17.2.12

Empayar V : Kami Tiba Di Istanbul.Alhamdulillah.

Prenote I : Kepada yang baru membaca,saya cadangkan untuk membaca Siri ini dari awal di sini.

Prenote II : Saya akan mengadakan Giveaway Buku Islamik Percuma Edisi Februari 2012 dalam masa terdekat.Sesiapa yang ingin menyumbang Dana,boleh menghubungi saya melalui email saya - pospenamaya@gmail.com.Dana yang diperlukan RM 100 mungkin?Kalau lebih,saya akan gunakan Dana itu untuk Sudden Giveaway pula.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Maaf hari semalam saya tidak dapat menulis.Bukan tiada masa.Ada.Masa itu sememangnya ada.Tapi kekuatan diri,tiada.

Sebelum saya meneruskan Siri kita di bawah ini,saya ingin berkongsi sedikit tentang 'Doa'.

Berapa kali dalam hidup kita,apabila kita berada dalam suatu masalah,atau kita berhajatkan sesuatu - kemudian kita berdoa - dan kita mendapati tidak lama selepas itu doa kita dimakbulkan?

Banyak kali bukan?

Kadangkala,doa kita dimakbulkan agak lambat.Mungkin beberapa bulan,tahun.Tapi,bila direnung kembali Perjalanan hidup kita sepanjang tempoh doa itu untuk dimakbulkan,banyak hikmah yang terjadi.

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [2 : 216]

Perkara ini tentu pernah dialami oleh kita semua.SubhanAllah.

Oleh itu,pengajarannya,sentiasalah berdoa.Berdoa dan terus berdoa kepada-Nya.Doa ini juga satu Ibadat sebenarnya.

Sesiapa di antara anda yang ada masa lapang,boleh tonton video ini untuk maklumat lanjut.

*** *** ***


1 Februari 2012 - selepas Episod mendebarkan,kami tiba di Frankfurt.

Alhamdulillah.Maha Suci Allah yang telah Memudahkan urusan kami.

Di sana,kami transit lebih kurang 7 Jam.

Ramai juga orang Islam yang bekerja di Lapangan Terbang itu.Ramai di sini bukanlah bermaksud 'ramai' seperti di Malaysia.Tapi untuk sebuah Negara Barat,saya fikir bolehlah dikatakan orang Islam di sini ramai.

Saya terlihat beberapa orang Wanita Islam yang memakai Tudung bekerja sebagai Janitor di sini.

Mungkin ayat saya ini sedikit corny dan cliche,tapi pernahkah kita fikir,apa yang membuatkan Wanita-Wanita ini tetap teguh dan Istiqamah memakai Tudung Kepala walaupun semasa berada di Negara Barat?

Dan pernahkah kita terfikir,mengapakah seorang Muslim yang beriman tetap Istiqamah melaksanakan Solat walau di mana Beliau berada,even di khalayak ramai?

Jawapan saya mudah sahaja : Ini kerana,seorang Muslim menyerah dirinya kepada Maha Pencipta.Segala perbuatannya untuk mencari redha Allah SWT,Tuhan Yang Maha Memilik Sekalian Alam.

Ya,bukan mudah untuk seorang Wanita Muslim untuk mengekalkan Pemakaian Tudungnya di Luar Negara apabila keadaan sekeliling memperlihatkan Wanita-Wanita Barat mendedahkan tubuh mereka.

Tapi,mereka yang minoriti ini memilih untuk kekal bertudung.Apa rahsianya?

Ini kerana mereka tahu bahawa perbuatan mereka mengikut perintah Allah SWT ini,akan membawa kepada mereka mendapat balasan yang baik daripada-Nya,yakni balasan Syurga.

Dan perkara ini sebenarnya tidak boleh berlaku jika tiada Iman di dada seseorang manusia itu.

Bayangkan,tiada orang yang mengawasi mereka samada anda bertudung atau tidak.Tapi mereka tetap bertudung.Kerana apa?Allah SWT Maha Melihat.Ya.Even tiada orang,janganlah melanggar perintah Allah SWT.Dia Maha Mengetahui.SubhanAllah.

Mungkin ayat ini sedikit berulang-ulang.Maaf.Saya tidak tahu bagaimana hendak huraikan Point ini dalam bentuk perkataan.

*** *** ***

Masih lagi 1 Februari 2012 - beberapa jam sebelum waktu Penerbangan kami ke Istanbul dari Frankfurt.

Long story short,terbuka hati kami untuk bergerak awal menuju ke Kaunter Pertanyaan untuk bertanyakan maklumat Penerbangan kami.Walhal,masih ada lagi Dua Jam lebih baki waktu sebelum Penerbangan kami.

Tanya punya tanya,Staff di Kaunter berkata,"Maaf,Penerbangan ke Istanbul telah dibatalkan".

"Bila dibatalkan?",tanya salah seorang dari kami.

"Beberapa minit yang lepas",kata Staff itu.

"Huh?",saya berundur ke belakang dan duduk.Sebenarnya saya amat penat ketika itu.Yalah.Lama Transit.Jadi apabila timbul perkara seperti ini,saya hanya mampu duduk dan berdoa serta bertawakal kepada Allah SWT sahaja.

Beberapa orang Sahabat duduk bersama saya.Sahabat yang lain pula menguruskan perkara ini di Kaunter.

Saya hanya mendengar sambil duduk.

"Kami boleh bookkan Hotel untuk kamu.Kamu stay dahulu dan fly ke Istanbul pada Esok Hari pula.Kerana Cuaca di Istanbul pada hari ini agak teruk",kata Staff.

Sepuluh minit berlalu.Ketika kami sedang berkira-kira untuk mengumpulkan Passport untuk diberikan kepada Staff ini untuk diuruskan Tempahan Hotel,tiba-tiba Staff ini berkata,"Okay,kamu boleh fly sekarang.Tapi kena segera,flight Jam 2030".


Jam Tangan saya pada ketika itu menunjukkan waktu Jam 2015.Flight kami sepatutnya pada pukul 2225 (mungkin).

Staff ini menerangkan kepada kami bahawa kami akan menaiki Penerbangan bersama Syarikat lain.

Kebetulan Syarikat ini menuju ke Istanbul,tapi Pendaratan bakal dilakukan di Lapangan Terbang yang lain.Dan Staff ini mengatakan hanya ada beberapa tempat kosong lagi di dalam Pesawat itu.

Alhamdulillah! - kata saya.

Ya,Alhamdulillah.Betapa cantiknya Plan Allah SWT.

Bayangkan,dibukakan-Nya pintu-pintu hati kami agar bergerak awal ke Kaunter Pertanyaan,dibatalkan Flight kami,tapi tengok-tengok kami dapat Flight lain dan bakal tiba pada waktu yang lebih awal.

Alhamdulillah!

Kami menuju ke Gate yang diberitahu untuk mendaftarkan diri dalam Penerbangan itu.

Nama Penerbangan yang kami naiki adalah SunExpress.

Kapal Terbangnya tidaklah lawa mana.Boleh dikatakan agak buruk.Haha.Tapi apa boleh buat.Kapal Terbang Ganti.

Tapi,memang saya amat-amat bersyukur ketika itu.

Kerana ketika kami masuk dalam Cabin,Pesawat itu telah Penuh.Hanya tinggal beberapa tempat kosong sahaja.

Ini menunjukkan kalaulah kami lewat sedikit sahaja bergerak ke Kaunter Pertanyaan itu,pasti kami terpaksa bermalam di Frankfurt!

Dan ini bermakna,Duit Hotel kami akan burn etc!

Tapi,Allah SWT Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Dia Memakbulkan doa-doa kami.

Alhamdulillah.

Tidak sampai beberapa minit berada dalam Cabin,Kapal Terbang yang kami naiki mula bergerak dan menuju ke Istanbul.

Alhamdulillah.Kenapa saya ulang banyak kali Alhamdulillah?Sekadar ingin menunjukkan kepada anda semua,bahawa sebanyak mana pun kita mengucap Alhamdulillah,tidak terhitung oleh kita nikmat yang diberikan Allah SWT kepada kita.Kenapa?Nikmat yang diberikan oleh-Nya kepada kita amat banyak.Kita sahaja yang sering membutakan mata tidak mensyukuri pemberian-Nya.

Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat sesudah mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka dengan serta-merta melakukan rancangan mereka menentang ayat-ayat keterangan Kami dengan mendustakannya dan mengingkarinya. Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah lebih cepat melakukan rancangan menentangnya!" Sesungguhnya malaikat-malaikat utusan Kami sentiasa menulis akan rancangan tipu daya yang kamu jalankan itu.

Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur".

Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka dengan serta-merta merebakkan perbuatan derhaka di bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri. (Dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (bagi sementara); kemudian kepada kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa yang kamu telah lakukan. [Surah Yunus : 21-23]

*** *** ***

Beberapa Jam selepas itu,kami tiba di Istanbul.

Timbul satu lagi masalah.

Pengangkutan ke Hotel.Kenapa?Sebab kami sampai awal dari waktu yang ditetapkan.Tapi Alhamdulillah,Allah SWT sekali lagi memudahkan urusan kami.Setelah menelefon Pihak Hotel,mereka menghantar sebuah Van untuk menjemput kami.

Sedikit bayaran terpaksa dilakukan,tapi biasalah tu.Sebab Lapangan Terbang ini terletak Jauh dari Hotel kami.45 Minit Perjalanan mungkin?

Beberapa minit menunggu,Pemandu Van tiba.

"Assalamualaikum",ucapnya kepada kami apabila mendapati kami ini Muslim.

Gembira saya mendengar perkataan itu.Terasa wujud "sense of belonging" untuk berada di Istanbul.

Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk datang ke sebuah lagi Negara Islam untuk meneruskan Misi Mengembara di Bumi Ilahi.

Dan saya juga bersyukur kerana setelah melalui Pelbagai Pengalaman yang mendebarkan dalam Perjalanan ini,kami akhirnya tiba juga dengan selamat.Malah lebih awal dari waktu yang dirancang.

Pengajaran di sini : Sentiasalah bersangka baik dengan Ketentuan Allah SWT.Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.Tugas kita sebagai hamba-Nya adalah untuk mengikuti segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.Cukuplah Allah SWT sebagai Pelindung kita.

Itu sahaja untuk kali ini.

Penulisan seterusnya akan menceritakan hari pertama kami di Istanbul.

Maaf jika Penulisan ini agak berulang-ulang ayatnya.Saya menulis dalam keadaan yang tidak terlalu fokus.

Semoga bermanfaat.Salah silap,terkasar bahasa minta dimaaf dan dibetulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Doakan saya.


2 comments:

  1. "Ya,Alhamdulillah. Betapa cantiknya Plan Allah SWT" - Saya agak terharu di situ. Memang, bila kejadian yang pada mulanya kelihatan buruk lagi menyulitkan itu dengan serta-merta bertukar menjadi kebaikan dan kemudahan, rasa kagum dan syukur kepada Allah itu terpanjat berganda-ganda dari situasi yang -tanpa didahului kesulitan-.

    Dan tahniah. Suspen cerita ini tersampai kepada pembacanya (saya). Termasuk episod yang lalu. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.doakan saya dalam urusan akademik.semoga anda dirahmati Allah selalu.amin.

      Delete