18.2.12

Empayar VII : Pagi Pertama Di Istanbul.

Prenote : Penulisan kali ini ditulis dalam bentuk Travelog Diari berserta Gambar-Gambar di Istanbul untuk memberi sedikit kelainan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Dengan izin Allah SWT,kita dapat mulakan kembali Siri ini.Kepada anda yang baru pertama kali membaca Siri ini,boleh membaca Siri ini dari Episod Pertama di Link Ini.

*** *** ***

2 Februari 2012 - Hari pertama kami di Istanbul.

"Alhamdulillah,siapa sangka Budak Kampung ini dapat berada di Negara Orang pada hari ini?" - Ujar saya dalam hati melihat Pemandangan di Luar Tingkap Hotel.


Kami menginap di Dara Hotel.Hotel ini pada pendapat saya,layanannya amat bagus.Harganya agak berpatutan.Lokasinya juga menarik.Betul-betul di hadapan Hotel kami terletaknya sebuah Masjid yang agak besar dan bersejarah.Nama Masjid itu adalah Sokollu Mehmet Pasha Mosque.

Istanbul ini pada pendapat saya,sama seperti Mesir.Masjid di sini banyak.Tapi bezanya,Masjid di sini - besar-besar belaka.

Menunjukkan bahawa Kerajaan Islam di sini satu masa dahulu adalah Kerajaan yang sangat hebat.

Pagi itu,kami memulakan hari dengan bersarapan Percuma di hotel.Sebenarnya,tiap-tiap kali saya menikmati perkara-perkara yang hebat sebegini,saya sering merasa sayu.Haha.Kerana bersyukur Allah memberikan saya peluang merasai nikmat seperti ini.Ramai lagi Saudara dan Rakan kita di luar sana yang tidak berpeluang menikmati perkara seperti ini.Itulah tujuan saya berkongsikan Pengalaman saya dalam Siri ini.

Semasa makan di Bumbung Hotel,ada beberapa ekor Burung Seagull datang di berenda Tempat Makan itu.

Apakah Seagull ini?Ianya sejenis burung,tapi berkaki Itik.Suaranya kuat.Tapi agak comel.

SubhanAllah.

Variasi dalam Penciptaan Alam Sekitar menunjukkan betapa Hebatnya Allah SWT.Maha Suci Allah.


Selepas bersarapan,kami bersiap-siap untuk keluar dari Hotel,memulakan langkah Kembara Pertama kami di Istanbul.

Cuaca ketika kami keluar Pagi itu,agak sejuk.

"4 Hari sebelum kamu datang,Salji turun tidak henti-henti.Hari semalam baru berhenti.Salji ini first time berlaku dalam Tempoh Tiga Tahun",kata Staff Hotel,Encik Oh-Saya-Lupa-Hendak-Tanya-Nama-Dia-Ruginya.

Jelas kelihatan di Jalanraya Salji yang mula mencair.


Memang rezeki kami.Kalau tidak terpaksalah kami berjalan semasa Cuaca Bersalji.

Mengikut perancangan,Destinasi Pertama kami pada Hari ini adalah - melihat kawasan sekitar Masjid Sultanahmet.

*** *** ***

Maaf.Penulisan ini terpaksa dihentikan dahulu.Kerana saya terpaksa melakukan perkara lain dahulu buat masa ini.

Sorry tau kalau Perkembangan Siri ini agak Perlahan.Bukannya apa.Sepatutnya kalau saya tulis semata,cepat jadinya.Tapi saya main Edit-Edit Gambar semua,tu yang lambat sikit.

Apa-apapun,teruskan merubah diri.Teruskan mendoakan Kebangkitan Umat Islam.

Anda boleh Follow Twitter saya - @PenaMaya jika anda mempunyai Akaun Twitter.Saya agak Aktif di situ.

Dalam Siri Seterusnya saya akan menceritakan tentang Topkapi Palace - di dalam Istana ini tersimpan Khazanah Berharga dari Zaman Nabi Muhammad SAW.

Nantikan perkembangan lanjut.

Oh ya,sebelum mengakhiri Penulisan,saya ingin berkongsikan Sebuah Video.


Saya merasakan video ini amat perlu ditonton oleh mereka yang berada dalam Jalan Penyebaran Islam ini.

Janganlah berputus asa.

Malam ini,kalau ada masa,insya-Allah saya akan cuba sambung Siri ini lagi.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Kepada anda-anda yang mahu menyumbang Dana untuk Giveaway Bulan Februari 2012 - Peluang masih terbuka.Boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com.

P/P/S : Satu sebab kenapa saya amat jarang meletakkan banyak Gambar dalam sesuatu Penulisan adalah kerana - Gambar yang banyak akan mengurangkan Penulisan.Akibatnya,kuranglah maklumat yang ditulis.


No comments:

Post a Comment