12.2.12

Empayar II : Perjalanan Kita Sudah Pun Bermula Sebenarnya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Tidak dapat tidak,saya terpaksa juga mencoretkan beberapa perkara mengenai Isu Semasa sebelum saya mencoret dengan lebih lanjut tentang Perjalanan saya di Istanbul Tempoh Hari.

Bagi yang merasa cukup dengan Islamnya di Facebook,Twitter,dan Blog semata-mata,maka nyata dia telah tertipu dengan permainan dunia. [Sumber]

Ayat di atas adalah quote oleh Hilal Asyraf.

Dan di bawah ini pula?

Kadangkala terasa musuh sebenar zaman ini bukannya kezaliman,tapi kejahilan. [Sumber]

Di atas ini merupakan Status Twitter seorang Sahabat.

Saya sangat bersetuju dengan Pernyataan Beliau.Kita pada hari ini menghadapi Krisis Cara Berfikir yang sangat besar.

Krisis Cara Berfikir mungkin tidak begitu tepat untuk dinamakan masalah ini.Saya merasakan Krisis sebenar sedang dihadapi kita adalah Krisis Malas Berfikir.

Ya,pada hari ini,majoriti dari kita mahukan kemudahan sahaja.Mungkin akibat terlalu lama berada dalam Zon Selesa.Perkara ini jelas berlaku dalam kalangan Masyarakat Melayu terutamanya,dalam semua aspek.

Dalam Aspek Agama juga sama - kadangkala saya sedih apabila melihat di ruangan Komen sesetengah Blog,Para Pembaca bertanyakan kepada Ustaz yang terbabit suatu soalan mengenai suatu topik.

Yang mengecewakan adalah,soalan yang ditanya Pembaca itu,telah pun ditanya oleh seorang Pembaca lain di atas komennya itu.Dan soalan itu,telah pun dijawab!

Anda faham tak apa saya cuba sampaikan?Orang kita terlalu malas untuk berusaha dalam mencari sesuatu jawapan.Atau lebih tepat - tidak sanggup berusaha lebih.Ini bukanlah kritikan menghina.Ini sebenarnya satu situasi yang perlu direnung dan diubah.

Kita pada hari ini mahu 'senang' belaka.Tidak mahu berkorban.Semua benda mahu disuap.Bangunlah wahai umat Islam.Jangan terlalu malas.Jangan benda-benda yang senang pun mahu tanya.

Bukan tidak boleh bertanya.Boleh.Tapi,entah.Mungkin akibat daripada cara hidup kita pada hari ini (yang 24 Jam disumbat dengan TV,Media Ringan Gelak),kita menjadi Umat yang Malas berfikir.Renung-renungkan.Ini untuk kebaikan kita juga.Ingat.Fitnah Akhir Zaman ini sangat kompleks.Carilah Ilmu.



Kalau kita benar-benar ikhlas,nescaya kebenaran kita ketemu.Insya-Allah.

Dan itulah juga sebabnya saya merasakan adalah menjadi tanggungjawab untuk saya mencari 'Ilmu' dengan lebih serius selepas habis belajar di sini kelak untuk disampaikan Ilmu itu nanti kepada Majoriti Masyarakat pula.

Doakan saya.

*** *** ***

Kita kembali kepada Topik kita - Istanbul.

*** *** ***

Sebenarnya,perjalanan saya ke Istanbul tempoh hari - lebih kepada perjalanan untuk mencari Pengajaran untuk diri sendiri.Kerana,hidup ini,kita perlu sentiasa mencari nasihat untuk menyedarkan diri kita yang mudah terleka.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). [At-Tawbah : 111-112]

Dan Alhamdulillah,perjalanan saya sebenarnya sudah pun bermula sebelum saya pergi ke sana lagi.Alhamdulillah.

Sebenarnya pengajaran itu banyak di sekeliling kita.Setiap hari kita berjumpa dengannya.Cuma tiap masa menyaksikan kita lebih selesa membutakan mata,memekakkan telinga berbanding mengambil pengajaran itu dan merubah diri.

*** *** ***

Kenapa saya katakan 'Perjalanan' saya sudah pun bermula sebelum saya pergi ke sana lagi?

Saya pergi ke sana pada 01 Februari 2012.Tapi ada sesuatu yang berlaku sehari sebelum itu.

31 Januari 2012 - Pelajar Senior saya telah tamat Pelajaran dan bakal pulang ke Malaysia untuk selama-lamanya pada 06 Februari 2012.

Oleh kerana saya dan beberapa orang rakan yang bakal pergi ke Istanbul tidak sempat menghantar Beliau ke Lapangan Terbang,Beliau sempat melawat kami sebelum kami bertolak ke Istanbul.Beliau ini sebenarnya bolehlah saya anggap sebagai seorang Abang.

Kenapa?Kerana Sahabat Senior ini banyak membantu dan menasihat saya sepanjang Perubahan saya.Banyak juga Ilmu yang dikongsi Beliau.

Banyak yang kami borakkan malam itu.

Tapi,saya sekadar ingin berkongsikan beberapa Point menarik dalam Perbualan itu yang saya rasakan bermanfaat untuk dibaca anda semua (Perbualan ini telah saya ubah-suai sedikit atas beberapa sebab) :

Beliau : Kalau engkau perasan,persaudaraan di antara seorang Muslim yang berjuang di atas Jalan ini dengan seorang Muslim lain yang turut berjuang,adalah amat Istimewa.Kerana matlamat kita sama.Biar pun ada perbalahan,tapi akhirnya,matlamat kita tetap sama.Perhubungan ini tidak sama dengan perhubungan yang berlandaskan material seperti 'Rokok' misal kata etc etc.Sekejap sahaja perhubungan sebegitu.

Saya : Betul-betul.

Memang benar.

Apa yang saya dapat lihat sepanjang saya dalam Proses 'mengenali' apa itu Islam yang sebenar,saya mendapati,nilai Persaudaraan di antara seorang Mukmin dengan Mukmin yang lain - amat kuat sekali.

Persaudaraan ini tidak boleh disamakan dengan perhubungan antara kita dengan 'Pihak' yang lain,yang asasnya tidak berlandaskan Iman.

Misal kata,jika anda ada seorang Rakan,tapi perhubungan anda berlandaskan kepentingan 'Material',sebenarnya amat sukar keikhlasan untuk wujud dalam Perhubungan itu.Andai kata salah seorang dari anda 'buat hal',pasti sukar untuk berbaik kembali.

Kerana apa?Ego,angkuh etc.Tapi perkara ini tidak terjadi dalam Konsep Persaudaraan yang dianjurkan Islam.

Entah.Perkara ini sukar diungkap dengan perkataan dan penulisan.

Hanya yang pernah mengalami keindahannya sahaja yang memahami.

*** *** ***

Senior saya ini sebenarnya memainkan peranan yang agak penting dalam Urusan Hal Ehwal Islam di sini.Selepas pulang dari Istanbul,dan menyedari bahawa Beliau sudah pulang,dan beberapa orang Senior lain akan turut pulang tidak lama lagi,saya menyedari - tanggungjawab yang menanti untuk kami yang tinggal di sini adalah besar.

Sama juga dengan kita di luar sana.Tanggungjawab yang menanti kita sebenarnya bukan sedikit.Banyak.Dan amat besar.

Dengan kemudahan mendapatkan Ilmu etc etc yang ada pada hari ini,apa alasan kita untuk tidak berjuang menyebarkan kebenaran di jalan-Nya?

Fikir-fikirkan.

*** *** ***

Jika direnung,tajuk Penulisan kali ini tidak hanya termaktub untuk cerita saya di atas.Tapi ianya juga boleh dikaitkan dengan kehidupan kita.

Mungkin ada yang beranggapan hidup kita ini masih panjang.Dan mungkin ada yang beranggapan mati itu masih jauh dari kita.

Anda yang beranggapan seperti ini - ketahuilah bahawa anda sedang berada dalam khayalan dan sedang tertipu.

Hakikatnya,perjalanan kita menuju mati - telah pun bermula tanpa anda sedari.Ianya telah bermula tatkala kita mula-mula bernafas dahulu.

Ayuh,jangan buang masa lagi.

Gunakan waktu yang masih berbaki ini untuk bertaubat,mencari redha-Nya dan menambah Pelaburan Akhirat kita.

Itu sahaja untuk kali ini.

Salah silap,terkasar bahasa - harap ditegur dan dimaaf.Saya hanya seorang manusia biasa.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Apa yang menarik dalam Siri seterusnya?Kisah di Lapangan Terbang.

P/P/S : Banyak yang hendak dikongsi.Tapi tidak mampu sekali gus.Sedikit demi sedikit.



2 comments:

  1. As-Salamualaikum,

    Terima Kasih kerana ziarah..
    Benar...
    Saya juga pernah merasai perasaan Sillaturahmi kerana iman satu masa dulu.

    Umpama jumpa kenalan lama padahal baru pertama kali jumpa.

    D.HAda

    ReplyDelete
  2. perkongsian menarik selepas sekian lama menyepi dengan taklifat masing2...

    ReplyDelete