19.1.12

Siri Zon Selesa I : Sedekah Itu Mengikis Sikap Pentingkan Diri.Dan 'Altruism' - Adalah Lawan Kepada 'Selfishness'.

Prenote : Maaf.Penulisan agak bercelaru.Tapi insya-Allah,dapat difahami.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya pada mulanya hendak membuat Penulisan Lanjutan untuk Penulisan yang lepas - "Penulisan Khas Untuk Golongan 'Street' : Masih Ada Harapan Untuk Kita".

Tapi,oleh kerana banyak perkara hendak dikongsi dalam Penulisan kali ini,dan masa yang ada pula agak terbatas - saya membatalkan niat itu.

Jadi,saya mengambil keputusan untuk menulis perkara-perkara ini dalam Sebuah Penulisan Panjang - tetapi secara santai.

*** *** ***

Alhamdulillah - segala puji bagi Allah SWT.

Hari ini saya menerima banyak E-Mail.

E-Mail yang kesemuanya datang dari beberapa orang Pembaca - yang menyatakan buku-buku yang diedar dalam Giveaway Tempoh Hari - telah selamat diterima mereka.

Alhamdulillah saya ucapkan.

Inilah satu lagi Nikmat Kegembiraan apabila kita memberi.Nikmat ini - tidak dirasai oleh orang yang 'tidak memberi'.

Dan jika anda sedar,Islam amat menuntut seorang Muslim untuk sentiasa memberi,dan tidak menggalakkan Muslim untuk hidup meminta-minta daripada manusia.

[Bukhari :: Book 2 :: Volume 24 :: Hadith 509] Narrated Ibn 'Umar : I heard Allah's Apostle (p.b.u.h) while he was on the pulpit speaking about charity, to abstain from asking others for some financial help and about begging others, saying, "The upper hand is better than the lower hand. The upper hand is that of the giver and the lower (hand) is that of the beggar."

Perbuatan memberi,bersedekah dan lain-lain - jika dilakukan kerana-Nya - tidak sedikit pun mengurangkan harta kita.

Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.” (Link)

Perbuatan memberi - hanya mendatangkan kebaikan kepada kita.

Percayalah.Sedekah tidak mengurangkan harta kita walau sedikit pun.

Mungkin kita rasa kita sudah banyak memberi - tapi jika kita teliti kembali - sentiasa ada rezeki yang datang kepada kita selepas kita bersedekah - kadang-kadang rezeki ini datang tanpa kita sedari.Ucaplah Alhamdulillah.Rezeki itu datang dari Allah.

Harta yang kita ada itu semua pinjaman sahaja.Nafkahkanlah ia ke jalan Allah SWT.

Sikap memberi dapat mengikis sikap selfish,kurang common sense etc - yang berleluasa hebat dalam Masyarakat kita pada hari ini - kesan dari Sistem Kapitalis yang kita jalani sehari-hari.

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. [2:268]

Yang penting,kita lakukannya kerana Allah SWT.

Ini semua untuk Pelaburan Akhirat kita juga,untuk mencari redha-Nya.

Selain itu,kita kena ingat,Sedekah juga menghapuskan dosa kita.Ada banyak Hadis tentang kelebihan Sedekah.Cuma saya tidak berapa rajin hendak copy sini.

Berbalik kepada Isu Giveaway tadi,saya berharap Para Pembaca dapat memanfaatkan buku itu sebaiknya.

Dalam keadaan Islam yang ditohmah pada hari ini dengan Pelbagai Berita Buruk - adalah PERLU untuk kita Umat Islam mempertahankan Jalan ini (Islam) mengikut apa yang kita mampu.

Tapi sila ambil perhatian.Ada beza antara mempertahankan Islam mengikut kemampuan kita,dengan tidak mempertahankan Islam kerana kononnya 'tidak mampu'.

Jangan menipu diri.Allah SWT Maha Mengetahui.

Berbalik kepada Buku-Buku Percuma tadi.Bayangkan jika seorang yang membaca buku ini,mereka amal dan sebarkan Ilmu itu kepada Orang Lain - insya-Allah sedikit demi sedikit semakin ramai orang yang tertarik dengan Islam.Kongsikanlah Islam dengan Rakan-Rakan anda.

Jangan hanya kongsikan Islam di dalam Internet.Sebaliknya kongsikan Islam dalam kehidupan seharian kita.Semasa 'makan-makan' dengan Rakan,boleh buka Topik tentang keindahan Islam - dan sebagainya.Bukalah topik yang dapat menyentuh hati manusia - bukannya Topik Politik Yang Hanya Sensasi 24 Jam Semata.

Kita pada hari ini bukannya tidak tahu - masalah besar kita pada hari ini adalah kerana kita tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan.

Kita terlalu cinta pada dunia sehingga tidak sanggup berkorban untuk kebenaran ini.

Menyentuh perkara ini,saya tertarik untuk berkongsikan sebuah Hadis yang kita semua selalu dengar,tapi jarang-jarang kita 'refleksikannya' pada diri kita.

Dawud :: Book 37 : Hadith 4284

Narrated Thawban : The Prophet (peace_be_upon_him) said: The people will soon summon one another to attack you as people when eating invite others to share their dish. Someone asked: Will that be because of our small numbers at that time? He replied: No, you will be numerous at that time: but you will be scum and rubbish like that carried down by a torrent, and Allah will take fear of you from the breasts of your enemy and last enervation into your hearts. Someone asked: What is wahn (enervation). Apostle of Allah (peace_be_upon_him): He replied: Love of the world and dislike of death.

Daripada Tsauban RA berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”. [Riwayat Abu Daud]

Ya,hakikatnya Cinta kepada Dunia ini bukanlah Isu yang kecil.Amat besar Isu ini.Hanya dengan benar-benar kembali kepada Islam yang sebenar - iaitu dengan menjadi seorang hamba Allah SWT - seperti yang diajarkan Rasulullah SAW - kita dapat menyingkirkan perasaan Cinta Dunia ini sedikit demi sedikit.

Ada sebuah Video yang menarik untuk dikongsikan bersama anda dalam Penulisan ini.Video tentang Kematian dari sudut Pandang Islam.

Amat bagus.Saya amat cadangkan anda yang ada kelapangan masa untuk menontonnya.


Lihatlah melalui Pandangan seorang 'hamba'.Nescaya kekuatan kita ketemui.Boleh baca Penulisan ini untuk maklumat lanjut.Sebenarnya ada lagi dua Penulisan dalam Siri yang sama,tapi saya rasa anda boleh explore sendiri Blog ini.Saya agak penat hendak letakkan link di sini.

Maaf.

Hadis di atas ini membawa kita kepada Topik seterusnya yang hendak saya sentuh dalam Penulisan ini.

*** *** ***

Maaf sekali lagi.

Oleh kerana saya mempunyai urusan lain yang terpaksa diselesaikan,saya tidak dapat menulis tentang perkara itu pada hari ini.

Jadi,insya-Allah,Topik itu saya akan sentuh dalam Penulisan seterusnya.

Dan dengan itu juga,saya namakan Penulisan ini dengan nama Siri Zon Selesa (ya,cara saya menulis adalah - tulis Penulisan dahulu - baru letakkan Tajuknya).

Kenapa Zon Selesa?

Inspirasinya datang dari Komen salah seorang Pembaca Pena Maya dalam Penulisan yang lepas yang anda boleh baca di bawah ini,

Assalamualaikum,

saya tertarik dengan entri kali ini. saya - silent reader. tiba-tiba terfikir untuk komen sedikit. anda sebagai pelajar luar negara dan saya pelajar tempatan. kehidupan yang berbeza. barangkali mungkin environment yang lain. mungkin dengan cara ini, anda - sebagai seorang pelajar kelompok minoriti (dikelilingi oleh non-muslim) sedkit sebanyak boleh berkongsi pengalaman. pengalaman yang saya rasa orang-orang di malaysia (seperti saya) tidak berkesempatan menempuhnya. mungkin banyak pengajaran yang berharga.

saya tertarik dengan quote ini "Kita mesti keluar dari 'Zon Selesa'." kalau di malaysia, mungkin ramai manusia tidak menyedari erti statement tu. contohnya, anda katakan tadi (sembahyang di bawah tangga). bunyi seperti amat daif. kalau nak dibandingkan dengan kehidupan di malaysia, saya sebagai pelajar belum tentu singgah di surau (5 waktu), dan anda pula, lebih rela solat daripada meninggalkannya. anda berjaya keluar dari zon selesa. syabas atas perkongsian yang saya rasa mampu membuka mata sesetengah pihak.

Jadi,tunggukan sambungan Siri Zon Selesa pada hari esok,insya-Allah.Saya akan cuba yang terbaik untuk tuliskan tentang perkara ini.

*** *** ***

Sebelum mengakhiri Penulisan,saya sekadar ingin memberitahu,yang saya sekarang ini sedang dalam Proses Pembacaan sebuah buku yang bertajuk - 'Jerusalem Di Dalam Al-Quran'.


Buku ini agak bagus.

Cuma,pada pendapat saya,seseorang yang mahu membaca buku-buku seperti ini,haruslah ada kemahiran membaca yang tinggi.Yakni,jangan telan bulat-bulat apa yang dibaca.

Percayalah.

Sama juga dengan Teori Konspirasi,jangan telan bulat-bulat apa yang anda baca.

Saya amat yakin - hanya dengan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah,dan mengamalkannya seperti yang diajarkan Rasulullah SAW - seseorang itu dapat menjadi Muslim Sejati.

Jika baca 300 Buah Buku Konspirasi sekali pun,kalau Al-Quran tidak dibaca,tiada guna juga.

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Maaf penulisan caca-marba.Saya tulis dalam keadaan rushing.Kalau dalam Penulisan ini ada sebarang salah silap dijumpai anda,sila maklumkan kepada saya.Saya juga manusia biasa.

P/P/S : Kepada Para Penerima Buku Giveaway,doakan Kesejahteraan Para Penyumbang Dana dan keluarga-keluarga mereka juga.Okay?

P/P/P/S : Banyakkan beristighfar.Astaghfirullahalazim.Mohonlah kekuatan daripada-Nya.Hanya kepada-Nya kita memohon,hanya kepada-Nya kita menyembah.

P/P/P/P/S : Jika anda rasa Penulisan di sini banyak manfaat untuk diri anda,doakanlah kebaikan untuk saya,Ibu Bapa saya dan keluarga saya.Amin.Saya doakan Para Pembaca juga,insya-Allah.Semoga istiqamah dan diredhai-Nya.Amin.



6 comments:

  1. SubhanaAllah..Mudahan mata Pena Maya ini dapat menusuk hati2 yang ingin kembali pada TuhanNya..

    -musafir.cinta.ilahi-

    ReplyDelete
  2. SGL PUJI BG ALLAH SMATA2..JZAKALLAHU KHAIRAN YA UMAR..ATS KBAIKAN YG D KONGSI KAN BSMA2..SMG MDPT MNAFAAT SPNUHNYA, BUAT YG MMBERI, N JG YG MNERIMA.. :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...

    sentap saya seketika...betul...perlu keluar dari zon selesa...

    alhamdulillah...jazakallahu khairan atas perkongsian..

    ReplyDelete