18.2.12

Empayar VI : Syria,Palestin - Layakkah Kita Mengaku Bersaudara?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Kita skip sebentar dari Siri Istanbul.Ada Perkara yang lebih penting untuk dikongsikan.Tentang Syria.Ya.

Sebenarnya bukan sahaja Syria.Malah Palestin,Iraq dan semua Umat Islam yang sedang ditindas di seluruh dunia - di manakah kita wahai yang mengaku Muslim?

Di manakah kita?

Saya tidak mahu tulis panjang.Cukuplah anda menonton Video di bawah ini (saya minta kerjasama anda untuk tonton - hanya enam minit sahaja masa dari hidup anda akan 'terkorban') :


Saya pada mulanya fikir mahu tuliskan terjemahan untuk video di atas,tapi saya fikir tidak perlu.Anda boleh tonton sendiri insya-Allah .

Saya mahu kita tanya kepada diri sendiri,cukupkah menunjukkan keprihatinan kita hanya dengan menukar gambar bendera mereka di Laman Sosial kita?Selepas gambar ditukar,apa?Masih bergelak ketawa?

Tanyakan lagi kepada diri kita,apakah benar kita ini prihatin andai selepas mengetahui Saudara-Saudara kita di sana diseksa etc,kita masih boleh sibuk mahu memikirkan Perihal Bintang Popular Etc?

Astaghfirullahalazim - sesungguhnya Fitnah yang sedang melanda kita pada Saat Akhir Zaman ini amat dahsyat sekali.

Saya juga tertarik dengan Quote dari video di atas : Di manakah Pemimpin-Pemimpin kita?Di manakah Kereta-Kereta Kebal kita?

Ini sebenarnya renungan untuk diri kita.

Astaghfirullahalazim.Ampunkanlah dosa hamba-Mu ini kerana tidak mampu berbuat apa-apa.

Apakah benar kita tidak mampu berbuat apa-apa?

Sebenarnya,ada perkara yang boleh kita lakukan.

Apakah perkara itu?

Doa dan menunaikan Solat Sunat memohon kemenangan untuk Saudara-Saudara kita di sana.Berdoa!

Tapi,apakah kita berdoa?Atau sekadar moto sahaja?

Tontonlah video di atas.

Saya sedih dengan diri sendiri,dan juga kondisi Umat Islam pada hari ini.

Ya Allah,berikanlah kami kekuatan.

Ketahuilah Saudara-Saudaraku sekalian,kekuatan hanya dapat diperoleh dengan kembali kepada Allah SWT.

Jika kita tiada keupayaan pergi ke sana membantu mereka,lakukanlah sesuatu untuk menegakkan Islam di Tempat kita.

Ini sebenarnya tanggungjawab kita.

Cari Ilmu.

Ubah cara hidup.

Hendak tunggu sampai bila?

Ini bukan Penulisan Emosi.Tapi untuk menyedarkan diri kita yang terlalu jauh hanyut dalam Fitnah Dunia,kadangkala kita perlu berkeras dengan diri sendiri.

Kembalilah kepada Allah SWT.Mohonlah kepada-Nya.

Benarlah - Umat Akhir Zaman itu - cinta dunia mereka terlalu menebal.

Terlalu sayang dengan Politik,Bola,Hiburan etc.

Astaghfirullahalazim.

Sebelum saya terlupa,oleh kerana saya tidak mahu sekadar beretorik kosong semata,saya sekali lagi ingin mengulang bahawasanya saya amat mengalu-alukan jika ada di antara anda yang ingin menyumbang dana untuk digunakan dalam Giveaway Buku Islamik Februari 2012 Pena Maya.

Anda boleh menyatakan minat anda melalui pospenamaya@gmail.com.Saya memerlukan Dana mungkin dalam RM 100.Pena Maya ada 500 Follower.Kalaulah Sepuluh Orang dari Follower ini bagi RM 10 setiap seorang - sudah cukup RM 100.Duit itu akan diguna 100% untuk Giveaway.Saya tidak untung apa-apa.

Saya sekadar kumpul duit,belikan buku - dengan niat supaya lebih ramai orang kembali kepada Allah SWT selepas membaca buku-buku itu dan mendapat kesedaran tentang Islam.


Oleh kerana saya tidak mampu pergi ke sana,insya-Allah saya akan meningkatkan usaha untuk menyedarkan Umat Islam di luar sana melalui apa cara yang saya mampu - iaitu dengan menulis.

Ampunkanlah dosa-dosa kami,Ya Allah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Penulisan yang bagus untuk dibaca oleh anda-anda yang merasa diri dilanda kemerosotan Iman - Link.

Tiada Gambar Diletakkan Dalam Penulisan Kali Ini Untuk Menunjukkan Bahawa Tiada Guna Kita Meletak Gambar - Andai Langkah Tidak Diambil,Doa Tidak Dipohon.

No comments:

Post a Comment