23.2.12

Empayar IX : Warisan Sejarah Atau Kebenaran Islam - Mana Satu Pilihan Anda?

Prenote : Kepada anda yang baru membaca Siri ini,dicadangkan anda membacanya dari Episod Pertama di sini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,segala Puji hanya bagi Allah SWT - Maha Pencipta Sekalian Alam.

Alhamdulillah dengan izin-Nya,Giveaway Buku Islamik Percuma Pena Maya Edisi Februari 2012 berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah,semua Dana yang disumbang telah berjaya digunakan.Semoga Para Pembaca yang mendapat buku itu memanfaatkan buku itu dengan penuh efisyen.Dan semoga apa yang dibaca diamal dan dikongsikan bersama family/rakan etc.

Harapannya,dengan cara ini,kita sebagai Umat Islam Majoriti mampu menyumbang sesuatu untuk kebangkitan Islam itu nanti.

Insya-Allah.Ingat,tiada masa sebenarnya untuk kita bermalas-malasan.

Sedang kita bermalas-malasan,berjuta Anak Kecil dibunuh di luar sana.Kezaliman dan kejahilan sedang bermaharajalela.

Apakah kita mahu duduk senyap sahaja?Sedangkan kita mampu?Di manakah 'Jiwa Pejuang' kita?

Fikir-fikirkan.

Sebenarnya dalam hidup ini,jika kita ada suatu Idea yang baik,dan kita yakin perkara itu berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah,yakni kefahaman Islam yang sebenar - janganlah takut untuk mengorak langkah untuk memulakan Idea itu.

Memang akan sentiasa ada tentangan - tapi kalau dilihat akan Sejarah Dunia - salah satu step pertama untuk menjadi Sukses adalah anda akan mempunyai sekelompok Penentang.Itu Tabii Dunia.

Oh ya,lupa hendak beritahu.Dana untuk Projek '10 Al-Quran Percuma' Edisi Mac nanti juga telah berjaya dikumpul sebanyak RM 300.Alhamdulillah!

Kita sambung semula kisah Istanbul kita yang telah lama terhenti,okay?

*** *** ***

Tugu Sebelum Topkapi

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu".

Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim. [Yunus : 108-109]

Selepas mengunjungi Hagia Sophia,kami bergerak keluar menuju ke Topkapi Palace pula.


Gambar di atas diambil oleh Sahabat saya semasa kami dalam Perjalanan menuju ke Topkapi.

Gambar menunjukkan sebuah Monumen/Tugu bersejarah yang diukir pada Zaman Byzantine lagi (Klik Gambar Untuk Imej Lebih Besar).

Sebelum itu maaf jika anda merasakan perjalanan cerita kita lambat.Banyak sangat perkara hendak dicerita.Harap anda faham.

Sambung cerita.

Berkenaan dengan Monumen/Tugu,di Istanbul - terlalu banyak ukiran-ukiran Monumen/Tugu diletakkan di sekeliling bandar.

Perkara yang sama juga berlaku di Moscow,tempat saya belajar.Banyak Tugu dibina di seluruh bandar.Di sekeliling sesetengah Tugu,ada longgokan duit syiling bertimbun-timbun.

Apakah kaitan Tugu dengan Duit Syiling?Ha,sesetengah manusia di Moscow (sebagai contoh) beranggapan bahawa Tugu-Tugu ini Sakti.Konon,Tugu-Tugu ini dapat menunaikan Hajat mereka.

Astaghfirullahalazim.

Bukankah ini namanya satu Pemujaan secara tidak langsung?Tidakkah ini namanya berhala?Dan tidakkah ini namanya mensyirikkan Allah?

Saya teringat perbualan saya dengan seorang Sahabat saya di sini.Beliau ini Muslim dari Bangladesh.

Beliau ini seorang yang agak serius dan prinsipnya agak tegas dalam mengamalkan Islam - itu apa yang saya dapat tafsirkan tentang dirinyalahWallahualam.Allah Knows best.

Di bawah ini saya quotekan perbualan antara saya dengan Beliau (sila take note,perbualan sebenar berlangsung dalam Bahasa Inggeris) :

Beliau : You know,kat negara kitorang ada sebuah Tugu/Monumen.Ada Badan Agama minta dirobohkan.Tapi ada Pihak menentang.Dengan alasan Monumen ini sudah berumur Ratusan Tahun,Warisan Negara.I wonder,kalau perkara itu bernilai,Warisan Negara,apakah antara perkara pertama yang dilakukan Nabi Muhammad SAW terhadap Berhala-Berhala di sekeliling Kaabah semasa Pembukaan Kota Mekah?

Saya : Yup.Ianya dimusnahkan.Betul la tu.

Dialog mungkin telah diubah-suai sedikit oleh saya untuk memudahkan Pemahaman anda.

Tapi ada benarnya.

Jika Warisan Adat/Sejarah yang 'lebih penting',kenapa dimusnahkan berhala-berhala di Mekah?

Perbualan di atas membawa kita kepada suatu persoalan yang saya mahu tanyakan kepada anda,

Apakah yang cuba disampaikan Nabi Muhammad SAW kepada kita?

Apakah Nabi Muhammad SAW menyuruh kita untuk mengekalkan 'Warisan Songsang'?

Atau Nabi Muhammad SAW menyuruh kita menjadi hamba kepada Allah SWT,Maha Pencipta Sekalian Alam?

Jawapannya mudah - Nabi Muhammad SAW menyuruh kita menjadi hamba kepada Allah SWT,menjadi seorang Muslim yang menyerahkan diri-Nya semata hanya kepada Allah SWT - mengikuti segala perintah Allah,dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Itulah maksud menjadi seorang Muslim - menyerah diri hanya kepada Allah SWT!

Hanya kepada Allah kita menyembah,hanya kepada Allah kita memohon.

Tapi,kita lihat pada hari ini - manusia lebih mempertahankan Nilai Tempatan dari mempertahankan Islam itu sendiri.

Apakah Islam yang dimaksudkan di sini?

Islam yang dimaksudkan di sini adalah Islam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW kepada manusia,berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah seperti yang difahami Para Sahabat.Bukannya Islam ikut-ikutan Versi Masyarakat Setempat.

Perkara di atas (mempertahankan Adat lebih daripada Islam) kemungkinan besar berlaku kerana kita SALAH dalam memahami Jalan ini.Apakah yang perlu kita lakukan untuk memahami jalan ini?Carilah Ilmu.Ilmu pada hari ini amat mudah didapati.Kita sahaja yang sering membutakan mata,malas mencari.

Mohonlah kepada-Nya agar diberikan kefahaman dalam mencari kebenaran.Mohonlah petunjuk daripada-Nya.

Mungkin boleh baca di sini untuk maklumat lanjut.

Cubalah tafsirkan apa yang saya tulis ini dengan akal serta hati yang rasional.

Pengajaran lain dari Gambar di atas adalah - kita semua akan mati satu hari nanti.Untuk Orang-Orang yang masih hidup di Dunia,kita tinggalkan Pengajaran untuk mereka.Untuk Akhirat pula,kita bawa Amal.Dan hakikatnya,Akhirat itulah kehidupan yang sebenar.

Jika di Dunia kita tidak bersedia dengan Amal untuk dibawa ke Akhirat,rugi dan celakalah kita di sana kelak.

Bertaubatlah.

Even anda seorang Perdana Menteri,Pelakon,Bintang Filem,Pelajar,Pelayan Restoran etc - ketahuilah bahawasanya hanya orang yang datang dengan hati yang bersih sahaja ketika menghadap-Nya di Akhirat kelak yang akan berjaya.

Berjaya dalam erti kata yang sebenar.Yakni mendapat Syurga dan Redha-Nya.



*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Maaf Siri ini ditulis dengan agak lambat.Saya fikir,bulan April nanti baru Siri ini dapat ditamatkan.Terlalu banyak yang mahu dikongsi dan direnung bersama.

Dan ya,jika ada masa,cuba renung Terjemahan Surah Al-Fatihah yang sering kita baca dalam Solat itu.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetul.

P/P/S : Orang yang menilai hidup ini dari Kaca Mata Parti Politik sahaja adalah sangat rugi.Lihatlah dari kaca mata seorang hamba.Hanya dengan kaca mata seorang hamba,kebenaran dapat dijumpai.



2 comments:

  1. penamaya,

    sebuah perkongsian yang menarik. memberi seribu pengajaran. mampu membuka mata yang layu tergoda dek dunia. terima kasih :)

    ReplyDelete