20.2.12

Empayar VIII : Hagia Sophia - Dari Gereja Menjadi Masjid Dan Akhirnya Muzium.

Prenote : Boleh jadi Penulisan ini ada yang bercanggah dengan Fakta Sejarah Sebenar.Ini kerana Penulisan yang ditulis adalah Pemerhatian Penulis sepanjang berada di Istanbul.Dan Penulis - bukanlah seorang Doktor Falsafah dalam Bidang Sejarah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.


Siang tadi,saya berkesempatan pergi ke beberapa buah Muzium di Bandar Moscow bersama seorang Rakan.Tujuan utama kami pergi ke Muzium-Muzium ini adalah kerana kami mahu melihat Budaya dan Pemikiran Masyarakat Tempatan di sini dengan lebih mendalam.

Diharap semoga lawatan kami itu ada manfaatnya.

Gambar di atas ini,diambil Petang tadi juga di Muzium Mayakovsky.

Simbolik Gambar di atas yang saya cuba sampaikan kepada anda semua untuk difikirkan adalah :

Gambar menunjukkan wajah-wajah Pembina Era Soviet.Soalan untuk kita : Di manakah wajah kita dalam Portrait kebangkitan Islam?Tidak mahukah kita turut sama di dalam Portrait itu?

Cukup sekadar itu Perkongsian daripada Lawatan hari ini.

Saya mahu sambung Cerita kita di Istanbul dahulu.

*** *** ***


Hippodrome of Constantinople

2 Februari 2012 - Pagi itu Destinasi Pertama kami adalah untuk melihat kawasan Sultanahmet.

Sebelum pergi ke sana,kami sempat melihat kawasan Hippodrome of Constantinople.Mengikut apa yang saya baca di situ (ada papan tanda Penerangan),kawasan ini dahulunya menjadi tempat Kuda-Kuda berlumba di Zaman Byzantine.

Ada sesuatu yang menarik minat saya di tempat ini - tentang Obelisk-Obelisk yang berada di situ.

Siapa di antara anda yang sering mengkaji tentang Konspirasi tentu tahu tentang persoalan yang saya cuba kongsikan ini - Apakah kaitan Obelisk dengan Konspirasi?

Dan mengikut apa yang saya baca di situ,salah satu Obelisk di situ - Obelisk of Theodosius,merupakan sebuah Obelisk dari Zaman Mesir Purba - tapi dialihkan ke Lokasi Sekarang pada Zaman Kerajaan Rom.

I wonder how they did that.Tentu banyak Buruh yang dipakai untuk melaksanakan Misi itu.

Mungkin.

Saya tidak tahu.

*** *** ***


Hagia Sophia

Bangunan bersejarah ini merupakan Destinasi kami yang seterusnya.

Oleh kerana kami berjalan di Turki tanpa khidmat sebarang Rakan atau Agen,kebanyakan Rancangan dilakukan kami ketika masih berada di Moscow.

Alhamdulillah.Boleh dikatakan 95% daripada Plan kami tercapai.

Kami tiba di Hagia Sophia ketika waktu masih awal.Dalam pukul 10 Pagi something mungkin?

Apakah Hagia Sophia ini?

Bangunan ini dahulunya merupakan sebuah Gereja Ortodoks yang kemudiannya ditukar menjadi Gereja Katolik sebelum ditukar kembali fungsinya menjadi Gereja Ortodoks.

Tapi,setelah Tentera Islam menawan Istanbul (ada kisah menarik tentang Penawanan ini yang akan saya ceritakan kemudian),Gereja ini ditukar fungsinya menjadi Masjid.

Hagia Sophia telah menjadi Masjid dalam tempoh hampir 500 Tahun!

Dipetik daripada Page Wikipedia - "In 1453 Sultan Mehmed II laid siege to Constantinople, driven in part by a desire to convert the city to Islam".

SubhanAllah.Lihatlah.Jika seorang Muslim itu kuat Iman di dadanya,Beliau akan bersungguh-sungguh menyebarkan Kebenaran ini,biar apa juga halangan yang menjelma.

Anda tahu siapakah Sultan Mehmed II ini?

Saya ketika berada di Turki tidak tahu siapakah Beliau ini.Setelah beberapa hari di sana - baru saya tahu bahawa - Sultan Mehmed II ini adalah Sultan Al-Fatih!SubhanAllah.

Hagia Sophia ini terus ditukarkannya menjadi Masjid sejurus menakluk Istanbul.

Lihatlah betapa Beliau mementingkan Agama Allah ini dalam Agenda Pentadbirannya.

Tapi jika difikirkan memang benar.Masjid merupakan suatu perkara yang amat penting sekali dalam Agenda Kehidupan Umat Islam.

Kalau dalam Satu kawasan itu tiada Masjid,atau sekurang-kurangnya Surau Kecil,di manakah Umat Islam hendak bersolat Jemaah?

Sedangkan kita tahu salah satu kekuatan utama Muslimin itu datangnya dari Solat Jemaah - di mana Muslim tanpa mengira pangkat,agama,kaum mahupun harta bersama-sama berganding bahu dan merapatkan kaki,menyembah Allah SWT,Maha Pencipta Sekalian Alam!

Priority mereka adalah mencari keredhaan Allah SWT!

Itulah kekuatan sebenar Muslim.

Tanpa Masjid,Solat Jemaah sukar dilaksanakan.Jadi,akan lemahlah suatu komuniti Muslim itu.

Setelah difikir-fikirkan kembali,memang benarlah apa yang cuba Sultan Mehmed II Al-Fatih ini cuba lakukan.

Saya petik sekali lagi Maklumat dari Page Wikipedia Tentang Penukaran Hagia Sophia kepada Masjid :

When the Sultan and his cohort entered the church he insisted it should be at once transformed into a mosque. One of the Ulama then climbed the pulpit and recited the Shahada. [Sumber]

Patutlah dikatakan Tentera Al-Fatih ini merupakan Tentera Terhebat.Kerana matlamat mereka adalah untuk mencari keredhaan Allah SWT.Saya perlu lebih banyak research tentang Sultan Mehmed II ini.

Hagia Sophia (sebutan Aya Sofya) ini juga merupakan Masjid Di-Raja Pertama di Istanbul.

Itu sedikit sebanyak kisah Hagia Sophia semasa berfungsi sebagai Masjid.

Ternyata berbeza benar antara Pemerintahan Sultan Mehmed II ini dengan Sistem Manusia yang kita jalani pada hari ini.Sultan Mehmed II ini mementingkan Nilai Dalaman sebelum Luaran.Sistem Barat pada hari ini pula - memfokuskan Luaran semata sehingga mengabaikan Nilai Dalaman.Akibatnya?

Terbinalah banyak Pencakar Langit.Tapi,dihuni Bandar kita pada hari ini oleh Binatang yang bertopengkan Manusia.Anak dibuang sana sini,Zina berleluasa etc etc.
Sama-sama kita ambil Pengajaran dari kisah ini.

Berbalik kepada kisah Hagia Sophia.

Selepas Hampir 500 Tahun menjadi Masjid,ada perkara yang berlaku kepada Bangunan Bersejarah ini.

Apakah perkara itu?

*** *** ***

Penukaran Hagia Sophia Menjadi Muzium Oleh Mustafa Kemal Atatürk

Ya.Siapakah Mustafa Kemal Atatürk ini?

Anda tentu tahu.

Apakah kaitan Beliau dengan Turki?

Apa 'sumbangan' Beliau terhadap Turki?

Saya bukanlah seorang yang suka bercakap tanpa melihat dahulu bukti.

Selepas pergi ke Turki,saya mendapati memang benar - ada 'kerosakan besar' yang melanda Islam di Turki.

Apakah itu?

Saya akan ceritakan perkara-perkara ini dalam Penulisan seterusnya.

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Kesimpulan yang saya ingin sampaikan adalah : Kemuliaan dan kekuatan itu datang dari Allah SWT semata-mata.Sama-sama kita renungkan Terjemahan Ayat Al-Quran Surah Muhammad Ayat 7,

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu". [Muhammad : 7]

Selagi kita tidak kembali sepenuhnya kepada Maha Pencipta - jangan sesekali mengimpikan kemenangan.

Saya akan sambung Penulisan saya pada esok hari,insya-Allah.

Salah silap,terkasar bahasa,tersalah fakta - minta dimaaf dan dibetulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Kepada anda-anda yang mahu menyumbang Dana untuk Giveaway Bulan Februari 2012 - Peluang masih terbuka.Sebab masih tiada orang yang sumbang Dana setakat ini.Boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com.

P/P/S : Teruskan berdoa untuk Umat Islam di Syria dan Palestin etc.Jangan biarkan diri selesa dalam Zon Selesa.Kelak keselesaan sementara itu bakal memakan diri.


No comments:

Post a Comment