16.1.12

Penulisan Khas Untuk Golongan 'Street' : Masih Ada Harapan Untuk Kita.

Prenote I : Penulisan ini amat panjang.Amat.Tapi percayalah,ada manfaat yang bakal diperoleh anda,insya-Allah.Jadi saya minta anda menghabiskan Pembacaan.

Prenote II : Mungkin ada yang merasakan Penulisan ini Isinya berulang dengan beberapa Penulisan yang dahulu.Maaf.Tapi sasaran saya untuk Penulisan ini adalah Golongan 'Baru'.

Prenote III : Saya sebenarnya hendak tulis Penulisan ini dalam bentuk Siri.Tapi apabila difikir,Penulisan berbentuk Siri hanya akan menghilangkan minat Golongan Sasaran dari membaca sambungan seterusnya.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.

"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -

"Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ' -

"Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!"

(Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): "Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!" [Az-Zumar : 53-59]

Assalamualaikum.

Dalam kalangan Masyarakat kita,bukan semua orang berpeluang mendapat Pendidikan Agama.Bukan semua orang mahir membaca Al-Quran.Malah,mungkin ada yang tidak reti membaca Al-Quran langsung.Tapi,mereka ini ingin kembali kepada kebenaran ini (Islam).

Kesedaran mereka ini,walaupun mungkin tanpa kemahiran membaca Al-Quran,lebih tinggi daripada orang yang khatam Al-Quran Sepuluh Kali dalam hidup mereka.Kenapa?Kerana walaupun tidak mahir membaca Al-Quran,mereka ini dalam senyap-senyap banyak membaca buku-buku Islamik dalam Bahasa Melayu.

Dan Orang yang Khatam Al-Quran Sepuluh Kali ini pula - mungkin hanya membaca Al-Quran itu - tanpa memahami maksudnya - tanpa merefleksikan maksud ayat-ayat itu - menjadikan Al-Quran itu hanya sebagai sebuah 'Adat Melayu'.Perkara ini nampak seperti 'tipu tak logik' - tapi buka mata anda - perkara ini adalah realiti membimbangkan yang sedang berlaku dalam kalangan Masyarakat kita.

*** *** ***

Islam untuk semua.Allah SWT turunkan Islam ini - untuk semua manusia - tidak kira kaya,miskin,hitam,putih etc etc.Kata kuncinya - semua.

Dalam konteks Rakyat Malaysia - Islam bukan hanya untuk Budak Sekolah Menengah Agama (SMKA).

Dan Syurga itu - bukan hanya diimpikan Budak-Budak SMKA.

Masyarakat kita pada hari ini - terutamanya Golongan Muda - akibat beberapa faktor - salah satunya Faktor Sistem Pendidikan dan Gaya Hidup Masyarakat - terpisah jauh dari Islam.

Budak-Budak yang SMKA - mungkin mereka berkesempatan,dengan izin Allah SWT diberi peluang memahami Islam semasa sekolah dengan detail.

Bagaimana Budak-Budak yang tidak pernah memasuki Sekolah Agama langsung?

Saya bukan hendak menulis ini Bajet Mufti atau apa.Sekadar Pandangan saya dari sudut seorang Anak Muda.

Budak-Budak yang tidak SMKA ini - selepas Sekolah - dengan Pengetahuan Agama yang amat cetek - disuruh masuk Universiti Dalam atau Luar Negara - lantas terkontang-kanting di Perantauan menghadapi Cabaran Fitnah Dunia yang menggoda.

Budak-Budak ini - saya ringkaskan sebagai Golongan Street - yakni Golongan yang bukan berasal dari SMKA - mereka ini hidup mereka dihabiskan dengan Aktiviti Sosial,Pop Culture,Muzik,Konsert,Shisha,Rokok dan mungkin Ganja?

Tapi,jangan terlalu cepat menghukum!

Ada di antara mereka ini - mahukan kebenaran.Tapi,mereka lost kerana mereka tidak tahu hala tuju - tambahan pula faktor Persekitaran yang tidak membantu langsung.

Kepada Golongan Street ini - jangan give up bro-bro sekalian - I'm with you - saya di sini untuk menulis Penulisan yang diharap dapat dimanfaat kita semua.

Saya menulis Penulisan ini - kerana saya juga seperti mereka dahulu - mencari kebenaran.

Golongan seperti ini - perlu diapproach mengikut cara yang sesuai.Tapi berhikmah tidak bermaksud kita perlu 'berkompromi' dengan kebenaran.Kebenaran perlu disampai dengan jelas.Yang haram,jangan dihalal.Yang halal,jangan diharam.

Itu sebab saya menulis perkara ini - sebab saya faham situasi mereka.

Ramai Rakan-Rakan saya di luar sana - masih berada dalam keadaan seperti ini - lemas dalam Dunia Fiksi Khayalan Sementara.

Diharap ada di antara mereka yang membaca atau terbaca Penulisan ini - mendapat kesedaran.

*** *** ***

Kisah Seorang Pengembara

Allah SWT Memberikan kita Petunjuk dan Peringatan dalam pelbagai cara.Pilihan itu sentiasa ada untuk kita berbuat baik - atau berbuat kejahatan.Hidup ini sebenarnya satu Ujian.Ujian membuat Pilihan.

Dalam Hidup kita,banyak kali,Peringatan ini datang secara tiba-tiba tanpa diduga.Setiap orang punya cerita tersendiri.Anda tentu tahu kisah hidup anda.Dan saya - akan saya kongsikan beberapa Peristiwa yang berlaku dalam hidup saya untuk dijadikan contoh.

Kisah Pertama.

Saya merupakan seorang Pelajar di Luar Negara.Di sebuah Negara Barat.Di Universiti,dengan izin Allah SWT,saya ditempatkan dalam Group bersama Para Pelajar Tempatan.Boleh dikatakan,kebanyakan masa saya di Kampus ketika waktu Rehat - dihabiskan seorang diri.Ini kerana,semasa waktu Rehat inilah saya berpeluang menunaikan Solat etc.Waktu Solat di sini - amat cepat perbezaannya.Sentiasa dinamik.Solat kami dilakukan di satu sudut di bawah tangga.Ya,tiada Surau.

Untung mereka yang berada di Malaysia.Ada banyak Masjid.Tapi rugi mereka yang berada di Malaysia - andai Masjid yang banyak hanya menjadi hiasan,tidak dimanfaat.Apa hendak dijawab di Akhirat?

Pada satu hari,saya sedang rush untuk berjumpa Pensyarah.Waktu Solat tinggal beberapa puluh minit.Saya fikir,hendak berjumpa Pensyarah itu dahulu,baru Solat.

Ketika sedang menekan Button Lif,seorang Pelajar Islam dari Negara lain (Tajikistan) muncul - "Assalamualaikum!Dah sembahyang?" - "Belum lagi.Nak jumpa Cikgu,takut lewat" - "Apa yang kau takut sangat lewat?Sembahyang dulu.Solat - Nombor satu.Pendidikan (Dunia) - Nombor dua".

Kata-katanya,menyentap hati saya yang terleka dengan Dunia.SubhanAllah.Astaghfirullahalazim.Allah SWT mendatangkan seorang Pemuda menegur saya untuk menyedarkan saya.

Ketika itu,saya ada Pilihan - samada terus berjumpa Pensyarah,melewatkan Solat - atau mendahulukan Solat,berjumpa Pensyarah selepas itu.Maha Suci Allah - Dia Membukakan pintu hati saya untuk Solat dahulu.Ada Hikmah yang amat besar.Rupa-rupanya Pensyarah saya lewat selepas itu.Alhamdulillah.Allah SWT menyedarkan saya.

Kisah Kedua.

Saya rasa satu Kisah sudah cukup untuk dikongsikan bersama anda.Banyak-banyak nanti,ada yang malas membaca pula.Haha.

Jadi,kesimpulan yang saya ingin bawa di sini sebenarnya adalah,Peringatan itu sentiasa ada.Kita sahaja yang sering mengabaikannya.Di Televisyen,Internet,Surat Khabar - setiap hari ada Penulisan Islamik dibaca kita.Tapi,apakah kita mengambil Pengajaran daripadanya?

Tertarik untuk berkongsikan Status Twitter saya pada hari Semalam.


Saya banyak kali terjumpa manusia yang begitu Pakar tentang Islam - bercerita tentang Solat,Api Neraka,Firaun,Konspirasi - tapi bila dilihat Peribadi mereka - sama sekali tidak mencerminkan apa yang dikata.

Kita perlu mengamal apa yang ditahu.Bukan sekadar 'tahu'.Ingat,ada satu Golongan yang namanya Munafik.Saya bukan hendak menuduh sesiapa Munafik.Tidak sesekali.Kita tidak boleh berbuat demikian.Tapi ini untuk renungan diri kita sendiri.Tanya diri kita - siapa kita di sisi-Nya?Jangan menipu diri.

Ya Allah,Ya Tuhan kami,lindungilah kami dari menjadi Munafik.Astaghfirullahalazim.

*** *** ***

Dalam merubah diri,Ilmu adalah elemen terpenting.Tanpa Ilmu dan Kefahaman yang sebenar,Perubahan tidak boleh berlaku.

Dan mungkin selama ini,kita (dalam konteks ini - Golongan Street yang sedang merubah diri) sudah banyak membaca tentang keindahan Islam etc.

Dan mungkin juga setiap kali selepas Pembacaan itu - kita insaf sekejap.Tapi kemudian,kita kembali kepada perkara yang sama.

Tidak boleh begitu.

Kita mesti keluar dari 'Zon Selesa'.

Untuk berubah,kita perlukan effort.Nikmat Iman itu tidak dapat dirasai oleh seseorang yang tidak mengamalkan jalan ini.

Plan mesti ada.

Sebagai permulaan paling mudah untuk anda-anda yang sedang merubah diri ini - tidak perlu pergi jauh - saya mencadangkan perkara pertama yang anda boleh buat untuk mendekatkan diri anda kepada-Nya - adalah dengan mula berjinak-jinak menghadirkan diri ke Masjid/Surau terdekat anda untuk menunaikan Solat Berjemaah.

Mungkin anda tidak mampu hadir Lima Waktu sekaligus - tidak mengapa - hadirkanlah diri anda untuk waktu Maghrib dahulu misal kata - sebagai permulaan.

Tapi,langkah mesti dimula!Cakap sahaja tiada guna.Talk is cheap - Orang Putih kata.

Selepas anda menunaikan Solat Maghrib berjemaah itu,mungkin anda boleh mengambil masa membaca Al-Quran,bersembahyang sunat.

Slowly.Step by step.Tapi bukannya tiada step langsung diambil.Itu menipu diri.Allah SWT Maha Mengetahui.Dia Maha Mengasihani.Jika kita lakukan usaha,dan bersungguh mencari keredhaan-Nya,insya-Allah Dia akan Mendatangkan bantuan untuk mempermudahkan kita.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. [Muhammad : 7]

Yang penting,ikhlaskan diri untuk mencari kebenaran.

Sentiasa berdoa kepada-Nya.

Apabila kita hadir ke Masjid ini,secara tidak langsung,kita akan mendapat kenalan/Persekitaran yang baik.Kita juga akan dapat melihat keindahan Islam yang tiada dalam 'Buku Teks' yang kita baca.

Jadi,kesimpulan setakat ini : Langkah perlu diambil.

*** *** ***

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. [Al-'Ankabuut : 2-3]

Saya teringat satu quote dari sebuah Video yang pernah saya tonton dahulu oleh Ustaz Hasrizal - "Perkara yang lebih susah dari susah - adalah berubah.Ramai orang tidak mahu susah.Tapi tidak ramai orang sanggup berubah.Hakikatnya berubah itu lebih susah dari 'susah' sendiri".

Tersentap - bukanlah perkataan yang dicari,tapi boleh digunakan untuk menggambarkan perasaan diri ketika itu.

Perubahan memerlukan Pengorbanan.

Pengorbanan ini nampak mudah,tapi perkara inilah yang menyebabkan ramai orang terbatal perubahannya.Terlalu cinta kepada Dunia?

Hakikatnya kita kena sedar,Dunia ini walaupun nampak 'indah' - tetapi ianya sangatlah hina.Nikmat Akhirat itulah yang sepatutnya kita kejar.Hendak mendapatkan Nikmat Akhirat itu - tidak semudah kata.

Kita memerlukan Redha dan Rahmat-Nya.Hanya kepada-Nya kita menyembah dan memohon pertolongan.

Saya amat-amat mencadangkan anda yang sedang berubah ini - untuk membaca Penerbitan E-Book Kedua Pena Maya - Zaman Orang Ganjil - yang diterbitkan pada sekitar Suku Ketiga Tahun 2011 - dan boleh dimuat-turun secara Percuma di sini.

*** *** ***

Kadang-kadang,semata-mata tidak sanggup melakukan pengorbanan dalam perubahan,ada sesetengah dari kita,sanggup berdebat menegakkan benang yang basah - mencari pendapat-pendapat yang tidak pernah didengar - semata-mata untuk menghalalkan perbuatan yang haram.

Astaghfirullahalazim.

Janganlah kita mengoyakkan Akhirat,semata-mata untuk menampal dunia yang hina ini.

Jangan mencari suatu Pendapat itu,atau janganlah bertanya suatu perkara itu - semata untuk menghalalkan perbuatan haram kita.

*** *** ***

Ramai dari kalangan Golongan Street ini - meminati Muzik.

Muzik yang disebut di sini - bukanlah Muzik Tempatan/Arus Perdana.Sebaliknya,Muzik yang disebut di sini adalah the real deal - Muzik Indie Antarabangsa etc.

Mereka ini menjadikan Muzik sebagai Gaya Hidup.

Saya juga dahulunya - seperti ini.

Ketagih - bukan perkataan yang tepat - tapi agak sesuai digunakan untuk menggambarkan keadaan diri ketika itu.

Kepada Anda-Anda yang meminati Muzik ini,saya amat mencadangkan anda menonton Video di bawah ini :


Saya juga pernah berada dalam Situasi yang sama seperti anda.Mungkin minat saya kepada Muzik lebih tinggi dari anda.Tapi,perkara yang benar - perlu dinyata walaupun pahit untuk diterima.Kerana Akhirnya hanya ada dua destinasi di sana kelak.

Kita mengaku beriman - tapi andai 24 Jam kata-kata yang bermain dalam minda kita adalah kata-kata 'manusia lalai',bukannya Firman Allah SWT atau Peringatan yang membawa diri kepada-Nya - apakah kita mampu katakan diri kita benar-benar menjadi hamba-Nya?

Ada satu lagi video yang sesuai untuk ditonton,tapi video yang satu lagi ini agak panjang - anda boleh tontonnya di sini.

Berkorbanlah dalam merubah diri.Ini semua untuk kebaikan kita juga.

Dampingkan diri dengan Al-Quran.Nescaya kegelapan tidak lagi menjadi teman hidupmu.

*** *** ***

Islam itu hanya kelihatan Indah - andai kita kembali kepada Islam yang sebenar - mengenali Islam melalui Sumber yang sebenar - iaitu Al-Quran dan As-Sunnah - berlandaskan kefahaman Para Sahabat.

Tapi malang,hari ini ramai orang yang hendakkan kebenaran,tetapi tersilap jalan.

“Ya Haiyyu,Ya Qayyum,dengan rahmatMu daku memohon pertolongan.Baikilah seluruh urusanku,dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”. [Riwayat al-Nasai,dinilai sahih oleh al-Albani]" [Sumber : Link]

Doa di atas ini merupakan Doa Nabi Muhammad SAW.Ada baiknya kita amalkan dalam mencari kebenaran.

Berdoalah kepada Allah SWT agar ditambahkan kefahaman.Percayalah,jika kita benar-benar ikhlas hendakkan kebenaran,insya-Allah kebenaran kita ketemui dengan izin-Nya.

Berdoalah kepada-Nya.

Saya mencadangkan mereka-mereka yang ingin merubah diri - agar membaca Biografi Nabi Muhammad Bin Abdullah untuk mengenali Peribadi Baginda SAW.

Salah satu keistimewaan Islam adalah kerana Akhlak Umatnya yang mulia.Perkara ini ada saya sebutkan dalam Penerbitan E-Book Ketiga Pena Maya - Misi (Sebuah Penulisan Random) - yang boleh dimuat-turun secara Percuma di sini.

*** *** ***

Akhir sekali,pesan saya kepada anda-anda yang ingin merubah diri,carilah Teman/Sahabat yang baik.

Teman yang baik ini - effectnya sangat besar dalam Perubahan diri seseorang.

Hadis Nabi Muhammad SAW,

“[Bukhari :: Book 7 :: Volume 67 :: Hadith 442] Narrated Abu Musa : The Prophet (SAW) said, 'The example of a good pious companion and an evil one is that of a person carrying musk and another blowing a pair of bellows. The one who is carrying musk will either give you some perfume as a present, or you will buy some from him, or you will get a good smell from him, but the one who is blowing a pair of bellows will either burn your clothes or you will get a bad smell from him."

Dalam Terjemahan mudah Bahasa Melayunya (ini saya terjemah mengikut apa saya faham),

- “Kawan yang baik itu ibarat minyak wangi.Mereka akan memberikan kita ‘bau’ yang wangi jika kita bersama mereka.Dan kawan yang buruk ibarat Arang.Kita akan mendapat ‘bau’ yang busuk dengan hanya bersama mereka”.

Perkara ini juga saya ada mentionkan dalam E-Book Zaman Orang Ganjil.

Mungkin kita sayangkan kawan kita - tidak sanggup meninggalkan mereka - tapi apakah ada kebaikan untuk Akhirat kita andai kita terus bersama mereka?

Soalan ini perlu kita tanya kepada diri.

Kita ada tanggungjawab kepada Maha Pencipta.Itu lebih penting.Apa yang hendak dijawab di Akhirat kelak andai diri terus berada dalam kegelapan setelah diberi petunjuk dan hidayah-Nya?

Siapa yang salah?Diri sendirilah - kerana berpaling dari kebenaran.

Dan jika kita ini seorang Anak Lelaki - kita perlu ingat - kita ada tanggungjawab yang besar - untuk sedarkan Keluarga kita juga.

Bagaimana keluarga mahu disedarkan - andai diri sendiri masih terkontang-kanting?

Bertaubatlah segera.

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [At-Tahriim : 6]

*** *** ***

Kesimpulan yang saya mahu sebut untuk Penulisan ini adalah,hidup ini kita ada tanggungjawab.

Hanya ada dua Destinasi Akhir kelak - Syurga atau Neraka.

Pilihan di tangan kita.

Umur kita - semakin hari semakin singkat.

Kebenaran pula - sudah jelas di hadapan kita.

Apakah kita mahu berlengah lagi?

Jika terasa diri terlalu banyak dosa,ketahuilah Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat.

Jika lelaki yang pernah membunuh 100 orang itu bertaubat kepada-Nya dan diampunkan,kenapa tidak kita?Boleh baca di sini untuk maklumat lanjut.

*** *** ***

Hakikatnya perjuangan ini adalah perjuangan yang panjang.

Tambahan lagi di Akhir Zaman ini - banyak Fitnah berlaku - kuatkanlah diri - dan bersabarlah - kerana hanya yang bersabar mampu mengecapi kejayaan.

Itu sahaja.

Sekadar Penulisan yang ditulis sebagai Peringatan untuk semua Umat Islam yang sedang merubah diri.Kalau ada salah silap,minta dibetul dan ditegur.Maaf,saya juga manusia biasa yang sedang merubah diri seperti anda.

Boleh rujuk Penulisan-Penulisan lama untuk sedikit Ilmu.

Dan kalau anda rasa mahukan lebih Penulisan-Penulisan seperti ini,boleh e-mail saya di pospenamaya@gmail.com - saya akan kongsikan link yang saya rasa bermanfaat untuk bacaan anda.

Tapi yang penting bukan sekadar baca,tapi langkah perlu diambil untuk merubah diri.

Dengan itu,Selamat Merubah Diri diucapkan saya kepada anda semua.Semoga kekal Istiqamah dan dipermudah urusan anda.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Banyakkan beristighfar.Astaghfirullahalazim.


8 comments:

  1. I love this post. Benar sekali. Perubahan perlu dilakukan secara beransur dan berperingkat.

    Juga pengorbanan. Ia satu tindakan signifikan yang memang diperlukan oleh setiap individu yang mahu berubah.

    Berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa, 'pengorbanan' itulah yang akan menjadi 'batu penanda' bagi kita untuk menandakan bahawa "aku telah MEMILIH untuk berubah" di kemudian harinya.

    "Pengorbanan" yang dilakukan itu jugalah yang akan membuat hati kita secara langsung terasa lebih diredhai dan lebih hampir kepada/dengan Allah s.w.t.

    Be it meninggalkan kekasih, meninggalkan amalan merokok, meninggalkan tabiat kurang sihat bagai, tapi andai semua itu dilakukan dengan niat, "bagi menghampirkan diri dengan Allah", sungguh, Allah akan menjadikan hati kita benar-benar terasa hampir kepada-Nya. Dengan seizin dan rahmat-Nya.

    "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata 'Kami beriman', sedang mereka tidak diuji?"

    Dan barangkali selepas itu, kita akan diuji dengan pelbagai ujian dari Allah. Bagi-Nya menguji tahap kesanggupan dan keikhlasan kita membuat perubahan. Bagi-Nya mengangkat darjat hamba-hamba yang disayangi-Nya.

    Maka semoga kita semua tabah menghadapi dugaan cabaran ujian dunia ini.

    Laa haula wa laa quwwata illaa billaah. Allah. Terasa lama benar saya dah tak sebut ayat ni. Minggu ni minggu keinsafan saya, insya-Allah. Huhu.

    Doakan kebaikan buat saya. Dan doa yang baik juga buat dirimu. Huhu ^^~ Salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam bro..
      terima kasih atas perkongsian..

      ya saya terlupa nak masukkan part yang ni

      - "Dan barangkali selepas itu, kita akan diuji dengan pelbagai ujian dari Allah. Bagi-Nya menguji tahap kesanggupan dan keikhlasan kita membuat perubahan. Bagi-Nya mengangkat darjat hamba-hamba yang disayangi-Nya."

      Allah Menguji hamba-Nya kerana Dia Mahukan agar darjat kita ditinggikan..

      astaghfirullahalazim.

      semoga istiqamah.amin.jzkk atas doa..

      smoga anda dan keluarga sntiasa dirahmati Allah .

      Delete
  2. Terima kasih. saya masih dlm misi perubahan diri sendiri tapi sering risau sebab kadang2 rasa tersepit, bukan tersepit disebabkan tidak ikhlas utk berubah, masih cuba mengikhlaskan diri tp situasi dan keadaan itulah yg menyebabkan sy kadang2 rasa "eh, aku ni kan dlm proses berubah, kenapa masih dlm situasi ni etc". err, saya xtau anda faham ke tak maksud sy, contoh kata, kita berbicara dlm kelompok yg mn kelompok tu akhirnya berbicara perihal seseorang yg boleh menyebabkan aib padanya, mengumpat. hampir setiap masa, x boleh dielak sebab pasti akan bertemu, kdg2 rasa2 sgt rimas, mmg sy jauhkan diri tp tetap rasa termasok sekali sbb terdengar. serius rimas..nk menegur takot dikata berlagak alim, sbb sy hanya manusia biasa, sedang berubah dah segan serta rasa masih tak layak utk menegur org, cuma mampu menegur dlm hati yg mana selemah-lemah iman, dan byk lagilah situasi yg menjejaskan proses perubahan tu..entahla..kdg2 rasa kecewa dgn diri sendiri. apa2 pun terima kasih atas entry anda yg sentiasa menyedarkan kami semua terutama diri saya sendiri. semoga sentiasa istiqamah utk sentiasa berubah ke arah kebaikan, insyaAllah, doakan saya dan semua. terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah
      segala puji bagi Allah

      untuk renungan kita semua..saya kongsikan ayat Al-Quran surah Al-Furqaan surah ke 25 ayat 70-76 di bawah ini.semoga bermanfaat

      "[70]
      Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
      [71]
      Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;
      [72]
      Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.
      [73]
      Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.
      [74]
      Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
      [75]
      Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,
      [76]
      Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal. "

      jangan berputus asa.

      Delete
  3. Assalamualaikum,

    saya tertarik dengan entri kali ini. saya - silent reader. tiba-tiba terfikir untuk komen sedikit. anda sebagai pelajar luar negara dan saya pelajar tempatan. kehidupan yang berbeza. barangkali mungkin environment yang lain. mungkin dengan cara ini, anda - sebagai seorang pelajar kelompok minoriti (dikelilingi oleh non-muslim) sedkit sebanyak boleh berkongsi pengalaman. pengalaman yang saya rasa orang-orang di malaysia (seperti saya) tidak berkesempatan menempuhnya. mungkin banyak pengajaran yang berharga.

    saya tertarik dengan quote ini "Kita mesti keluar dari 'Zon Selesa'." kalau di malaysia, mungkin ramai manusia tidak menyedari erti statement tu. contohnya, anda katakan tadi (sembahyang di bawah tangga). bunyi seperti amat daif. kalau nak dibandingkan dengan kehidupan di malaysia, saya sebagai pelajar belum tentu singgah di surau (5 waktu), dan anda pula, lebih rela solat daripada meninggalkannya. anda berjaya keluar dari zon selesa. syabas atas perkongsian yang saya rasa mampu membuka mata sesetengah pihak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam anon...alhamdulillah..segala puji bagi Allah..

      anda punya komen ini sebenarnya ,sangat menarik perhatian saya..sangat..
      tapi maaf sekarang saya tidak dapat balas panjang...saya baru habis exam..

      so insya-Allah,komen anda ini - "sebagai seorang pelajar kelompok minoriti (dikelilingi oleh non-muslim) sedkit sebanyak boleh berkongsi pengalaman."

      saya akan tulis tentang perkara ini dalam penulisan selepas ini..
      insya-Allah.terima kasih berkongsi pendapat.saya pon rasa perlu saya kongsikan perkara ini..

      Delete
  4. Salam..
    Keadaan sekeliling sekarang memang sangat mencabar untuk kita cuba menjadi 'orang ganjil'..banyak kali juga berhadapan situasi seperti Anonymous Jan 17...selalunya hanya mampu berdiam diri dan membiarkan mereka berkata2..tapi dalam masa yang sama terasa berdosa sebab tak cuba untuk menegur tapi bimbang dikatakan berlagak pandai...sangat serba salah..apa yang penting, jangan berputus asa untuk berubah ke arah yang lebih baik..biar sedikit2 perubahan tu, tidak terlalu mendadak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak
      insya-Allah...
      terima kasih berkongsi pendapat..saya akan guna idea ni untuk penulisan selepas ini..
      combine dengan komen anon atas ni punya pendapat..
      tapi yang pasti,akan ada satu masa kita tertewas,,masa tu jangan putus asa,sebaliknya kembalilah kepada Dia.ketewasan itu boleh menjadi satu rahmat kalau kita kembali kepada-Nya bertaubat.tapi kalau kita terus berpaling,itu boleh menjadi satu kecelakaan untuk diri kita.
      assalamualaikum

      Delete