3.1.12

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Pertama Edisi Januari-Februari 2012).

Prenote : Sebarkan Penulisan ini kepada Saudara-Mara/Rakan/Keluarga anda.Mana tahu ada di antara mereka yang berminat.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.Malam ini saya menerima Dana daripada seorang lagi Pembaca,seterusnya melengkapkan Dana untuk 'Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Pertama untuk Sesi Bulan Januari-Februari 2012.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?Apakah Visinya?

Saya sudah tulis dengan panjang lebar tentang perkara ini pada hari semalam.Anda boleh baca di sini untuk Maklumat Lanjut (Saya amat mencadangkan anda membaca Artikel tersebut untuk memudahkan Pemahaman anda).

*** *** ***

Dipendekkan Cerita,dalam Penulisan ini,5 Naskhah Terjemahan Al-Quran Keluaran Yayasan Restu akan diedarkan kepada 5 Orang Pembaca Bertuah.

Sabda Rasulullah SAW dalam Khutbah Terakhirnya (Link) :

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

Tanpa Al-Quran dan As-Sunnah,manusia akan sesat.Hidup dalam kegelapan.

Oleh sebab itulah - adalah menjadi tanggungjawab untuk kita - Umat Islam - untuk memahami kandungan Al-Quran.

Link ini menunjukkan Contoh Naskhah Al-Quran yang bakal diedar (Link ini ditulis oleh seorang Penerima Giveaway Edisi Terdahulu).

*** *** ***

Bagaimanakah Cara Untuk Mendapatkan Naskhah Al-Quran Ini?Apakah Syarat-Syaratnya?Bagaimana Mekanisme Pemilihan?

1) Anda yang hendak mendapatkan Naskhah Percuma ini,mestilah seorang manusia yang pandai Berbahasa Melayu,oleh kerana Terjemahan itu nanti ditulis dalam Bahasa Melayu.

2) Seorang Pembaca hanya boleh mendapatkan Senaskhah Terjemahan Al-Quran sahaja.

3) Tidak semestinya anda menyertai Program Ini untuk mendapatkan Al-Quran ini untuk diri sendiri.Anda juga boleh menyertai Projek Giveaway ini untuk mendapatkan Al-Quran itu untuk dihadiahkan kepada Ibu Bapa anda,Keluarga anda,Abang anda,Adik anda etc etc.

4) Pastikan Penerima yang bakal menerima Al-Quran itu (samada anda atau kenalan anda) bakal memanfaatkan Al-Quran itu dengan membacanya.Bukan apa,jika Al-Quran yang bakal diterima itu hanya mahu disimpan dalam Almari,baik kita bagi peluang ini kepada orang lain yang benar-benar mahu memanfaatkannya.

5) Non-Muslim - Penyertaan anda amat dialu-alukan jika anda pandai membaca dalam Bahasa Melayu.Dan jika anda ini seorang Islam yang ada Rakan Non-Muslim yang berminat dengan Islam,anda mungkin boleh hadiahkan Naskhah Terjemahan ini kepada Beliau juga.Bukan apa,Al-Quran itu bukankah diturunkan untuk semua manusia?Sama-sama kita menarik orang ramai kepada Jalan Kebenaran ini.Menyeru orang ramai kepada kalimah "Tiada Tuhan Melainkan Allah,Nabi Muhammad (SAW) itu Pesuruh Allah".

6) Janganlah menyertai Projek ini untuk 'menjualkan kembali' Al-Quran itu nanti.Perkara ini perlu dimention kerana ramai orang yang suka mengambil kesempatan pada hari ini.

7) 5 Penerima Terawal yang memberi Komen (yang ada nilai kesungguhan) akan menerima Naskhah-Naskhah Al-Quran ini.

8) Jika anda berada di Luar Negara,maaf penghantaran hanya dilakukan ke dalam Malaysia.Tapi,anda still boleh dapatkan Naskhah ini untuk Family,Ibu,Bapa atau Keluarga anda di Malaysia.Okay?

Jadi,Jika Anda Berminat...

Anda hanya perlu meletakkan komen anda di bahagian bawah ini,dan maklumkan cara bagaimana saya boleh menghubungi anda - Twitter,E-Mail,Blog.Saya prefer jika anda tinggalkan E-Mail anda.

Dan jika anda ingin remain Anonymous (saya menghormati Privacy anda) - just tinggalkan komen dan nyatakan minat anda serta untuk siapa Al-Quran itu mahu diberi nanti - dan datang kembali di Blog Pena Maya dalam Tempoh 4-5 Jam selepas Komen anda ditulis.

Kalau boleh komen yang hendak ditulis itu biarlah panjang sedikit.Janganlah pendek secepot je.At least tunjukkan sikit kesungguhan.Mungkin boleh kongsikan Pandangan anda tentang Situasi Umat Islam sekarang ke ape ke.Tapi ini optional.

Apa-apapun,di bawah ini Contoh Komen yang perlu ditulis oleh Anda,

Assalamualaikum.

Saya berminat untuk mendapatkan Senaskhah Al-Quran ini.Al-Quran yang didapati ini nanti akan diberi kepada _______ (Ibu/Abang etc etc atau mungkin diri anda sendiri)

Anda boleh menghubungi saya di ________ (Alamat E-Mail anda/Twitter/Blog atau jika anda remain Anonymous,anda boleh datang kembali dalam Tempoh 4-5 Jam selepas komen ditulis untuk melihat samada anda berjaya atau tidak).

Kemudian Apa?

Selepas anda dihubungi nanti,saya akan meminta segala Alamat,Nombor Telefon,Nama Penerima etc etc melalui E-Mail.

Tapi itu boleh bincang kemudian.

Ulangan

Jadi,secara ringkasnya,saya ulang sekali lagi,kalau anda berminat hendak menyertai,anda hanya perlu meletakkan komen di bawah ini dan menyatakan minat anda (seperti contoh yang tertera di atas) dan nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda.

Lima Pembaca Terawal yang meninggalkan Komen (yang menunjukkan kesungguhan) akan menerima Al-Quran ini.

Kiranya,komen 'Salam Ziarah' semata tidak akan melayakkan anda untuk mendapat Naskhah inilah.


Tapi,Keutamaan Akan Diberi Kepada...

Ya,in case salah seorang dari Empat Golongan di bawah berminat untuk menyertai Projek ini,Keutamaan akan diberikan kepada mereka.

Siapakah Empat Golongan ini?

1) Golongan yang tidak mampu membeli Naskhah Terjemahan Al-Quran (saya akan mengedarkan Naskhah Al-Quran yang agak mahal keluaran Yayasan Restu).

2) Golongan Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak (memandangkan agak sukar untuk mereka yang berada di bandar-bandar kecil untuk mendapatkan Naskhah-Naskhah ini).

3) Mereka-Mereka yang belum memeluk Islam/Non-Muslim,tapi dalam Proses Mendekati Islam/Mencari Kebenaran (anda adalah keutamaan paling utama dalam Projek ini).

4) Mereka-Mereka yang Sedang Dalam Proses Perubahan (Contoh : Golongan yang dahulunya jauh dari Islam,tapi kini hendak kembali kepada Islam,Pena Maya menyokong perubahan anda,dan anda juga diutamakan dalam Projek ini).

Jika anda salah seorang dari Golongan di atas,sila nyatakan perkara ini dalam Komen anda.

Itu sahaja.

Saya rasa sudah cukup lengkap.

Semoga Al-Quran yang didapati itu nanti bakal dimanfaat.

Sekadar ingin mengquote Status Twitter Pena Maya hari semalam,


*** *** ***

Kepada sesiapa yang tidak berjaya,jangan sedih.

Bulan depan,jika ada umur panjang,insya-Allah anda boleh sertai lagi.Perkara ini harapan saya dapat dibuat sampai penghujung nyawa saya.

Dan jika anda sudah dapat Naskhah bulan ini,bulan depan seeloknya bagi Peluang kepada orang lain pula.

Tapi katakan kalau anda ada Rakan-Rakan lain yang anda rasa bakal memanfaatkan Naskhah ini,tidak salah anda sertai Giveaway ini setiap bulan.Yang penting,semakin ramai orang yang menerima Al-Quran ini.Kalau boleh,individu-individu yang bakal menerima Naskhah ini berasal dari keluarga yang lain,rumah yang lain.

Yalah,bayangkan,seorang yang mendapat Naskhah ini,kemudian mereka insaf,dan tarik keluarga mereka kepada Islam,then rumah lain ada orang lain pulak.Effect dia besar kan?Ayat ini mungkin memeningkan kepala anda.Maaf.

*** *** ***

Insya-Allah,jika tiada halangan,buku-buku yang dibeli ini akan sampai kepada Para Pembaca paling lewat Dua Minggu dari Tarikh Pembelian (yang akan saya maklumkan kepada mereka melalui E-Mail kelak).

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetul.

P/P/S : Sebarang ketidak-fahaman,boleh tanya di ruangan komen,atau terus e-mail saya di pospenamaya@gmail.com.

P/P/P/S : Doakan semoga Projek ini berjalan lancar.Ya Allah,tetapkanlah hati hamba-Mu yang kerdil ini.Amin.



22 comments:

  1. SALAM YA UMAR,

    UMMI NK CUBA BOLEH KAH?LAU ADA RZKI XKAN KE MANA, KAN? XPE, RZKI DI TANGAN ALLAH, BKN MANUSIA YG TENTUKAN..

    BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..

    DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PENGASIH LG MAHA MGASIHANI..


    UMMI BERMINAT UNTUK MENDAPATKN QURAN (TERJEMAHAN DLM BAHASA MELAYU , KAN?) UMMI NAK HADIAHKN KPD DIRI SNDIRI..SEMPENA HARI LAHIR UMMI YG BAKAL TIBA 16 HRI DR SEKARANG.. :) UMUR UMMI DAH NK MSUK 46, TP ILMU TSGT MINIMA..APALGI ILMU ALQURAN, SGT2 MYEDIHKAN..JD, LAU UMMI DPT QURAN NI NANTI, HJT DI HATI NK MDALAMI AYAT2 ALLAH DGN LBIH MDALAM, AGAR DPT MEMAHAMI MKSUD N DAPAT MHAYATI QURAN DGN LBIH BKESAN LGI..INSYAA ALLAH..
    QURAN ADALAH PELITA HATI, TANPA QURAN, MAKA GELAPLAH HATI..N IA AKAN MBERI KITA SYAFAAT DLM KUBUR KITA KELAK..MAKA BERUNTUNGLAH BG SSIAPA YG DPT MANAFAAT YG BESAR, DUNIA N AKHIRAT DR QURAN AL KARIM.. SMGA KITA SEMUA AKAN TGOLONG DLM GOLONGAN ORG YG MDPT SYAFAAT,N KBAIKAN DR PEMBACAAN QURAN KITA SHRI2AN..AMEEN..!

    UMMI BOLEH D HUBUNGI D .. :)

    APAPUN, SYUKRAN WA JAZAKALLAH YA UMAR, CZ TELAH BBAKTI PD AGAMA N BANGSA..UMMI SOKONG 100% APA YG UMAR BUAT NI! ALHAMDULILLAH..PUJI2AN HNYA BG ALLAH..

    YG BAIK, TETAP DR ALLAH SMATA2..

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam Ummi.alhamdulillah. satu naskhah inu insya-Allah jd mlik Ummi.

    Sy akan hubungi Ummi dlm ms trdekt.sb sy tdk brd d rumah skrg..

    Kpd yg laen2,msih ada 4 naskhah untuk dimiliki..

    ReplyDelete
  3. ALHAMDULILLAH..KAN UMMI DH KATA, RZKI DR ALLAH! ;) MASYAA ALLAH..UMAR, SYUKRAN! ALLAH SGT2 BAIK KPD UMMI N KITA SEMUA..SO JGAN PUTUS ASA DR RAHMAT ALLAH, INSYAA ALLAH..

    SMG KAMU SLU DLM RHMAT, REDHO, KEAMPUNAN , KSHSYG ALLAH SLU...SMG IBUBPA KAMU JGA DLM AFIAT , N BGIA DUNIA AKHIRAT PNYA ANAK SPTI KMU.. ALHMDULILLAH.. :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Penamaya.

    Saya berminat untuk mendapatkan Senaskhah Al-Quran ini dan insyaAllah sekiranya berpeluang mendapatkan naskah al-Quran, akan sy hadiahkan untuk keluarga saya, dan juga kegunaan diri saya sendiri. sekarang saya dah ada Al-Quran dengan terjemahannya tapi dlm bahasa Indonesia, agak sukar untuk saya fahami. Jadi dengan naskhah ini harapnya saya mampu menambahkan ilmu agama dengan lebih memahami terjemahan Al-Quran yang dibaca sbb kadang2 terfikir jugak, amalan sy sudah cukup sempurna ke sekiranya belum cuba utk memahami ayat2 Allah. Mmg kita takkan pernah sempurna tp tak salah utk sentiasa jadi sempurna padaNya kan? InsyaAllah arapnya tak sekadar cakapla

    Dan harapnya Al-Quran ini akan sentiasa jadi pegangan hidup sy, sentiasa dlm jalanNya yg lurus, tidak tersesat dalam dunia yang penuh pancaroba sekarang ni. dugaan banyak sangat. wallahua'lam..

    Harapnya masih sempat untuk dapatkan naskhah Al-Quran ini. Tapi takpe kalo takde rezeki seperti kata penulis, keutamaan akan diberi pada 4 golongan yang disebutkan di atas. semoga usaha murni anda sentiasa diberkatiNya dan dipermudahkanNya. Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Salam saudara umar,

    Saya begitu tertarik dengan program give away yang saudara laksanakan.Saya berminat untuk menyumbang serba sikit dana untuk program tersebut.Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jika dana itu tidak seberapa kerana saya hanya menyumbang mengikut kadar kemampuan saya.Boleh sertakan no akaun saudara?

    ReplyDelete
  6. @ummi
    Insya-Allah Ummi.amin.maaf sy xdpt bls pnjg lg komen ummi.sy brda di luar.. nnti blek rumh sy balas komen ummi..

    @anon kedua
    Walaikumsalam..alhamdulillah.saudara/i bleh hubungi sy mllui email pospenamaya@gmail.com ... Mklumkn jg yg tuan ni adalah anon kedua.maaf sy xdpt bls pnjg.sy brada d luar skrg.sy blek nnti sy bls pnjg.ap2pon jgn lpe email saya...


    @anon ketiga
    Ini anon yg samakah dgn anon kedua?
    Jika tidak,bleh hbgi sy di email... .maaf sy xdpt bls pnjg.sy brada d luar skrg.sy blek nnti sy bls pnjg.ap2pon jgn lpe email saya.

    ReplyDelete
  7. Untuk anda2 yg laen,masih ada 3 naskhah utk dmiliki.jgn lpaskn pluang ini..smoga drhmti Allah.amin.

    ReplyDelete
  8. Salam akhi,

    Saya berharap untuk grab 1 Al-quran. Ia bukanlah untuk diri tapi untuk seseorang. Seseorang yang saya rasakan mampu mengubah cara hidup dan pemikirannya. Dan Kalau boleh, translation tu dalam bahasa Russia. Hajatnya saya hendak hadiahkan kepada seorang guru. Bagi pendapat saya jika kita sebagai seorang muslim, banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menarik minat non-muslim. Antaranya kita tunjukkan adab yang baik dan selain itu dengan mendedahkannya dengan Al-quran, dengan harapan agar dia membacanya. Dan doakan agar niat saya ini berjalan dengan keadaan baik. Salam. 611

    ReplyDelete
  9. Saya nak..... saya ada naskah Al-Quran dalam bahasa indoneesia... jadi memang susah nak paham tambahan saya pulak tak pandai baca Arab.... saya sekarang nih selalu jugak bukak youtube tengok bacaan surah dalam terjemahan inggeris.... kalau berminat nak bagi kat saya... Insya Allah saya cuba sebaik mungkin memanfaatkan pemberian tuan/puan...

    ReplyDelete
  10. @anon/ budak kampung
    Assalamualaikum.alhamdulillah.boleh contact sy ikut email pospenamaya@gmail.com. sy tiada d rumah skang.jd maaf xdpt balas pjg, blek rumh iA sy bls balik. Emel tau.

    ReplyDelete
  11. Untuk anda2 yg laen,ada 1 lg naskhah untuk anda miliki...jgn lepaskn pluang..

    ReplyDelete
  12. ADA SATU LAGI NASKHAH UNTUK DIMILIKI! SILA NYATAKAN MINAT ANDA!

    Assalamualaikum semua.Maaf saya tidak dapat balas anda punya Komen sebentar tadi dengan sempurna memandangkan saya tidak berada di rumah.Sekarang ini baru pulang.Insya-Allah saya akan cuba balas komen setiap orang.

    @UMMI

    Assalamualaikum Ummi.terima kasih kerana menyertai.jujur cakap,saya sangat berbesar hati dapat membantu Ummi kerana umur Ummi lebih kurang sama baya dengan Ibu saya.Ya.Rezeki itu datang dari Allah SWT.Saya hanya menyampaikannya sahaja.alhamdulillah.saya doakan kesejahteraan Ummi dan keluarga.

    apa-apapun,e-mail ummi apakah masih sama dengan e-mail semasa ummi sertai giveaway itu hari?sebab kalau masih sama,saya sudah hantar email di situ untuk ummi cek.terima kasih ,jazakallah atas doa ummi untukk keluarga saya.semoga Allah merahmati ummi sekeluarga.alhamdulillah.

    @anon 1125
    saya sudah terima email anda,insya-Allah saya akan hubungi anda melalui email selepas ini..
    apa2 pun mengenai cabaran hidup yang anda katakan di atas,saya ingin kongsikan dua link - semoga bermanfaat - http://drmaza.com/home/?p=1439 dan link ini http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=79 jangan berputus asa.assalamualaikum.

    @anon 1127
    saya sudah terima email anda.jzkk syukran terima kasih kerana sudi menyumbang dana.jangan sesekali merasakan bantuan yang kita bagi itu kecil.nabi muhammad saw bersabda "Maka takutlah terhadap neraka walaupun (hanya berinfaq) dengan sebelah/setengah kurma!" (HR. Al-Bukhariy no.6539 dan Muslim no.1016)" kiranya selamatkanlah diri kita dari api neraka/kemurkaan Allah walaupun dengan hanya sedekah sebelah kurma. saya akan contact anda di email.

    ReplyDelete
  13. @anon 1231 am

    bro,walaikumsalam.
    berkenaan request anda itu,saya sebenarnya hanya sediakan al-quran bahasa melayu.sebab saya beli di mphonline.tapi takpe.saya akan beli al-quran bahasa russia itu di masjid di sini,dan bagi kepada anda by hand ..then anda bagi sendiri kepada guru anda nanti..okay?insya-Allah .by the way,kita hanya berusaha,pada akhirnya hidayah itu milik Allah.sama2 kita doakan guru itu.

    @budak kampung - bro saya masih tak dapat email anda..
    boleh email saya tak? sebab your blogger profile is unavailable for the public view.. insya-Allah bro..saya pon secara jujur bahasa Arab tidak begitu mahir,tapi itu bukan alasan untuk kita tidak membaca Al-Quran dan memahaminya.sekarang bukankah banyak tafsir? okay alhamdulillah quran itu sudah milik anda.cuma anda perlu contact saya ikut email sahaja.

    pospenamaya@gmail.com

    ReplyDelete
  14. SALAM YA UMAR,

    INSYAA ALLAH..MSIH SMA.. SYUKRAN! :) T UMMI CHECK UMMI EMAIL ..AFWAN!

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum..

    masih ada peluang lagikah untuk menyertai projek ini?

    insyaAllah,pada hujung bulan 4 2012,saya bakal membina baitulmuslim.
    status saya,masih seorang pelajar akhir tahun universiti(belum tamat pengajian sewaktu pernikahan tersebut akan berlangsung)dan bakal zauj pula baru bergraduasi september tahun lalu.
    Dalam keluarga kedua belah pihak,kami dikategorikan sebagai 'pemecah rekod' kerana berkahwin pada usia yang agak muda.alhamdulillah,restu kedua belah keluarga mengiringi niat kami untuk bersatu lillahitaala.
    Sungguhpun begitu,perjalanan ke arah pembinaan baitul muslim kami sebenarnya hampir 3 tahun lamanya kerana status kami sebelum ini sebagai pelajar dan usia yang muda.Setiap masa,kami panjatkan doa dan usaha kerana sesungguhnya niat kami hanya satu,mahu membina baitulmuslim keranaNya,melaksanakan sunnah bagi mencapai keredhaanNya dan bercinta secara halal hingga ke syurga.Namun,alhamdulillah,syukur kini kami sudah diikatkan dengan tali pertunangan secara rasmi dan menanti waktu untuk bersatu mengikut syariat.

    InsyaAllah,salah satu daripada barang hantaran yang bakal diberi kepada sesama kami adalah Al-Quran.Niat di hati,mahu membelinya sendiri.Namun,lantaran sudah adanya projek sebegini,saya terfikir jika saya boleh dapatkan senaskah Al-Quran sebagai hadiah yang indah buat saya dan pasangan.Mudah-mudahan,tatkala kami menggunakannya kelak sehingga ke anak cucu dan generasi seterusnya, rangkaian pahala akan terus bersambung buat pengurus projek ini.
    wallahualam.
    assalamualaikum.

    ReplyDelete
  16. @Anon 1053

    Walaikumsalam bro..Alhamdulillah.Tahniah atas berita itu!
    Boleh2.Of course boleh.Harapan saya semoga quran itu dapat dibaca oleh anda,bakal pasangan dan juga anak2 anda nanti sampai akhir hayat..

    bagus la kahwin muda..doakan sya juga ..

    by the way,boleh emailkan saya ke pospenamaya@gmail.com maklumat tentang nama penerima,alamat penerima , nombor telefon penerima dan juga - email penerima..

    email tau.jangan jawab kat sini..
    kat sana nanti saya akan maklumkan perkara2 laen lagi..

    wah banyak kisah menarik..

    email saya kay.assalamualaikum

    ReplyDelete
  17. kepada anda2 yang laen pula,saya ingin mengumumkan bahawa - 'Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Pertama Edisi Januari-Februari 2012 ditutup penyertaan.

    alhamdulillah segala puji bagi Allah.

    tapi,ye ada tapi.
    in case ada kes istimewa seperti non-muslim yang komen nak quran,saya akan beri kelonggaran.
    ya.jika anda non-muslim - berminat nak quran ,saya akan pertimbangkan.

    jangan malu2.cakap sahaja.tapi kepada anda yang laen,penyertaan ditutup.

    next month boleh masuk lagi.sape2 yang laen nak sumbang dana ,nanti saya bagitau cara nye.

    assalamualaikum dan selamat beramal semua.doakan saya ,keluarga dan penyumbang2 dana serta keluarga mereka.

    ReplyDelete
  18. @Budak Kampung

    harap anda dapat hubungi saya.saya tidak tahu bagaimana hendak contact anda - berkenaan urusan penyerahan buku - delivery.

    ReplyDelete
  19. Minta maaf.... saya dah hantar dah

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum..
    alhmdullillah saya baru terjumpa dengan blog ini.Projek 10 alquran ini pada pendapat saya banyak manfaatnya.Saya pun berminat untuk mendapatkan satu naskah terjemahan alquran ini dalam bahasa melayu untuk saya dan keluarga memahami makna setiap ayat yang terdapat dalam kitab suci ini.
    Sebelum ini saya telah memiliki satu naskah terjemahan dalam bahasa indonesia dan bahasanya menyebabkan kita sukar untuk memahami dengan mendalam.Selain itu,sekiranya terjemahan alquran ini dapat saya miliki,saya ingin memahami dengan sesungguhnya makna ayat2 yang dibaca terutama dalam mengerjakan solat.
    Naskah terjemahan alquran ini insyaallah dapat saya gunakan sehingga ke anak cucu.
    sekian.terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.sebenarnya edisi ini sudh tutup pnyrtaan.bleh cbe next time...insyaAllah.maaf.

      Delete