28.2.12

Empayar X : Kenapa Islam?Why Islam?

Prenote : Saya amat-amat berharap anda membaca/menonton segala yang dikongsikan saya dalam Penulisan ini.Kerana kalau ada yang skip,bimbang mesej tidak sampai.

Prenote II : Mempersekutukan Allah SWT (Tuhan) dengan sesuatu yang lain (Syirik) - itu dosa yang amat besar!Hanya kepada Allah kita menyembah,hanya kepada Allah SWT kita memohon!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sekiranya kamu menaruh syak tentang kebenaran ugamaku, maka (ketahuilah) aku tidak menyembah makhluk-makhluk yang kamu menyembahnya yang lain dari Allah, tetapi aku hanya menyembah Allah yang akan mematikan kamu (untuk menerima balasan); dan aku diperintahkan supaya menjadi dari golongan yang beriman.

"Serta (diwajibkan kepadaku): ' Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah mengerjakan perintah-perintah) ugama dengan betul dan ikhlas, dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik '."

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). [Yunus : 104-106]

Assalamualaikum.

Sudah lama saya tidak mencoret.Siri Empayar juga sudah lama terhenti.Tapi jangan risau.Selagi nyawa dikandung badan,dengan izin Allah SWT,saya akan tetap menulis,insya-Allah.

Banyak perkara yang berlaku dalam seminggu dua ini.

Saya dengan seorang Sahabat telah memulakan Satu Program yang ringkasnya adalah satu usaha kami untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang budaya,kefahaman dan cara hidup Masyarakat Tempatan di sini.Program ini berlangsung pada setiap hari Ahad di mana kami akan cuba melawat beberapa tempat di sekitar Bandaraya dalam hari itu.

Sudah dua minggu Program berlangsung.Banyak tempat telah kami pergi.

Semalam sebagai contoh,kami telah melawat The Pushkin Museum of Fine Arts,Museum of Tolstoy dan juga Cathedral of Christ the Saviour.

Banyak pengajaran yang kami dapati.Semua tempat di atas ini sebenarnya menyimpan khazanah yang amat penting kepada Peradaban Tamadun Barat di sini.

Adalah menjadi satu kerugian bagi seorang Muslim (dalam kes ini - bagi saya),andai sudah berada di sini,tapi tidak mengambil peluang untuk mengkaji pemikiran Masyarakat di sini.

Sebelum ini,saya juga pernah menulis beberapa Penulisan yang di dalamnya tercoret Pandangan Peribadi saya terhadap Sistem Manusia dalam Tamadun Barat ini.Di bawah ini saya linkkan beberapa tajuk yang anda boleh baca :

1) Tamadun Yang Berakarkan Kejahilan/Bersabarlah Wahai Ghuraba-Ghuraba Sekalian!

2) Mungkin Kita Kelihatan Maju Pada Luarannya.Tapi Hakikatnya?

Banyak lagi Penulisan tentang Sistem Barat Ciptaan Manusia ini saya pernah coretkan.Kebanyakannya adalah berdasarkan Pemerhatian saya sepanjang berada di sini.

Anda boleh searchkan sahaja "Catatan Seorang Pengembara" di dalam Kotak Search di sebelah kanan blog ini untuk Bacaan Tambahan.

Renungkan juga Status Twitter saya di bawah ini.



Di Cathedral of Christ the Saviour semalam (yang juga merupakan Bangunan Gereja Ortodoks Tertinggi Dunia),oleh kerana kami sampai di sana agak awal,kami berkeputusan untuk masuk ke dalam Gereja itu untuk melihat sendiri apa yang ada di dalam Gereja itu.Sebelum saya masuk,saya berdoa kepada Allah SWT,Maha Pencipta Sekalian Alam untuk Menetapkan hati saya di atas jalan yang lurus.

Tujuan saya memasuki Bangunan itu semata hanya kerana saya mahu melihat sendiri apa yang sedang berlaku.

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim". [Al Maaidah : 72]

Apa yang berada dalam Gereja itu?Sedang berlaku suatu Upacara.Saya dan Sahabat saya - kami berpura-pura sebagai Pelancong melihat keadaan dalam Gereja.

Saya tidak mahu ceritakan tentang perkara ini dengan lebih lanjut kerana saya mahu menulis tentang Istanbul dahulu.

Tapi,pengajaran yang saya dapat selepas keluar dari Gereja itu adalah - Islamlah Kebenaran.Islamlah "the true Religion".

Kenapa?

Ajaran Islam menyatakan bahawa setiap manusia - tidak memerlukan sebarang pengantara untuk memohon keampunan/berdoa kepada Allah SWT (Tuhan).

Seorang hamba boleh terus meminta dan memohon kepada-Nya (Allah SWT,Tuhan Yang Maha Memilik Sekalian Alam) tanpa melalui sebarang pengantara.Allah SWT Maha Mendengar,Maha Melihat!

Tiada Tuhan Melainkan Allah,dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah SWT!

Tiada konsep yang mengelirukan etc etc.

Boleh tonton video di bawah ini untuk mendengar sendiri Seorang Pemuda yang dahulunya Kristian menceritakan kenapa Beliau memeluk Islam.


Pemuda ini namanya Yusha Evans - kini Alhamdulillah dengan izin Allah SWT - Yusha Evans ini menjadi seorang Pendakwah di jalan-Nya.

Sebenarnya sebagai seorang Muslim,perlu juga untuk kita sesekali mendengar Talk oleh mereka-mereka ini yang dahulunya bukan Islam - dan kini memeluk Islam.Kita perlu dengar 'sebab munasabab' mereka menerima Islam.

Adalah menjadi suatu yang menakjubkan sebenarnya - kerana kebanyakan mereka yang memeluk Islam dengan 'kefahaman dan Ilmu' ini akhirnya menjadi seorang Muslim yang bersungguh-sungguh mengamalkan Islam sepenuhnya - malah kadangkala lebih bersemangat daripada orang yang 'Muslim' dari lahirnya.

Itulah juga salah satu sebab kenapa pentingnya Ilmu dalam kita beramal.


Video di atas juga perlu anda tonton andai anda ada sedikit masa lapang.Insya-Allah bermanfaat.

Sebenarnya apa yang berlaku dalam hidup saya sejak Akhir-Akhir ini,semuanya berkait rapat.Alhamdulillah.Allah SWT Memberikan Petunjuk-Nya kepada kita dalam Pelbagai Cara.

Kita sebagai manusia - janganlah memalingkan diri dari Jalan ini - apabila telah jelas kepada kita akan kebenaran Jalan ini (Islam).

Selepas saya keluar dari Gereja - saya juga mendapat satu Pengajaran.

Islam itu Relevan sepanjang Zaman.Islam sesuai untuk semua manusia tidak mengira dari mana asal mereka,apa kaum mereka dan apa pekerjaan mereka etc etc.Islam itulah kebenaran.Islam itu fitrah.Ianya juga relevan dengan Zaman Sains Dan Teknologi.

Cuma kadangkala salah faham terhadap Islam itu - ianya berlaku kerana misconception yang terjadi akibat Penafsiran Sempit Dan Kejahilan sesetengah Muslim itu sendiri terhadap Islam - sebagai contoh 'Muslim' yang menafsirkan Islam itu berdasarkan Sentimen Perkauman,Sentimen Bangsa,Sentimen Jumud - walhal Islam itu sesuai untuk semua.

Itulah sebabnya kita kena sentiasa mengembara.Melihat dengan 'mata hati'.Fitnah Akhir Zaman ini terlalu kompleks.

Kita perlu sentiasa memohon Petunjuk dan Hidayah dari Allah SWT.Kita juga perlu sentiasa memohon agar ditetapkan hati kita oleh Allah SWT di atas Jalan Islam ini.

Astaghfirullahalazim.Jadi,kepada kita semua - sama-samalah kita meningkatkan Pencarian Ilmu agar lebih memahami kebenaran Islam ini.Jika tidak mampu menjadi Pencerah,janganlah menjadi Penghalang Kebenaran.

Kepada Non-Muslim,Allah SWT (Tuhan) Mengurniakan kita dengan Akal Fikiran.Renunglah sekeliling anda,dan tanyakan "Siapakah aku?Apakah tujuan aku diciptakan?"

Jawapan sebenarnya sudah ada.Saya jemput anda untuk membaca Terjemahan Kitab Al-Quran dalam Bahasa Ibunda anda.Bacalah Al-Quran.Jika anda benar-benar mencari kebenaran,nescaya kebenaran anda ketemui.Insya-Allah.Mohonlah petunjuk daripada Allah SWT (Tuhan Sekalian Alam).

Anda juga boleh download PDF Terjemahan Al-Quran Dalam Bahasa Inggeris Percuma di sini.

Saya teringat satu quote yang saya tonton dari sebuah video tidak lama dahulu (Link).Quote itu berbunyi lebih kurang begini,

Sekumpulan Askar Amerika bertanya,"Apakah itu Islam?".

Seorang Imam bertanyakan mereka,"Pernah pergi Masjid?".

Mereka menjawab,"Tidak".

Imam itu mengajak mereka ke Masjid.Di dalam Masjid,sejurus melihat sekumpulan Muslim sedang sujud,seorang dari mereka berkata,"Inilah Agama Sebenar.Inilah 'true submission'.Inilah Ibadat seorang hamba kepada Tuhannya".

Ya.

Fikir-fikirkan.

Kepada Golongan Berilmu,ada sedikit nasihat saya mahu sampaikan.

Dalam masa fitnah yang terlalu banyak berleluasa,kita yang berilmu - sebolehnya kurangkanlah mengepost dalam FB,Twitter suatu yang kurang bermanfaat kepada Masyarakat Umum.Boleh jadi,post itu makin menambah kejahilan,salah-faham orang kepada Islam.

Fikir-fikirkan.

*** *** ***

Ops,saya katakan di atas tadi yang saya mahu cerita tentang Istanbul.Haha.Tapi nampaknya terlebih sudah.

So,saya akan sambung cerita tentang Istanbul esok hari sahaja.Banyak perkara mahu dicerita.Banyak Pengajaran mahu dikongsi.Tapi hanya sedikit yang mampu ditulis.Kadangkala saya pernah terfikir untuk menjadi Penulis Sepenuh Masa - mengembara mencari Ilmu untuk dikongsi bersama manusia lain yang mencari kebenaran.Tapi,apakan daya.Saya punya tanggungjawab lain.Doakan semoga segala urusan saya dipermudah.Apa-apapun,saya tetap bersyukur kerana dalam kesibukan saya,Allah SWT tetap Membuka pintu hati saya untuk menulis suatu yang diharapkan saya dapat membawa diri saya kepada keredhaan-Nya.Amin.

Sekali lagi,saya mohon,doakan segala urusan saya dipermudah.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Berada di Museum Of Tolstoy semalam meyakinkan saya bahawa Penulisan MAMPU menggoncang dunia.

P/P/S : Saya hanya seorang hamba kepada Maha Pencipta.Ini hanya usaha kecil saya untuk menyebar jalan ini.Semoga Allah Meredhai.Amin.

P/P/P/S : Jika mahu berdakwah,anda perlu tingkatkan Ilmu.Proses ini berterusan.Katakan tiba-tiba seorang Non-Muslim datang kepada anda ingin bertanya tentang Islam,tapi anda tidak tahu menjawab soalan Beliau,kan rugi.Carilah Ilmu.Korbankan waktu hiburmu.



4 comments:

  1. salam alayk!! mabruk ya akhi!!jazakallahu khairan... keep it up.. may ALLAH bless

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg berisi..semoga kita sama-sama tetap di jalan yang benar, Islam agamaku dan cara hidupku. Islam itu terlalu indah dan lengkap sehingga setiap perkara ada solusinya. Jika mahu kenali Islam, kenalilah agama Islam itu terlebih dahulu dan bukan semata-mata melihat pd penganutnya~

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.terima kasih atas perkongsian..assalamualaikum.doakan penulis dan keluarga serta ibu bapa

      Delete
  3. Assalam.. perkongsian yang bagus. izinkan saya share juga ya.

    ReplyDelete