20.1.12

Siri Zon Selesa III : Ini Kisah Saya.Apa Pula Kisah Anda?

Prenote I : Penulisan Bahasa Pasar.

Prenote II : Penulisan Terakhir dalam Siri Zon Selesa.Saya menjemput anda yang berminat untuk meninggalkan komen dan berkongsikan Kisah Anda pula (yang dirasakan bermanfaat untuk orang lain) selepas membaca Artikel ini.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Semalam saya keluar menemani seorang Sahabat.Beliau hendak beli binocular - atau dalam Bahasa Melayu - mereka gelarkan ia sebagai 'teropong'.

Tujuan pembelian teropong tidak perlu diceritakan,tetapi ada sesuatu yang menarik berlaku semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari lokasi pembelian.

Semasa kami berada di dalam Metro (keretapi bawah tanah),seorang lelaki masuk ke dalam Gerabak,membawa harmonica - lantas memulakan busking Beliau.

Sebelum beraksi,Beliau memperkenalkan diri kepada semua manusia yang berada di dalam Train bahawa Beliau perlukan duit untuk Pembedahan Adiknya.

Betul atau tidak perkara itu - Allah knows best.

Cuma,apa yang menarik perhatian saya adalah kesungguhan Beliau.

Jaket Beliau saya perhatikan - koyak.Banyak lubang-lubang yang ditampal dengan Jahit Tangan.Di situ,dapat kita lihat kesusahan hidup Beliau.

Tapi,Beliau tidak terus menyerah kalah meminta sedekah semata.Sebaliknya,Beliau cuba berbusking,menggunakan bakat dan kebolehan yang ada untuk mencari rezeki.

Kesimpulan yang hendak diberi di sini : Jangan terlalu cepat berputus asa.Jika rasa hidup terlalu gelap,berusahalah untuk keluar dari kegelapan.Cahaya sentiasa ada di luar sana.

*** *** ***

Assalamualaikum,

saya tertarik dengan entri kali ini. saya - silent reader. tiba-tiba terfikir untuk komen sedikit. anda sebagai pelajar luar negara dan saya pelajar tempatan. kehidupan yang berbeza. barangkali mungkin environment yang lain. mungkin dengan cara ini, anda - sebagai seorang pelajar kelompok minoriti (dikelilingi oleh non-muslim) sedkit sebanyak boleh berkongsi pengalaman. pengalaman yang saya rasa orang-orang di malaysia (seperti saya) tidak berkesempatan menempuhnya. mungkin banyak pengajaran yang berharga.

saya tertarik dengan quote ini "Kita mesti keluar dari 'Zon Selesa'." kalau di malaysia, mungkin ramai manusia tidak menyedari erti statement tu. contohnya, anda katakan tadi (sembahyang di bawah tangga). bunyi seperti amat daif. kalau nak dibandingkan dengan kehidupan di malaysia, saya sebagai pelajar belum tentu singgah di surau (5 waktu), dan anda pula, lebih rela solat daripada meninggalkannya. anda berjaya keluar dari zon selesa. syabas atas perkongsian yang saya rasa mampu membuka mata sesetengah pihak.

Ayat di atas merupakan komen yang ditinggalkan oleh salah seorang Pembaca saya dalam sebuah Penulisan saya.

Ayat itulah yang membawa kepada Penulisan Siri ini.

Saya jarang menulis tentang Perkara Peribadi di sini.Tapi,oleh kerana Pembaca ini sudah meminta saya untuk memberi beberapa contoh - agar dapat dijadikan Tauladan - saya akan menulis perkara yang berlaku Sehari-Hari dalam Kehidupan Saya di sini.

Saya tidak akan menceritakan terlalu detail.Cuma saya akan menceritakan Kehidupan saya semasa Sesi Semester sedang berlangsung.

Tidak sekali-kali saya menceritakan ini untuk riak,bajet best,memandang rendah pada orang lain.Tidak.Malah,saya berdoa agar dijauhi oleh Allah SWT dari perasaan riak.

Sebaliknya,saya menulis ini kerana saya yakin - bukan semua orang dalam kalangan kita - yang ada pengalaman seperti yang saya miliki ini.

Alhamdulillah.

*** *** ***

Hidup di Negara Asing ini - dengan izin Allah SWT - Alhamdulillah - banyak merubah diri saya.

Hidup saya kebiasaannya dimulakan seawal Jam 0715.Oleh kerana saya mempunyai Kelas pada Jam 0900 di Kampus.

Selepas bangun,sekitar Jam 0745,saya akan bersolat Subuh bersama Rakan-Rakan Sebilik (haha,macam karangan sekolah la pulak).

Tapi ini untuk Jadual Musim Sejuk yang mana waktu Subuh hanya masuk sekitar Jam 0745 dan tamat sekitar Jam 1000 mungkin?Saya kurang pasti.Jadualnya berubah-ubah sentiasa.Boleh lihat di sini jika anda berminat.

Ketika Musim Panas,ada ketika di mana Subuh masuk seawal Jam 0300.Ketika itu,saya kebiasaannya tidak akan tidur sehingga waktu Subuh.Sebab,kalau saya tidur,sukar untuk bangun Subuh.

Sambung story tadi.So,saya pun pergi ke kelas lepas Solat.

Saya kebiasaannya,pergi ke kelas dari Asrama - seorang diri.

Kenapa?Ini kerana saya ditempatkan dalam Group bersama Pelajar Tempatan Negara ini.Sebenarnya,ada dua orang lagi Pelajar Malaysia,tapi most of the time,saya bergerak dari Asrama ke Kampus seorang diri.

Perjalanan mengambil masa maksimum 1 Jam.

Jadi,kebiasaannya Jam 0800 - saya sudah keluar dari Asrama.

Saya masih ingat ketika saya berada dalam Tahun Pertama di sini,ada tempoh di mana saya seolah-olah berputus asa dengan kehidupan di sini.Saya merungut - itu ini itu ini - tapi lama kelamaan saya sedar - merungut tidak membawa ke mana - tiada guna mengatakan suatu perkara itu susah - andai kita tidak pernah berusaha untuk mencubanya.Boleh baca di sini untuk maklumat lanjut.

Dan semasa saya berada Tahun Pertama itu,saya masih lagi belum 'berubah'.Saya adalah diri saya yang dahulu.

Sambung cerita kita tadi.

Setelah beberapa tahun di sini,saya mula menyukai 'moment berseorangan ini'.

Setelah direnung-renung,di kala saat saya berseorangan inilah,saya banyak memohon kepada-Nya agar dipermudah urusan.Di tika saat berseorangan inilah,saya semakin berdikari.Dengan izin-Nya,saya kini semakin berani berurusan dengan orang asing etc etc.

Jadinya,kepada Adik-Adik di luar,ada hikmah sebenarnya semua yang berlaku itu.Kadang-kadang kita tidak suka,tapi Allah Maha Mengetahui.Mungkin itu yang terbaik untuk kita.Ada Ayat Al-Quran tentang perkara ini.Saya tidak terlalu rajin untuk copykannya.

Zon Selesa - kadang-kadang saya merasakan Orang Kita (Melayu) menjadi Malas,Lemau etc - salah satu faktornya adalah kerana kebanyakan kita terlampau berada dalam Zon Selesa.

Berada dalam Zon Selesa - satu hal.Keengganan untuk keluar dari Zon Selesa - itu satu perkara yang lebih merbahaya.

Berada dalam Zon Selesa - sentiasa berada dalam Kumpulan yang sama - sebenarnya hanya membuatkan kita semakin hari semakin tidak alert akan diri kita.Walhal,salah satu tujuan mengembara adalah untuk mencapai Ilmu yang tidak berada di Tanah Air.

Itu dari sudut pandang 'Duniawi'.Dari konteks 'Akhirat' pula - sama juga sebenarnya.Apabila hidup sentiasa dikelilingi 'Kawan' - bergelak ketawa di Kedai Kopi,Facebook setiap masa - akhirnya membuatkan kita lupa akan kehidupan di 'sana'.

Ini kisah benar.Anda sendiri boleh renung hidup anda.Zon Selesa hanya membuatkan kita lupa mengaudit diri - lantas membuatkan kita lalai akan persoalan 'Siapa kita di sisi-Nya?'.

Bukanlah bermaksud kita tidak boleh bergaul etc.Tidak.Itu fitrah.Tapi,entah,just read between the lines.Jangan loyar buruk.

Di Kampus,di dalam Kuliah,saya jujur cakap,agak rapat dengan beberapa Pelajar Negara ini.

Rapat yang saya maksudkan di sini bukan sekadar bertegur sapa - tapi ada masa di mana saya keluar bersama mereka etc etc.

Persahabatan ini - saya sentiasa manfaatkan untuk mengenal dan memahami Peribadi orang-orang di sini.

Teringat kata-kata seorang Doktor dalam Majlis yang saya hadiri tidak lama dahulu,"You must assimilate with the locals".

Selepas mendapat kesedaran dan berubah (dengan izin Allah SWT),saya lebih menghargai persahabatan ini.

Saya sebagai seorang Muslim - hamba Allah - sentiasa berusaha menunjukkan contoh Peribadi yang baik kepada mereka.Saya akui,ada masa saya tersilap - dan itu sudah pasti - kerana kita manusia biasa.

Tapi,dalam pergaulan dengan Rakyat Negara Ini,saya berusaha untuk menyampaikan serba sedikit tentang Islam.Dan ada beberapa waktu,di mana mereka sendiri yang bertanyakan kepada saya tentang Islam.Entah,perkara ini agak rumit untuk ditulis.Anda mungkin boleh membaca di sini untuk maklumat lanjut.

Ketika waktu rehat pula,saya akan bersegera menuju ke bawah tangga (kami di sini tiada Surau untuk bersolat - jadi kami bersolat di bawah tangga) untuk bersolat.

Ada beberapa kali Rakan-Rakan Russia saya bertanya,"Kau pergi mana?".

Ada masa saya menjawab - "Solat".Tapi,ada masa saya sekadar mengatakan saya pergi "makan".Ikut kesesuaian.

Mungkin - satu masa nanti,saya mahu mengajak seorang dua dari mereka untuk melihat saya menunaikan Solat.Mungkin.Tapi,perlu lihat kesesuaian juga.Kerana mereka di sini kebanyakannya tidak percayakan Tuhan.Ada juga yang hidup berpegang pada fahaman Satanist.

Haha.Tak tipu.Mamat ni agak rapat dengan saya.Stock-stock Mamat Metal jugak la.I mean,the real Metal.So kepada Anak-Anak Muda di Malaysia,janganlah tergila-gilakan sangat ikut Orang Putih ini.Takde ape yang special dengan mereka.Islam itulah kebenaran.

Sambung story kita.

Bila ditanya,"Kau believer ke?".

"Nope,Satanist",jawabnya.

Kenapa?

Jawapan yang Beliau beri kepada saya itu - tidak dapat saya tulis di sini.Bahaya.Tapi,apa yang hendak saya tunjukkan - mereka di sini - hidup mereka terlalu jauh dari landasan kebenaran.

Saya secara peribadi - hanya berusaha sedaya upaya untuk menunjukkan Akhlak yang mulia sebagai seorang Islam kepada mereka - agar mungkin ada di antara mereka yang berfikir - dan kemudian terbuka hati untuk mengkaji tentang Islam pula.


Tapi itulah.Kadang-kadang saya kecewa.Kerana ada dalam kalangan Umat Islam Malaysia di sini sendiri yang memburukkan nama Islam itu sendiri.

Ponteng kelas,tidak hadir ke Exam etc.Ini bukan mengumpat.Sebaliknya menceritakan Realiti.

Kepada anda-anda yang sebegini,saya nasihatkan anda - berubahlah.Kita Umat Islam ada tanggungjawab.Kita mahukan Negara Islam,tapi apa yang kita lakukan?

Ada beberapa Dialog yang Rakan-Rakan Russia saya ini pernah ungkapkan kepada saya mengenai Para Pelajar Islam lain,yang amat menghiris hati saya sebagai seorang Muslim.

Tapi,apa saya hendak lakukan?Kita sendiri yang menunjukkan contoh tidak baik kepada mereka.

Kita katakan Islam itu kebenaran,tapi celah mana mereka hendak percaya Islam itu kebenaran,andai apa yang mereka nampak pada Muslim itu hanya kebusukan.

Berubahlah Wahai Muslim.

Jika tidak mampu mencerahkan keadaan,janganlah jadi penyumbang fitnah.Janganlah menutup jalan orang lain kepada kebenaran.Tapi sayang,ramai orang dalam kalangan kita - melenting apabila ditegur.

Entah.Saya berdoa agar kita semua diberikan kefahaman.

Di Malaysia juga sama.

Kita bising cerita dalam Internet tentang Politik Islam etc - tapi di Pejabat Kerajaan yang majoritinya dianggotai oleh Muslim - servis kita teruk,tidak amanah,lambat etc.

Apa pendapat Kaum lain yang bukan Islam terhadap Islam?

Astaghfirullahalazim.

Saya sering berpendapat - cara terbaik untuk kita menarik orang kepada Islam - tanpa perlu berceramah hebat etc - adalah dengan menunjukkan peribadi baik.Itu sudah cukup.Malah banyak Hadis menunjukkan kepentingan untuk Muslim mengamalkan Peribadi yang baik.

Banyak lagi saya hendak tuliskan.

Tapi saya rasa cukup setakat ini.

Jika anda hendak mengetahui lagi Kisah Hidup saya di sini,anda boleh Googlekan "Catatan Seorang Pengembara Pena Maya" dan baca Penulisan-Penulisan yang saya pernah tulis di situ.

Apa-apapun,sebelum terlupa,ada sebab kenapa saya seboleh-boleh berusaha untuk tidak meninggalkan Solat Jemaah di sini.

Renung Petikan yang saya ambil dari Blog Muzzakarah di bawah ini,

The devout Muslim tries to pray in the first Jama'ah (Congregation) in the mosque whenever he can,because the Prophet Muhammad (SAW) told us that,

"The Muslim,if he performs wudoo' properly,then goes out with the sole intention of going to pray in the mosque,then for each step he takes,his status in Paradise will be raised by one degree,and one of his sins will be forgiven.When he prays,as long as he remains in his place of prayer and his wudoo' does not become invalidated,the angels will continue to pray for him : 'O' Allah,bless him,O' Allah,have mercy on him.' He is regarded as being in a state of prayer so long as he is waiting for the prayer." [Bukhari and Muslim]

Saya pernah baca ayat yang berbunyi lebih kurang begini.

"Solat Sendiri awal waktu,atau Solat Jemaah lewat sedikit - mana lebih utama?Jawapannya : Solat Jemaah".

Saya tidak ingat saya baca mana.Tapi memang benar.Solat Jemaah ini sangat penting.

Even anda hanya dua orang sahaja,lakukanlah Solat Jemaah.Solat Jemaah menghilangkan rasa ego,bongkak.Ia juga memupuk rasa brotherhood etc.

Bayangkan kalau semua orang Islam di seluruh dunia,tatkala Azan berkumandang,setiap waktu mereka melakukan Solat Jemaah - tentulah takut Musuh-Musuh Islam.

Ini tidak.Kita malu hendak Solat Jemaah.

Janganlah malu.Ajaklah rakan-rakan kita.Saya yakin semua dari kita mahu Solat Jemaah.Tapi entah.Ego?

Fikir-fikirkan.

Banyak lagi hendak dicoret.

Tapi saya rasa ini sudah cukup.

Kesimpulan di sini,sebagai seorang Islam - tunjukkanlah peribadi yang baik.Kalau ada Rakan Bukan Islam,seboleh-boleh,cubalah borak dengan mereka tentang Islam.Ceritakan apa kefahaman kita.Ceritakan apa konsep "Kalimah Syahadah" yang kita percaya.Itulah sebab kita kena ada Ilmu.Jangan terlalu banyak berhibur.Masa hidup ini singkat sahaja.Karang semata-mata hendak baca "Bini VIP,Ahli Politik Lucah etc" punya kisah,tergadai Pelaburan Akhirat.Yalah.Kalau dah 24 Jam buang masa perkara tidak berfaedah,bila kita hendak buat kebaikan?

Itu sahaja.

Salah silap,terkasar bahasa - minta anda tegur dan maklumkan.

Saya hanya manusia biasa.Dikongsi cerita ini untuk Pengajaran bersama.

Saya juga menjemput sesiapa yang mahu bercerita tentang Zon Selesa di tempat mereka untuk tinggalkan Komen di bawah ini.

Terima kasih saya dahulukan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Apa Pengajaran yang anda dapat dari Kisah di atas?Apa kaitan dengan Hidup anda?Tinggalkan Komen di bawah.

P/P/S : Target saya,sebelum habis belajar di sini,saya hendak sampaikan at least paling basic Persoalan tentang Islam kepada Rakan-Rakan yang saya Rapat ini.Mungkin mereka tidak terima sekarang.Tapi mana tahu Lima Tahun lagi?Allah knows best.Saya hanya berusaha sebagai manusia biasa.Doakan saya.Dan Ibu Bapa saya.Serta keluarga saya.



9 comments:

  1. salam alayk~ nice sharing ya akhi,, yupz setuju something kita suka sometime sungguh tak baik buat kita..cam ayat ni..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah:216)..
    bilamana keredhaaan DIA yang dicari insyaALLAH semua bakal dipermudah olehNYA .."Serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar." (Surah At-Taubah ayat 72)..
    may ALLAH bless

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah.trima kasih berkongsi.

      Delete
  2. Terima kasih.. zon selesa, mmg sangat susah nak keluar kalo takde keazaman yang tinggi. saya akui sbb kadang2 saya pon tersasar. selalu terleka. saya tertarik dengan pendapat anda yang mengatakan bahawa yg terbaik utk dijadikan contoh dlm islam adalah melalui peribadi yang baik. saya akui sbb ada pengalaman sendiri. saya berkawan dengan seorang indian girl, she's can be said one of my best friend. sy akui, cuba utk sedaya upaya memperlihatkan keperibadian baik di hadapan dia. dan dari situ sy boleh nampak dia berminat nak tahu lebih pasal islam, by asking me. kadang2 sy rasa sedey sebab ye la, kawan baik tapi tak dapat nak ajak utk join islam.pernah 1 hari tu saya menangis bila baca 1 article pasal sorang tu yg berkawan dengan non-muslim, then kat akhirat nt non-muslim tu akan tanya, kenapa tak ajak dia masuk islam, serius saya rasa terkesan dengan article tersebut bila igt balek, relate dgn saya..saya masih belum kuat utk directly ajak dia masuk islam, harap Allah berikan kekuatan tu 1 hari nt. tapi at least kita boleh cuba utk berdakwah melalui peribadi mulia, kan Penamaya? itulah yang cuba sy amalkan sekarang dan semoga sentiasa istiqamah, tak tersasar niat.. sekarang, saya dan dia dah jauh, sbb we've finished the study. so, saya cuma mampu berdoa, agar dia diberi hidayah Allah. doa tu pun salah satu cara kan.. hurm, zon selesa ni terlalu luas definisi dia. skg pun sy berada di zon selesa, cuma semangat perlu lebih, kaki nak melangkah keluar perlu bukan hanya sebelah kaki saja, sebaliknya dua2 kaki harus keluar, bukan hanya sekadar tahi ayam saja, pandai bercakap tapi buatnya tidak, nauzubillah. harapnya sy dijauhkan.Err, panjangla plak hee sorry. pape pun, mohon doakan kwn sy agar diberi hidayah. kita semua pon perlu sentiasa doa agar diberi hidayah sbb Allah kalo nak tarik, jap je kan Dia boleh tarik. jadi sentiasalah berdoa (peringatan utk diri sendiri). Terima kasih =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah.trima kasih berkongsi.
      semoga Allah SWT merahmati dan memberikan petunjuk dan hidayah-Nya kepada kita semua serta semua manusia yang bersungguh dan ikhlas dalam mencari kebenaran.amin...

      jangan putus asa..
      apa2pon kena ingat,Allah sahajalah yang boleh membukakan pintu hati manusia.kita hanya berusaha dan berdoa..sebab Allah SWT Maha Mengetahui...ingat kisah Pakcik Nabi Muhammad SAW ..renung dan fahami..tapi kita kena berusaha.

      semoga bermanfaat.
      assalamualaikum.

      Delete
  3. kepada anda2 yang laen,saya amat cadangkan anda baca artikel ini - http://inijalanku.wordpress.com/2012/01/20/hargailah-ia-sementara-masih-ada/

    ada kaitan juga dengan topik yang saya tulis ini kot.

    ReplyDelete
  4. Salam..
    Pengajaran dari cerita penulis..kita perlu cabar diri sendiri untuk keluar dari 'zon selesa' ini... misalannya solat, bila mengembara ke luar negara samada melancong, sambung belajar, tugasan kerja etc2..ada 2 kemungkinan, samada kita berusaha untuk menunaikannya atau tidak bersolat langsung..pada masa inilah kekuatan iman kita akan diuji samada kita tetap teguh atau sebaliknya...ada yang berubah ke arah lebih teruk dan ada jugak yang berubah lebih baik dari dirinya sebelum ni…bila dah keluar dari zon selesa itu, kita akan melihat satu dimensi baru yang tak pernah terfikir sebelum ini…lebih menghargai sesuatu yang kita ambil mudah sebelum ini…saya ambil contoh solat sebab ini adalah kewajiban setiap umat Islam walau di mana kita berada…kebiasaannya kita suka melengah2kan waktu solat atau ambil mudah bila berada di ‘zon selesa’ kita sebab kita tahu kemudahan untuk bersolat sangat banyak… bila berada di luar negara, mmg susah nak cari tempat untuk bersolat tapi kita berusaha juga cari tpt yg elok untuk bersolat dan tunaikan bila sampai waktunya..benar, waktu solat di negara 4 musim ada waktu-waktu tertentu sela masanya sgt pendek jadi kita seboleh2nya cuba untuk melaksanakan kewajiban tanpa meninggalkannya…tapi ade juga yang tertewas dengan mengambil pilihan tidak bersolat langsung…jadi bila melihat keadaan di negara sendiri yang mana kebanyakan orang Islam tidak menjaga solat dengan sebaik-baiknya..sangatlah sedih sebab kita patut bersyukur negara kita waktu solatnya sangat fleksibel dan kemudahan ada dimana2 sahaja..sepatutnya tidak ada alasan ..
    semoga Allah sentiasa membuka pintu hati kita semua untuk menerima hidayahNya dan ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam...
      alhamdulillah.terima kasih atas perkongsian yang sangat bermakna..

      alhamdulillah..
      betul2,saya lupa sentuh tentang solat ini...
      ramai yang kecundang.kadang2 kita ingat kita tidak solat itu masalah kita - tapi kita lupa - Allah SWT Maha Melihat,kita akan kembali kepada-Nya juga satu hari nanti.

      astaghfirullah.terima kasih jzkk.
      assalamualaikum dan selamat beramal.

      Delete
  5. Assalamualaikum,

    tak sangka komen saya tempoh hari menjadi tarikan anda (penulis) untuk menerbitkan 1 lagi siri. saya menulis bukanlah untuk berkongsi apa-apa cuma saya amat tertarik dengan sikap anda. cara pemikiran yang matang serta penerimaan pendapat secara terbuka membuatkan anda mempunyai daya penarik. dan kalaulah 10 orang bersikap macam anda, mungkin juga akan melahirkan lebih ramai lagi golongan remaja berfikiran matang.

    statement anda "Target saya,sebelum habis belajar di sini,saya hendak sampaikan at least paling basic Persoalan tentang Islam kepada Rakan-Rakan yang saya Rapat ini." amat menarik minat saya. tak semua orang berfikiran sebegini bahkan berani untuk bertindak. anda mempunyai satu idea bernas, idea dimana belum tentu pelajar-pelajar malaysia diluar sana terfikir untuk melakukannya. mengislamkan orang bukan senang. walaupun tidak senang anda berani HENDAK lakukannya. syabas atas keberanian!

    p/s : itu tanggung jawab sebagai seorang muslim (minoriti) yang hidup didalam kelompok non-muslim. terus menunjukkan contoh yang baik supaya rakan-rakan anda juga mengikutinya. insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam bro/sister.
      alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah..ya,alhamdulillah dan alhamdulillah.

      semuanya datang dari Dia.kita ni hanya menyampaikan sahaja.
      ada masa di mana saya merasakan saya seperti malu hendak menulis.tapi bila fikir balik,itu hanya trick syaitan yang mahu menghalang kita berbuat baik.. so saya menulis dengan niat kerana-Nya ,agar supaya bila ada pemuda lain baca,mereka terinspirasi.saya tulis bukan hendak berlaku hipokrit.tapi saya sebagai Muslim,sentiasa mengimpikan untuk menjadi yang terbaik dalam apa saya lakukan,..

      by the way,niat saya hendak sampaikan kepada rakan2 itu - at least saya hendak tanya soalan2 yang membuka minda mereka... mengislamkan mereka - itu agak berat juga istilah..tapi mana tahu.saya cuma menyampai..yang penting kita usaha.dan jangan sesekali paksa orang bukan Islam untuk menerima Islam selepas kita menyampaikan kepada mereka..biar mereka take time...itu yang sebetulnya..saya banyak baca kisah orang yang selepas 10 tahun mengenali Islam,baru masuk islam etc.ada juga yang on the spot.apa2pon kita kena ingat,soal hati ini - Allah sahaja yang berkuasa mengawal hati2 manusia ini.

      apa2pon terima kasih atas komen dan motivasi.doakan saya istiqamah,doakan juga ibu bapa dan keluarga saya.

      saya doakan agar para pembaca dan keluarga-keluarga anda juga - supaya sntiasa istiqamah dan dirahmati Allah SWT.Amin.

      assalamualaikum.

      Delete