayat-Ayatnya sahaja yang akan diberi.

Apa-apapun,semoga Saudara itu dimurahkan rezekinya oleh Allah SWT,dan dikekalkan dalam petunjuk dan hidayah-Nya sehingga akhir hayat.Dan semoga Beliau mendapat pengakhiran hidup yang baik.Amin.

Kepada anda yang lain,sentiasalah berusaha untuk mencari redha-Nya.Banyak cara untuk mencari redha-Nya.Ini semua untuk Pelaburan Akhirat untuk kita juga.

*** *** ***

Diringkaskan cerita,ketika mendapat sumbangan itu,saya terfikir-fikir,sumbangan itu - hendak digunakan ke arah apa.

Kemudian,saya teringat satu Penulisan yang pernah saya tulis satu masa dahulu.Penulisan yang bertajuk,

Pena Maya's Supporting The Quran Project (Pena Maya Menyokong Projek Al-Quran Percuma).

Ya.The Quran Project.Project ini pada pendapat saya sangat bagus.MasyaAllah.Anda boleh lihat link yang saya bagi di atas ini,atau rujuk laman web Rasmi mereka.

Dan kepada anda yang hendak tahu perkembangan terbaru Quran Project ini - boleh kunjungi Twitter mereka.

Mereka ini aktif dalam menyebarkan Al-Quran percuma.Tidak percaya?Bukalah link-link yang saya kongsikan di atas tadi.

Mereka juga ada menempah beberapa Papan Iklan Billboard menyeru manusia kepada Islam.Pada saya usaha ini amat bagus,memandangkan banyak salah faham yang berlaku terhadap Islam pada hari ini.


Gambar di atas merupakan salah satu Contoh Papan Iklan mereka.Gambar diambil dari Twitter mereka.

*** *** ***

Setelah berfikir panjang,saya berpendapat,saya akan menggunakan dana yang disumbang Saudara kita itu untuk memberi beberapa Terjemahan Al-Quran secara percuma kepada Masyarakat di luar sana.

Ada Tiga Naskhah yang akan diberikan.Kesemuanya adalah Terjemahan Al-Quran Penerbitan Yayasan Restu.

Dan kesemua mereka adalah Terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Melayu.

Terjemahan ini sangat bagus.Saya sendiri memilikinya.Hiasan Covernya kemas.Muka surat yang tebal etc etc.Membuatkan anda semangat hendak baca.

Di bawah ini saya kongsikan gambar Naskhah Terjemahan Al-Quran itu :


Apa Syaratnya Untuk Mendapatkan Terjemahan Al-Quran Ini?

Hanya ada beberapa Syarat.Mudah.Sangat mudah.

1) Al-Quran ini mestilah diberikan kepada orang yang benar-benar mahu memanfaatkannya.Boleh juga diberi kepada Ibu,Bapa,Rakan etc.Tapi pastikan mereka-mereka ini - memang akan menggunakan Terjemahan ini.Bukan setakat biarkan Quran itu berhabuk.Tujuan saya bagi ini untuk menggalakkan umat Islam memahami Isi Kandungan Al-Quran.Sedarlah,kita ini rugi sebenarnya jika tidak faham apa kandungan Al-Quran itu.Walaupun hanya tiga buah yang bakal diedar,tapi saya yakin,kualiti lebih penting dari kuantiti.Dan ingat,hanya satu buku untuk seorang Pembaca.

2) Tidak seperti Giveaway lain,tiada soalan yang diajukan.Anda hanya perlu menulis komen di bahagian komen dan nyatakan minat anda.Selepas itu,jika Terjemahan Quran ini memang rezeki anda,anda akan dihubungi melalui E-Mail oleh Penulis.Senang kata,tinggalkan E-Mail anda di bahagian komen.Jika hendak remain anonymous,just datang kembali dalam tempoh beberapa Jam selepas komen ditinggal untuk semak samada anda menerima Quran itu atau tidak.Jika anda menerimanya,segeralah hubungi Penulis melalui E-Mail : pospenamaya@gmail.com.

3) Tiga Pembaca Terawal yang meninggalkan Komen,akan mendapat Quran ini.Kalau boleh nyatakan,Quran itu bakal diguna oleh siapa.Ibu anda,Bapa anda etc etc atau diri anda sendiri.Dan ya,Al-Quran ini dihadiahkan untuk diamal dan dibaca.Bukan dijual ye.Saya mention ni takut ada orang yang ambil kesempatan.Al-Maklumlah.Bukan bersangka buruk.Tapi sekadar nak pastikan Al-Quran itu sampai kepada orang yang benar-benar mahu membacanya.

4) Penghantaran hanya untuk anda yang berada di dalam Malaysia.Tapi kalau anda berada di luar negara,dan nak bagi buku ni kat Family anda di Malaysia pun boleh.

5) Syarat Terakhir : Doakan Penulis,Ibu Bapa Penulis,Keluarga Penulis,Saudara yang memberi dana,Keluarga Saudara itu dan semua Umat Islam umumnya.Semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayah oleh-Nya.Amin.


Jelas?

Dan ya,anda-anda yang sudah sertai Giveaway baru-baru ini - kalau anda turut mahu miliki Terjemahan Al-Quran ini,anda juga boleh join kalau masih sempat.Tapi pastikan ianya dibaca okay?Sehari sehelai pun tidak mengapa.Baca berserta Terjemahannya sekali.Barulah kita faham Jalan Kebenaran (Islam) ini dengan lebih jelas.Dan ya,nasihat saya kalau ada bahagian yang tidak difahami dalam Terjemahan itu nanti,tanyakanlah kepada yang Pakar.Jangan buat kesimpulan sendiri.Bimbang tersesat jalan.

Tapi itu bukan bermaksud kita tidak perlu baca Terjemahan Al-Quran.Tak.Jangan fikir begitu pula kay?

*** *** ***

Apa ditunggu lagi.Mari nyatakan minat anda sekarang juga.Dan ya,katakanlah jika anda yang membaca Penulisan ini seorang Non-Muslim dan berminat untuk membaca Terjemahan Al-Quran ini : anda juga boleh menyertainya.Ketahuilah,Al-Quran itu diturunkan untuk semua manusia.Kenalilah Islam melalui Kitab Suci ini.

Itu sahaja untuk kali ini.

Salah silap,terkasar bahasa - minta anda maaf dan betulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Boleh Download E-Book Terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Inggeris berserta sedikit Penerangan tentang Islam etc - di sini.

P/P/S : Ya Allah,lindungilah kami dari perasaan riak.Tetapkanlah hati kami.Amin.



13 comments:

  1. Assalamualiakum...
    saya berminat untuk mendapat Al-quran ini.
    memandangkan ini adalah Naskhah terjemahan Al-quran,saya ingin memberi sebagai hadiah untuk ibu saya. Sebenarnya,saya sudah mempunyai tafsir Al-quran mini untuk diri sendiri. Memandangkan saya masih seorang pelajar,tidak mampu saya membeli tafsir yang bersaiz besar dan ditambah pula ibu saya yang sudah meningkat usia, agar sukar untuk beliau membaca tafsir Al-quran mini tersebut.

    InsyaAllah,saya yakin naskah terjemahan Al-Quran ini tidak akan disia-siakn.

    Akhir kata, terima kasih buat penulis kerana mengadakan giveaway yang bermakna ini.
    jarang saya lihat hadiah giveaway merupakan bahan2 berilmu akhirat.

    InsyaAllah,semoga penulis,seluruh ahli keluarga,semua pihak yang menjayakan giveaway ini,pemberi sumbangan dan umumnya umat islam mendapat keberkatan dan rahmat-Nya. Moga2 kita semua sentiasa diberi petunjuk.InsyaAllah,amin.

    emel : sha_myss111@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam . amin ..
    alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah.by the way,diharap langkah Pena Maya memberi giveaway seperti ini jadi ikutan orang lain.bukan stakat dalam blog,tapi juga dalam kehidupan sbnr - sentiasa memberi.tangan yang memberi lebih baik dari yang meminta. banyak hadis kebaikan bersedekah ni..

    apa2 pon ,trima kasih ,jzkk kerana menyertai dan memberi komen.semoga ibu ,keluarga anda dan anda dirahmati Allah ..
    saya akan hubungi anda dalam masa sejam lagi..boleh cek email..

    ReplyDelete
  3. Sejak saya mengikuti blog Pena Maya, banyak manfaat yg saya perolehi, dan dapat saya rasakan ada kesungguhan gerak kerja dlm setiap coretan dan posting itu. Saya dari generasi-X ini agak slow jadi blog Pena Maya dari generasi-Y banyak mendedahkan link2 dan video yg baik e.g. thedeeenshow.com itu mula2 saya tahu dari posting Pena Maya. Teruskan perjuangan dakwah ini demi mengajak manusia pada jalan Allah. Kalau rezki saya, terjemahan Al-Qur'an yg ditawarkan oleh Pena Maya ini ingin saya hadiahkan kepada anak bongsu saya yang berada di Tingkatan 4. Saya berharap ia dapat di manfaatkan secara optima. Dikesempatan ini juga saya mendoakan supaya usaha dan inisiatif Pena Maya ini akan mendapat sumbangan dana yang terbaik dari para pengunjung yg pemurah sekelian. Saya juga doakan agar Allah memberi segala kemudahan dan kejayaan kepada Pena Maya dalam pencarian dan penyebaran ilmu, insyaAllah. Jazakallah.

    hisham.ar@gmail.com

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..alhamdulillah..amin..
    komen tuan ,alhamdulillah ,memberi peringatan kepada diri saya yang sering lupa..

    terima kasih kerana memberi semangat.. dan diharap kalau ada salah silap dalam blog ni,tuan dan semua pembaca lain boleh maklumkan..semua yang saya tulis kat sini,hanyalah perkongsian yang saya dapat..untuk menjadi peringatan diri..dan pihak lain yang mahu mengambil peringatan..dalam dunia zaman sekarang - tatkala kejahilan berleluasa dengan aktif - tak logik kita yang bergelar penegak kebenaran mahu berusaha dengan lemah..

    diharap buku ini dapat dimanfaat oleh anak tuan ..insya-Allah..

    terima kasih atas sokongan.semoga Allah merahmati tuan dan keluarga.

    dan diharap perbuatan saya ini mampu menjadi contoh kepada generasi y yang lain..
    assalamualaikum.

    ReplyDelete
  5. masih ada sebuah lagi naskhah al-quran. nyatakan minat anda.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum,, hurm menarik satu tawaran yang insyaALLAH bakal menjadi saham buat enta di sana nanti... moga ALLAH redha,. dan ana amat berminat untuk mndapatkan senaskah terjemahan ayat2 cinta dari NYA.. andai ada rezki buat ana untuk mendapatkan senaskah terjemahan ini ana ingin memberikannya kepada adik ana,, supaya dia boleh gunakan dan memanfaatkannya walau di mana dia berada,, insyaALLAH..dan ana yakin tafsir tersebut akan digunakan bagi menncari serta menggapai redhaNYA.. insyaALLAH..,

    syukran jazillan diatas giveaway yang amat menarik dan bermanfaat,, semoga enta, ibu& ayah enta,, serta seluruh ahli keluarga,,, & seluruh umat islam walau di mana jua berada ,,moga sentiasa diberi keampunan,keredhaan,keselamatn,perlindungan ,kesenangan,kebahagiaan,hidayah,serta kesihatan &rahmatNYA baik di dunia mahupun diakhirat,, AMIN,,, insyaALLAH.. may ALLAH bless

    ReplyDelete
  7. Walaikumsalam.amin...bolehkah anda beri email anda kpd sy? Atau tulis email kpd sy d pospenamaya@gmail.com ..nk tny almt etc nk pos

    ReplyDelete
  8. Dengan ini,saya umumkan Giveaway ini ditutup penyertaan.jzkk kpd semua yg trlibat.

    ReplyDelete
  9. owh,,alhamdulillah.. syukran jazillan,,email sy nadiahhazirah@gmail.com.

    ReplyDelete
  10. untuk bulan ini,sudah tamat.

    boleh cuba lagi bulan depan,insya-Allah.

    sementara tu boleh baca penulisan lama di sini.mana tahu ada yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  11. bagus.satu orakan langkah baru yang kreatif dan bermanfaat untuk umat Islam.

    saya memang berhasrat utk grab chance for this month but it's Allah fate to put His slave in which place are good and suit for them.

    I just joining a daurah n 'tadah kitab' in Baitul Qurra,Melaka from 10-16 dec.

    urm,it's ok.i still get the benefit learning fekah n tauhid there though i miss this opportunity that i have been waiting for a long time n maybe after this it would be difficult to grab this chance as i will be busy in my last sem in Darul Quran.

    ape2 pun,ad rezeki dpt lah.

    teruskan penyebaran islam.saya tabik usaha tu.

    islam is seriously for all including non-muslims.

    don't ever forget that non-muslims are very confuse n misunderstood in islam n it is our job n responsible to convey islam to them.

    ianya satu kewajipan...=)

    nak kongsi satu vid saya buat wkt cuti.komen skit...

    http://www.youtube.com/watch?v=N9iYfh2sJmw&feature=related

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah...takpe ..
    bulan depan boleh cuba lagi.
    ada hikmah la tu..
    kalau still tak dapat bulan depan,kalau saya ada dana lebih,boleh hubungi saya di email saya pospenamaya@gmail.com

    tapi bulan depan..okay?

    assalamualaikum..teruskan usaha anda yang baik juga.sama2 cari ilmu.kerana-Nya.yang penting,bila dah ada ilmu,kenalah amal.walaupun sikit ilmu tu.sebab ilmu kalau banyak,tapi tak amal,sombong etc - tak gna.

    assalamualaikum again.

    ReplyDelete