4.3.12

Anda Mahu Menyumbang Dana Untuk 'Projek 10 Al-Quran Percuma'?

Prenote : Siri Empayar terpaksa dihentikan buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada Projek ini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Mulanya saya fikir mahu menerbitkan terus Artikel Entri untuk 'Projek 10 Al-Quran Percuma Edisi Mac'.

Tapi,saya tangguhkan dahulu.

Ini untuk memberi peluang kepada sesiapa yang mahu menyumbang dana untuk sebuah lagi Naskhah Al-Quran.

Setakat ini dana yang terkumpul sudah bernilai RM 300.Saya memerlukan Dana sebanyak RM 400.Kos bagi sebuah Al-Quran (termasuk kos penghantaran) adalah RM 80 (bagi Semenanjung Malaysia) dan RM 88 (bagi Sabah/Sarawak).

Saya sebenarnya lebih prefer untuk hadiahkan Al-Quran itu nanti kepada Saudara-Saudara kita yang berada di Sabah/Sarawak.Kerana saya fikir sukar untuk mereka mencari Terjemahan Al-Quran yang bakal saya hadiahkan ini di sana.Bukannya apa,even di Bandar-Bandar Kecil Semenanjung pun sukar hendak dijumpai,apakah lagi di sana yang jauh.

Apa-apapun,kiranya saya memerlukan RM 100 lagi untuk menjalankan Projek ini.

Saya memerlukan bantuan anda.Kenapa?Pertamanya saya masih lagi bergelar seorang Pelajar.Dan pada ketika ini saya mengalami Krisis Ekonomi yang agak Parah.Haha.Keduanya,kerana biarlah Projek ini menjadi Projek kita Umat Islam bersama.

Saya sangat kagumi Perkembangan Quran Project di UK.Anda boleh lihat di sini perkembangan Projek mereka.

Jadi,kepada anda-anda yang berminat untuk menyumbang,anda boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com.Anda juga boleh membaca link ini untuk membaca sedikit sebanyak Penerangan tentang Projek ini,dan link ini untuk melihat Contoh Pengedaran Al-Quran yang telah berlangsung bagi Edisi yang lepas.

Anda tidak perlu beri banyak.RM 10 sudah cukup.Kalau 10 Orang Pembaca sumbangkan RM 10 setiap seorang,kita sudah dapat RM 100.Saya hanya mengambil Dana 'cukup-cukup' sahaja kerana saya bimbang terguna duit itu nanti.

Jadi,apa fikir anda?Jika mahu menyumbang,Alhamdulillah.Banyak sebenarnya manfaat.Bayangkan seorang membaca Al-Quran itu,kita juga dapat manfaatnya kelak.Etc etc.

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Dalam Zaman yang penuh Fitnah ini,kita mesti bekerjasama menyebarkan kebaikan.Beza antara kita (Muslim) dengan 'mereka' adalah mereka giat menyebarkan budaya kekuningan mereka,sementara kita - longlai dalam langkah.

Ayuh,bangkit kembali.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Jika berminat sumbangkan Dana,sila maklumkan niat anda di pospenamaya@gmail.com.Saya akan beri maklumat yang diperlukan di sana.Dan saya akan terus menerbitkan Entri Penyertaan sejurus menerima Dana secukupnya.

P/P/S : Boleh share dengan Rakan-Rakan/Family bila Artikel Penyertaan diterbitkan.Ramai orang yang mahu berubah di luar sana.Kita sama-sama bantu mereka.Hanya dengan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah kita boleh bangkit!

P/P/P/S : Saya tidak dapat untung peribadi pun dari Projek ini.Sebaliknya ini hanya usaha kecil saya untuk menyebarkan kebenaran ini kepada orang ramai.Semoga diredhai-Nya.Amin.



4 comments:

  1. saya ingin menyumbang 1000 rubles. nak nombor akaun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni siapa?email ke pospenamaya@gmail.com . atau contact melalui apa2 medium yang anda tahu leh contact saya.

      Delete
  2. alhamdulillah.dana telah mencukupi.artikel entri penyertaan akan diterbitkan pada jam 0800 Malam Malaysia esok.jangan lepaskan peluang menyertainya!

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian ini,teruskan berjuang...semoga di rahmati Allah

    ReplyDelete