15.1.12

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi Januari 2012).

Prenote I : Penulisan Bahasa Pasar.

Prenote II : Buku-Buku yang diagih,BUKAN UNTUK DIJUAL KEMBALI.

Prenote III : Keutamaan diberikan kepada mereka yang masih belum menyertai Giveaway ini.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Sihat?

Iman pula bagaimana?Prestasi kita sebagai seorang Muslim dan hamba kepada Maha Pencipta pula,bagaimana?

Sekadar renungan untuk kita semua,

“Setiap anak Adam membuat salah. Sebaik-baik yang membuat salah ialah yang bertaubat”. [Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah,dinilai hasan oleh al-Albani]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya. [Az-Zumar : 53-55]

Sentiasalah bertaubat kepada-Nya memohon keampunan-Nya.Sentiasalah beristighfar.Jangan pernah berputus asa dengan rahmat-Nya.

Tanya diri kita,apakah Allah SWT Redha dengan perbuatan kita?Banyakkan istighfar,menginsafi kesalahan diri.Ada sebuah Penulisan yang menarik untuk dibaca oleh kita semua yang sedang merubah diri - di link ini.

*** *** ***

Seperti yang dijanjikan,sukacita saya mengumumkan kepada anda semua,

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" Edisi Januari 2012.

Ada tiga buah buku Percuma akan diedar dalam Edisi kali ini kepada Tiga Orang Pembaca.

Giveaway kali ini - disumbangkan dananya oleh seorang Pembaca.

Alhamdulillah.Terima kasih kepada yang menyumbang,semoga Allah SWT Merahmati dan Meredhai sumbangan anda.

*** *** ***

Sebelum kita pergi lebih lanjut,saya juga ingin mengajak anda-anda yang masih belum pernah memuat-turun E-Book Penerbitan Pena Maya,untuk mendownloadnya hari ini.

Semua buku ini diedarkan secara Percuma.Untuk mendownload,just klik pada Tajuk-Tajuk buku di bawah ini :

1) Refleksi Anak Muda
2) Zaman Orang Ganjil
3) Misi (Sebuah Penulisan Random)

Semoga buku ini membawa manfaat untuk kita semua - di dunia dan Akhirat kelak - Amin.

Anda memerlukan Adobe Reader untuk membaca E-Book ini semua.Boleh download Adobe Reader di sini.

*** *** ***

Di bawah ini saya akan coretkan serba sedikit Latar Belakang Program Giveaway Percuma Pena Maya - dan cara-cara untuk mendapatkan buku-buku ini bagi anda-anda yang berminat.

Penerangan

Hadis Rasulullah SAW bermaksud,

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Berbekalkan kesedaran ini,Penulis dengan ini mengadakan satu Program Giveaway Buku Percuma yang akan dilaksanakan setiap bulan mulai Oktober 2011.

Walaupun Pena Maya tidak mempunyai ramai pembaca,tapi Penulis yakin Para Pembaca yang membaca blog ini walaupun sedikit,memang terdiri dari Golongan yang benar-benar mahu mencari Ilmu.

Jadi,jika diberikan buku kepada Para Pembaca yang benar-benar membaca ini,insya-Allah Penulis yakin mereka akan manfaatkannya dengan elok.


Siapa Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam yang membaca blog Pena Maya.

Tapi,ada syaratnya.Untuk mengelakkan Pemberian itu dari menjadi sia-sia,anda yang hendak menyertai Giveaway ini hendaklah memastikan anda benar-benar mahu membaca buku itu.Jika tidak,rugilah buku itu nanti.Ramai lagi orang lain boleh bacanya.

Dan tidak semestinya anda sertai untuk mendapatkan buku itu untuk diri anda sahaja.Anda juga boleh sertai Giveaway ini untuk beri buku itu kepada Family/Rakan anda yang dirasakan memang benar-benar akan baca buku itu.

Tapi,sekali lagi diulang,kepada anda yang mahu menyertai Giveaway ini,pastikan buku itu jika diberi kepada anda,ianya bakal dimanfaatkan.Bukan apa,jika anda tidak mahu baca buku itu,bukankah elok bagi buku itu kepada orang lain yang mahu memanfaatkannya.

Kan?


Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

Senang sahaja.

Ini sebenarnya bukan Peraduan.Just Penulis nak bagi buku kat Para Pembaca yang bertuah yang benar-benar mahu membaca buku Islamik untuk mencari Ilmu dan mengamalkannya.

Jika anda Pembaca Pena Maya dan berminat mendapatkan buku-buku ini,anda hanya perlu :

1) Nyatakan di Bahagian Komen yang anda berminat.Buat pilihan buku yang anda hendak.Kalau anda hendak beri buku itu kepada Ibu anda misal kata,nyatakan bahawa anda hendak memberi buku itu kepada Ibu anda.

2) Beri pandangan anda terhadap Soalan Penulis ini (setiap bulan soalannya berlainan) - "Kita semua tahu Islamophobia berlaku di sana sini pada hari ini - keadaan ini diburukkan lagi dengan Komen-Komen 'Bijak' memaki hamun dari mereka yang mengaku Muslim sendiri di Internet - soalan saya - Apakah Kesan Perbuatan Mereka-Mereka ini kepada Imej Muslim yang lain?Apa cara untuk menunjukkan keindahan Islam di Internet?Blog?Youtube?".

3) Soalan ini mungkin kelihatan susah.Tapi jangan risau.Anda tidak perlu tulis macam seorang Doktor Falsafah pun jawapan anda.Just bagi pendapat jujur anda.Just kita kongsi Ilmu.Kalau pendapat anda tidak berapa panjang pun,anda still boleh dapat buku-buku ini.Cuma ditanya soalan ini oleh saya - kerana saya mahu supaya Giveaway ini diisi dengan suatu yang bermanfaat untuk kita semua juga insya-Allah.

4) Nyatakan cara bagaimana Penulis boleh menghubungi anda.E-Mail/Twitter atau jika anda tidak mahu mendedahkan Identiti anda secara Public,anda boleh kunjungi semula Blog ini dalam tempoh 24 Jam selepas Komen Anda ditulis.

5) Itu sahaja.Anda akan dihubungi Penulis kalau buku tu memang rezeki anda.

Ringkasnya,seorang yang hendak menyertai 'Giveaway' ini hanya perlu,

"Tulis di bahagian komen yang anda berminat,buku itu untuk siapa,jawab Soalan yang dikemukakan Penulis,nyatakan pilihan buku dan nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi".

Jika anda mahu kekal anonymous di Blog ini,jangan risau.Anda boleh lawati semula blog ini dalam tempoh 24 Jam.Kalau anda dapat buku itu,Penulis akan nyatakan di bahagian komen.Ketika itu,anda boleh menghubungi Penulis melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.Maksudnya,identiti anda hanya diketahui oleh Penulis dan Postman yang akan pos barang itu ke rumah anda.

Ketika anda sudah contact Penulis melalui e-mail,baru kita bincang pasal alamat Penerima etc.Jangan risau,Penulis akan menyimpan Privasi anda dan tidak akan mendedahkannya di Blog ini.Percayalah.


Macam Mana Hendak Tentukan Siapa Yang Dapat Buku Itu?

Serious senang.Haha.Yang baca blog ni bukan ramai sangat.So,cara nak tentukan siapa yang bakal dapat buku itu adalah :

"Pengkomen pertama,kedua dan ketiga yang komen dan beri Jawapan kepada Persoalan di atas dengan penuh bergaya akan mendapat buku itu.Kiranya,kalau anda setakat komen "Salam Ziarah" - sorry anda tidak dapat buku itu.


Contoh Komen Yang Dimaksudkan Penulis

Assalamualaikum.Saya mahu buku nombor dua.

Jawapan kepada Persoalan di atas saya fikir adalah kerana bla bla bla bla.

Boleh hubungi saya di __________

(Atau jika anda Anonymous,anda boleh datang balik dalam tempoh 24 Jam)

Jelas?

Oleh kerana saya rasa Penerangan ini sudah cukup jelas,di sini saya lampirkan beberapa Buah Cadangan Buku yang hendak diberi itu.Tapi ingat,hanya tiga buah buku akan diberi,cuma untuk memvariasikan Pilihan,saya bagi anda beberapa tajuk buku yang boleh anda pilih.Dan ya,jika anda tidak dapat buku itu bulan ini,jangan risau,bulan depan insya-Allah jika saya (dan anda) hidup lagi,anda masih ada peluang.

Dan jika anda sudah dapat buku itu bulan lepas,anda kenala bagi can kat orang lain pulak untuk bulan ni.Dan jawapan yang anda beri kepada Persoalan yang saya tanya itu akan dikongsi dalam Penulisan saya yang akan datang.So,kira cam win-win la jugak.Saya dapat tau pendapat anda.Anda dapat buku.Kalau misal kata ada orang lain sudah dapat buku,tapi anda ada pandangan yang bernas,still boleh bagi jawapan.Apa salah share ilmu kan?

Okay,so ini dia tajuk-tajuk buku itu.Saya akan cadangkan lima buah buku.Tiga Pembaca bertuah - sila pilih buku mana yang anda mahukan.

1) Kemuliaan Akhlak Dan Amalan Wanita Solehah oleh Dr Muhammad Ali Hashim


Penerangan : Saya secara jujur,tidak pernah membaca buku ini.Tapi,buku ini dicadangkan kepada saya oleh Pemberi Dana bulan ini.Jadi setelah melakukan Research siapakah Author buku ini - saya mendapati buku ini dikarang oleh Pengarang Buku "The Ideal Muslim".Jadi,saya merasakan buku ini sebuah buku yang menarik untuk dikongsikan.Sesuai untuk Para Wanita.

2)Biografi Muhammad Bin Abdullah Edisi 2011


Penerangan : Siapa Nabi Muhammad SAW?Kita mengaku Muslim - tapi apakah kita mengenali Baginda SAW?Apakah kita mengikut apa yang diajarkan Baginda SAW?Ini antara Biografi kehidupan Baginda Rasulullah SAW yang paling santai saya pernah jumpa.Sesuai untuk Golongan-Golongan Majoriti,yakni orang yang bukan dari Sekolah Agama,tapi berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam kehidupan Rasulullah SAW.

3) Pesanan Untuk Orang Berdosa


Penerangan : Buku ini dibaca oleh saya ketika saya sedang dalam tempoh Awal Perubahan saya.Ulasan tentang buku ini pernah saya tulis di sini.Buku ini pada pendapat saya - sangat bagus untuk dibaca oleh Golongan yang sedang Merubah diri.Saya sendiri sangat terkesan semasa membaca buku ini dahulu.Buku yang sesuai untuk dibaca oleh yang ingin kembali kepada-Nya.Boleh juga diberi kepada Keluarga kita.

4) Formula Solat Sempurna Oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman


Penerangan : Saya tidak pernah membeli Buku ini.Tapi,buku ini ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman - dan Beliau menggunakan Buku ini sebagai Medium Pengajaran Beliau dalam Rancangan Tanyalah Ustaz di TV9.Anda boleh tonton Video rancangan itu di sini.Amat bagus untuk semua Umat Islam untuk kita lebih mendalami kesempurnaan Ibadat Solat kita.Saya sendiri mahu mendapatkannya untuk diri sendiri bila pulang ke Malaysia nanti.Insya-Allah.Kiranya,buku ini saya amat rekomen.

5) Bicara Buat Pemimpin Dan Rakyat


Penerangan : Secara jujurnya - saya merasakan,cara orang Malaysia berpolitik (baca : rakyat Melayu Marhaen) amat tidak matang.Kita amat taksub dengan Pemimpin.Kadang-kadang benda yang sudah jelas salah,kita mahu pertahankan juga.Astaghfirullahalazim.Buku ini - banyak menyentuh Perihal "Mentaliti" Umat Islam di Malaysia dalam Isu Politik.Saya amat cadangkan buku ini.Bagus.Saya sudah baca.Isinya sebenarnya tidak terhad kepada Politik semata - ada juga tentang Taubat etc.Dan buku ini,amat rare (susah dijumpai) - terutamanya di Bandar Kecil.

Itulah dia tajuk-tajuk buku yang saya cadangkan.

Ha,dilema kan?Saya rasa buku yang saya cadangkan ini - meliputi semua golongan - ada untuk Wanita,ada untuk Golongan Yang Merubah Diri,ada tentang Solat etc etc.

So,buatlah pilihan yang terbaik.Harap bermanfaat nanti bila dibaca.

Dan jawablah soalan yang saya bagi tu dengan elok.Ini bukan pertandingan.Just saya nak bagi buku free.

Nak kongsi buku dengan orang yang takde kemampuan nak beli buku ni.Yalah,kadang-kadang buku tu takde kat kedai.Kalau ada,kita pulak takde masa nak beli kan?Dan lain-lain.

So,jangan tunggu lama-lama.Nyatakan minat anda!

Jika tidak berjaya,bulan depan cuba lagi!Kita sebagai Umat Islam perlu banyak membaca.Baru tidak mudah ditipu.Jangan bongkak dalam mencari Ilmu.

Dan ya,kalau buku yang saya cadang ni tiba-tiba takde stok,maaf tau.Haha.Tapi takpe.Tu boleh bincang nanti.

Setakat itu sahaja.Apa-apa tak faham,boleh tanya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sekali lagi saya ulang,Tiga Penerima Buku akan dipilih berdasarkan "Tiga Pengkomen pertama yang jawab soalan saya dengan bergaya,merekala yang dapat buku tu".

P/P/S : Kalau anda di luar negara,maaf saya hanya boleh lakukan penghantaran dalam Negara.Tapi tidak mengapa.Anda boleh baca buku ini masa balik Malaysia nanti kan?And sementara tu,buku tu boleh dibaca Family anda.And kalau nak bagi buku ni kat family kat Malaysia pon boleh.

P/P/P/S : Sesiapa yang mahu menyumbang Dana untuk Giveaway,boleh hubungi saya melalui E-Mail.Dana itu akan diguna 100% untuk Giveaway.



29 comments:

  1. salam alayk~well ni datang just nak komen., share pndapat... "Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."
    (Al Baqarah: 208-209)
    well semua tahu lately ni terlalu bnyak kontrvsi yang berlaku,,haisy lah..sometime sampai orang tgok agama islam bukan pada ajaranNYA tapi pada tingkahlaku yang kurang bermoral.. so dengan cara itu dapat kita lihat indahnya islam tuh.. tapi sungguhlah kan.. kat alam maya ni kadang2 sebab "keindahan" akhlak & bahasa umat islam tuh sendiri menjadikan non muslim confuse dengan nilai islam yang sebenarnya, then cara terbaik kat alam maya ni nak sumbang something melalui penulisan ,video & macam2 lagi lah,, bleyh je... macam pelik je jawapan ni,, so moga yang baik,,bleyh ambik.. then yang tak betul harap ditegur,,coz I'M JUST A HUMAN.. may ALLAH bless

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam...thanks jzkk bg pndpt.sy xdpt bls pnjg sekrg.balas pki phone ni..btw ,sekadar komen je kan? Xnk buku ea?

      Kalau bgitu kpd anda yg laen,ada 3 lg bku prcuma tuk dimiliki..

      Delete
  2. Haha. Rasanya kalini pun mesti saya terlambat lagi. Sekadar mencuba.

    Assalamualaikum. Saya mahu buku nombor dua. Biografi Muhammad Bin Abdullah Edisi 2011

    Jawapan kepada Persoalan di atas: Kesan terhadap muslim lain ye? Emmm. 'Secara peribadi', saya rasa tak kisah sangat. Tak ada terasa "Janganlah burukkan imej aku sekali" etc etc gitu. Orang (non-muslim) yang bijak menilai, mereka tahu yang mereka tak patut menilai satu-satu agama menerusi individu penganut. Dan, kita memang mahukan orang yang memeluk Islam itu adalah dari kalangan mereka yang 'benar-benar mencari Tuhan'. Seperti Sheikh Yusuf Estes, Dr Jerald Dirks, Brother Joshua Evans dan yang lainnya. Saya secara peribadi merasakan, kita perlu menjaga akhlak sebagai seorang muslim, bukan kerana mahu menjaga imej, tetapi kerana ianya satu tuntutan agama: untuk berbudi bahasa dan berlemah lembut walau di mana. Dan tidak pula saya nafikan bahawa 'kekasaran' sesetengah pihak sedikit sebanyak mempengaruhi imej Islam. Ermmmmm....wargh...jadi nampaknya saya tidak begitu terasa sensitif dengan isu Islamophobia. -Itu yang jujurnya. Huhu.

    Dan pada pendapat saya, cara untuk menunjukkan keindahan Islam di alam maya adalah melalui tutur kata yang indah. Elakkan penggunaan perkataan kesat. Dan kita tidak perlu sewenang-wenang terjun ke medan debatan. Sebaliknya menjauhi debatan.

    Uhuk. Ingat nak taip panjang-panjang. Tapi dah tak ter-elaborate lagi dah. Huhu. Jadi itu sahaja kot pendapat saya.

    Boleh hubungi saya di savalior@gmail.com

    Btw, macamana anda buat button reply dekat seksyen komen ni. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @muhammad elhafidz
      walaikumsalam
      tahniah bro,...setelah bebrapa kali percubaan.
      leh hubungi saya melalui pospenamaya@gmail.com untuk beritahu alamat nama penerima ,nombor hp etc..

      btw saya tak dapat balas panjang sekarang...ti saya balas panjang komen anda..

      Delete
  3. hah.. yupz tak.. hanya pendapat.. moga dimurahkan rezeki & diberkati ya akhi,, insyaALLAH..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt. Sudah lama mengidam mahu memiliki buku nombor dua, Biografi Muhammad Bin Abdullah..

    Untuk soalan berkenaan, bagi saya itu adalah masalah individu, walau bagaimanapun mungkin bagi orang luar yang melihatnya menampakkan Islam itu jadi tak indah. Dan ini memberi tanggapan negatif terhadap individu muslim. Dan lebih berat jika Islam itu terfitnah atas kesilapan individu itu sendiri. Tetapi saya tidak menolak yang adakalanya kita perlu gunakan ketegasan/kebengisan kita untuk menggerunkan pihak yang menentang tapi still dengan cara berhikmah. Bagaimana caranya? Kita kena teladani akhlak Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Kena faham maksud 'hikmah' yang dianjurkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Hikmah itu bukan sekadar 'kelembutan'. wallahuallam.

    syukron,
    -musafir.cinta.ILAHI-

    ReplyDelete
    Replies
    1. @musafir cinta ilahi
      walaikumsalam wbt
      tahniah saudari
      leh hubungi saya melalui pospenamaya@gmail.com untuk beritahu alamat nama penerima ,nombor hp etc..

      btw saya tak dapat balas panjang sekarang...ti saya balas panjang komen anda..

      Delete
    2. btw @musafir cinta ilahi - saya tidak dapat hubungi anda melalui profile blogger ..harap anda dapat email saya melalui pospenamaya@gmail.com sebaik sahaja anda membaca komen ini.

      Delete
    3. alhamdulillah..nanti saya hubungi melalui email..syukron=)

      Delete
  5. assalamualaikum, erm, giveaway lagi ye, nak masuk lagi bole tak? maklumlah, ana memang hantu buku. =)

    teringat kisah ketika Rasulullah saw pernah menegur Khalid Al Walid kerana membunuh tentera musuh mengucap 2 kalimah syahadah dalam satu peperangan walaupun Khalid berhujah bahawa tentera itu hanya berhelah. meskipun pembunuhan tersebut dilakukan atas panji keizzahan Islam, namun hakikatnya ia merosakkan kemurnian mahabbah yang disemai dalam agama Islam itu sendiri.
    ramai umat Islam tertipu dengan perjuangan Islam yang dibawanya meski dalam arus gerakan Islam, anti Freemason atau politik. hebat menerjang kebatilan, namun lupa perjuangan itu perlu ditegakkan atas landasan tarbiyyah. kerana tarbiyyah la jentera pengislahan yang dibawa oleh nabi junjungan Rasulullah s.a.w.ramai orang tersilap, sentimen kebencian kepada pelaku dosa dengan mempamerkan akhlak buruk tidak akan membawa hati yang gersang untuk mendekati Allah.

    Cara untuk menunjukkan keindahan Islam di internet, pada pandangan ana, boleh dilakukan dalam apa juga bentuk asalkan ia dilakukan atas landasan taqwa. misalnya berblogging, pada pendapat ana, dengan blogging, selain daripada dapat berkongsi ilmu dan pengalaman atas tujuan dakwah, blogging juga dapat memberikan kita satu momentum untuk kekal istiqomah pada landasan dakwah. mengapa? kerana kita merasakan satu tanggungjawab yang dipikul untuk melakukan "walk the talk". setiap kalimah yang ditulis pasti akan diminta tanggungjawabkan diakhirat kelak.
    kreativiti dalam berdakwah sangat penting supaya Islam itu tidak dilihat sebagai sesuatu yang rigid dan tidak boleh divariasikan ats tujuan Islah.

    just my 2 cents,something for us to ponder upon.Wallahu A'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @zinnirah_humaira
      walaikumsalam wbt...
      terima kasih atas perkongsian ilmu..
      okay..
      anda boleh hubungi saya melalui email pospenamaya@gmail.com
      saya tidak dapat balas email panjang2 buat masa ini..maaf..

      Delete
    2. assalamualaikum boleh bertanya
      teringat kisah ketika Rasulullah saw pernah menegur Khalid Al Walid kerana membunuh tentera musuh mengucap 2 kalimah syahadah dalam satu peperangan walaupun Khalid berhujah bahawa tentera itu hanya berhelah.
      ^^
      boleh beritahu saya di mana sumber kisah sahabat ini..
      terima kasih )

      Delete
  6. asif, dah terpost komen before editing, insya Allah, ana harap boleh dapat buku no 5, Bicara Buat Pemimpin dan Rakyat. Buku ni mmg agak sukar nak jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @zinnirah_humaira
      walaikumsalam wbt...
      terima kasih atas perkongsian ilmu..
      okay..
      anda boleh hubungi saya melalui email pospenamaya@gmail.com
      saya tidak dapat balas email panjang2 buat masa ini..maaf..

      Delete
  7. Assalamualaikum.

    Saya mahu buku nombor lima (5). Buku ini utk bacaan saya dan harap dpt memberi sedikit gambaran akan politik semasa negara.

    Pandangan saya pada soalan bulan ini;

    1.berkenaan dengan kesan perbuatan mereka yang lantang memberi komen tanpa asas tidak dinafikan sedikit sebanyak menyemarakkan islamophobia itu sendiri. Jika difikirkan semula, penggunaan istilah 'islamophobia' itu dari negara barat yang tujuannya untuk memberikan tanggapan salah dan buruk kepada agama islam dan penganutnya.Oleh itu, sudah menjadi kewajipan umat islam membetulkan semula persepsi ini.

    2.Cara untuk menunjukkan keindahan islam itu, pada saya ada banyak method yang boleh dilakukan kerana setiap sisi islam itu indah. Di zaman IT ini rasanya blog dan youtube antara medium yg boleh diguna pakai untuk menyebarkan ilmu bermanfaat utk umat islam. e.g ceramah agama, artikel agama etc.

    semoga sama-sama mendapat manfaat dari perkongsian ilmu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @norasyidah
      sebenarnya kalau diikutkan,anda tidak berpeluang sudah.
      tapi oleh kerana anda kali pertama menyertai program ini,saya memberi kelonggaran.tahniah ..
      boleh hubungi saya melalui email pospenamaya@gmail.com untuk bagi maklumat etc
      walaikumsalam

      Delete
  8. @semua yang lain - penyertaan dengan ini ditutup secara rasmi.boleh cuba lagi next time .kepada para penerima - boleh hubungi saya melalui email pospenamaya@gmail.com

    ReplyDelete
  9. dan maaf semua,saya tidak dapat balas panjang lagi komen2 anda .agak sibuk sekarang.

    dan kepada yang lain diulang sekali lagi ,penyertaan sudah ditutup.
    tapi kalau hendak komen kongsi ilmu - boleh sahaja.

    ReplyDelete
  10. semoga Pena Maya dipermudahkan dalam segala urusan..
    exam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..exam and agak sibuk dengan urusan luar.. doa semoga dipermudah..doakan Para Pembaca Pena Maya juga

      Delete
  11. Tahniah. Saya tak terasa seperti mahu 'join' kerana saya takut kalau dapat buku, saya tak mampu nak baca. Sekarang tengah banyak yang berada dalam reading list =.='

    Apapun, saya ucapkan tahniah atas usaha saudara. Moga Allah genjarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.segala puji hanya bagi Allah SWT.
      by the way,next time kalau nak masuk nak dapatkan buku untuk bagi kawan2/fam yang diyakini akan membaca buku2 ini pon boleh...

      assalamualaikum

      Delete
  12. Alhamdulillah. Smoga dipermudahkan Allah setiap urusan anda..

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. rezeki itu dari Allah..mungkin kali ini bukan rezeki anda..insya-Allah ada rezeki anda,anda boleh join lagi..

      Delete
  14. cara nak tunjukkan keindahan islam di internet adalah dengan tidak menerbitkan unsur2 berbau n ynang membangkitkan sentimen sesuatu kaum dan isu2 y sensitif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.itulah penting untuk kita memahami apakah peribadi muslim sebenar - dengan mencontohi peribadi rasulullah saw...

      seorang Muslim sejati - akan berfikir banyak kali sebelum melakukan sesuatu perkara - samada ianya membawa manfaat kepada dirinya di Akhirat kelak atau tidak..

      Delete
  15. Salam, saya baru terjumpa blog ni dalam pencarian tentang buku Biografi Muhammad Bin Abdullah. Kemudian dlm list yg dicadangkan ada satu lagi buku juga sedang dicari iaitu Formula Solat Sempurna..tapi melepas nampaknya. Boleh Tuan pertimbangkan buku2 ini semula dlm list akan datang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..
      boleh insya-Allah...
      giveaway seterusnya akan diadakan dalam pertengahan bulan 2 mungkin..boleh tinjau2 blog ni ,penulisan2 di dalamnya untuk sedikit ilmu bermanfaat.mana2 salah boleh betulkan.

      kalau mahu,boleh download 3 e-book penerbitan pena maya secara percuma di sini - http://baikiminda.blogspot.com/p/koleksi.html

      Delete