16.12.11

Zaman Yang Penuh Fitnah.Hanya Dengan Kembali Kepada-Nya,Kita Mampu Mengharungi Hidup Di Akhir Zaman Ini.

Prenote I : Penulisan ini merujuk kepada Berita Terbaru yang sedang heboh diperkatakan di Malaysia.

Prenote II : Kebodohan tidak boleh dilawan dengan kebodohan.Api tidak boleh dipadam dengan api.Sebaliknya,kebodohan memerlukan pencerahan oleh kebijakan.Api pula memerlukan air untuk dipadam.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya baru pulang dari kampus.Banyak tugasan belum diselesai.

Buka-buka Internet,mendapat link berita dikongsi seorang Teman.

Berita yang berkisarkan seorang Pelajar Lelaki dari Negara kita,telah 'berkahwin' dengan seorang Jejaka Mat Saleh.

Masih tidak jelas?Baca ayat di atas sekali lagi.

Komen saya : "Hurm".

Kepada anda-anda yang lain,jangan terus memaki hamun.Jangan juga letakkan link berita ini di Blog anda.Samada anda mahu beri Pengajaran,atau mahu 'kejar traffik' - jangan kongsi berita ini.Hanya membuatkan lebih ramai orang memaki hamun.Hanya membuat lebih ramai yang 'tampil'.

Sebaliknya,saya mahu kita semua renungkan Hadis di bawah ini untuk kita sama-sama ambil pengajaran.

Dawud :: Book 37 : Hadith 4284

Narrated Thawba :

The Prophet (peace_be_upon_him) said: The people will soon summon one another to attack you as people when eating invite others to share their dish. Someone asked: Will that be because of our small numbers at that time? He replied: No, you will be numerous at that time: but you will be scum and rubbish like that carried down by a torrent, and Allah will take fear of you from the breasts of your enemy and last enervation into your hearts. Someone asked: What is wahn (enervation). Apostle of Allah (peace_be_upon_him): He replied: Love of the world and dislike of death.

Daripada Tsauban RA berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”. [Riwayat Abu Daud]

Dan juga Hadis ini,

Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api" [Hadis Riwayat Tirmidzi]

Dan ini,

“Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Kelak pada akhir zaman akan sampai satu masa di mana orang yang sabar (dalam menjalankan tugas amar makruf nahi mungkar) seperti menggenggam bara api,manakala orang yang masih terus berjuang dan bekerja (ke arah memperbaiki manusia),maka ganjarannya adalah seperti 50 orang lelaki yang beramal seperti amalan mereka.Baginda SAW ditanya : "Wahai Rasulullah,apa maksud kamu 50 lelaki di kalangan mereka?Jawab Baginda : "50 lelaki di kalangan kamu (Para Sahabat)." [Hadis Riwayat Abu Daud,Ibn Majah dan Al-Tirmizi]

Menurut Imam Ibn Abdil Bar : "Hadis ini menunjukkan kemampuan manusia pada akhir zaman selepas zaman sahabat untuk memperolehi kedudukan sebahagian daripada sahabat atau menjadi lebih afdal daripada sebahagiannya.”

Menurut Imam Izzudin Abdul Salam pula : "Perkara ini dibina atas dua kaedah : Pertama,setiap amalan soleh akan pasti melahirkan hasil yang baik untuk si pelaku.Keduanya,orang yang mampu melaksanakan Islam pada akhir zaman walaupun nampak pelik dan ganjil,maka pelik dan ganjilnya itu adalah seperti pada zaman awal Islam (justeru mereka berhak mendapat kebaikan yang sama dengan para sahabat pada zaman awal Islam)." [Rujuk Tuhfatul Ahwazi,karya Al-Mubarakfuri,jilid 8,ms 57]

Tahukah anda apa yang perlu dilakukan kita sekarang ini?

Jangan memaki hamun.Hentikan memaki hamun.

Sebaliknya,kita perlu mula menyebarkan keindahan dan kebenaran tentang Islam yang sebenar kepada orang ramai.Kita asyik mengkritik,tapi pernahkah kita beri Solusi?Pernahkah kita terangkan apa itu Islam yang sebenar kepada Majoriti Masyarakat?

Sama-sama kita fikirkan.

Saya ingin quote suatu ayat di sini,yang saya jumpa di sebuah laman web beberapa hari lepas,

‎"Islam telah mangajar kepada saya untuk menyalakan pelita dan tidak dengan asyik mengutuk kegelapan,dengan menjelaskan kebenaran dan bukan dengan asyik mencaci maki kebatilan."

Jelas?

Kita semua Umat Islam,yang mengaku beriman kepada Allah SWT,yang mengaku takutkan balasan Neraka Allah,yang mengaku percayakan Hari Pembalasan - bangkitlah.Bangkitlah wahai Umat Nabi Muhammad SAW!

Bangkitlah.

Saya tertarik berkongsikan sebuah Video.

Menarik.

Tatkala orang yang 'mengaku Islam' bersungguh-sungguh lari dari Islam,berjuta-juta orang bukan Islam mula sedikit demi sedikit belajar dan memeluk serta mengamalkan Islam.


Sedih kan bila bandingkan video di atas yang memaparkan seorang bukan Islam yang mencari Islam,tapi kita yang sudah Islam - gagal memahami indahnya Islam.

Pernah dengar ayat yang berbunyi lebih kurang begini - "Kalau kamu tidak mahu beriman,kamu akan digantikan dengan satu kaum lain yang lebih baik dari kamu!" (Saya tidak ingat Sumber - kalau tahu sila nyatakan kepada saya).

Astaghfirullahalazim - ya Allah,ya Tuhan kami,berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu kepada manusia-manusia yang benar-benar ikhlas mahukan kebenaran.

Carilah Ilmu.Agar kita dapat membangkitkan semula kebenaran ini.

Hakikatnya Sistem Manusia - hanya membawa kucar-kacir.Kunci Penyelesaian hanya ada pada Islam.

Tapi,kita perlu tingkatkan usaha.Jangan syok sendiri sahaja dalam 'berdakwah'.Perlu berhikmah.Kenal pasti audiens etc.

Sekadar Penulisan yang ditulis sebagai peringatan buat diri sendiri,dan Umat Islam yang lain.

Sekali lagi saya ulang,dalam zaman penuh fitnah ini,selamatkanlah diri anda dan keluarga anda dari kemurkaan-Nya.

Anda boleh baca link-link di bawah untuk sedikit Ilmu Tambahan :

- Benar.Ianya Seperti Menggenggam Bara Api.Bersabarlah.Allah SWT Bersama Orang-Orang Yang Sabar.

- Explicit : Bila Terlampau Banyak Kebodohan Yang Berlaku Di Sekeliling,Kadangkala Kita Hanya Mampu Mengatakan 'Hurm'.Tapi Sampai Bila?

- Berjuta Tapi (2) : Islamkah Kita?Atau Hanya Islam Pada Nama? (Satu Lagi Penulisan Yang Perlu Dibaca Oleh Setiap Orang Islam Yang Tahu Membaca Dalam Bahasa Melayu).

- Kronologi Siri Isolusi.


Kepada Pakcik dan Makcik,jangan salahkan Parti itu,Parti ini.Ini bukan salah Pihak itu atau ini.Tindakan salah-menyalah itu - tiada manfaat.Anak-Anak Muda kita semakin hari semakin rosak.Bantulah mereka.Tanyakan diri kita,ini salah siapa?

Ini salah kita semua.Salahkan diri kita sendiri dahulu.

Tanya diri kita,bagaimanakah dahulunya kita membesarkan anak-anak kita?

Sama-sama kita renung kesilapan diri,dan baikinya.Jangan kerana asyik terlalu sibuk berpolitik,menuduh orang,memaki hamun Ilmuwan - perkara seperti ini terjadi lagi.

Ilmuwan perlu bertindak dengan lebih aktif.Pandangan Golongan Muda - jangan sesekali diketepikan.Ini Zaman Kami.Kami tahu apa selok-beloknya.

Zaman ini penuh fitnah.Hanya yang benar-benar tunduk kepada Perintah Allah SWT,mampu mengharunginya.Carilah Ilmu.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Maaf kalau ada terkasar bahasa.Maaf jika penulisan agak ringkas.Saya agak sibuk.

P/P/S : Jangan buat keputusan yang melulu sehingga menjejaskan nama baik Islam.Jangan buat orang bukan Islam salah faham dengan Islam.Islam itu amat indah.Dan berhati-hati dengan Golongan Liberal.Jangan biarkan mereka menggunakan Isu ini untuk kepentingan mereka.Tapi,apa-apapun,kita mesti berani kerana benar.Ingat,Allah Maha Mengetahui.Semua manusia - akan kembali kepada-Nya juga.Mahu redha-Nya?Atau murka-Nya?Dan oleh kerana itulah,Ilmu perlu dicari.



4 comments:

  1. salam ziarah...

    blog ni sekepala dengan blog kami...
    silakan ziarah...kami jemput...

    ReplyDelete
  2. Pernah dengar ayat yang berbunyi lebih kurang begini - "Kalau kamu tidak mahu beriman,kamu akan digantikan dengan satu kaum lain yang lebih baik dari kamu!" (Saya tidak ingat Sumber - kalau tahu sila nyatakan kepada saya).

    Quran 47:38 ayat last. Allahualam.

    ReplyDelete
  3. Pernah dengar ayat yang berbunyi lebih kurang begini - "Kalau kamu tidak mahu beriman,kamu akan digantikan dengan satu kaum lain yang lebih baik dari kamu!" (Saya tidak ingat Sumber - kalau tahu sila nyatakan kepada saya).

    mungkin juga blh rujuk ayat 53 surah al-maidah...
    wallahu a'lam...

    ReplyDelete