2.3.12

Empayar XI : Antara Topkapı,Dolmabahçe Dan Hari Ini (Bahagian Pertama).

Prenote I : Penulisan adalah Pandangan Peribadi Penulis (yang sudah pastinya bukan seorang Pakar Sejarah) berdasarkan Pemerhatiannya semasa lawatan ke Istanbul baru-baru ini.Jadi,sebarang salah silap - minta ditegur dan dibetulkan.

Prenote II : Maaf Penulisan tidak berapa 'bermutu'.Ditulis dengan rushing.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.



Status Twitter di atas - saya tujukan untuk semua yang sering komen dalam Youtube/Facebook dan berdebat tanpa sebarang pengetahuan yang sahih dalam suatu perkara.

Juga ditulis sebagai nasihat untuk diri sendiri juga.

Nasihat saya untuk kita semua : Janganlah berdebat di Internet semata untuk menegakkan Nafsu Debat Ego kita semata.Allah SWT Maha Melihat.Carilah Ilmu dengan niat mencari kebenaran dan Redha-Nya semata.

Topkapı Palace,1 Februari 2012

Sudah beberapa kali Perihal Topkapı ini mahu diceritakan.Tapi tertangguh.

Insya-Allah,saya akan menceritakan tentang perkara ini dalam Penulisan kali ini.

Apakah Topkapı Palace yang digembar-gemburkan ini?

Ianya adalah salah sebuah Istana di Zaman Ottoman Empire.Istana ini menjadi kediaman utama Para Pemerintah Ottoman Empire selama 400 Tahun.Boleh juga dikatakan Topkapı ini merupakan salah satu Pusat Pemerintahan Penting di Zaman Empayar yang Gemilang itu.

Dari Page Wikipedia disebut - "It is now a major tourist attraction and contains important holy relics of the Muslim world including the Prophet Muhammed's cloak and sword".

Ya.

Tentang Khazanah Islam yang disimpan di Palace (Istana) inilah yang mahu saya ceritakan.

Topkapi ini sebenarnya sangat besar.Ada beberapa buah Istana di dalamnya.

Setiap satu Istana itu pada hari ini menyimpan Pelbagai Khazanah Ottoman Empire yang berharga.

Salah satunya,menyimpan Khazanah Islam,termasuklah Peninggalan Nabi Muhammad SAW.

Semasa memasuki Istana yang menyimpan Khazanah Islam ini,hati saya tersentuh dengan banyak perkara.Ada juga bacaan Al-Quran berkumandang dalam Istana itu.Pada mulanya,sangka saya ianya rakaman kaset.Rupa-rupanya,ada satu bahagian dalam Istana itu di mana seorang Lelaki Muda (Staff Muzium) sedang membaca Al-Quran.Berdekatan dengannya,ada dipaparkan Terjemahan Ayat Al-Quran yang sedang dibacanya.

"Ini cara yang bagus untuk menarik orang bukan Islam kepada Islam!",fikir saya.

Ya.Istana ini dibahagikan kepada beberapa segmen.

Bagi saya,antara khazanah yang paling berharga saya lihat dalam Istana ini adalah Pedang Nabi Muhammad SAW,Pedang Para Sahabat,Tongkat Nabi Musa,Mangkuk Nabi Muhammad SAW etc etc.

Anda boleh baca di sini untuk Senarai Penuh Khazanah yang dipaparkan di dalam Istana ini.

Jika saya tidak silap,kebanyakan Khazanah di dalam Istana ini - adalah yang original.Bukannya replika.Ada juga Surat Nabi Muhammad SAW ditunjukkan dalam Istana ini.Oleh kerana untuk memastikan keaslian barang-barangan di sini,lampu-lampu dipasang malap.


Pengajaran dari Topkapı Palace

Kita sering tertanya-tanya,apa punca kelemahan kita?Apa punca kejatuhan kita (Muslim)?

Saya teringat satu ayat yang pernah saya baca di dalam Al-Quran yang bermaksud,

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). [An-Nisaa' : 139]

Kemuliaan itu datangnya dari Allah!

Apa kaitannya dengan Topkapı ini?

Begini,di dalam Bahagian Khazanah Islam Zaman Nabi Muhammad SAW dan Para Sahabat ini - bolehlah saya katakan tiada dipaparkan barang-barang mewah etc etc.Apa yang ada hanya barang-barang keperluan penting sahaja.Menunjukkan yang mana Para Sahabat bukanlah mengamalkan Gaya Hidup bermewah ekstravaganza seperti yang kita amalkan di zaman ini.Sistem Barat yang kita jalani hari ini - menyeru supaya manusia 'hidup hanya untuk dirinya sahaja/melepaskan batang tengkuknya sahaja'.Ini berbeza dengan Ajaran Islam yang menganjurkan kesamaan,brotherhood etc.

Semua ini tidak dapat diamalkan jika tiadanya Iman di dada.

Sambung cerita kita.

Ada di antara beberapa Pedang di Istana ini - tertulis di bahagian bilahnya Kalimah Syahadah!

SubhanAllah.Jika direnungkan,Para Sahabat ini tidaklah meninggalkan Material Mewah etc untuk diwarisi kita.Tapi,kenapa mereka hebat?

Setelah direnung kembali suasana di Istana itu,dan saya kaitkan dengan Ayat Al-Quran di atas,ternyatalah,Generasi Islam terdahulu kuat ternyata bukannya kerana faktor material.

Sebaliknya,kuatnya Umat Islam dahulu kerana Faktor Dalaman.Mereka kuat kerana mereka berpegang teguh dengan Kalimah Syahadah - Tiada Tuhan Melainkan Allah (SWT),Nabi Muhammad (SAW) Itu Pesuruh Allah!

Ya.Mereka kuat kerana mereka benar-benar menjadi hamba-Nya.Mereka kuat kerana mereka benar-benar menyerah diri kepada-Nya.Melaksanakan apa yang diperintah-Nya.Dan meninggalkan segala yang dilarang-Nya.

Mereka kuat kerana beriman kepada-Nya!

Dan itulah yang perlu dicontohi kita!Selagi kita tidak kembali kepada Allah SWT,selagi kita tidak mengikuti perintah Allah SWT dan Rasul-Nya,selagi kita tidak kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah - usah bermimpi tentang kejayaan.

Ada pengajaran juga sebenarnya untuk Para Ibu Bapa dari lawatan saya ini.

Apa sebenarnya yang mahu anda wariskan kepada Anak-Anak anda?Kereta besar?Atau pun Ilmu yang dapat mereka gunakan untuk menjadi seorang manusia?

Atau dalam konteks ini,apakah anda mahu menjadikan anak anda seorang Doktor tapi dalam masa yang sama ingkar kepada-Nya,atau anda mahu mendidik anak anda untuk menjadi seorang hamba kepada Maha Pencipta?Jika seorang anak dididik untuk menjadi hamba kepada Maha Pencipta,secara automatik dalam bidang lain - mereka akan turut berjaya juga.

Kerana seorang hamba yang benar-benar menyerah diri kepada Allah SWT - akan bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam setiap apa yang dilakukannya.Dan semua ini dilakukan - semata untuk mencari redha-Nya.

Percayalah!

Tapi kita silap.Kita pada hari ini lebih mementingkan luaran daripada dalaman (Iman).Akibatnya?Kita lemah.Renung kembali ayat Al-Quran di atas.

Saya teringat kata-kata seorang Sahabat semasa saya pergi ke Mesir dua tahun lepas yang berbunyi lebih kurang begini,

Menjadi seorang Muslim - bukanlah bermaksud menjadi seorang Jutawan di dunia.Sebaliknya menjadi seorang Muslim bermaksud menjadi seorang hamba yang menyerah diri kepada Maha Pencipta.Itulah taraf tertinggi seorang manusia.Ya.Dengan menjadi 'hamba Allah' sahajalah kita menjadi mulia.Itulah taraf tertinggi bagi kita.Apakah menjadi Jutawan itu menjadikan anda mulia?Tidak.Tidak sama sekali.Ada Jutawan yang banyak duit - tapi hatinya kosong,tidak bermoral etc.Tapi jika anda menjadi seorang hamba - nescaya ketenangan hati anda ketemui dan miliki dengan izin-Nya.

Tamat kisah Topkapi.

*** *** ***

Dolmabahçe Palace,3 Februari 2012

Dolmabahçe ini kami lawati pada Hari Ketiga kami di Istanbul.Sengaja saya lompat terus kepada topik Istana ini kerana mahu dikaitkan dengan kisah di atas.

*** *** ***

Maaf.Saya terpaksa stop tulis.Saya ada urusan lain perlu dilakukan.Sejak akhir-akhir ini,masa kelihatan berlalu pantas bukan?Renungkan Hadis di bawah.

[Bukhari :: Book 2 :: Volume 17 :: Hadith 146]

Narrated Abu Huraira : The Prophet (SAW) said, "The Hour (Last Day) will not be established until (religious) knowledge will be taken away (by the death of religious learned men), earthquakes will be very frequent, time will pass quickly, afflictions will appear, murders will increase and money will overflow amongst you." (See Hadith No. 85 Vol 1).

Pantasnya masa berlalu - merupakan salah satu Tanda betapa hampirnya Kiamat.

Kembalilah kepada-Nya sebelum terlambat.Berubahlah.Allah SWT itu Maha Penerima Taubat.Banyakkan istighfar dan mohon petunjuk daripada-Nya.

Apa-apapun,itu sahaja untuk kali ini.

Saya akan sambung cerita tentang Dolmabahçe dalam next post.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa,minta dimaaf dan dibetulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Apakah Tujuan kita hidup?Makan?Berhibur?Atau?Carilah jawapan kepada persoalan ini dengan menggunakan 'mata hati' anda.Buka mata,refleksi diri dan keliling anda.Janganlah memalingkan diri dari kebenaran lagi.

P/P/S : Saya fikir mahu buka Kedai Buku selepas belajar nanti untuk menyara Keluarga.Keluarga? :-O



4 comments:

  1. Alhamdulillah dah ada impian berkeluarga. Masa melawat Topkapi dulu pun terkejut juga ada satu ruang orang duduk dan baca Al-Quran. Sampai situ baru tahu yang Quran berkumandang tu bukan kaset. Best Istanbul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.banyak2 tu yang dia nampak.doakan bro..ti jemput datang..

      by the way,betul beb.istanbul memang perlu pergi..sejarah dia sama dengan mesir - perlu umat islam yang nak kaji sejarah kita untuk pergi..

      Delete
  2. Salam...
    Masa memang sangat cepat berlalu sekarang..rasa baru semalam berada di sebelah timur..hari ni dah berada di tanah air semula..terasa macam masa tu semakin pendek dan dunia semakin mengecil...tapi Allah tetap bagi 24 jam sehari dan bumi tetap bulat...tak kurang, tak lebih..atau kita ni yang semakin banyak menghabiskan masa dengan benda2 yang tak berfaedah?? Semoga Allah permudahkan kita untuk sentiasa mengingatiNya walau dalam keadaan apa dan di mana kita berada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..alhamdulillah terima kasih atas peringatan.
      ya kita sebenarnya yang makin banyak habiskan masa dengan perkara2 ngarut..fitnah akhir zaman..

      sama2 kita berdoa kepada-Nya agar ditetapkan iman.assalamualaikum

      Delete