2.1.12

Pelancaran 'Projek 10 Al-Quran Percuma' (Penyertaan Boleh Dilakukan Dalam Artikel Seterusnya).

Prenote : Ini hanya Pengumuman tentang Projek ini.Agak detail juga Penulisan ini.Supaya mudah difahami Para Pembaca.Jika anda ingin mendapatkan Naskhah-Naskhah ini,sertai Projek ini dalam Artikel Seterusnya.

Prenote II : Giveaway Buku Percuma Pena Maya insya-Allah akan dijalankan seperti biasa.Doakan semoga dipermudah.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Beberapa hari yang lepas,saya ada menyatakan cadangan saya untuk memulakan sebuah Projek yang dinamakan 'Projek 10 Al-Quran Percuma' bersempena Tahun 2012.

Tapi pada ketika itu,saya masih samar-samar tentang Pelaksanaan Projek ini.

Allah SWT Maha Bijaksana.Alhamdulillah.

Pada pagi ini,ketika saya membuka E-Mail pospenamaya@gmail.com,saya menerima sejumlah Dana yang agak besar dari seorang Saudara untuk Projek ini.

Alhamdulillah.

Oleh kerana Dana itu merupakan satu Amanah,dan saya tidak mahu melambat-lambatkan pelaksanaan Projek ini,jadi saya pada hari ini dengan sukacita mengumumkan 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini secara rasmi.

Dalam Artikel ini saya akan menerangkan tentang Projek yang akan dilaksanakan ini - Visi,Misi,Tujuan,Hala-Tujunya etc etc.

*** *** ***

Apakah Projek '10 Al-Quran Percuma'?

Seperti mana yang kita tahu,kita pada hari ini berada dalam sebuah Zaman yang penuh Fitnah.Akhir Zaman yang mana manusia pada Zaman ini - ramai yang sudah melupakan Allah SWT.Ingkar pada perintah-Nya.Astaghfirullahalazim.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran,

Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." [Yusuf : 108]

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [A-li 'Imraan : 104]

Jalan ini (Islam) hanya satu-satunya jalan yang lurus.Jalan yang diredhai-Nya.

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. [Al-An'aam : 153]

Apa yang kita dapat lihat pada hari ini - amat membimbangkan sebenarnya.Ramai orang yang mengaku diri mereka sebagai 'Muslim' - yakni orang yang menyerah diri kepada Allah SWT - tapi apa yang dilakukan mereka dalam kehidupan seharian mereka - ternyata jauh berbeza dengan apa yang disuruh Islam.

Apakah Puncanya?

Sabda Rasulullah SAW dalam Khutbah Terakhirnya (Link) :

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

Ya.Salah satu Faktor Terbesar Kelalaian Umat Islam pada hari ini adalah kerana kita amat jauh dari Al-Quran dan As-Sunnah!

Kita mungkin membaca Al-Quran.Tapi apakah kita memahaminya?Apakah kita mengamalkannya?

Oleh sebab itulah,atas kesedaran ini,saya - seorang hamba Allah yang kerdil ini - dengan izin-Nya - ingin memulakan Projek yang dinamakan dengan nama 'Projek 10 Al-Quran Percuma'.

Idea?Inspirasi?

Inspirasi ini diambil sepenuhnya dari The Quran Project yang dilakukan di Negara Barat.Boleh baca di sini dan di sini untuk Maklumat Lanjut.

Orang berkata,"Dalam Zaman yang menyaksikan setiap saat Manusia diserang Fitnah dari Pelbagai Sudut - Retorik Kosong semata tidak membawa ke mana.Tindakan perlu dilakukan".

Atas sebab itulah,Pena Maya melancarkan Projek ini.

Mungkin kuantiti Naskhah Al-Quran yang bakal diedarkan oleh Pena Maya tidak sebanyak kuantiti Naskhah Al-Quran diedarkan Quran Project.

Tapi,langkah perlu dimula.

Harapan/Golongan Sasaran

Saya belajar di Luar Negara.Setiap Tahun,apabila pulang ke Malaysia,kadangkala saya merasa sedih melihatkan 'Islam' yang tiada pada 'Muslim' di Negara kita.

Saya berharap,dengan usaha ini,akan dapat sedikit sebanyak mengubah keadaan,insya-Allah.

Golongan Sasar?

Saya sebenarnya tidak menetapkan sebarang Golongan Sasar untuk Projek ini.Sesiapa sahaja boleh mendapatkan Naskhah Al-Quran yang bakal diedarkan nanti.

Tapi,keutamaan akan diberikan kepada Golongan-Golongan di bawah :

1) Golongan yang tidak mampu membeli Naskhah Terjemahan Al-Quran (saya akan mengedarkan Naskhah Al-Quran yang agak mahal keluaran Yayasan Restu).

2) Golongan Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak (memandangkan agak sukar untuk mereka yang berada di bandar-bandar kecil untuk mendapatkan Naskhah-Naskhah ini).

3) Mereka-Mereka yang belum memeluk Islam/Non-Muslim,tapi dalam Proses Mendekati Islam/Mencari Kebenaran (anda adalah keutamaan paling utama dalam Projek ini).

4) Mereka-Mereka yang Sedang Dalam Proses Perubahan (Contoh : Golongan yang dahulunya jauh dari Islam,tapi kini hendak kembali kepada Islam,Pena Maya menyokong perubahan anda,dan anda juga diutamakan dalam Projek ini).

Tapi,mereka-mereka yang lain juga sebenarnya bebas untuk menyertai.Anda turut punyai peluang yang sama untuk mendapatkan Naskhah Al-Quran yang bakal diedarkan ini.Cuma kalau ada Empat orang dari Golongan di atas ini yang menyertai sama,keutamaan diberikan kepada mereka.

Okay?

Risiko Penipuan?

Saya sedia maklum tentang perkara ini.Perkara di mana terdapat kelompok manusia yang suka mengambil kesempatan daripada kebaikan orang lain.

Oleh sebab itulah saya ingin menyatakan kepada sesiapa yang ingin menyertai Projek ini :

Al-Quran yang bakal diberikan itu nanti BUKAN UNTUK DIJUAL oleh anda.Jangan eksploitasikan Al-Quran itu nanti untuk keuntungan peribadi.Ini satu Amanah.Allah SWT Maha Melihat.Ingat.Kita semua akan kembali kepada-Nya juga satu hari nanti.

Mekanisme Pengedaran?

Cara yang hampir sama (mungkin ada sedikit Pengubahsuaian) dengan Pengedaran Buku dalam Giveaway Pena Maya akan digunakan.

Berapa Kali Setahun Diadakan?

'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini akan melibatkan Pengagihan 10 buah Naskhah Al-Quran Percuma setiap Dua Bulan.

Tapi,akan diagihkan mengikut beberapa Fasa.

Baca di bawah ini untuk Penerangan Lanjut,

Contoh Pelaksanaan Giveaway adalah seperti berikut.

Dalam Bulan Januari-Februari,10 buah Naskhah akan diedar.

Tapi,bukan sekaligus.Kerana dibimbangi Pembelian Sekaligus akan menyebabkan Tiada Stok di Kedai Buku Online di mana Naskhah-Naskhah ini bakal dibeli.

Jadi,Fasa 1 akan diadakan dalam Bulan Januari.Fasa 2 akan diadakan dalam Bulan Februari.Total - 10 Buah Al-Quran akan diedar.Setiap Fasa,Lima Naskhah akan diedar.Mungkin lebih.Tidak semestinya 10.Bergantung pada Jumlah Dana.

So,dalam setahun,paling kurang,60 Naskhah Al-Quran berserta Terjemahan Percuma akan diedar kepada 60 orang Hamba Allah bertuah.

Naskhah Al-Quran Yang Bagaimana Hendak Diedar?

Naskhah Al-Quran yang bakal diedar adalah Naskhah yang dikeluarkan oleh Yayasan Restu.

Kenapa keluaran Yayasan Restu?

Kerana pada pendapat Peribadi saya,Naskhah keluaran mereka ini sangat bagus.Bahasanya mudah (Bahasa Melayu Malaysia,bukan Indonesia),kualitinya yang tinggi dan lain-lain.Ianya sesuai untuk Golongan Majoriti.

Dan di belakang setiap Naskhah Al-Quran ada diceritakan sedikit sebanyak Penerangan tentang setiap Surah.

Dan oleh sebab itu jugalah,Naskhah ini agak mahal harganya.Dan saya memerlukan bantuan anda hamba-hamba-Allah sekalian untuk menjayakan Projek ini.

Mahu Menyumbang Dana?

Sebuah Naskhah ini berharga RM 73 (link),dicampur dengan kos Penghantaran jumlahnya RM80.

Jadi,kepada anda-anda yang ingin menghulurkan Sumbangan,boleh hubungi saya melalui E-Mail di pospenamaya@gmail.com.

Tapi jika saya sudah menerima Dana yang mencukupi untuk Bulan ini (sebagai contoh),saya akan meminta anda menangguhkan sumbangan anda kepada Bulan Seterusnya.Apa-apapun,itu boleh dibincang di kemudian hari.

Bukan apa,bimbang juga pegang duit banyak-banyak ini.Bahaya.Takut terguna.

Bagaimana Kalau Naskhah Keluaran Yayasan Restu Kehabisan Stok?

Saya akan mengumumkannya.Dan kemudian saya akan membeli Naskhah Al-Quran keluaran Penerbitan lain (Al-Hidayah mungkin?).

Bila Projek Ini Akan Bermula?

Dalam Penulisan selepas ini,insya-Allah.

Penulisan itu akan diterbitkan insya-Allah selewatnya pada hari Rabu,4 Januari 2012.

Jadi,anda-anda yang berminat,sila ikuti Perkembangan lanjut di Pena Maya.

Itu sahaja untuk kali ini.

Sebarang ke-tidak-faham-an atau persoalan,mahupun cadangan,boleh dilontar di bahagian komen.

Atau mungkin boleh terus tuliskan e-mail ke pospenamaya@gmail.com.

Doakan supaya dipermudah.

Dan doakan juga urusan Akademik Penulis di sini dipermudah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Insya-Allah selepas habis belajar,kalau ada umur,ada rezeki,saya ingin melakukan Perkara yang sama seperti Quran Project itu - tapi di Malaysia pula.Tapi,saya tidak mampu melakukan perkara ini seorang diri.Memerlukan kerjasama dan network anda-anda semua.


3 comments:

  1. good job!! mari bantu first 2 groups itu..

    ReplyDelete
  2. Artikel Penyertaan akan diterbitkan pada 3 Januari 2012 - Jam 1930 / 7:30 PM Malaysia memandangkan ini waktu orang ramai sedang berehat.

    ReplyDelete
  3. subahanallah..moga Allah redha

    ReplyDelete