23.1.12

Jualan Amal E-Book 'Prolifik' Untuk Kutipan Dana 'Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi Januari-Februari 2012.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah - dengan izin Allah SWT,saya akan mengembara ke Istanbul,Turki pada 1-7 Februari 2012.

Insya-Allah,Alhamdulillah.

Segala-galanya terjadi dengan izin-Nya.

Jadi,oleh kerana saya hanya akan pulang semula ke Moscow pada 7 Februari 2012,dan memandangkan bulan Februari adalah bulan yang agak singkat berbanding Bulan-Bulan yang lain,saya dengan ini berhasrat ingin mempercepatkan Pengagihan Al-Quran untuk 'Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi Januari-Februari 2012.

Mengikut Perancangan,sepatutnya Fasa Kedua ini akan diadakan pada bulan Februari.Tapi,saya yakin yang saya akan kesibukan dan jarang menulis sehingga 14 Februari selepas pulang dari Turki (memandangkan Semester baru yang akan bermula awal bulan Februari).

Jadi,oleh sebab itulah saya ingin mempercepatkan perkara ini.

Kutipan Dana

Seperti yang telah dimaklumkan dalam 'Artikel Pelancaran 'Projek 10 Al-Quran Percuma' - kondisi kewangan saya sebagai seorang Pelajar telah sedikit sebanyak menyekat kemampuan saya untuk menjalankan Projek ini seorang diri.

Oleh sebab itulah,saya memerlukan bantuan kewangan dari anda semua - Para Pembaca.

Untuk Fasa Pertama Edisi Januari-Februari 2012 yang dijalankan dalam awal bulan ini,Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma telah diedar kepada Lima Orang Para Pembaca Bertuah.

Berapakah Kos Harga Satu Naskhah Al-Quran?

Untuk makluman anda,sehingga 22 Januari 2012,harga bagi satu Naskhah Al-Quran ini adalah RM 73 (Anda boleh semak harganya di sini).

Dicampur dengan harga delivery - jumlahnya adalah RM 80.

Dan Lima Naskhah Al-Quran akan diedar untuk Fasa Kedua Edisi Januari-Februari ini - menjadikan Jumlah Dana yang diperlukan Pena Maya untuk Projek ini adalah bernilai RM 400.

Oleh kerana harganya agak mahal,dan saya masih lagi bergelar seorang Pelajar,saya memerlukan bantuan Dana Tambahan dari anda semua.

Ini Bukan Projek Untuk Kepentingan Saya

Seperti yang kita tahu,banyak Fitnah yang berlaku dalam Masyarakat kita hari ini.Yang terbaru,perbuatan 'tidak bijak' oleh beberapa orang Hero-Hero Kampung yang kini tersebar di Youtube.

Dan dukacita dimaklumkan,Hero-Hero Kampung ini semuanya terdiri dari mereka yang mengaku diri mereka sebagai 'Muslim'.

Setelah saya teliti secara mendalam,saya simpulkan - fitnah dan kebodohan ini berlaku kerana betapa Masyarakat kita tidak faham akan hakikat Islam yang sebenar.

Salah satu faktor berlakunya ke-tidak-faham-an ini adalah kerana kita meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah.Perkara ini ada saya mentionkan dalam Artikel Pelancaran Projek ini yang anda boleh baca di sini.

Jadi,oleh kerana saya tidak mahu menjadi orang yang hanya tahu mengkritik - tapi tidak memberi satu penyelesaian pun kepada masalah - saya melancarkan 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini.

Walaupun Al-Quran yang bakal dibeli ini agak mahal (keluaran Yayasan Restu),tapi percayalah,Naskhah ini amat bagus untuk menarik Perhatian Golongan-Golongan yang jauh dari Al-Quran untuk membacanya.

Bahasa Terjemahannya mudah,Kulitnya menarik etc etc.

Kita sebagai Muslim - WAJIB untuk kita berusaha memahami Maksud Ayat-Ayat Suci Al-Quran ini.Jadi,ini salah satu usaha saya untuk mencerahkan kegelapan yang sedang melanda masyarakat kita sekarang.

Sama-samalah kita bekerjasama.Mungkin usaha ini nampak kecil,tapi percayalah,jika dilakukan secara Istiqamah - dalam setahun - 60 Buah Al-Quran insya-Allah dapat diedar kepada 60 Orang yang ingin mengenali Al-Quran.

Bukankah itu Pencapaian yang agak besar?Bayangkan salah seorang dari mereka-mereka yang menerima ini membaca Al-Quran itu - kemudian Beliau mengamalkannya - kemudian mengajarkan ayat-ayat itu kepada Anak/Keluarganya pula - lama kelamaan Masyarakat Islam akan terbentuk,insya-Allah.

Yang penting sekarang kita berusaha apa yang termampu.

Saya secara peribadi - tidak mendapat apa-apa keuntungan dari Projek ini.Di Blog ini,iklan pun tiada.Jadi,harap tidak ada dari kalangan anda yang bersangka buruk dengan Projek ini.

Saya hanya mengharapkan Redha Allah SWT sahaja dalam menjayakan Projek ini,insya-Allah.

Bagaimana Hendak Memberikan Dana?

Oleh kerana saya tidak mahu meletakkan Nombor Akaun saya secara Umum (kerana bimbang ada Pihak yang memasukkan duit tanpa disedari saya - lantas menyebabkan saya terguna duit itu untuk kepentingan Peribadi),anda-anda yang hendak menyumbangkan Dana boleh menghubungi saya melalui E-Mail Rasmi Pena Maya : pospenamaya@gmail.com.

Jualan Amal E-Book Prolifik


Saya sebenarnya tidak sedap hati hanya meminta 'Dana' daripada Anda Para Pembaca sebegitu sahaja.

Oleh sebab itu,saya dengan ini sukacita menerbitkan sebuah E-Book bertajuk Prolifik.Penghasilannya tidaklah seberapa kerana dihasilkan dalam masa yang singkat.Tapi,insya-Allah ada manfaat.

E-Book ini bukanlah Penerbitan Rasmi dari Pena Maya.Sekadar diterbitkan untuk mengutip Dana bagi melaksanakan Projek Al-Quran ini.

Harganya?

Jujur cakap - harganya terpulang kepada anda.Saya tidak meletakkan sebarang harga.

Jika anda hanya ada RM 10,anda berikanlah saya RM 10.Anda ada lebih?Pun boleh.Haha..

Kiranya,anda memberi sumbangan Dana,tapi dalam masa sama,anda mendapat buku ini.

Kira macam Jualan Amal.

Kalau 40 Orang yang beri sumbangan RM 10 - sudah dapat RM 400.

Kalau 30 Orang pun sebenarnya sudah cukup.Tahu kenapa?Kalau setakat RM 100,saya masih mampu untuk gunakan duit saya dalam Projek ini.

Ini adalah Peluang untuk Anda Para Pembaca menyertai Projek ini secara tidak langsung juga sebenarnya.Itulah Cita-Cita saya.Menjadikan Pena Maya ini - bukan sekadar sebuah blog.Tapi lebih dari itu - saya mahu menjadikan ianya satu Komuniti di mana Umat Islam saling membantu - untuk menyebarkan Islam melalui apa-apa cara yang termampu.

Target tertinggi?Membuka Yayasan Kebajikan (mungkin) dalam masa akan datang selepas Tamat Belajar.Mana tahu.Cita-cita kena besar.Optimis.

Berbalik kepada Buku Prolifik ini tadi.Prolifik diambil dari perkataan Bahasa Inggeris 'Prolific yang bermaksud 'Intellectually productive'.

Dalam Bahasa Melayu,dalam konteks Penulisan pula bermaksud - mampu menghasilkan banyak karya.Saya menyedari yang saya merupakan seorang Prolific.Alhamdulillah.Itulah sebab saya manfaatkannya untuk menulis di Jalan ini.

Dalam buku ini,ada Lima Sajak Moden dan Satu Chapter Khas yang mengandungi Senarai 50 Penulisan Terbaik di Pena Maya.So,anda tidak perlulah baca semua Penulisan di sini.Hanya baca yang betul-betul terbaik sahajalah.Haha.

Jadi,kepada sesiapa dari kalangan anda yang berminat,sila maklumkan minat anda kepada saya di pospenamaya@gmail.com.

Anda akan mendapat Buku ini melalui E-Mail.Sekali lagi diulang,saya tidak meletakkan sebarang harga untuk buku ini kerana saya sekadar mahu melakukan Jualan Amal untuk Kutipan Dana.

Dan diumumkan juga,E-Book ini hanya akan diedar kepada Para Penyumbang Dana.Ianya tidak akan diedar kepada Public seperti E-Book saya yang lain-lain.

Hasil Jualan Amal

Hasil Jualan Amal akan digunakan 100% untuk Projek Al-Quran Percuma ini.

Just in case,katakanlah duit itu terlebih nanti,saya akan gunakan duit itu untuk buat Giveaway Buku Islamik Percuma pula (ya,Pena Maya turut mengadakan Giveaway Buku Islamik Percuma setiap bulan - Alhamdulillah).

Tapi rasanya insya-Allah duit itu tidak akan terlebih.

Sebab,bila Dana sudah cukup,saya akan menghentikan Penjualan E-Book ini.

Kiranya,satu penghargaan untuk Para Penyumbang Dana jugalah Penghasilan Buku ini.

Walaupun sebenarnya,hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa baik anda semua.Itu kita kena ingat.

*** *** ***

Itu sahaja.

Ada yang bertanya,"Edisi Mac nanti bagaimana pula?".

Itu saya fikir kemudian.

Kalau ada kesempatan,saya hasilkan E-Book lain.

Kalau tidak,mungkin saya akan fikir kaedah lain.

Apa-apapun,sesiapa yang berminat untuk membeli sambil beramal E-Book Prolifik ini - boleh e-mail saya di pospenamaya@gmail.com.

Saya akan memberitahu Nombor Akaun saya di sana.Saya minta kerjasama anda yang telah mengetahui Nombor Akaun saya untuk tidak memberitahu orang lain tentang Nombor Akaun saya itu.Saya bimbang ada orang masukkan duit tanpa saya sedari.Takut terguna duit itu.Okay?Biar mereka sendiri hubungi saya melalui E-Mail.

Dan jika hendak masukkan duit,tolong maklumkan kepada saya dahulu,okay?Takut tidak perasan.

Itu sahaja.

Sebarang soalan/kemusykilan,boleh tanya di bahagian komen.

Pengagihan Al-Quran akan dilaksanakan sejurus selepas Dana mencukupi saya terima,insya-Allah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Boleh baca Link ini dan Ini untuk bacaan Tambahan.

P/P/S : Ya Allah,tetapkanlah hati ini.Amin.



6 comments:

  1. SALAM..

    SETUJUUUUU! ALHAMDULILLAH...SMG KITA SUMA DPT SMA2 AMBIL BHGIAN DLM MGUMPULKAN SAHAM AKHIRAT KITA..AMEEN..

    TRUSKN CITA2..SMG KSMPTAN TDK SIA2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam ummi.alhamdulillah,insya-Allah,amin.

      Delete
  2. May you will be consistent with this holy effort and always pray to Allah to help you.

    Urm, I've just finished reading 'Formula Solat Sempurna' that you have gave to me.Very2 interesting.

    Another question, how about your Quran project, if the budget is not enough and how do you make sure it that you will get enough money to smoothen the project?

    ReplyDelete
    Replies
    1. - alhamdulillah,may Allah bless your effort too.
      - about formula solat - ya i knw,kp me in your du'as bro..
      - about the budget - this article's written by me in order to collect the fund for the project..insya-Allah,i firmly believe that Allah will help us,and ease our effort ,if we're sincere in whatever we're doing for His sake.

      "O you who believe! If you help (in the cause of) Allah, He will help you, and make your foothold firm." [muhammad : 7]

      Delete
    2. saya ada 3 soalan.

      mohon reply sekali kat blog saya http://nuruddinazrizulkifli.blogspot.com/

      takut2 tak jumpa jawapannya di blog ni nanti.

      1. RSS y admin buat tu ape benda n ape faedahnya?
      2. apa cara yang admin buat utk hasilkan e-book?boleh kongsikan caranya tak step by step.lg 1, saya ada masalah nak download adobe reader, ade link2 y senang nk download x?
      3. saya ada komen lagi satu y latest kat pos sahabat tntg tafsir surah al-ankabut.mintak reply sekali kat blog saya.

      syukran.=)

      Delete
    3. 1) http://www.whatisrss.com/
      2) http://www.youtube.com/watch?v=vJ2-Aiwulvo
      3) komen apa tu ya?boleh komen sini je rasanye.. maaf sya agak busy..

      assalamualaikum.

      p/s : saya pelajar engineering.bukan blogger sepenuh masa.

      Delete