22.1.12

Kepada Non-Muslim : Sikap Sesetengah 'Melayu' Tidak Mencerminkan Apakah Itu Islam.

Prenote I : Adalah menjadi suatu 'kebijakan' melampau untuk kita menutup perkara ini setelah ianya tersebar dengan meluas di dalam Internet.

Prenote II : Bertindak seperti Kaum Gasar dalam Zaman Tech ini hanya membawa kemusnahan diri.Manusia kini semuanya Pandai-Pandai belaka.Bijak menilai.Jangan menipu diri.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya sekadar mahu menulis ringkas.Untuk memberitahu kepada Masyarakat Non-Muslim di luar sana :

Sikap buruk sesetengah Melayu yang mengaku 'Muslim' di luar sana - tidak sesekali mencerminkan apakah itu Islam yang sebenar.

Jika anda mahu mengenali Islam - rujuklah Kitab Al-Quran dan As-Sunnah.Janganlah menilai Islam melalui 'kebodohan perilaku' sesetengah manusia yang menggelar diri mereka 'Muslim' - tapi tidak mengamalkan Peribadi 'Muslim' sebenar.

Saya menulis ringkas ini hanya kerana satu perkara - sebab saya merasakan perlu untuk menjelaskan kepada Masyarakat bahawa yang dilakukan oleh 'Jaguh-Jaguh Kampung' itu bukannya datang dari Islam.

Ini kerana - saya yakin ramai Non-Muslim yang tersalah sangka dengan kejadian ini,lantas mungkin terus melabel Islam dengan 'Imej Buruk'.

Ini sama sekali tidak benar.

Apakah Peribadi Sebenar Seorang Muslim Yang Beriman Kepada Allah SWT (Tuhan Yang Menciptakan Manusia Dan Sekalian Alam)?

Islam tidak sesekali mengajar Muslim untuk bertindak sedemikian (biadab menyerang Majlis orang,tidak respek Orang Tua bagai).

Malah,sikap yang dipaparkan mereka ternyata bertentangan dengan apa yang dituntut dalam Al-Quran,

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. [3:133-136]

Ya.

Di atas inilah Peribadi sebenar seorang Muslim yang takutkan Allah SWT.

Itu sahaja.

Kepada anda-anda yang masih mencari kebenaran,jangan berhenti mencari kebenaran.Islam inilah kebenaran.Bacalah Al-Quran dan As-Sunnah.

Ingat,kebodohan yang dilakukan mereka ini - bukannya berasal dari Islam.

Kepada Muslim - ikutilah Peribadi Rasulullah SAW.Jangan memalukan diri sendiri.Takutlah Allah SWT Wahai manusia!Takutlah Api Neraka dan kemurkaan-Nya!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Ya,saya menulis ini disebabkan video itu.Ini bukan Penulisan Politik.Saya cuma tidak tahan melihat kebodohan yang dilakukan oleh Hero-Hero Kampung ini.

P/P/S : Kebenaran mesti dinyata,walau apa juga risiko.Kita hidup ada tanggungjawab kepada Maha Pencipta.Carilah Redha Ilahi,bukan redha manusia berpangkat.

P/P/P/S : Kepada Muslim : Kebodohan seperti inilah yang menyebabkan ada Golongan yang suka mengambil kesempatan menjadikan perkara seperti ini sebagai Isu.Jangan melihat hanya dari sudut pandang Malaysia,tetapi pandanglah dari sudut lebih luas - yakni dari kaca mata seorang hamba Allah SWT.



3 comments:

  1. Agree with writer.Islam has been polluted by its own believer.That was all because of weak and brittle tauhid and ubudiyyah towards Allah.

    Non-muslims must judge a particular religion by its own scripture.Not by its own believers as not all believers succeed and manage to portray the real teaching of the scripture.

    ReplyDelete
  2. Majoriti berebut nk jd jaguh kg, dunia sekarang itu fenomena biasa, minoriti hanya ingin jadi jaguh 'di sana' huu. Boleh saya tahu, video apa yang dimaksudkan penulis ?Terima kasih

    ReplyDelete