15.2.12

Empayar IV : Kami Hampir Di-Blacklist (Perjalanan Diteruskan).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Kita sambung Siri kita.Siri ini bakal ditulis panjang.Kerana banyak perkara yang berlaku di sana (Istanbul).Kepada anda yang baru membaca,boleh baca Siri ini dari awal untuk memudahkan Pemahaman.

Kelakar bukan kalau difikirkan kita - seminggu - nampak seperti singkat waktunya - tapi kalau waktu itu dimanfaat dengan baik - sejuta pengalaman kita boleh dapat.Waktu,ianya memang suatu yang menakjubkan (boleh baca sini sebagai bacaan tambahan).

*** *** ***

1 Februari 2012

Saya,dan 7 Orang lagi Sahabat bertolak dari Asrama kami menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Moscow.

Manusia - memang tabii setiap dari kita untuk berharap agar setiap urusan dipermudah.Dan memang tabii manusia - untuk merasa kecewa apabila dilanda kesusahan.Tapi,mereka lupa - setiap kesusahan itu ada kesenangan dan hikmah di sebaliknya.

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. [94:6]

Long story short,kami tiba di Lapangan Terbang.

Oh ya,terlupa.Saya merupakan Ketua dalam Trip ini.Perkara ini diberitahu kerana ada kaitan dengan cerita kita selepas ini.

Sabda Nabi Muhammad SAW,maksudnya :

“Apabila keluar tiga orang dalam musafir maka lantiklah salah seorang mereka sebagai ketua”. [Abu Daud, no. 2608, Hasan Sahih].

Tiba di Airport,kami pergi ke kaunter untuk memasukkan barangan ke dalam kargo.Sebenarnya,kami sudah check-in online malam sebelumnya,jadi kalau difikir logik,memang tidak perlu beratur panjang lagilah.Cuma perlu masukkan barang.

Tiba di kaunter,pandangan-pandangan racist Penjaga Kaunter Lapangan Terbang mula kelihatan.

Long story short lagi,seorang lelaki yang besar fizikalnya (atau dalam kata lain Gemuk) menghampiri kami.

Lelaki Gemuk ini - meminta Passport kami,dan memandang kami dengan pandangan yang sungguh Racist.Jujur kata,saya sebenarnya memang tidak berkenan dengan sikap Racist.Tidak kira di sini,atau di Malaysia.Hatta di mana-mana sahaja.Siapa kita untuk berlaku Racist?

Sambung cerita.

Setelah 30 Puluh Minit Passport kami dibelek-belek,kami tetap di situ.Beg masih lagi tidak dimasukkan ke dalam Cargo.

Seorang Staff datang kepada kami,bertanyakan kepada kami beberapa soalan.Saya memandang Jam.Ada lagi 75 Minit sebelum Waktu Penerbangan kami.

"Dari mana?Bila sampai Airport?" - tanya Beliau (Perbualan ini berlangsung dalam Bahasa Russia).

"Dari Malaysia.Dari Asrama.Sampai Airport sebelum kami pergi Kaunter ini" - jawab saya.

"Apa yang berlaku sebenarnya?" - tanya saya.

"Ada masalah sedikit.Macam ni.Kami nak pastikan kamu ni memang betul-betul dari Malaysia.Sebab sekarang ni banyak Sindiket guna Passport Malaysia untuk pergi ke Negara lain oleh orang-orang Asia Selatan" - terang Beliau cuba menenangkan keadaan.

Lelaki Gemuk yang memulakan Isu ini tadi - hilang.Hilang dengan Passport-Passport kami.Saya pada ketika itu sudah agak panas (point ini perlu diberitahu,sebab nak bagitahu kisah benar yang berlaku).

Saya bertanya,"Mana Lelaki tadi?Flight kami sudah dekat.Tinggal lagi Sejam".

Staff itu cuba menenangkan keadaan,"Passport-Passport kamu sedang diperiksa.Kamu Student mana ini?".

Soalan itu - ditujukan kepada kami - kerana mereka hendak memastikan yang kami ini benar-benar Student.

Saya meminta Sahabat-Sahabat saya yang lain mengeluarkan segala Dokumen untuk ditunjuk kepada Staff ini bagi meyakinkan Beliau yang kami ini memang Student,dan juga menunjukkan Beliau IC-IC kami untuk membuktikan yang kami ini memang orang Malaysia.

Soalan lain pula ditanya - Di mana Asrama kamu?Belajar Tahun Berapa?Universiti mana etc etc? - kadangkala Paranoia yang berlebih-lebihan agak menjengkelkan.

Masa berjalan.

Saya meminta Sahabat-Sahabat untuk berdoa.Kerana hanya tinggal 45 Minit sebelum Penerbangan kami.Barang-barang kami masih belum dimasuk ke dalam Cargo etc.Yang lebih parah,Passport kami masih berada dalam Tangan Lelaki Gemuk.

Lelaki Gemuk muncul kembali.

"Aa.Maaf.Saya dah telefon Jabatan kat sana (Lokasi kami Transit),kamu tidak boleh masuk ke sana" - ujar Lelaki Gemuk tanpa rasa bersalah.

Darah saya amat menyirap ketika itu.Kerana pertamanya - kelihatan seperti Beliau mempermainkan kami,dan sebab kedua - seperti ada unsur mensabotaj kami.

Yalah.Kami sudah beri Segala Dokumen untuk membuktikan yang kami ini orang Malaysia dan Pelajar di sini etc.

"So apa yang kami perlu buat sekarang ni?" - tanya saya,masih cuba bersuara tenang.

"Engkau kena pergi kaunter tu (menunjukkan Kaunter Tiket Syarikat Airline lain),beli tiket lain,naek direct flight ke Istanbul" - jawab Beliau dengan penuh kebijakan.

Dipendekkan cerita,Lelaki Gemuk ini sebenarnya curiga kenapa kami perlu naik flight transit di Negara lain untuk pergi ke Istanbul.Beliau pelik kenapa kami tidak ambil direct flight ke Istanbul.Saya terangkan kepadanya bahawa Direct Flight harga mahal.Masakan Beliau tidak tahu.Beliau kerja di Lapangan Terbang.Hati saya semakin kuat mengatakan Lelaki Gemuk ini samada Racist,atau Paranoid.

"So,sekarang ini engkau nak suruh kami beli Tiket Lain ke Turki la?Tiket yang ni macam mana?" - jawab saya mula meninggi suara (siapa tahan bro kena main macam ni).

"Ya.Engkau kena beli tiket lain.Naik Direct Flight.Tiket yang ni aku tak tau" - jawabnya tenang.

Saya dan seorang Sahabat yang berada di sebelah saya (Penolong saya dalam Trip ini),sudah tertekan.

Saya katakan kepadanya,"So engkau nak cakap yang kami ni dah dalam blacklist tak boleh masuk Negara tempat kami Transit tu ke hape?Kami transit je la.Bukan keluar.Kau nak cakap kami Orang Jahat la ni?" - jawab saya dengan suara yang lebih tinggi.

Saya tidak menggunakan perkataan Terrorist.Sebaliknya saya gunakan Istilah Orang Jahat.Kenapa?Entah.Sebab kemarahan saya masih boleh dikawal.Lagipun,bimbang kalau diguna perkataan itu,semakin Paranoid Lelaki Gemuk ini jadinya.

"Maaf,aku tak cakap engkau orang kena blacklist.Tapi Jabatan di sana tak beri kamu masuk" - ujar Lelaki Gemuk,dan kemudian beredar dari situ meninggalkan kami tanpa sebarang belas kasihan.Kalau sudah tidak boleh masuk,blacklist la bro ringkas ceritanya.Adoi.Lelaki Gemuk ini sangat kelakar.

Saya melihat Sahabat-Sahabat.Mereka semua bimbang.Ada yang sedang berdoa.

Saya dan Pembantu saya,bertanya kepada Staff yang lain.Seorang Wanita menyuruh kami bertanya Kaunter Tiket Syarikat mereka - samada Tiket kami boleh refund atau tidak.

Saya lihat Jam Tangan,ada lagi 25 Minit sebelum Waktu Penerbangan.Saya masih optimis yang kami boleh fly.

Kami pergi ke Kaunter itu - Staff yang berada di situ dengan Sombong berkata,"Itu bukan masalah saya".

Saya cuba menerangkan Situasi kami,jawapan yang diberi masih sama.

Doa masih diteruskan.Saya suruh seorang Sahabat untuk membuat panggilan Telefon ke Embassy Malaysia.Waktu tinggal 20 Minit sebelum Penerbangan.Orang Embassy tidak dapat dihubungi.

Saya sudah bingung.Dalam hati saya bisik - "Ini bukan perkara kecil.Kena senarai hitam tu bro".

Long story short lagi.

Seorang dari kami mencadangkan agar kami menelefon Syarikat Agen yang kami beli Tiket kami daripada mereka.

Kerenah Birokrasi - panggilan itu pun mengambil masa yang lama.Waktu berjalan.

Ketika ini,segala-galanya mula berlaku dengan pantas.

Seorang Lelaki India lain dari Malaysia,yang turut sama tidak boleh memasuki Negara itu,tiba-tiba dilepaskan oleh mereka.

Saya yang masih dalam Panggilan Telefon,disuruh oleh Agen kami untuk menunjukkan Slip Resit Bukti Tempahan Hotel di Turki.

Saya suruh Sahabat saya tunjukkan kepada Staff Perempuan di situ.Beliau menghubungi seseorang apabila ditunjukkan Resit itu.Ketika itu,hanya tinggal 15 Minit sebelum Penerbangan kami.

Saya sudah risau.Kena cancel Flight.Uih.Mahal tu bro.Hotel lagi.

"So,kita bagi diorang lepas?" - kata Staff Wanita itu dalam Perbualan Telefonnya.

Saya sudah sedikit lega.Alhamdulillah.

Wanita itu kemudian berkata,"Okay,korang boleh masuk dan fly sekarang".

"Tapi barang kami tidak check-in lagi?Flight lagi 10 minit.Macam mana?" - tanya saya.

Beliau berkata - "Saya dah suruh mereka tunggu.Dengan syarat engkau orang bertindak pantas".

Saya menyuruh Sahabat-Sahabat bertindak Pantas.

Dipendekkan cerita lagi,Wanita ini bersetuju untuk menemani kami sehingga ke Kaunter Imigresen.Wanita ini memang baik.Semoga Beliau dikurniakan Petunjuk dan Hidayah Allah SWT.Amin.

Alhamdulillah,urusan di Imigresen juga mudah.

Saya dan Sahabat-Sahabat berlari menuju ke Kapal Terbang.Lagi Tiga Minit sebelum Waktu sebenar Penerbangan,barulah kami dapat duduk dalam Kapal Terbang.

Macam movie kan?

Tapi bukan itu yang saya hendak sampaikan.Sebenarnya cerita di atas ini panjang lagi.Bayangkan.Dua Jam lebih keadaan ini berlangsung.Boleh dikatakan,inilah antara moment yang paling membimbangkan yang pernah berlaku dalam hidup saya setakat ini.

Dalam Kapal Terbang kami tidak henti-henti mengucapkan syukur.

"Ini memang Allah Nak Tolong kita la.Kalau Allah tak tolong tadi,mustahil kita dapat masuk ni",ujar saya.

Sahabat yang lain bersetuju.Ada yang menambah point saya juga.

Tapi memang betul.Allah SWT yang Membantu kami pada hari itu.

Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Mungkin kerana kami tidak henti-henti berdoa semasa dilanda kekusutan itu.

Selepas beberapa minit kami semua sudah masuk,Kapal Terbang mula bergerak,menuju ke destinasi Transit kami.

Apa pengajaran dari kisah ini?

Banyak sebenarnya.

Esok saya ceritakan dalam Penulisan seterusnya.

Tapi yang paling penting - janganlah berputus asa dengan rahmat Allah SWT.Kejadian ini hanya membuktikan kepada saya - tiada apa yang mustahil untuk berlaku jika Allah Mengizinkannya.

Bayangkan,Lelaki Gemuk ini melakukan pelbagai perkara untuk menyaksikan kami tidak fly,tapi dengan izin Allah SWT,kami dapat fly juga.Alhamdulillah.Sama juga dengan kebangkitan Islam.Musuh Islam buatlah macam mana sekalipun,Islam tetap akan bangkit.Cuma yang perlu ditanya kita adalah,diri kita ini berada di Pihak mana?

Itu sahaja untuk malam ini.

Saya sudah penat mencoret.

Esok saya sambung.

Oleh kerana Penulisan ini panjang,saya tidak check balik ejaan.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa yang berlaku - harap dibetul dan dimaafkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sampai di Tempat Transit,masalah lain pula menjelma.Nantikan Penulisan seterusnya

P/P/S : Banyakkanlah bersyukur.Rezeki yang didapati kita ini semuanya Ujian.Ujian untuk melihat samada kita ini bersyukur atau tidak.Astaghfirullahalazim.

P/P/P/S : Kisah di atas,merupakan Kisah Benar.



4 comments:

  1. Salam...

    Serius mendebarkan...betul..ke ceruk mana kita pergi dalam dunia ni..tetapkan dalam hati untuk berserah kepada Allah sebab semua yang ada kat dunia ni Allah yang punya...insyaAllah kita akan dapat menghadapi masalah yang menimpa dan hati jadi tenang..

    ReplyDelete
  2. asalamualaikum..
    masyaAllah. seronok membaca kisah tuan. disebalik cerita tuan itu sebenarnya Allah mahu bagikan tuan pengalaman iman. apakah itu pengalaman iman?

    alamat pengalaman iman adalah,

    apabila dalam saat ketika dan keadaan semasa itu mengajak kita utk tawajuh & YAKIN kpd makhluk, kita langsung hanya tawajuh dan YAKIN kpd Allah swt.

    tanda seseorang yg lulus dalam pengalaman iman itu adalah

    apabila tawajuh n yakin nya sedikit pun tak terkesan dgn keadaan n suasana. malah dpt tarik bantuan Allah melalui perantaraan amal.

    cerita tuan ini pun banyak berlaku keatas pendakwah2 yg mahu pegi ke india utk belajar usaha atas iman yakin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam ibnu hatari.

      alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah SWT.doakan saya ..terima kasih atas perkongsian ilmu...

      by the way,janganlah bertuan2 dgn saya.haha.segan.. saya manusia biasa je..lemah..sekadar berkongsi sedikit pengalaman.ehehe

      assalamualaikum.moga Allah berikan petunjuk-Nya kepada kita semua.dan semoga anda dan keluarga diredhai-Nya.

      Delete
  3. The process is made up of elastic tubing and bands, which are connected that has a series of clips.


    My website; simply click the up coming post

    ReplyDelete