11.2.12

Empayar I : Permulaan (Suatu Kebangkitan).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,segala Puji hanya bagi Allah SWT,Tuhan Sekalian Alam - kerana dengan Izin dan Rahmat-Nya,kita masih bernafas pada hari ini serta menikmati Anugerah Iman.

Alhamdulillah.

*** *** ***

Ini merupakan Entri Pengenalan untuk Siri baru yang akan ditulis saya dalam tempoh Sebulan ini.

Siri yang akan menceritakan Pengalaman saya semasa Pengembaraan saya ke Istanbul tempoh hari.

Banyak pengajaran yang didapati oleh saya.

Kebanyakan Pengalaman ini menyedarkan saya - bahawa hakikatnya kita Umat Islam masih lagi lemah.Banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki kita.'Kita' yang dimaksudkan di sini - termasuklah diri saya.

Banyak moment yang menyaksikan saya 'tumpas' dalam Perubahan diri.Banyak usaha yang perlu dilakukan.

Tapi,saya yakin - ini bukan waktu untuk berputus asa.

Perubahan perlu terus dilakukan.Pencarian Redha Ilahi perlu sentiasa dilakukan.Sehingga hari mati.

*** *** ***

Perlu diingatkan,semua coretan yang bakal ditulis dalam Siri ini - tidak semestinya tepat faktanya.

Ianya adalah Coretan Peribadi Hasil Pemerhatian saya sepanjang tempoh singkat berada di Istanbul.

Pandangan seorang Anak Muda yang diharap ada kebaikan untuk dikongsi bersama orang lain.

Dan Gambar-Gambar yang digunakan sepanjang Penulisan ini nanti,kebanyakannya adalah Gambar oleh Sahabat saya,Hisbul Ariffin,kecuali jika dinyatakan (kerana ada juga gambar-gambar tangkapan peribadi saya yang akan saya gunakan).

*** *** ***

Dengan ini,saya sukacita membawakan kepada anda Siri Empayar.

Kenapa Empayar?Satu - kerana nama lain saya pernah guna.Dua - kerana dahulunya Islam pernah menjadi sebuah Empayar.Akan diulas perkara ini dalam Penulisan-Penulisan akan datang.

Apa-apapun,Selamat Membaca.Semoga Bermanfaat.

Sebarang salah silap yang terjadi dalam Penulisan ini nanti,diminta tegur dan betulkan.Saya sekadar berkongsi Pengalaman yang saya pasti bukan semua orang memilikinya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


1 comment:

  1. salam alayk~ islam adalah sebuah empayar yang teramat besar.. dan insyaALLAH akan kembali,.. then.. insyaALLAH segala perkongsian anda ada manfaatnya.. keep it up.. may ALLAH bless

    ReplyDelete