16.1.12

Hamba,Atau Penderhaka?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

siapa kita?
manusia,atau binatang?
insan,atau orang?
hamba,atau penderhaka?

siapa kita?
pernah ditanya?
saban hari bergelak ketawa
tanyakan diri - siapa kita?

saban hari terkurung dalam kotak
cara hidup yang merosak
keliling yang sudah punah
sehingga diri terjebak dalam fitnah

ada masa kita perlu berhenti
berhenti dari mengucap sia-sia
merehatkan pancaindera
yang asyik berbuat dosa

satu hari nanti
satu hari yang pasti
kita semua akan mati
itu amat pasti

tanya diri kita
sekali lagi
tanya diri kita
siapa kita?

kebenaran itu ada di hadapan
cuma mungkin
terlalu lama bergelumang dosa
mata menjadi buta

ya Allah
berikanlah kefahaman
tambahkanlah Ilmu
Engkau bimbinglah kami.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Kepada Para Penerima buku Giveaway yang masih belum menghubungi saya,sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com secepat mungkin.Terima kasih.

P/P/S : Astaghfirullahalazim.



1 comment:

  1. salam alayk~yupz.. sungguhlah kan ,,kita ni tak reti2 nak ambil pengajaran apa yang berlaku di sekelilng..sedangkan jika DIA mahu ambil kita..hanya dalam sekelip mata sahaja...
    ...kun fa yakun...astaghfirullahalazim,,
    Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran ayat 185).
    may ALLAH bless..

    ReplyDelete