24.1.12

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi Januari-Februari 2012).

Prenote I : Sebarkan Penulisan ini kepada Saudara-Mara/Rakan/Keluarga anda.Mana tahu ada di antara mereka yang berminat.

Prenote II : Saya minta kerjasama Para Penerima Al-Quran untuk menghubungi saya kembali melalui E-Mail dalam tempoh 24 Jam selepas keputusan dikeluarkan.Ini bagi memudahkan urusan Delivery dilakukan.Terima kasih.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,kita semua masih hidup dan masih bernafas.

Teruskan mencari kebenaran,teruskan mencari keredhaan-Nya.Jangan pernah berputus asa dengan rahmat dan keampunan-Nya walau mungkin beribu kali kita tersasar jalan.Keampunan-Nya amat luas.Boleh Rujuk Al-Quran Surah Az-Zumar Ayat 53-56.Sentiasalah bertaubat kepada-Nya.

*** *** ***

Dalam Penulisan yang lepas,saya ada buat Jualan Amal untuk mengutip Dana bagi melaksanakan Pengagihan Al-Quran Percuma untuk Fasa Kedua Edisi Januari-Februari 2012 Projek ini.

Fasa Kedua ini yang sepatutnya diadakan dalam Bulan Februari - diawalkan kerana saya akan pergi ke Turki pada 1-7 Februari ini.

Alhamdulillah.

Dana RM 300 telah berjaya dikumpulkan setakat ini.Mungkin ada tambahan Dana lagi memandangkan ada beberapa Pembaca yang telah memberi persetujuan untuk menyumbang.Tapi,semua Dana yang disumbang ini 100% akan diguna untuk Tujuan Giveaway di Pena Maya.Jika tidak dalam 'Projek Al-Quran',ianya akan diguna dalam Giveaway Buku Islamik.Itu janji saya.

*** *** ***

Jadi,seperti yang dijanji,dalam Penulisan ini,Pena Maya akan mengedarkan Lima Naskhah Al-Quran Percuma kepada Lima Orang Pembaca Bertuah!Alhamdulillah.

Di bawah ini,saya copykan sedikit deskripsi mengenai Program ini,Hala Tujunya,Visinya etc etc.

Dan kepada sesiapa yang berminat,boleh baca sini untuk melihat contoh Pengagihan Al-Quran yang terdahulu.

*** *** ***

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?Apakah Visinya?

Saya sudah tulis dengan panjang lebar tentang perkara ini dalam Artikel Pelancaran 'Projek 10 Al-Quran Percuma'.Anda boleh baca di sini untuk Maklumat Lanjut (Saya amat mencadangkan anda membaca Artikel tersebut untuk memudahkan Pemahaman anda).

*** *** ***

Dipendekkan Cerita,dalam Penulisan ini,5 Naskhah Terjemahan Al-Quran Keluaran Yayasan Restu akan diedarkan kepada 5 Orang Pembaca Bertuah.

Sabda Rasulullah SAW dalam Khutbah Terakhirnya (Link) :

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

Tanpa Al-Quran dan As-Sunnah,manusia akan sesat.Hidup dalam kegelapan.

Oleh sebab itulah - adalah menjadi tanggungjawab untuk kita - Umat Islam - untuk memahami kandungan Al-Quran.

Link ini menunjukkan Contoh Naskhah Al-Quran yang bakal diedar (Link ini ditulis oleh seorang Penerima Giveaway Edisi Terdahulu).

*** *** ***

Bagaimanakah Cara Untuk Mendapatkan Naskhah Al-Quran Ini?Apakah Syarat-Syaratnya?Bagaimana Mekanisme Pemilihan?

1) Anda yang hendak mendapatkan Naskhah Percuma ini,mestilah seorang manusia yang pandai Berbahasa Melayu,oleh kerana Terjemahan itu nanti ditulis dalam Bahasa Melayu.

2) Seorang Pembaca hanya boleh mendapatkan Senaskhah Terjemahan Al-Quran sahaja.

3) Tidak semestinya anda menyertai Program Ini untuk mendapatkan Al-Quran ini untuk diri sendiri.Anda juga boleh menyertai Projek Giveaway ini untuk mendapatkan Al-Quran itu untuk dihadiahkan kepada Ibu Bapa anda,Keluarga anda,Abang anda,Adik anda etc etc.

4) Pastikan Penerima yang bakal menerima Al-Quran itu (samada anda atau kenalan anda) bakal memanfaatkan Al-Quran itu dengan membacanya.Bukan apa,jika Al-Quran yang bakal diterima itu hanya mahu disimpan dalam Almari,baik kita bagi peluang ini kepada orang lain yang benar-benar mahu memanfaatkannya.

5) Non-Muslim - Penyertaan anda amat dialu-alukan jika anda pandai membaca dalam Bahasa Melayu.Dan jika anda ini seorang Islam yang ada Rakan Non-Muslim yang berminat dengan Islam,anda mungkin boleh hadiahkan Naskhah Terjemahan ini kepada Beliau juga.Bukan apa,Al-Quran itu bukankah diturunkan untuk semua manusia?Sama-sama kita menarik orang ramai kepada Jalan Kebenaran ini.Menyeru orang ramai kepada kalimah "Tiada Tuhan Melainkan Allah,Nabi Muhammad (SAW) itu Pesuruh Allah".

6) Janganlah menyertai Projek ini untuk 'menjualkan kembali' Al-Quran itu nanti.Perkara ini perlu dimention kerana ramai orang yang suka mengambil kesempatan pada hari ini.

7) 5 Penerima Terawal yang memberi Komen (yang ada nilai kesungguhan) akan menerima Naskhah-Naskhah Al-Quran ini.Apa-apapun,sila ambil perhatian,komen yang tidak sesuai - tidak akan dipublish.So kiranya,5 Komen Pertama yang dipublish akan menerima Naskhah Al-Quran itu nanti.

8) Jika anda berada di Luar Negara,maaf penghantaran hanya dilakukan ke dalam Malaysia.Tapi,anda still boleh dapatkan Naskhah ini untuk Family,Ibu,Bapa atau Keluarga anda di Malaysia.Okay?

9) Katakanlah tiba-tiba Stock Al-Quran yang dimaksudkan ini kehabisan stock,saya akan beli Naskhah Terjemahan keluaran Penerbitan lain pula (Pustaka Hidayah mungkin).Itu boleh bincang nanti.

Jadi,Jika Anda Berminat...

Anda hanya perlu meletakkan komen anda di bahagian bawah ini,dan maklumkan cara bagaimana saya boleh menghubungi anda - Twitter,E-Mail,Blog.Saya prefer jika anda tinggalkan E-Mail anda.

Dan jika anda ingin remain Anonymous (saya menghormati Privacy anda) - just tinggalkan komen dan nyatakan minat anda serta untuk siapa Al-Quran itu mahu diberi nanti - dan datang kembali di Blog Pena Maya dalam Tempoh 4-5 Jam selepas Komen anda ditulis.

Kalau boleh komen yang hendak ditulis itu biarlah panjang sedikit.Janganlah pendek secepot je.At least tunjukkan sikit kesungguhan.Mungkin boleh kongsikan Pandangan anda tentang Situasi Umat Islam sekarang ke ape ke.Tapi ini optional.

Dan ya,tolong nyatakan sekali kenapa anda mahukan Al-Quran ini (sebagai contoh : mahu dihadiah kepada Rakan,mahu merubah diri etc)
.

Apa-apapun,di bawah ini Contoh Komen yang perlu ditulis oleh Anda,

Assalamualaikum.

Saya berminat untuk mendapatkan Senaskhah Al-Quran ini.Al-Quran yang didapati ini nanti akan diberi kepada _______ (Ibu/Abang etc etc atau mungkin diri anda sendiri).

Saya mahukan Al-Quran ini kerana ___________________________________.

Anda boleh menghubungi saya di ________ (Alamat E-Mail anda/Twitter/Blog atau jika anda remain Anonymous,anda boleh datang kembali dalam Tempoh 4-5 Jam selepas komen ditulis untuk melihat samada anda berjaya atau tidak).

Kemudian Apa?

Selepas anda dihubungi nanti,saya akan meminta segala Alamat,Nombor Telefon,Nama Penerima etc etc melalui E-Mail.

Tapi itu boleh bincang kemudian.


Ulangan

Jadi,secara ringkasnya,saya ulang sekali lagi,kalau anda berminat hendak menyertai,anda hanya perlu meletakkan komen di bawah ini dan menyatakan minat anda (seperti contoh yang tertera di atas) dan nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda.


Lima Pembaca Terawal yang dipublishkan Komen mereka akan menerima Naskhah Al-Quran ini.

Kiranya,komen 'Salam Ziarah' semata tidak akan melayakkan anda untuk mendapat Naskhah inilah.

Tapi,Keutamaan Akan Diberi Kepada...

Ya,in case salah seorang dari Empat Golongan di bawah berminat untuk menyertai Projek ini,Keutamaan akan diberikan kepada mereka.

Siapakah Empat Golongan ini?


1) Golongan yang tidak mampu membeli Naskhah Terjemahan Al-Quran (saya akan mengedarkan Naskhah Al-Quran yang agak mahal keluaran Yayasan Restu).

2) Golongan Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak (memandangkan agak sukar untuk mereka yang berada di bandar-bandar kecil untuk mendapatkan Naskhah-Naskhah ini).

3) Mereka-Mereka yang belum memeluk Islam/Non-Muslim,tapi dalam Proses Mendekati Islam/Mencari Kebenaran (anda adalah keutamaan paling utama dalam Projek ini).

4) Mereka-Mereka yang Sedang Dalam Proses Perubahan (Contoh : Golongan yang dahulunya jauh dari Islam,tapi kini hendak kembali kepada Islam,Pena Maya menyokong perubahan anda,dan anda juga diutamakan dalam Projek ini).

Jika anda salah seorang dari Golongan di atas,sila nyatakan perkara ini dalam Komen anda.

Itu sahaja.

Saya rasa sudah cukup lengkap.

Semoga Al-Quran yang didapati itu nanti bakal dimanfaat.


*** *** ***

Kepada sesiapa yang tidak berjaya,jangan sedih.

Mungkin belum tiba rezeki anda lagi.Mungkin ada Pihak yang lebih memerlukan Naskhah ini dalam mencari kebenaran.

Bulan depan,jika ada umur panjang,insya-Allah anda boleh sertai lagi.Perkara ini harapan saya dapat dibuat sampai penghujung nyawa saya.

Dan jika anda sudah dapat Naskhah bulan ini,bulan depan seeloknya bagi Peluang kepada orang lain pula.


Tapi katakan kalau anda ada Rakan-Rakan lain yang anda rasa bakal memanfaatkan Naskhah ini,tidak salah anda sertai Giveaway ini setiap bulan.Yang penting,semakin ramai orang yang menerima Al-Quran ini.Kalau boleh,individu-individu yang bakal menerima Naskhah ini berasal dari keluarga yang lain,rumah yang lain.

Kita sebagai Muslim - WAJIB untuk kita berusaha memahami Maksud Ayat-Ayat Suci Al-Quran ini.Jadi,ini salah satu usaha saya untuk mencerahkan kegelapan yang sedang melanda masyarakat kita sekarang.

Sama-samalah kita bekerjasama.Mungkin usaha ini nampak kecil,tapi percayalah,jika dilakukan secara Istiqamah - dalam setahun - 60 Buah Al-Quran insya-Allah dapat diedar kepada 60 Orang yang ingin mengenali Al-Quran.

Bukankah itu Pencapaian yang agak besar?Bayangkan salah seorang dari mereka-mereka yang menerima ini membaca Al-Quran itu - kemudian Beliau mengamalkannya - kemudian mengajarkan ayat-ayat itu kepada Anak/Keluarganya pula - lama kelamaan Masyarakat Islam akan terbentuk,insya-Allah.

Yang penting sekarang kita berusaha apa yang termampu.


*** *** ***

Insya-Allah,jika tiada halangan,buku-buku yang dibeli ini akan sampai kepada Para Pembaca paling lewat Dua Minggu dari Tarikh Pembelian (yang akan saya maklumkan kepada mereka melalui E-Mail kelak).

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetul.

P/P/S : Sebarang ketidak-fahaman,boleh tanya di ruangan komen,atau terus e-mail saya di pospenamaya@gmail.com.

P/P/P/S : Doakan semoga Projek ini berjalan lancar.Ya Allah,tetapkanlah hati hamba-Mu yang kerdil ini.Amin.

P/P/P/P/S : Jika anda tidak mahu sertai,anda boleh kongsikan Penulisan ini di Laman Sosial anda,mungkin ada rakan/keluarga anda yang berminat.Edisi seterusnya akan dijalankan dalam Bulan Mac.



24 comments:

  1. Assalamualaikum penamaya.Saya berminat untuk mendapatkan Senaskhah Al-Quran ini.Al-Quran yang didapati ini nanti akan diberi kepada Ayah saya.Saya mahukan Al-Quran ini kerana tidak lama lagi hari jadi ayah saya,mahu dihadiah kepadanya.Semoga pemberian seperti ini diteruskan di masa hadapan...Terima kasih jazakallah.Semoga dirahmati Allah............. ^^

    salam~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam syafiq.alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah...
      tahniah kerana dapat al-quran ini..

      anda boleh hubungi saya melalui email pospenamaya@gmail.com untuk maklumat lanjut..

      semoga pemberian ini dimanfaatkan oleh bapa anda.

      Delete
  2. Assalamualaikum.

    Saya berminat untuk mendapatkan Senaskhah Al-Quran ini.Al-Quran yang didapati ini nanti akan diberi kepada _____mak__ (Ibu/Abang etc etc atau mungkin diri anda sendiri).

    Saya mahukan Al-Quran ini kerana ______dya belum memiliki tafsir seperti itu_____________________________.

    Anda boleh menghubungi saya di ___1414_____ (Alamat E-Mail anda/Twitter/Blog atau jika anda remain Anonymous,anda boleh datang kembali dalam Tempoh 4-5 Jam selepas komen ditulis untuk melihat samada anda berjaya atau tidak).

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..
      hahaha
      weh ni jan ke?
      takleh malas lagi tulis komen?
      kay2 bro..nanti contact aku ikut email...

      ni malas betul tulis ni..

      semoga mak kau dirahmati Allah..

      Delete
  3. kepada para pembaca yang laen,masih ada tiga al-quran percuma untuk dimiliki.

    JANGAN LEPASKAN PELUANG!boleh dapatkannya untuk adik,abang,akak,isteri,ibu,bapa,rakan atau diri sendiri etc! sama2 kita saling membantu dalam mencari redha dan syurga-Nya.amin.

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum ya Sayyid,
    saya sekadar mencuba nasib.

    Minggu lepas ingin membeli Al-Quran beserta terjemahannya. Tertarik dengan sebuah Al-Furqan didalam kedai buku tersebut. Niat untuk membeli Al-Quran itu mahu dihadiahkan kepada Ma yang jauh diseberang. Tapi dek kerana tidak cukup wang, maka niat itu ditangguhkan.

    Bertuah Ma saya kalau dapat Al-Quran ini =)
    Bi idznillah.

    Oh ya. Saya sudah beberapa lama mengikuti blog Baiki Minda @ Pena Maya ini. Membaca posts di sini kadang-kadang membuat saya berfikir dalam. Apatah lagi apabila post itu seakan-akan menembak diri saya, maksud saya kena pada situasi yang saya hadapi.

    Maka, teruskan menulis untuk mengajak orang berfikir dan berubah ke arah kebaikan, okie?

    Semoga Allah merahmati =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam saudara suhaneous... cam suhan movie je ..okay sorry gurau kasar ..haha.

      by the way,tahniah alhamdulillah anda mendapat al-quran ini..

      Ma anda itu di seberang di mana ya?di sabah sarawak atau di indonesia?

      kalau di sabah sarawak penghantaran boleh dilakukan.kalau di indonesia maaf penghantaran tidak dilakukan,tapi saya still boleh pos kepada anda yang berada di malaysia... so anda poskan al-quran itu ke indonesia nanti..

      by the way,tahniah dapat al-quran ini nanti.semoga dimanfaat naskhah ini nanti..

      boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com (lagi cepat,lagi bagus - memudahkan urusan pembelian /delivery)..emailkan saya nama,alamt dan nombor telefon penerima (alamat malaysia tau)..

      apa2 tidak faham boleh maklumkan pada saya...

      assalamualaikum...
      doakan saya,ibu bapa saya dan keluarga.jangan lupa doakan para penyumbang dana dan keluarga mereka juga

      Delete
    2. saudara suhaneous ...
      boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com ..

      Delete
  5. kepada para pembaca yang laen,masih ada dua al-quran percuma untuk dimiliki.

    JANGAN LEPASKAN PELUANG!boleh dapatkannya untuk adik,abang,akak,isteri,ibu,bapa,rakan atau diri sendiri etc! sama2 kita saling membantu dalam mencari redha dan syurga-Nya.amin.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Umar Zakir.

    Semoga saya masih berkesempatan memiliki satu. Ada dua tafsir lama keluaran Indonesia yang saya beli semasa remaja. Satu dibawa anak lelaki ke madrasahnya. Satu dibawa anak perempuan ke madrasahnya (baru masuk madrasah) dan sudah hilang katanya, semasa pekerja Indonesia membuat renovation di situ beberapa minggu lepas. Puas dicarinya tak jumpa. Saya sudah menjanjikan sebuah untuknya. Saya sendiri sudah beberapa bulan menyimpan hasrat untuk mendapatkan sebuah tafsir yang lengkap untuk diri sendiri dan suami, selepas melihat tafsir milik rakan seusrah setengah tahun lalu (masa tu dok Brunei) yang tafsir sepatah-sepatah tetapi belum diizinkan Allah.

    Tersangatlah besar hati saya sekiranya ada rezeki saya memilikinya melalui saudara. Alhamdulillah. Sekiranya ia sesuai untuk anak saya dari segi saiz (saiz kecil) saya akan serahkan untuk anak perempuan saya manfaatkan. Tapi sekiranya saiz besar, kami di rumah akan mengambil manfaat sebanyak-banyaknya daripada tafsir ini insyaAllah.

    Saya boleh dihubungi di mnormazzuin@yahoo.com.my atau http://naqhuhines.blogspot.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam Makcik/Akak/Puan...

      saya tak sangka ramai jugak orang2 yang dah bekeluarga yang baca penulisan saya..alhamdulillah..

      by the way,insya-Allah,dengan izin Allah Alhamdulillah segala puji bagi-Nya sebuah naskhah al-quran ini menjadi milik anda.ya ianya agak besar.tapi takla besar sangat.sederhana...

      saya sudah hubungi anda di kedua2 tempat itu.saya harap anda berikan respon dalam masa terdekat.insya-Allah..

      assalamualaikum

      Delete
  7. Assalamu'alaykum warahmatullah,

    Tahniah, dan terima kasih kerana anda berjaya memulakan projek "give-away" (Tambah amal, Tambah ilmu) sebegini. Saya juga ingin mencuba "menaip serangkai kata" untuk mendapatkan senaskhah Qalamullah daripada laman PenaMaya. Saya sudah lama mengikuti laman ini, dan adakalanya saya rasa terpanggil untuk mengambil bahagian dalam projek ini; kendatipun sedemikian, saya gemar memberikan peluang kepada pembaca2 lain yang ingin mencuba dahulu. Secara peribadinya, PenaMaya, naskhah ini ingin saya hadiahkan kepada salah seorang pelajar bertuah saya untuk kegunaan beliau sendiri, atau kepada sesiapa (hamba Allah) yang beliau ingin hadiahkan pada masa hadapan, insha Allah.

    Insha Allah, terima kasih kerana juga mendoakan kami (pembaca2 disini).

    Assalamu'alaykum warahmatullah wabarakatuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum anon...
      alhamdulillah,segala puji bagi-Nya kerana naskhah ini berjaya menjadi milik anda!

      Alhamdulillah!

      apa-apapun,wah,bagus niat anda mahu hadiahkan kepada para pelajar.moga ada yang amalkan...dan semoga niat anda diredhai Allah SWT..

      boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com (lagi segera lagi bagus..hehehe)

      Delete
    2. @anon

      tuan,tuan boleh email saya di pospenamaya@gmail.com ..
      dalam email nanti tolong beritahu saya nama ,alamat,nombor telefon penerima .. (maklumat ini untuk pihak delivery guna)...

      dan tolong maklumkan sekali yang tuan ini adalah anon 0651 (waktu tuan komen)..

      assalamualaikum

      Delete
    3. @anon,assalamualaikum tuan,saya masih belum menerima email anda..

      Delete
  8. Assalamualaikum wrt. wbt. Saudara Umar Zakir,

    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara kerana mempunyai kekuatan sedemikian untuk melakukan amal kebajikan dengan cara saudara sendiri. Walaupun saya juga telah lama menjadi blogger, saya sendiri belum punya kekuatan untuk melakukan perkara seumpama ini. Saya masih mencari dan terus mencari kekuatan itu. Saya hanya mampu menjadi silent reader kepada blog-blog yang baik dan mengambil apa yang baik untuk dikongsikan bersama di blog saya.

    Oleh itu, saya berminat untuk mendapatkan senaskhah Al-Quran yang disediakan oleh saudara kerana saya ingin benar-benar mendekatkan diri saya dengan Al-Quran dan Allah S.W.T. Sekiranya Al-Quran itu bakal menjadi milik saya, Alhamdulillah kerana Allah S.W.T. telah memilih saya. Saya ingin memiliki Al-Quran yang baik supaya saya dapat mendapat ilmu dan terus memperbaiki hidup saya. Saya juga ingin menjadi salah seorang umat yang terpilih dalam menyampaikan dakwah walaupun hanya untuk anak-anak saya sendiri.

    Semoga dengan peluang yang diberikan ini saya mendapat taufik dan hidayah daripada-Nya.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam akak n.e.e.n.y

      alhamdulillah,dengan izin-Nya al-quran ini menjadi milik anda..

      sbnrnye kalau diikutkan,memang anda sudah tidak berpeluang,tapi alhamdulillah ,Allah itu Maha Adil ,komen anda masuk lewat dua minit dari komen orang sebelum anda..

      saya fikir2 balik,saya bagi juga kepada anda,kerana beberapa alasan iaitu :

      1) anda ada blog
      2) anda ada anak

      saya fikir mungkin anda akan menggunakan al-quran ini sebaiknya untuk ajar kepada anak anda dan kongsi di blog anda.

      alhamdulillah..boleh hubungi saya melalui email di pospenamaya@gmail.com

      lagi segera lagi bagus.hehehe.

      terima kasih.

      Delete
    2. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. walaupun saya terlewat dua minit tetapi Allah telah menetapkan bahawa Al-Quran tersebut akan menjadi milik saya juga.

      Terima kasih Ya Allah.

      Terima kasih Saudara Umar.

      Semoga Allah s.w.t. memberi balasan yang setimpal kepada orang-orang yang sentiasa melakukan amal kebajikan.

      Insya Allah kami sekeluarga akan memanfaatkan Al-Quran tersebut dengan sebaik-baiknya.

      p/s: Saya telah menghantar emel kepada saudara.

      Delete
  9. KEPADA ANDA YANG LAIN,PENYERTAAN TELAH DITUTUP!

    Alhamdulillah segala puji bagi Allah.Projek ini akan dijalankan lagi dalam Edisi seterusnya di Bulan MAC!Tapi mungkin ada sudden giveaway dalam bulan dua.sentiasalah ikuti perkembangan di blog ini.baca juga artikel lama!

    semoga bermanfaat.

    doakan saya,keluarga saya,ibu bapa saya,para penyumbang dana dan keluarga mereka.amin.

    alhamdulillah.semoga anda para pembaca dirahmati-Nya.

    sekali lagi diulang,KEPADA ANDA YANG LAIN,PENYERTAAN TELAH DITUTUP!
    haha.saja ulang sekali lagi.nampak style

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan ya,jika ada beberapa keadaan yang luar biasa sahaja saya akan pertimbangkan untuk beri kelonggaran kepada golongan tertentu (misal kata anda non muslim yang nak kenali islam).

      apa2pon ,KEPADA ANDA YANG LAIN,PENYERTAAN TELAH DITUTUP!
      haha .boleh cuba next time.
      assalamualaikum.

      Delete
    2. Assalamu'alaykum warahmatullah.

      Terima kasih kembali, kerana mendoakan semua pembaca di sini. Kiriman telah diterima pada jumaat (10/2). Terima kasih sekali lagi kepada anda.

      Allah maha bijaksana; teruskan usaha ini.

      Wassalam, Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh.

      Delete
  10. As salam, saya baru perasan ada kesilapan dalam komen saya di atas. *tafsir al-Quran* sebenarnya dan sepatutnya terjemahan al-Quran.

    Terima kasih kepada Umar Zakir, saya sudah menerima kiriman terjemahan al-Quran tersebut hari ini, 30 Januari 2012. Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. segala puji hanya bagi Allah,Tuhan sekalian alam.Alhamdulillah.Alhamdulillah.saya hanya menyampaikan.

      Delete