29.1.12

500 Pembaca Setia : Perjalanan Masih Jauh.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Kadang-kadang,bila diri dikelilingi ramai kawan,diari dipenuhi banyak hilai tawa,perasaan 'mudah lupa' sering datang mengundang.

Itulah perkara yang berlaku kepada saya sejak akhir-akhir ini.

Sabda Rasulullah SAW : "Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang." [Al-Bukhari]

Dan itulah sebabnya,saya - sejak mengenali apakah erti 'Perubahan' lebih gemar untuk tidak terlalu 'bersosial gelak ketawa'.

Bukan apa.Mengikut pengalaman,terlalu banyak gelak ketawa - hanya membuatkan hati saya semakin 'lupa' kepada Realiti sebenar yang sedang berlaku.

Mungkin ayat di atas kelihatan seperti extreme bagi sesetengah anda - tapi jika anda juga berada dalam Proses Perubahan,saya yakin anda memahami apa yang saya maksudkan.

Itulah sebabnya,kadangkala kita perlu back off for a while.Undur diri dari segala online etc.Have a private moment.

Fikir,refleksi akan diri.

Siapa kita di sisi-Nya?Kita ini hamba-Nya?Atau?

Tanyakan diri kita soalan di atas ini.

Berborak tidak salah.Malah itu fitrah.Mengerat hubungan persaudaraan.

Tapi,yang menjadi masalah...

Entah.Sukar ditulis.


Just read between the lines.

*** *** ***

Semalam saya melihat Blog ini - 500 Pembaca Setia.

Sebenarnya 500 itu hanya angka.

Saya secara jujurnya amat yakin yang tidak lebih daripada 30 orang yang benar-benar membaca Penulisan saya di sini.

Itu saya amat yakin.

Kenapa?

Ada kaitan dengan perkara di atas.

Fitnah hari ini terlampau kompleks.


Hari ini - manusia - semua benda kita hendak 'fun'.Perkara ini berlaku kepada saya sendiri.

Even dalam mencari kebenaran pun kita nak bergelak ketawa.

Saya merasakan seperti ada yang tidak kena tentang perkara ini.Kadang-kadang saya tertanya,kita mahu 'fun' atau kebenaran?

Tapi itu bukan alasan untuk kita berputus asa merubah diri.

Itulah juga sebabnya saya sejak akhir-akhir ini sering mengadakan Giveaway.Kenapa?Kerana untuk menarik Golongan yang tidak suka membaca Blog,untuk sekurang-kurangnya membaca buku yang dihadiahkan itu.

Jika mereka tertarik dengan perbuatan saya itu,saya yakin,dengan izin Allah SWT,mereka akan membaca Penulisan-Penulisan di Blog ini.Dan mungkin di Blog lain juga.

Matlamat saya hanya satu - memberi kesedaran kepada orang tentang betapa pentingnya untuk kita merubah diri,'kembali' kepada-Nya - sebelum diri dipanggil untuk 'pulang kembali' kepada-Nya satu hari nanti.

Bilakah hari itu akan berlaku?Tiada orang yang tahu.Tapi apa yang semua kita tahu,ianya pasti berlaku.PASTI.

*** *** ***

Saya secara peribadinya - bukanlah seorang yang berilmu.

Tapi,apabila saya mengetahui sesuatu,saya suka berkongsikannya.Itulah sebab saya menulis di sini.

Saya yakin,banyak kesalahan yang muncul akibat emosi/kurang pengetahuan yang berlaku.

Itulah tanggungjawab anda - Para Pembaca.Menegur saya jika didapati ada kesalahan yang berlaku.

Kita hari ini 'bising' hendak kembalikan Islam di Puncak Dunia.Tapi apa yang kita sudah lakukan?

Banyak yang boleh kita lakukan,tapi persoalannya - apa yang kita telah lakukan?

Perkara pertama yang boleh kita lakukan sebenarnya adalah - membawa 'diri kita sendiri' kembali kepada Maha Pencipta.

Ya.Membawa diri kita kembali.

Iman itu tidak cukup dengan kata-kata.Ianya apa yang berada di hati,lisan dan perbuatan.

*** *** ***

500 Pembaca Setia.

Saya teringat Penulisan yang saya tulis pada hujung 2010.Tajuknya - Jika Yang 300 Ini.

Dalam Tempoh sehingga hari ini,Alhamdulillah,bertambah 200 Orang Pembaca Blog ini.

Alhamdulillah.Banyak juga Pencapaian yang baik dilakukan,Alhamdulillah.

Doa saya,semoga yang membaca di sini - mendapat rahmat dan redha Allah sentiasa.

Sama-sama kita berjuang merubah diri dan persekitaran yang ada hari ini.

Ingat,pada akhirnya kita akan menjadi mayat,dan dibangkitkan kembali untuk dihisab.

Hanya di dunia ini,kita boleh membuat persediaan.Jangan menjadi orang yang menyesal!

*** *** ***

Saya dengan ini,sukacita ingin menawarkan Sebuah Buku kepada Serang Pembaca bertuah.

Apa tajuk buku yang ingin dihadiahkan itu?


Untukmu Umat oleh Ustaz Zaharuddin.

Buku ini kecil sahaja.Tapi pada pendapat saya amat bermanfaat.

Ini merupakan Sudden Giveaway.Saya hadiahkan buku ini sempena '500 Pembaca Setia Pena Maya'.

Sesiapa yang berminat,nyatakan minat anda di bahagian komen.Tuliskan komen sebegini.

Assalamualaikum.

Saya berminat untuk mendapatkan buku ini.Buku yang didapati ini nanti akan diberi kepada _______ (Ibu/Abang etc etc atau mungkin diri anda sendiri).

Anda boleh menghubungi saya di ________ (Alamat E-Mail anda/Twitter/Blog atau jika anda remain Anonymous,anda boleh datang kembali dalam Tempoh 4-5 Jam selepas komen ditulis untuk melihat samada anda berjaya atau tidak).

Dan ya,kalau rajin,nyatakan sekali cadangan/pandangan anda terhadap Blog ini.Mungkin ada idea menarik.

Pengkomen Pertama yang saya approve dan publishkan komennya - akan dapat buku ini.

Saya minta kerjasama anda yang sertai perkara ini untuk hubungi saya kembali dalam Tempoh paling lewat 24 Jam sebab saya akan pergi ke Turki pada 1 Februari 2012 ini.Bimbang tidak sempat dilakukan urusan Pembelian buku itu.

Saya akan minta anda Alamat,Nombor Telefon dan Nama Penerima melalui E-Mail kelak.

Boleh tengok sini untuk lihat contoh komen.

*** *** ***

Itu sahaja.

Salah silap harap ditegur dan diperbetul.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Astaghfirullahalazim.Sentiasalah beristighfar dan berzikir.

P/P/S : Anda-anda yang masih belum download Koleksi Penerbitan E-Book Pena Maya,boleh muat-turun Buku-Buku itu secara Percuma di sini.

P/P/P/S : Hanya satu buku sahaja yang dihadiahkan,tahu?



16 comments:

  1. salam alayk~ ziarah sini.. moga terus tsabat ya akhi,. sungguh setuju dengan part mencari kebenaran pon nak fun!! macam kene renjatan elektrik sat, huisy..astaghfirullahalazim,, yupz tak boleh untuk jadikan itu sebagai alasan untuk tidak berubah.. sungguh perubahan itu bukan lagi satu pilihan tapi keperluan( change 4 good lah)..moga segala usaha anda diredhai.. keep it up!! btw moga holiday ke turki diredhai olehNYA.. selamat mentadabbur alam & selamat mengembara!! keep on writting keranaNYA..
    keep mujahadah,,may ALLAH bless

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam,jzkk atas nasihat.
      insya-Allah.
      taknak buku kan?

      Delete
    2. yupz.tak!!

      Delete
  2. kepada anda yang lain,buku ini masih berpeluang untuk dimiliki.satu buku sahaja tau.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Kalau ade rezeki, saya berminat dengan buku ni. Bukan kata tak mampu nak beli cuma kadang2 tu bila pergi kedai tak terjumpa atau pun lain nak dibeli, lain pulak yang dicari. Biasalah, perkara2 tak penting tu selalu berada di depan mata. Komen saya, setelah beberapa lama saya mengikuti blog ni memang nampak perubahan tu. Alhamdulillah semakin 'improve' dengan isi-isi yang semakin mantap seiring dengan usia dan pengalaman yang bertambah. Semoga penulis istiqamah dengan usaha untuk menyebarkan kebenaran secara santai di alam maya ini akan dipanjangkan dalam bentuk 'paperback' atau 'hardcover'. Atau bahasa mudahnya dalam bentuk buku.
    Pada pendapat saya, untuk menyampaikan kebenaran tak perlu tunggu untuk jadi Ustaz/Ustazah kerana itu adalah sekadar gelaran. Kita yang beragama Islam sememangnya ditanggungjawabkan untuk saling ingat mengingati antara satu sama lain. Syukur dengan nikman iman yang dianugerahkan.
    Ok, keep up the good work.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam...
      alhamdulillah,insya-Allah...jazakallah atas nasihat dan doa serta peringatan..apa2pon ,boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com

      Delete
    2. Alhamdulillah..terima kasih..

      Delete
  4. kepada anda-anda yang lain,nak komen boleh lagi.tapi buku dah takde.
    semoga istiqamah.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, betol kata Penamaya, ambil contoh diri sy sendiri, sy mmg suka berborak dgn kwn2 tp yg takotnya bila borak itu kemudiannya menjurus pada mengumpat plak, aduh.. tmbh rimas bila dlm tu ad seseorang yg gelaknya kuat sampai berbatu2 dengar, serius rimas (kejadian benar). jadi kesimpulannya, perlulah pandai jaga diri sendiri, macam biasa cuba elakkan diri jauh2 bila borak2 itu dah start nak ke arah yang lain (paham2lah bila perempuan berborak), mmg susah tp bila ad keinginan insyaAllah boleh. saya tahu, sbb sy boleh buat (bkn nak menunjuk heee). cuma kuat dengan tak je. dan harapnya ianya terus berterusan, sentiasa istiqamah. semoga anda terus berdakwah dengan menulis, kami pembaca sentiasa menyokong. dan boleh sy tau, bulan 2 ni anda akan ke Turki utk apa? serius sy rasa sedikit jeles dgn saudara sbb blaja di perantauan dan boleh merantau ke sn sini, tgk ciptaan Allah dan amek pengajaran drpnya. subhanallah, kalo berpeluang sy pun mahu mengembara tapi masih tiada rezeki. kalo tak keberatan boleh berkongsi dgn kami semua apa yg saudara peroleh di sana nt ? semoga selamat2 saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.
      semoga istiqamah merubah diri.semoga ditambah kefahaman..

      sebenarnya,belajar di malaysia atau di luar negara - dua2 ada pro cons yang tersendiri.. sebenarnya seseorang yang belajar di malaysia sendiri boleh jadi lebih matang dari orang yang belajar di luar negara kalau mereka manfaatkan waktu mereka sepenuhnya..di Malaysia ada masjid2 yang banyak untuk hadiri majlis ilmu/solat jemaah,ada NGO yang boleh disertai (kalau pelajar itu seorang lelaki,tapi perempuan pun ada NGO untuk perempuan) untuk buat kerja amal etc ..contohnya islamic relief malaysia (boleh google) .. then kat malaysia ada banyak bandar2 kecil/rumah anak yatim untuk pergi,jelajah tengok orang2 miskin - sebenarnya jalan2 ni ada banyak manfaat...tu manfaat belajar di malaysia.tapi kalau belajar di malaysia kita selesa,tiap2 hari pergi lepak mamak ,tiada guna juga...so kena pandai ambil kesempatan.

      tentang belajar di luar negara pula,sama juga..di luar negara,kebanyakan student habiskan waktu guna internet (untuk berhubung etc) ..so ,adalah jadi satu kerugian andai 6 tahun belajar luar negara,tapi slama 6 tahun hanya maen fb..NGO semua tiada pula ..dgn masyarakat tempatan tak join etc etc.last2 pelajar oversea itu lagi teruk dari orang malaysia..tapi manfaatnya pula banyak.amat banyak kalau kita gunakan. ilmu itu boleh diguna untuk masyarakat dan islam.etc etc..

      saya pergi turki untuk bercuti.alhamdulillah.ada rezeki.tu pun cukup2 je.tapi saya tawakal je.sebab saya pergi sana nak melihat tempat orang ,sejarah2 kejatuhan tamadun islam etc.dua tahun lepas saya pergi egypt. boleh search 'siri kembara' di kotak search kanan ni.

      insya-Allah,kalau ada kesempatan.saya akan tulis satu e-book tentang pemergian saya ke turki....mungkin diterbit dalam bulan 4 atau 3..

      kesimpulan dia ,di mana kita berada,hatta kita kerja pencuci pinggan di kedai makan,ada peluang yang besar untuk menjadi hamba Allah..hakikatnya kita semua akan kembali kepada-Nya juga.lakukanlah kebaikan setiap hari itu kerana-Nya.

      assalamualaikum.harap bermanfaat untuk semua.

      Delete
  6. Assalamualaikum,

    Saya telah membuat entri khas buat Pena Maya dan pembaca-pembaca yang sudi membaca perkongsian saya. Sila layari http://ribenhijau.blogspot.com

    Alhamdulillah, Pena Maya sudah mempunyai 500 lebih followers walaupun saudara mengatakan kemungkinan 30 orang atau kurang yang benar-benar membaca kerana budaya membaca sudah semakin menghilang dari kalangan kita umat Islam dan budaya hedonisme pula semakin menebal. Lihatlah apa yang disajikan oleh media-media dewasa ini. Rancangan-rancangan realiti yang disertai oleh kalangan kaum muda yang beragama Islam. Rasanya kalau had umur tidak dikenakan, kaum tua juga akan turut serta. Lihat saja makcik-pakcik yang datang memberi sokongan kepada anak cucu mereka apabila pertandingan diadakan. Rancangan hiburan sudah menjadi perkara yang diutamakan dan telah dipupuk sejak dari anak-anak masih kecil.

    Semoga kita semua mempunyai iman yang teguh dan mantap dalam menghadapi cabaran pada hari ini.

    Jazakallahu Khairan Khatira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. segala puji hanya bagi Allah,Tuhan sekalian alam.Alhamdulillah.Alhamdulillah.saya hanya menyampaikan.

      Delete
  7. blog ni bagus.menyentuh hati tapi kurang dari segi pengisian fakta dan general knowledge kepada pembaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @azri ada satu quote,bunyinya begini "kalau kita tidak jumpa suatu buku seperti yang kita mahukan,mulalah untuk menulis buku itu,ada kemungkinan orang tidak nampak seperti apa yang kita nampak" .

      Delete
  8. saya suka statement ni, "nak cari kebenaran pon nak kene ada fun, nak kene ada gelak ketawa. for me, that is wrong !

    Budak Zaman sekarang...nak dengar ceramah pon, pemuda pemudi nak cari ustaz yang boleh buat kelakar, xnak pulak yg jenis baca kitab, padehal yang baca kitab ni boleh istiqamah baca kitab..nak baca blog pon, nak yang kelakar, fun, fun..yg lagi teruk,nak tenangkan hati secara agamawi pon, nak tengok video2 islamik yang kelakar..padahal, zikir, baca quran is more than more than and more than.


    nobody knows what will happen to our next generation.

    ReplyDelete