2.1.12

Kecelaruan Yang Terlampau Kompleks - Islam Ada Solusinya.

Prenote I : Ini BUKAN PENULISAN POLITIK.Baca sekali lagi,BUKAN PENULISAN POLITIK.

Prenote II : Penulisan ini ditulis lewat malam,sebelum Penulis tidur.Sebarang salah silap,minta dibetul,dan dimaafkan.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.


*** *** ***

Di atas ini,terpampang Status Twitter Pena Maya.

Di sini,tempat saya berada sekarang ini,orang ramai sibuk bertahun baru.

Arak di-consumed habis-habisan.Berparti sehingga Pagi.Lelaki dan Perempuan bergaul bebas.

Inikah yang dinamakan Tamadun?

Mungkin ada yang 'bosan' dengan peringatan ini,tapi itulah hakikatnya,zaman ini memang sebuah zaman penuh fitnah yang memerlukan kita semua untuk saling menasihati.

*** *** ***

Saya sebenarnya sedang menulis E-Book ketiga.Setakat ini Dua Puluh Halaman telah siap ditulis.

Itu belum ditambah dengan Gambar Hiasan,Cover Depan,Kandungan Etc.

Saya mensasarkan E-Book kali ini untuk diterbitkan dengan sekurang-kurangnya 100 Muka Surat.

Paling lewat,7 Januari,ianya akan diterbitkan,insya-Allah.

Sepatutnya ianya diterbitkan sebelum 1 Januari.Tapi beberapa faktor besar seperti laptop rosak menyebabkan segala rangka kerja hilang dan terpaksa dimulakan dari awal semula.

Dan Penulisan kali ini agak berat rasanya berbanding karya terdahulu.

Apa-apapun semoga Allah SWT menjadikan melalui Penulisan ini kebaikan untuk Penulis.Semoga Penulisan yang bakal diterbitkan itu tidak disalah-erti oleh manusia lain.Etc etc.

Penulis hanya manusia biasa.

Tidak logik ketika begitu banyak kecelaruan berlaku dalam Masyarakat,Penulis mahu bersilang tangan menggeleng kepala semata.

Dan itulah juga harapan Penulis kepada anda semua.

Sama-sama kita bangkit menyebarkan Jalan ini (Islam).

Tapi,Jalan ini (Islam) tidak dapat tersebar jika kita hanya berbekal 'semangat'.

Ilmu itu perlu.Kefahaman yang 'sahih' itu perlu.

Cara Rasulullah SAW - perlu kita ikuti.

Usaha perlu dilaku.Cakap kosong tidak cukup.

Sedarlah.

*** *** ***

Sebelum mengakhiri Penulisan,hendak sampaikan Pesanan kepada Empat Golongan :

1) Kepada Mahasiswa - Bangkit itu perlu.Tapi hala tuju mesti jelas.Bangkit berlandaskan Nafsu hendak memberontak sahaja - tidak membawa kita ke mana-mana.Akal mesti diguna.Emosi mesti diketepi.Bintang Rock Barat - bukan contoh yang baik untuk diambil dalam kebangkitan.

2) Kepada Pihak Bertanggungjawab - Allah SWT Maha Melihat.

3) Kepada Umat Islam - Doa itu senjata Mukmin.

4) Kepada Diri Sendiri - Jangan pernah berputus asa.Sentiasa betulkan niat.Mohonlah kekuatan daripada-Nya.


*** *** ***

Saya juga tertarik untuk mengquote kata-kata seorang Tokoh terhadap Isu ini (Isu apa?Heh anda tentu tahu),

Jangan hanya melihat Isu ini dari kaca mata 'Tempatan'.Sebaliknya,Isu ini adalah Isu yang besar - Isu pertumpahan darah dalam kalangan Umat Islam yang sebenarnya Haram.

*** *** ***

Jelas?Tukarlah Point Of View anda dalam melihat sesuatu masalah.

Itu sahaja rasanya untuk kali ini.

Ini bukan Penulisan Politik.Semua orang sudah tahu apa yang berlaku pada malam Tahun Baru di Malaysia.

Ini Zaman Tech - bertindak seperti Kaum Gasar hanya bakal memakan diri.

Bertindaklah secara bijak.

Hakikatnya,kita semua akan kembali kepada-Nya nanti.Lakukanlah perkara yang dapat membantu kita di sana kelak.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Tahun Baru - apa yang barunya?

P/P/S : Sedih melihat kecelaruan yang kompleks yang sedang melanda Umat Manusia ketika ini.Ya Allah,berikanlah kami kekuatan.Ampunkanlah dosa kami,Ibu Bapa kami,dan keluarga kami.

P/P/P/S : Boleh baca sini.



No comments:

Post a Comment