14.1.12

RPMC : Anak Muda/Untukmu Umat/Turki?

Prenote I : Ada kejutan untuk Pembaca yang membaca sehingga tamat Penulisan.

Prenote II : RPMC stands for "Ringkas,Padat,Mudah dan Cepat".


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Segala Puji hanya bagi Allah SWT,Maha Pemilik Sekalian Alam.

Alhamdulillah - kerana masih hidup.

Alhamdulillah - kerana masih ada rezeki untuk dinikmati hari ini.

Alhamdulillah - masih ada Ibu Bapa (jika mereka sudah tiada,jangan lupa doakan mereka).

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Sungguh - tidak terhitung akan kita nikmat-nikmat yang diberikan-Nya kepada kita.

Jadilah hamba-hamba-Nya yang bersyukur.

*** *** ***

Sudah 2012.Januari pula sudah tiba pertengahannya.

Dahulu kerap juga saya menggunakan Istilah 'Penulisan Seorang Remaja' dalam Penulisan-Penulisan di sini.

Tapi tempoh 'Remaja' itu sudah berlalu.

Sekarang umur sudah?

Mungkin ada yang beranggapan ianya masih dalam lingkungan Remaja.

Tapi tidak bagi saya.

Saya kini menganggap diri saya sebagai 'Anak Muda' atau 'Pemuda'.

Lebih kurang.

You name it.

Apa beza Remaja dengan Anak Muda?

Banyak.

Kedua-duanya bersemangat tinggi dalam perkara yang dilakukan.

Tapi,Anak Muda - mereka bervisi,kurang emosi.

Di Barat,Anak Muda mereka membina Sejarah.

Dalam Bidang apa sekalipun.

Di Timur?Terutamanya Negara yang Majoritinya Muslim?

Anak Muda kita lemah.

Hanyut dalam tempurung.Fikiran dibekukan.

Anak Muda - sepatutnya tempoh ini perlu dimanfaat sepenuhnya untuk menyediakan Tapak untuk 'Misi Besar' di kemudian hari.

Tapi?

Kegagalan Anak Muda hari ini - akan membawa kegagalan kepada Generasi Masa Hadapan.

Anak Muda yang lemah - hanya tahu berhibur - malas mencari Ilmu - tiada keyakinan diri - apa anda fikir akan berlaku di Tanah Air kita lebih kurang 20 Tahun lagi?

Apakah Anak-Anak Muda ini masih mahu bergantung harap kepada Ibu Bapa?

Sijil bukanlah suatu yang perlu dibangga jika kecemerlangan itu hanya di atas kertas.

Jadilah Anak Muda yang bersemangat - ibarat Lilin yang membakar diri.

Entah.

*** *** ***

Ada yang mengatakan kelihatan Penulisan di sini bersifat menghukum.

Bukan menghukum.

Tapi menulis untuk memberi Peringatan.

*** *** ***

Saya sebenarnya bukan dalam Mood menulis.

Saya sedang dalam Mood mencari.

Mood membaca.

Mood merefleksi diri yang hina dan kerdil ini - yang sering tersilap langkah.

Mungkin anda juga boleh berhenti seketika.

Kita offline dahulu - refleksikan diri - lantas memohon keampunan-Nya.

*** *** ***

15 Januari 2012 - Hari Ahad ini - saya akan terbitkan Artikel untuk Giveaway Pena Maya Edisi Januari 2012.

Tiga buah buku (mungkin) akan diedar secara Percuma.

Jika berminat,boleh sertai dalam Artikel Seterusnya.

Doakan semoga dipermudah.

*** *** ***

Sudden Giveaway - ya dalam Penulisan ini ada Sudden Giveaway.

Sebuah buku.

Buku apa?


Buku Untukmu Umat - Karangan Ustaz Zaharuddin.

Murah sahaja.

Tapi amat bermanfaat.

Saya sudah miliki.

Dan saya sudah pun menghabiskan Pembacaannya.

Sesuai untuk semua Golongan Masyarakat.

Harganya RM 11 - amat murah jika dibanding dengan Ilmu yang bakal didapati anda - saya mensasarkan untuk menerbitkan Buku seperti ini pada Masa Hadapan jika ada umur - murah tapi bermanfaat.

Anda mahukannya?

Ini caranya.

1) Hanya ada sebuah Buku untuk diedar kepada Seorang Pembaca.

2) Pembaca yang berminat hendaklah menyatakan minat anda di Ruangan Komen.Nyatakan Buku itu anda mahu dapatkan untuk siapa - Diri Sendiri?Ibu?Bapa?Adik?Etc etc.

3) Kalau boleh,kongsilah apa-apa perkara yang anda rasa bermanfaat dalam Komen anda itu - Pandangan anda terhadap Isu Remaja ke,Isu Negara ke,Isu Perubahan Diri ke - apa-apalah.Tapi yang ini optional.Just kalau ada sesiapa yang hendak berkongsi Ilmu,anda amat dialu-alukan.

3) Nyatakan cara bagaimana saya boleh hubungi anda - E-Mail/Twitter/Blog - saya prefer E-Mail.

4) Jika mahu remain Anonymous - just tinggalkan komen dan nyatakan minat - dan datang kembali di Blog ini dalam tempoh 5 Jam selepas Komen anda dilakukan.

5) Pastikan anda yang hendak dapatkan buku ini memang benar-benar mahu membaca buku ini.Jika tidak,baik kita bagi orang lain kan?

6) Pengkomen Pertama dengan Komen yang 'bersungguh' akan menerima buku ini.

7) Saya akan hubungi Penerima melalui E-Mail.

8) Tentang Alamat,Nombor Telefon Penerima etc - kita story later.

9) Kalau tak dapat takpe.Jangan sedih.Hari Ahad ini ada lagi satu Giveaway.

Itu sahaja.

Masih tidak faham bagaimana hendak tinggalkan komen?

Boleh rujuk Artikel Giveaway yang lepas di sini.

*** *** ***

Kenapa akhir-akhir ini saya asyik melakukan Giveaway dan jarang menulis?

Jawapannya mudah.

Mungkin saya kurang menulis - tapi sekurang-kurangnya ada Ilmu yang tetap tersebar - seruan kepada Jalan ini (Islam) tetap dilakukan - insya-Allah.

*** *** ***

Saya mungkin akan ke Turki awal bulan Februari.

Pada mulanya saya fikir tidak mahu ke mana-mana selepas Peperiksaan nanti.

Tapi,Allah Maha Bijaksana.Dia Maha Pemurah.

Jadi,saya ambil peluang ini dan harap dapat digunakan sebaiknya.

Mengembara ini banyak faedahnya.

Boleh baca Siri Kembara yang pernah saya tulis sedikit masa dahulu di Blog ini untuk Maklumat Lanjut.Just search dalam Kotak Carian sebelah Kanan Blog ini 'Siri Kembara' untuk Link Artikel Tersebut.

*** *** ***

Projek Al-Quran insya-Allah tetap berjalan.Edisi Seterusnya?Februari 2012.Pertengahan bulan mungkin?

*** *** ***

Sekian untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Banyak hendak dicoret,tapi...

P/P/S : Banyakkan beristighfar.Mohon kepada-Nya agar ditambah kefahaman.Amin.



13 comments:

  1. saya berminat untuk memiliki buku tersebut.. untuk diri saya sendiri sebagai tatapan dan muhasabah diri sendiri... saya suka isu anak muda sebab terlalu ramai anak muda seperti saya masih lagi di buai mimpi dan tidak mempunya hala tuju... anda boleh menghubungi saya di alamat e-mel nlz_khnnz@yahoo.com assalamualaikum...

    ReplyDelete
  2. bismillahirrahamanirrahim ..salm alayk~syukran untuk perkongsian ini ya akhi,, btw setuju.. remaja dan anak muda amat berbeza.. haisy lah.. saya yang juga remaja terasa kerdil bila membaca history tentang sultan muhamad al fateh,, umur 19 tahun telah berjaya menawan kota kostantinopel(istanbul) dan merupakan seoran pemimpin yang berjasa pada agama.. tapi saya as remaja terasa tak pernah buat apa2 untuk islam. nothing,, sataghfirullahalazim.. sekali lagi syukran untuk segala perkongsian di dalam blog ini semoga ia bakal menjadi saham buat anda di sana. may ALLAH bless

    oh ya.. untuk buku itu saya berminat unuk mendapatkan buku itu,,dan jika ada rezeki saya ingin dapatkan buku itu untuk diri saya dan insyaALLAH ILMU yang saya perolehi bakal disebarkan pada insan lain,, wallahualam,,

    p/s: moga tsabat dijalanNYA

    ReplyDelete
  3. walaikumsalam/assalamualaikum semua...

    @--·!¦[·§hÿTLë§sñe§s]÷·¤— tahniah anda dapat buku itu...saya sudah hubungi anda melalui e-mail.. doakan saya ,ibu bapa dan keluarga.ya saya pon turut sama sering tersasar.astaghfirullah..

    @mujahidah1413h saya turut akan berikan buku itu kepada anda... special case... sebab jawapan anda menarik perhatian saya..boleh hubungi saya melalui e-mail...

    @lain-lain
    penyertaan ditutup.boleh cuba giveaway esok.

    ReplyDelete
  4. HAHHA..LMBAT BHA!!! :) SOK INSYAA ALLAH..BOLEH KER? ;) ERR..MF, QURAN STOP DLU..SMG DPT SMBUNX LG SOK LUSA.. DOAKN UMMI SLU YER? BTW, DAH EXAMZ KER?

    ReplyDelete
  5. takpe..sabda rasulullah saw :

    Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Amalan yang paling disukai di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) biarpun sedikit.” [Hadis riwayat Bukhari]

    biar sedikit,janji istiqamah..

    esok ada giveaway juga insya-Allah dijalankan..
    tapi keutamaan akan diberi kepada mereka yang belum pernah sertai lagi..insya-Allah...sentiasa mendoakan Para Pembaca..

    semoga ummi dan keluarga dirahmati-Nya selalu.amin.

    ReplyDelete
  6. giveaway akan diadakan pada hari esok (ahad 14 januari 2012 jam 0700 artikel akan diterbitkan).

    sesiapa berminat leh sertai.

    ReplyDelete
  7. BTUL3X! BIAR SDKIT, TP ISTIQAMAH N BTERUSAN..(TP LA NI ABC..:) OHH..OK SO XPAT LA KAN, GIVEAWAY TU?EHHH..WAIT..AMBIL BAHGIAN XJD MSLAH KAN, CMA MGKIN XTPILIH JER..XPER2..INSYAA ALLAH..LAU ALLAH IZINKN, AKN AMBIL BGIAN JGA..SKDR MGMBIL BHGIAN.. :))))

    AMEEN..JZAKALLAH TUAN UTK DOA ITU..SMGA ALLAH MRAHMATI MAR N FMLY JUA..AMEEN..

    ~SHRUSNYA, TIAP INSAN BERDOA..AGR D BERI PLUANG, UTK MPERBAIKI DIRI, MGINSAFI KBSARAN ILAHI..AGR KALIMAH TERAKHIR D UCPKAN, ADALAH LAILAHAILLALLAH! INSYAA ALLAH..~

    ReplyDelete
  8. subhanallah..=)))

    terima kasih atas pencerahan ini.

    ReplyDelete
  9. http://mujahidah1413h.blogspot.com/2012/01/syukran-jazillan-moga-allah-redha.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah segala puji bagi Allah...semoga dimanfaat...next tyme boleh beritahu family/kawan untuk join insya-Allah..

      Delete
  10. Duit apabila dikongsi akan berkurang,
    Ilmu apanila dikongsi akan bertambah

    bertambah-tambah

    ^^
    Artikel yang baik

    ReplyDelete