21.2.12

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi Februari 2012).

Prenote I : Siri Empayar terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada Giveaway ini.

Prenote II : Saya meminta kerjasama Para Penerima Buku-Buku ini nanti untuk menghubungi saya secepat mungkin (selewat-lewatnya 24 Jam selepas Komen anda ditulis).

Prenote III : Buku-Buku yang diagih,BUKAN UNTUK DIJUAL KEMBALI.

Prenote IV : Keutamaan diberikan kepada mereka yang masih belum menyertai Giveaway ini.Kita beri orang lain peluang pula,okay?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Beberapa hari yang lepas,saya ada menyatakan Permohonan Mengutip Dana untuk Giveaway kali ini.

Setelah hampir Tiga Hari tanpa sebarang jawapan,saya fikir mahu gunakan duit saya dahulu.Tapi,oleh kerana saya punya kedudukan kewangan agak tidak stabil buat masa ini,jadi saya fikirkan mahu beri buku-buku yang 'tidak berapa mahal'.

Tapi itulah orang cakap,Allah SWT Maha Pemurah.Dia Ada rancangan yang lebih baik untuk saya.

Hari ini,saya mendapat Sumbangan Kewangan yang agak besar dari seorang Penyumbang Dana.

Jadi,saya dengan ini mengumumkan Giveaway Pena Maya Edisi Februari 2012 - dengan Empat Buah Buku Percuma untuk diedar kepada Empat Orang Para Pembaca Bertuah!Sebuah buku untuk setiap seorang Pembaca.

Oleh kerana Jumlah Wang yang diterima agak besar,saya akan memberikan beberapa buah buku yang agak mahal.

Alhamdulillah.Sungguh,Allah SWT Maha Pemurah.Banyak nikmat yang diberikan-Nya kepada kita.Cuma kita sahaja yang sering membutakan mata - tidak mensyukuri nikmat-Nya.

*** *** ***

Sebelum kita pergi lebih lanjut,saya juga ingin mengajak anda-anda yang masih belum pernah memuat-turun E-Book Penerbitan Pena Maya,untuk mendownloadnya hari ini.

Semua buku ini diedarkan secara Percuma.Untuk mendownload,just klik pada Tajuk-Tajuk buku di bawah ini :

1) Refleksi Anak Muda
2) Zaman Orang Ganjil
3) Misi (Sebuah Penulisan Random)

Semoga buku ini membawa manfaat untuk kita semua - di dunia dan Akhirat kelak - Amin.

Anda memerlukan Adobe Reader untuk membaca E-Book ini semua.Boleh download Adobe Reader di sini.


*** *** ***

Di bawah ini saya akan coretkan serba sedikit Latar Belakang Program Giveaway Percuma Pena Maya - dan cara-cara untuk mendapatkan buku-buku ini bagi anda-anda yang berminat.

Penerangan

Hadis Rasulullah SAW bermaksud,

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Berbekalkan kesedaran ini,Penulis dengan ini mengadakan satu Program Giveaway Buku Percuma yang akan dilaksanakan setiap bulan mulai Oktober 2011.

Walaupun Pena Maya tidak mempunyai ramai pembaca,tapi Penulis yakin Para Pembaca yang membaca blog ini walaupun sedikit,memang terdiri dari Golongan yang benar-benar mahu mencari Ilmu.

Jadi,jika diberikan buku kepada Para Pembaca yang benar-benar membaca ini,insya-Allah Penulis yakin mereka akan manfaatkannya dengan elok.


Siapa Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam yang membaca blog Pena Maya.

Tapi,ada syaratnya.Untuk mengelakkan Pemberian itu dari menjadi sia-sia,anda yang hendak menyertai Giveaway ini hendaklah memastikan anda benar-benar mahu membaca buku itu.Jika tidak,rugilah buku itu nanti.Ramai lagi orang lain boleh bacanya.

Dan tidak semestinya anda sertai untuk mendapatkan buku itu untuk diri anda sahaja.Anda juga boleh sertai Giveaway ini untuk beri buku itu kepada Family/Rakan anda yang dirasakan memang benar-benar akan baca buku itu.

Tapi,sekali lagi diulang,kepada anda yang mahu menyertai Giveaway ini,pastikan buku itu jika diberi kepada anda,ianya bakal dimanfaatkan.Bukan apa,jika anda tidak mahu baca buku itu,bukankah elok bagi buku itu kepada orang lain yang mahu memanfaatkannya.

Kan?


Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

Senang sahaja.

Ini sebenarnya bukan Peraduan.Just Penulis nak bagi buku kat Para Pembaca yang bertuah yang benar-benar mahu membaca buku Islamik untuk mencari Ilmu dan mengamalkannya.

Jika anda Pembaca Pena Maya dan berminat mendapatkan buku-buku ini,anda hanya perlu :

1) Nyatakan di Bahagian Komen yang anda berminat.Buat pilihan buku yang anda hendak.Kalau anda hendak beri buku itu kepada Ibu anda misal kata,nyatakan bahawa anda hendak memberi buku itu kepada Ibu anda.

2) Beri pandangan anda terhadap Soalan Penulis ini (setiap bulan soalannya berlainan) - "Apakah keseriusan itu penting dalam perubahan diri seseorang ke jalan Allah?Apakah kita mampu menginsafi kesalahan diri,andai setiap hari diri sentiasa bergelak ketawa?Apakah cukup kita merubah diri 'di dalam Internet' semata tanpa membuat amal dalam dunia sebenar?"

3) Soalan ini mungkin kelihatan susah.Tapi jangan risau.Anda tidak perlu tulis macam seorang Doktor Falsafah pun jawapan anda.Just bagi pendapat jujur anda.Just kita kongsi Ilmu.Kalau pendapat anda tidak berapa panjang pun,anda still boleh dapat buku-buku ini.Cuma ditanya soalan ini oleh saya - kerana saya mahu supaya Giveaway ini diisi dengan suatu yang bermanfaat untuk kita semua juga insya-Allah.

4) Nyatakan cara bagaimana Penulis boleh menghubungi anda.E-Mail/Twitter atau jika anda tidak mahu mendedahkan Identiti anda secara Public,anda boleh kunjungi semula Blog ini dalam tempoh 24 Jam selepas Komen Anda ditulis.

5) Itu sahaja.Anda akan dihubungi Penulis kalau buku tu memang rezeki anda.

Ringkasnya,seorang yang hendak menyertai 'Giveaway' ini hanya perlu,

"Tulis di bahagian komen yang anda berminat,buku itu untuk siapa,jawab Soalan yang dikemukakan Penulis,nyatakan pilihan buku dan nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi".

Jika anda mahu kekal anonymous di Blog ini,jangan risau.Anda boleh lawati semula blog ini dalam tempoh 24 Jam.Kalau anda dapat buku itu,Penulis akan nyatakan di bahagian komen.Ketika itu,anda boleh menghubungi Penulis melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.Maksudnya,identiti anda hanya diketahui oleh Penulis dan Postman yang akan pos barang itu ke rumah anda.

Ketika anda sudah contact Penulis melalui e-mail,baru kita bincang pasal alamat Penerima etc.Jangan risau,Penulis akan menyimpan Privasi anda dan tidak akan mendedahkannya di Blog ini.Percayalah.


Macam Mana Hendak Tentukan Siapa Yang Dapat Buku Itu?

Serious senang.Haha.Yang baca blog ni bukan ramai sangat.So,cara nak tentukan siapa yang bakal dapat buku itu adalah :

"Empat Pembaca pertama yang menulis komen dan beri Jawapan kepada Persoalan di atas dengan penuh bergaya akan mendapat buku itu.Kiranya,kalau anda setakat komen "Salam Ziarah" - sorry anda tidak dapat buku itu.


Contoh Komen Yang Dimaksudkan Penulis

Assalamualaikum.Saya mahu buku nombor dua.

Jawapan kepada Persoalan di atas saya fikir adalah kerana bla bla bla bla.

Boleh hubungi saya di __________

(Atau jika anda Anonymous,anda boleh datang balik dalam tempoh 24 Jam).

Jelas?

Oleh kerana saya rasa Penerangan ini sudah cukup jelas,di sini saya lampirkan beberapa Buah Cadangan Buku yang hendak diberi itu.Tapi ingat,hanya Empat buah buku akan diberi,cuma untuk memvariasikan Pilihan,saya bagi anda beberapa tajuk buku yang boleh anda pilih.Dan ya,jika anda tidak dapat buku itu bulan ini,jangan risau,bulan depan insya-Allah jika saya (dan anda) hidup lagi,anda masih ada peluang.

Dan jika anda sudah dapat buku itu bulan lepas,anda kenala bagi can kat orang lain pulak untuk bulan ni.Dan jawapan yang anda beri kepada Persoalan yang saya tanya itu akan dikongsi dalam Penulisan saya yang akan datang.So,kira cam win-win la jugak.Saya dapat tau pendapat anda.Anda dapat buku.Kalau misal kata ada orang lain sudah dapat buku,tapi anda ada pandangan yang bernas,still boleh bagi jawapan.Apa salah share ilmu kan?

Okay,so ini dia tajuk-tajuk buku itu.Saya akan cadangkan lima buah buku.Empat Pembaca bertuah - sila pilih buku mana yang anda mahukan.

1) The Ideal Muslim


Penerangan : Saya secara peribadi,amat syorkan anda pilih buku ini.Satu - sebab buku ini 'rare'.Susah jumpa kat kedai.Saya akan beli (maybe) melalui MphOnline.Keduanya,kerana buku ini lengkap dengan Hadis Sahih amalan yang kita boleh lakukan seharian etc.Tapi kalau anda kurang fasih berbahasa Inggeris,saya tidak galakkan anda pilih buku ini.Bimbang salah kefahaman nanti.Tapi still,anda boleh bagi buku ni kat saudara-mara anda yang fasih bahasa Inggeris kan?

2) Indahnya Hidup Bersyariat (Panduan Fardu Ain Lengkap Bergambar)


Penerangan : Buku ini ditulis oleh Ustaz Ismail Kamus.Sangat bermanfaat.Di dalamnya ada dipapar tentang Ibadat Fardhu Ain berserta Penerangan Bergambar.Sesuai untuk anda yang mahu mendalami Ibadat Fardhu Ain.Saya secara jujur juga cadangkan anda untuk Pilih buku ini.Ibu saya ada Sebuah Buku ini di rumah.Amat bermanfaat.Mungkin boleh dihadiah kepada Ibu Bapa anda?

3) Mengemudi Bahtera Perubahan Minda (Siri Islam dan Masyarakat)


Penerangan : Saya sebenarnya mengikuti Penulisan Dr Asri ini semenjak Beliau menulis di Mingguan Malaysia lagi.Ketika itu saya masih belasan tahun.Dan ya,ketika itu,saya masih 'lost'.Tapi,Pandangan saya terhadap Penulisan-Penulisan Beliau ini - amat bagus untuk dibaca oleh orang yang 'jauh' dari Islam.Pilihlah buku ini jika anda mahu menambah Ilmu.Dalam Zaman Penuh Fitnah ini,hanya dengan Ilmu di dada kita mampu mengharunginya.Mungkin juga boleh dihadiahkan kepada Adik-Beradik anda.Yalah.Mengikut pemerhatian saya,Tulisan Beliau ini biasanya menarik perhatian Golongan Muda.

4) Bumi Cinta


Penerangan : Ini pertama kali saya memasukkan Novel dalam Senarai Giveaway.Bumi Cinta ini secara jujur - saya tidak pernah baca.Kerana saya bukanlah seorang yang meminati Novel.Tapi buku ini dicadangkan oleh seorang Penyumbang Dana Giveaway Edisi-Edisi yang lepas.Beliau mengatakan bahawa buku ini bagus dan bermanfaat untuk dibaca.Jadi,kepada Para Pembaca yang tidak suka membaca sesuatu yang terlalu berat,boleh dapatkan buku ini!Insya-Allah bermanfaat!

5) Hadis 40 Imam Nawawi (Ustaz Zahazan Mohamed)


Penerangan : Kita mengaku kita cintakan Rasulullah SAW.Tapi apakah cukup cinta kita itu dengan sekadar 'kata-kata'?Apakah kita mengamalkan Sunnah Baginda?Apakah kita mengkaji Hadis?Jadi,oleh kerana menyedari perkara ini,saya kongsikan buku ini dalam Senarai ini.Amat dicadangkan untuk anda yang sedang merubah diri.Penyampaian dalam buku ini juga bagus.

Itulah dia tajuk-tajuk buku yang saya cadangkan.

Ha,dilema kan?Saya rasa buku yang saya cadangkan ini - meliputi semua golongan - ada untuk Wanita,ada untuk Golongan Yang Merubah Diri,ada tentang Solat etc etc.

So,buatlah pilihan yang terbaik.Harap bermanfaat nanti bila dibaca.

Dan jawablah soalan yang saya bagi tu dengan elok.Ini bukan pertandingan.Just saya nak bagi buku free.

Nak kongsi buku dengan orang yang takde kemampuan nak beli buku ni.Yalah,kadang-kadang buku tu takde kat kedai.Kalau ada,kita pulak takde masa nak beli kan?Dan lain-lain.

So,jangan tunggu lama-lama.Nyatakan minat anda!

Jika tidak berjaya,bulan depan cuba lagi!Kita sebagai Umat Islam perlu banyak membaca.Baru tidak mudah ditipu.Jangan bongkak dalam mencari Ilmu.

Dan ya,kalau buku yang saya cadang ni tiba-tiba takde stok,maaf tau.Haha.Tapi takpe.Tu boleh bincang nanti.

Oh ya,lupa.

Kepada Para Penerima Buku - tolong berikan saya di E-Mail nanti Alamat dan Nombor Telefon yang Valid.Sudah ada beberapa kes di mana Penghantaran tidak dapat dilakukan kerana Penerima Buku memberi Alamat yang salah.

Setakat itu sahaja.Apa-apa tak faham,boleh tanya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sekali lagi saya ulang,Empat Penerima Buku akan dipilih berdasarkan "Empat Pengkomen pertama yang jawab soalan saya dengan bergaya,merekala yang dapat buku tu".

P/P/S : Kalau anda di luar negara,maaf saya hanya boleh lakukan penghantaran dalam Negara.Tapi tidak mengapa.Anda boleh baca buku ini masa balik Malaysia nanti kan?And sementara tu,buku tu boleh dibaca Family anda.And kalau nak bagi buku ni kat family kat Malaysia pon boleh.



28 comments:

  1. salam.lupa nk jwb soalan.huhu.pndpat peribadi. indeed mujahadah dan kesiriusan itu sgt dituntut dlm usaha utk berubah. Allah xkn mengubah keadaan seseorang klu sendiri pon mahu bukan?it just show how important didikan diri (read: tarbiyah dzatiyah) dlm diri individu..maaf x blh nk bg jwpn pnjang2 sbb rasa kerdilnya diri ini.takut cakap je berapi tp amal sebatamg haram pon tarak..nauzubillah..astaghfirullah..doakan diri ini sentiasa serius dgn mujahadahnya..assalamualaikum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.maaf saya tidak dapat balas panjang lagi komen anda.hanya boleh balas panjang lepas pulang dari kelas petang nanti..tapi ,anda tidak mahu bukukah?

      Delete
  2. Assalamualaikum.
    Ini kali pertama saya mencuba giveaway dari sini setelah sekian lama mengikuti jejak penulisan penulis.

    Kepada penulis Pena Maya.

    Saya mahu buku nombor tiga.

    Jawapan kepada Persoalan Penulis...

    Soalan Pertama.
    Ya.Pada saya, keseriusan itu penting untuk mengubah diri.Sebab, apabila serius kita akan berusaha untuk kenal dan ambik tahu.


    Soalan Kedua.
    Keinsafan itu adalah kesedaran dalam diri sendiri.Bergelak ketawa itu tidak salah.Tapi pasti ada batasnya.

    Soalan Ketiga.
    Internet mungkin jadi salah satu medan untuk bawa kita berubah.Tapi kalau tiada usaha dari diri sendiri untuk kehidupan seharian, internet itu jadi sia-sia.

    #itu adalah pandangan saya.Maaf, seperti kata Penulis, pandangan saya bukan pandangan manusia bijak pandai, pandangan itu adalah dari sudut kehidupan saya yang kerdil.

    #Tahniah di atas semua usaha penulis.Kamu anak muda yang gagah.Semoga terus berusaha.

    Boleh hubungi saya di ummikalthummohamad@gmail.com

    ..Wasalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam warahmatullah..
      alhamdulillah..buku itu menjadi milik anda..saya sudah hubungi anda..
      tentang komen anda di atas,saya akan balas selepas saya pulang dari kelas nanti ..
      kalau tidak dapat email saya boleh hubungi saya melalui pospenamaya@gmail.com ..

      Delete
  3. salam alayk~ huhu. sungguh amat penting untuk kita serius dalam berubah ,, sebab cuba bayangkan kalo setakat cakap "saya nak berubah" tapi takde sebarang tindakan,,masih bergelak ketawa enjoy dengan perkara yang ntah apa2 ,mana boleh nak dapat perubahan ke arah yang lebih baik itu..(means confirm kita takkan dapat nak mnginsafi apa kesalahan dan segala perkara worst yang pernah dilakukan..bukankah bila banyak ketawa gelap hati?? astaghfirullahalazim,, dan andai takat merubah diri di alam maya such as post2 islamik..status2 yang sentiasa mngigati orang lain..tapi diri sendiri tak ambil apa2 tindakan,so mmg tak jadi lah kan.. sungguh bila mengatakan sesuatu maka perlu untuk kita melakukannya kan ada kalam dari DIA dalam surah al-Shaff ayat 2-3...

    sungguhlah nak berubah tak mudah sebab menuntut banyak pengorbanan..maka hendaklah berubah kerana "DIA" ,,ALLAH dah jadikan kita dalam sebaik2 kejadian( dalam surah at-tin ayat 4-5 ada sebut) ,,maka kenapa kita tak mahu gunakan ke arah yang baik dan diredhai ..wallahualam... hanya bagi pendapat..(bukan nak buku)..apa2 pon jazakallahu khairan kathiran tok segala perkongsian anda..moga tsabat..may ALLAH bless

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.

      terima kasih atas perkongsian..doakan saya..maaf tidak dapat balas panjang.agak sibuk.petang nanti baru boleh balas panjang.anda tidak mahu buku kan?

      assalamualaikum.

      Delete
    2. waalaikumussalam.. yupz,tidak.. insyaALLAh. doakan saya juga. di atas hanya pandangan saya yang banyak je kelemahan, maka asiff jiddan2 jika salah dan harap ditegur dan diperbetulkan ,. wallahualam,,

      Delete
  4. dan kepada anda yang lain,ada beberapa lagi buah buku yang masih boleh dimiliki...

    saya tidak approve beberapa komen orang yang sudah menyertai giveaway yang lepas buat masa ini untuk beri peluang dahulu kepada orang yang masih belum menerima buku..jangan ketinggalan!

    ReplyDelete
  5. Salam.sebenarnya teringin memiliki bumi cinta if still avilable.ad tulis komen b4 komen atas ni.tapi x taw la.maybe x dpt di send mungkin? Bru perasan...xde rezeki kot..huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni anon yang komen atas skli tu ke? Boleh contact saya di pospenamaya@gmail.com untk mklumat delivery...

      Delete
    2. Anda pny komen b4 dis xmsuk...hubungi saya di email k

      Delete
    3. anon,boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com
      saya akan hadiahkan anda buku itu..

      Delete
  6. salam buat penamaya,

    saya berhajat untuk memiliki buku the ideal muslim. saya berpendapat buku ini sesuai untuk wanita, benar?

    hajatnya saya ingin menghadiahkan kepada seorang sahabat saya. bagi saya sahabat yang bermanfaat itu penting kerana saya lihat pada hari ini tidak ramai sahabat yang menegur sahabat yang lain apatah lagi menasihati. lama-kelamaan dua-dua hanyut dengan kelalaian dunia itu sendiri.

    jawapan:

    1. pada saya, keseriusan dalam berubah amat penting atas sebab kalau sekadar kata-kata, itu tak menunjukkan apa-apa. walk the talk. dan kalau dicaci, dikutuk oleh orang yang dengki melihat kita berubah, keseriusan itulah yang menjadi tonggak kita dalam menetapkan hati daif ini.

    2. ketawa tidak lain menjadikan hati gelap. sedangkan nabi pun banyak senyum, ketawa jarang sekali. jawapan kepada soalan kedua, ketawa tidak membawa apa-apa hasil melainkan kelalaian dan leka. bukan nak suruh kita serius sentiasa, tapi kalau boleh matangkanlah sikit minda tu. melawak sentiasa hasilnya hanya seketika.

    3. bagi saya, hijrah (berubah) banyak caranya. dan kalau bertumpukan hanya pada alam maya juga merupakan hijrah. tapi, kalau berkobar-kobar dalam alam maya, kena berkobar juga di dunia. amal itu dilihat berhasil jika ia memberi manfaat kepada orang sekeliling. dan amal itu tidak perlu ditunjukkan. hanya sekadar ingin mendapat keredhaan allah. sudah memadai bagi saya.

    boleh hubungi saya di whatsapp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam anon.
      alhamdulillah terima kasih.oleh kerana kawan anda perempuan,saya akan belikan Beliau the ideal muslimah
      by the way,boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com secepat mungkin - maklumkan saya nama penerima,alamat dan nombor telefon..kalau boleh maklumkan sekali kawan anda itu tentang niat anda,takut dia tak tau..

      Delete
  7. kepada anda2 yang lain -

    ADA SEBUAH LAGI BUKU UNTUK DIMILIKI!JANGAN LEPASKAN PELUANG.BOLEH BERI KEPADA FAMILY/RAKAN YANG MAHU MENDALAMI ISLAM JUGA.

    ReplyDelete
  8. salam buat penamaya...

    saya ingin memilih novel bumi cinta kerana saya amat menyukai penulisan novel-novel indonesia( selepas membaca buku 'negeri 5 menara', 'laskar pelangi', 'sang pemimpi') setakat ini setiap novel yang dibaca telah mampu meningkatkan semangat saya dan keupayaan saya dalam menjadi seorang yg terbaik...

    jawapan:-
    1-ya, serius penting untuk berubah. kalau tidak serius dalam melaksanakan sesuatu, ibarat segala yg kita usahakan selama ini menjadi sia-sia....
    2-manusia sentiasa alpa, sbb itu manusia bukan seorang sahaja. ya kita mampu menginsafi diri sekiranya setiap hari diri kita sentiasa gelak ketawa, but memerlukan kesedaran diri(ttg hakikat dunia sekarang atau bantuan dari kawan yg sejati(harap penamaya faham apa yg dimaksudkan) utk tolong mengingatkan hakikat dunia ini..
    3- tidak, sbb saya berpegang pada prinsip, ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam warahmatullah saudara syahmmi,boleh hubungi saya melalui pospenamaya@gmail.com , tahniah alhamdulillah anda berjaya mendapatkan buku.by the way , emailkan saya nama penerima,alamat dan nombor telefon penerima okay?

      maaf tidak dapat balas panjang lagi komen.saya akan balas bila saya tidak sibuk..

      Delete
  9. salam buat penamaya..

    saya ingin memilih novel bumi cinta...sbb saya amat meminati gaya penulisan novel-novel indonesia ini..(^_^). alhamdullilah setiap yg dibaca, semangat jitu mereka masih lg ada dlm diri. insyaAllah..:)

    jawapan:-
    1-ya, serius penting dalam untuk berubah. serius melambangkan semangat kita dlm sesuatu perkara. tanpa usaha yg serius, kerja menjadi sia-sia(novel indon semua mementingkan nilai moral ini)
    2-manusia sentiasa alpa. ya,ketawa mampu menginsafkan diri sbb manusia bukan seorang but beranak pinak. carilah yg mampu mengingatkan kita bukan melekakan kita, disitulah manfaatnya..;)
    3-tidak, kerana saya berpegang pada prinsip ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. jangan jadikan amalan kita sesuatu yang sia-sia, kerana setiap amalan ada faedahnya. so, carilah faedah tersebut.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboih sampai dua.excited betul ni...haha

      Delete
    2. tersilap, ingt xterpost td..hehehe:)

      Delete
  10. kepada anda yang lain,PENYERTAAN GIVEAWAY FEBRUARI 2012 PENA MAYA ditutup.

    tahniah alhamdulillah kepada yang dapat.yang tak dapat jangan sedih.next time ada umur,ada rezeki boleh cuba lagi.

    sapa yang dah dapat bulan ni,bagi la orang lain pula..mmkay?

    saya akan cuba balas komen2 di sini bila sudah agak lapang nanti.

    assalamualaikum alls.

    oh ya kepada semua penerima boleh hubungi saya melalui pospenamaya@gmail.com secepat mungkin..

    assalamualaikum again u olls!

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum..ini kali pertama sy lawati blog ni.

    kpd penulis saya mahu buku nombor 1 (if still available.which i really wish it is) buku ini sekiranya saya dapat..insyaAllah sy akan gunakan dalam usrah selain rujukan sendiri sebagai panduan dalam usaha mencari keredhaan NYA insyaAllah

    jawapan saya

    1.Apakah keseriusan itu penting dalam perubahan diri seseorang ke jalan Allah?

    -Ya. keseriusan untuk berubah itu sangat penting agar diri sentiasa istiqamah dalam perubahan yg dilakukan.perubahan kearah yg lebih baik haruslah kekal dan sentiasa ditingkatkan. Kalau tiada keseriusan, istiqamah mungkin hilang dan perubahan kearah yg lebih baik itu mungkin akan terhenti atau lebih buruk lagi berubah kearah yg kurang baik dr sebelumnya.

    2.Apakah kita mampu menginsafi kesalahan diri,andai setiap hari diri sentiasa bergelak ketawa?

    -Tidak. bergelak ketawa menyebabkan kita lalai atau terkadang lupa dengan tujuan hidup kita diatas muka bumi ini. tapi itu tak bermakna kita tak boleh bergelak ketawa lansung.cuma bersederhanalah dalam setiap tindakan

    3.Apakah cukup kita merubah diri 'di dalam Internet' semata tanpa membuat amal dalam dunia sebenar?"
    -Tidak sama sekali. perbuatan itu dibenci Allah kerana pelaku mungkin hanya berpura-pura ingin kelihatan baik. Sekiranya pelaku benar2 memaksudkan perubahannya walau hanya di internet tapi tidak beramal ianya tetap sia sia..kerana Ilmu tanpa amal itu ibarat pohon tanpa buah..

    wallahualam..terimakasih

    p/s:sy boleh di hubungi dengan email nashaz_freeze@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum anon...
      sejujurnya giveaway ini sudah ditutup penyertaannya..
      tapi setelah difikir yang anda akan gunakan buku ini dengan penuh bermanfaat - diguna dalam usrah etc - dan oleh kerana ini pertama kali anda melawat blog ini - saya akan hadiahkan anda dengan buku ini...

      alhamdulillah - segala puji hanya bagi Allah SWT...

      "-Ya. keseriusan untuk berubah itu sangat penting agar diri sentiasa istiqamah dalam perubahan yg dilakukan.perubahan kearah yg lebih baik haruslah kekal dan sentiasa ditingkatkan. Kalau tiada keseriusan, istiqamah mungkin hilang dan perubahan kearah yg lebih baik itu mungkin akan terhenti atau lebih buruk lagi berubah kearah yg kurang baik dr sebelumnya"

      saya secara peribadi amat bersetuju dengan ayat di atas.amat .kalau tiada keseriusan,ada kemungkinan kita akan lost kembali..

      terima kasih kerana berkongsi idea.saya akan hantarkan email kepada anda..

      apa2pon doakan saya.assalamualaikum

      Delete
  12. Assalamualaikum. Pertama sekali, ana tahu sudah terlambat untuk menyertai Giveaway ini. Namun, ana berminat sekali dengan buku 1 'The Ideal Muslim', keerana ana masih mencari-cari jalan untuk mengislahkan diri (itupun, kalau masih ada stok).

    Sejujurnya, ini bukan jawapan yang tepat kepada soalan yang dilontarkan, tetapi lebih kepada pandangan peribadi. Ana pernah menonton satu episod anime xxxHolic, di mana ada seorang suri rumah yang ingin mengubah dirinya, ingin membuang tabiat buruk gila berinternet sehingga mengabaikan tanggungjawab rumah tangganya. Walaupun dia sudah berjanji kepada dirinya untuk tidak menyentuh komputer ribanya, tidak tidak dapat memenuhi janjinya. Akhirnya, untuk merealisasikan hasratnya, komputer riba itu 'dibelah menjadi dua' (dalam anime tersebut).

    Bercakap memang mudah, tetapi untuk benar-benar berubah, memerlukan pengorbanan yang besar. Kalau betul mahu berubah, maka hadapilah cabaran dan jangan mudah mengalah dengan ujian yang melalaikan. Ambillah iktibar kata-kata hukama': "Sesungguhnya kebenaran ini berat dan menyusahkan, sedangkan kebatilan itu ringan dan menyenangkan."

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum daie..peminat komik ya?

      apa-apapun terima kasih kerana menyertai.dan maaf.penyertaan bulan ini sudah ditutup.anda boleh sertai penyertaan next month..

      saya akan adakan giveaway al-quran dalam masa terdekat.harap maklum.

      Delete
    2. Bukan peminat komik, cuma mencari sedikit hiburan dgn komik. Dulu memang gila komik, sekarang tidak..

      Delete
    3. alhamdulillah.good.sedikit demi sedikit buang kegilaan itu

      Delete