20.1.12

Siri Zon Selesa II : Apa Definisi Selesa Untuk Anda?Ketahuilah,Selesa Yang Sebenar Hanya Di 'Sana'.

Prenote : Penulisan Untuk Para Pengubah Diri.Ditulis panjang kerana banyak perkara hendak disampai,masa pula sedikit.So,sekali harung sahajalah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.


Jika kita perhatikan dalam Surah Al An'aam,Ayat 1-10,diterangkan kedegilan orang yang 'keras hati' mereka untuk menerima kebenaran walaupun kebenaran itu telah berulang kali sampai kepada mereka.

Saya minta anda-anda Para Pembaca untuk ambil sedikit dari masa anda untuk membaca Terjemahan Ayat Al-Quran di bawah ini.Bacalah.Saya tidak rugi jika anda tidak membacanya.Andalah yang rugi.Better berpenat-penat di Dunia ini,dari menyesal tidak sudah di Akhirat kelak.

Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka.

Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).

Dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan, dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan.

Dan tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka (yang kafir) dari keterangan-keterangan Tuhan mereka, melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).

Sesungguhnya mereka telah mendustakan kebenaran (Al-Quran) ketika ia sampai kepada mereka. Oleh itu, akan datanglah kepada mereka berita (yang membuktikan kebenaran) apa yang mereka selalu ejek-ejek itu (iaitu mereka akan ditimpa bala bencana).

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?

Dan kalau Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) sebuah kitab (yang bertulis) pada kertas, lalu mereka memegangnya dengan tangan mereka, nescaya orang-orang yang kafir itu berkata: "Ini tidak lain, hanyalah sihir yang terang nyata".

Dan mereka berkata: "Mengapa tidak diturunkan malaikat kepadanya? " padahal kalau Kami turunkan malaikat nescaya selesailah perkara itu (kerana mereka tetap berdegil dan tidak akan beriman), kemudian mereka tidak diberi tempoh (lalu dibinasakan dengan bala bencana secara mengejut).

Dan kalau (Rasul) itu Kami jadikan malaikat, tentulah Kami jadikan dia berupa seorang lelaki (supaya mereka dapat melihatnya), dan tentulah Kami (dengan yang demikian) menyebabkan mereka kesamaran sebagaimana mereka sengaja membuat-buat kesamaran (tentang kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).

Dan demi sesungguhnya! Telah diperolok-olok beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka ditimpakan (balasan azab) bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu. [Al An'aam : 1-10]

*** *** ***

Islam Ikut-Ikutan,Atau Muslim Sejati?

Apa Definisi Islam untuk anda?

Apa Definisi menjadi seorang Muslim untuk anda?

Sebelum apa-apa,elok diingatkan,tujuan saya menulis Penulisan ini - tidak langsung berniat untuk membawa attitude 'holier-than-thou',sebaliknya sekadar mahu mengingatkan diri sendiri dan Rakan-Rakan yang lain,akan pentingnya untuk kita memahami Tujuan Hidup kita di Dunia ini.

Mungkin ada yang mengatakan - alahai skema la bro lu - tapi fikirkanlah Saudara-Saudari - satu hari nanti kita semua akan mati - di Akhirat hanya ada Syurga dan Neraka - dan kita ini hanya hamba - oleh itu jadilah seorang hamba - ikutlah apa yang sudah diperintahkan-Nya.

Saya baru membaca laman web sebuah Pesta Fesyen Islamik sebentar tadi.

Hurm - merupakan dialog suara kecil yang muncul di dalam Pemikiran saya.

Apakah yang kita faham tentang Islam sebenarnya?

Apakah kita fikir - Islam ini sekadar 'memakai serban'?

Apakah kita fikir - Islam ini sekadar 'Penyanyi yang menyanyikan lagu dengan Elemen Islamik'?

Apakah kita fikir - Islam ini sekadar 'budaya Timur Tengah'?

Apakah kita fikir - Islam ini sekadar 'satu perkara Sejarah/Entiti buatan manusia'?

Wahai Manusia - janganlah engkau berkata-kata tentang Islam dalam kejahilanmu.Janganlah engkau merendah-rendahkan Islam atas kepentingan peribadimu.Carilah Ilmu.

Saya bukanlah Alim Ulama (perlu disebut perkara ini - manusia di luar sana ramai yang suka mengkondem orang) - tapi saya amat tidak suka apabila orang bermain-main dengan suatu prinsip yang saya pegang.

Pantang besar - mungkin Istilah yang paling hampir dalam merujuk kepada ke-tidak-suka-an itu.

Kepada Masyarakat di Luar Sana,carilah Ilmu.Sentiasalah mencari dan terus mencari.

Kebenaran itu pasti tiba (insya-Allah,dengan izin Allah) kepada orang yang benar-benar ikhlas mencarinya.

Sentiasalah dampingkan diri dengan Al-Quran.

Ini Zaman yang penuh dengan Fitnah dan Kejahilan.

Hanya dengan menjadi seorang Muslim - yakni menjadi hamba kepada Maha Pencipta - kita dapat menempuhi ranjau kehidupan dunia yang singkat ini.

Ikutilah Peribadi Rasulullah SAW.Dan bacalah Sirah Kehidupan Baginda SAW.

Selain itu,kita juga mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyedarkan orang sekeliling kita.

Jadi,janganlah terus lemas dalam 'Zon Selesa' anda.

Kelemasan anda - hanya membawa sesal di Akhirat kelak.

Dan ya,jangan sesekali berkompromi tentang kebenaran.Islam inilah kebenaran.Relevannya - sepanjang Zaman.Jangan semata-mata hendak menampakkan diri anda 'moderate' dan 'Urban' dari Pandangan Definisi 'Barat' - anda membawa Islam Versi Baru.

Astaghfirullahalazim.

*** *** ***

Apa Definisi Keselesaan Untuk Kita?

Hakikatnya kita semua sedang ‘tidur’ ketika hidup di dunia ini.Kita hanya akan bangkit ‘tersedar’ apabila sudah mati kelak.

Quote di atas saya ambil dari E-Book Penerbitan Pena Maya - Zaman Orang Ganjil yang anda boleh muat-turun secara Percuma di sini.

Mungkin ramai dari anda yang beranggapan apabila saya nyatakan 'Zon Selesa' dalam Tajuk Penulisan ini - ia merujuk kepada 'Zon Keselesaan yang menghalang kita dari berubah'.

Pendapat anda betul juga.

Tapi,konsep Zon Selesa yang saya hendak ketengahkan di sini lebih luas.

'Zon Selesa' yang saya maksudkan di sini adalah 'Fitnah Kehidupan Dunia'.

Ya.

Cuba renung kembali Quote di atas.

Kita ini hakikatnya sedang tidur.Kita ini hakikatnya sedang terlena dengan mimpi.Kita hanya akan 'tersedar terhentak kepala' apabila sudah mati.Sayang,penyesalan ketika itu sudah tiada guna.

Sebagai Muslim yang sedang cuba merubah diri - kita perlu sentiasa mengingatkan diri akan kewujudan Zon ini - dan sentiasa berusaha untuk cuba keluar daripadanya.

*** *** ***

Kisah Johan Dan Shamsul

Johan seorang Pemuda.Dahulu Peribadinya amat teruk.Kini,Beliau sedang cuba merubah diri.Tapi,Beliau ini banyak 'bertapi' dalam Perubahannya.

Hendak berhenti merokok - 'Ala sebatang sahaja bro' - Johan mengalah.

Hendak menjaga pandangan mata - 'Ala usha sikit je bro.Awek lawa bro.Kapasiti Z!' - Johan mengalah - lantas tertewas lagi.

Itu hanya beberapa contoh.

Satu hari,Johan merancang untuk cuba bertahajjud.Selepas Isyak di Masjid,Johan terjumpa Rakan-Rakan sedang duduk lepak membuang masa di Restoran,mengumpat dan mencaci - 'Ala takpe bro.Kejap je kita join.Silaturrahim la katakan bro' - Johan duduk,lantas tertewas dan menyertai sekali pengumpatan yang diadakan.Pulang ke rumah Jam 3 Pagi.Akibat terlalu Penat,terus tidur sehingga esok pagi.Niat bertahajjud di Malam hari terbatal.Bukan itu sahaja,Subuh juga turut terlepas.

Rutin ketewasan Johan ini berterusan.Hari berganti hari.Bulan berganti bulan.

Sehinggalah Johan meninggal dunia.

Tiada Perubahan sempat dilakukannya.

Johan lemas dalam Zon Selesanya.

Itu kisah Johan.Bagaimana dengan Shamsul?

Shamsul juga seperti Johan.Sedang merubah diri.

Cuma apa yang membezakan antara Shamsul dengan Johan adalah - Shamsul serious dalam merubah diri.Ada masa Beliau tertewas.Tapi,setiap kali tertewas,Shamsul lantas bangkit kembali.

Shamsul berpegang dengan Ayat ke 53 dari Al-Quran,Surah Az-Zumar.

Bukan sedikit dugaan yang datang kepada Shamsul.Tapi,Shamsul tanganinya dengan kesedaran bahawa satu hari nanti dirinya akan kembali kepada Maha Pencipta.

Satu demi satu Rakan-Rakannya berlalu pergi meninggalkannya.Tapi berkat kesabarannya,satu demi satu juga Sahabat-Sahabat baru datang mendampinginya.

Hari berganti hari.Shamsul kini semakin baik berbanding dengan dirinya yang dahulu.

Memang ramai yang memandang rendah kepadanya semasa awal perubahannya,tapi dengan izin Allah SWT,mereka-mereka itu kini turut sama mengikut jejak langkah Shamsul.Alhamdulillah.

Kekonsistenan ini berterusan sehinggalah Shamsul menghembuskan nyawanya yang terakhir.

Apabila ditanya apakah Resipi Kekonsistenan Beliau?

"Sentiasalah dampingkan diri dengan Al-Quran,Sahabat yang baik dan sentiasalah berusaha untuk menambah Ilmu dan kefahaman yang ada.Apa yang paling penting sebenarnya adalah supaya Ilmu-Ilmu yang ada itu untuk diamal.Saya menjadi 'kuat' dalam Perubahan ini adalah dengan menjadi hamba kepada-Nya,menyerah diri kepada-Nya semata.Hanya kepada-Nya saya mohon kekuatan dalam Perubahan diri ini".

Apa beza antara Johan dengan Shamsul?

Banyak.Tapi kunci perbezaan paling besar antara mereka adalah - kesanggupan untuk berubah.

Shamsul milikinya.Johan?Tidak.

Dan itulah yang membezakan antara mereka.

Kesimpulan : Semua orang hendak berubah.Tapi tidak ramai sanggup berubah.Berubahlah.Syurga itu bukan mudah untuk dapatkannya.Perlu effort.

Boleh tonton video ini untuk Ilmu Tambahan.


*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.Saya menulis Penulisan ini terhenti-henti.Itulah sebabnya point bercampur-campur.Banyak lagi perkara yang mahu disentuh.Akan disambung next time,insya-Allah.

Mungkin ada yang berkata,"Tak boleh ringkas sikit ke Penulisan?".

Boleh sahaja.Tapi tujuan saya menulis adalah untuk berkongsikan sebanyak mungkin maklumat yang saya baca/dapat.

Supaya dapat menyedarkan orang ramai.Mungkin ada isi yang berulang,tapi saya yakin,ramai orang yang setiap hari - baru pertama kali memasuki Blog saya.Jadi,saya mesti menulis Penulisan Utama di Muka Hadapan dengan penuh padat.Agar orang itu tertarik membaca Penulisan-Penulisan lain pula.Dan diharap dapat menarik mereka kembali kepada Maha Pencipta.

Esok saya akan sambung kembali Penulisan ini.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,sila maklumkan kepada saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Keredhaan siapa yang kita kejarkan?Keredhaan 'kawan-kawan' kita,atau Keredhaan Maha Pencipta?


3 comments:

  1. Terima kasih atas peringatan. Betol kata anda, niat nak berubah tu sentiasa ada tapi biasalah manusia, sentiasa bertapi-tapi. Ada saja alasannya tambah2 dalam dunia serba banyak dugaan nih, harapnya sentiasa kuat. Terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  2. ma la yudraku kulluh, la yutraku kulluh.

    apa yang tak dapat kita lunaskan semua, jangan pula kita tinggalkan semua.sedikit2 merupakan permulaan yang baik utk berhijrah.pengharaman arak pun ada tadarrujnya.

    yang penting azam dan usaha seiring sejalan.

    walk our talk.

    ReplyDelete