4.3.12

Empayar XII : Antara Topkapı,Dolmabahçe Dan Hari Ini (Bahagian Kedua).

Prenote I : Penulisan adalah Pandangan Peribadi Penulis (yang sudah pastinya bukan seorang Pakar Sejarah) berdasarkan Pemerhatiannya semasa lawatan ke Istanbul baru-baru ini.Jadi,sebarang salah silap - minta ditegur dan dibetulkan.

Prenote II : Harapan saya,Artikel ini tidak kekal sebagai 'Artikel Kosong' sahaja selepas dibaca/ditulis kita semua.

Prenote III : Lima Al-Quran Percuma akan diedarkan dalam Penulisan selepas ini (mungkin).Siapa yang berminat sumbangkan dana boleh hubungi Penulis di pospenamaya@gmail.com.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Sebelum mulakan,saya mahu berkongsi sebuah gambar dengan anda untuk direnung dan direfleksi bersama kita.


Eh silap.Bukan tu.Tapi gambar ni.


Assalamualaikum.

Alhamdulillah,kerana kita semua masih diberi peluang untuk hidup pada hari ini dan masih lagi diberi peluang untuk bertaubat dan memohon keampunan-Nya.

Astaghfirullahalazim.Kadangkala malu dirasa diri - walau berjuta kali diri melakukan kesilapan,tapi tetap diberi peluang oleh-Nya.

Astaghfirullahalazim.Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosa hamba-Mu ini.Amin.


Caption Asal Gambar : "Kemuliaan itu datang dari Allah SWT.selagi cinta dunia menebal dalam diri,selagi tidak pernah tanah dicecah kepala untuk bersujud kepada-Nya,usah bermimpi akan gerbang kejayaan.

Ayuh,kikis cinta dunia,mulakan langkah mengubah diri.

Allah SWT Maha Penerima Taubat".


Gambar di atas ini menunjukkan Pintu Gerbang Dolmabahçe Palace.Dalam beberapa hari ini,semasa saya tidak menulis,saya kerap memuat-naik beberapa gambar di Tumblr saya.Kepada anda-anda yang berminat,boleh lawat Tumblr saya itu.Moga ada manfaat.

*** *** ***

"Janganlah berjuang kerana Individu.Janganlah berjuang kerana Tokoh.Kerana jika kita berjuang kerana Individu - bila Individu itu tersilap langkah - kita pasti akan goyah.Berjuanglah semata untuk mencari redha-Nya" - kata-kata ini adalah nasihat seorang Sahabat kepada saya tidak lama dahulu.

Ada benarnya.

Sekarang jika kita lihat,terutama di dalam Laman Sosial,ada sesetengah dari kita amat taksub dengan sesetengah Tokoh.Sehingga apabila Tokoh itu mengeluarkan Statement yang agak kurang tepat,kita tetap mempertahankannya.

Janganlah begitu.

Beranilah kerana benar.Jadilah hamba Allah SWT yang tunduk kepada-Nya semata,bukan tunduk kepada perkara-perkara lain.

Sama-sama kita renungkan.

*** *** ***

3 Februari 2012,Dolmabahçe Palace

Jika dalam Penulisan sebelumnya saya menceritakan tentang Topkapı Palace - atau dalam kata lain saya mahu menarik perhatian anda akan Punca Kejayaan Umat Islam pada tempoh itu,apa pula yang ingin dikongsi untuk Penulisan kali ini?

Hari ini saya ingin menceritakan tentang Dolmabahçe Palace,Istana Utama yang diduduki oleh Pemerintah Ottoman Empire (selepas Topkapı) sehingga Kejatuhan Tamadun ini.

Istana ini turut didiami oleh Mustafa Kemal Atatürk sehingga hari kematiannya.

Anda tentu pernah baca kisah Mustafa Kemal Atatürk di dalam Internet bukan?Tentu tahu apa yang berlaku kepadanya semasa akhir hayatnya bukan?

Jika Kisah itu benar,Dolmabahçe Palace inilah Istana yang dimaksudkan!

Sedikit Penerangan

Kami pergi ke Istana ini dengan bimbingan Pemandu Pelancong.Ini kerana,kumpulan Pelancong yang tidak mengikuti sebarang Trip Seliaan Pemandu Pelancong - potensi mereka untuk memasuki Istana ini amat nipis.

Mengikut apa yang saya faham daripada cerita Pemandu Pelancong kami,yang namanya ialah Khalil (kami lupa hendak tangkap gambar bersamanya),Istana lama ini dibina untuk menggantikan Topkapi sebagai Istana utama.

Istana ini dibina atas Tanah Tambak.

Binaannya - 100 Peratus Kayu!Ada beberapa bahagian di mana Dindingnya di-cat dengan Emas yang dicairkan!

Dalam Istana ini juga banyak Hiasan-Hiasan Mewah Hadiah dari Kerajaan lain pada masa itu.

Ada juga Bilik-Bilik untuk Anak-Anak dan Isteri-Isteri (Gundik?) Raja.Anda boleh lihat sendiri Gambar sekitar Palace ini di sini.

Dalam Palace ini juga ada banyak Hiasan yang dibuat menggunakan Emas,Berlian etc etc.

Tentu anda fikir perasaan kagum yang melanda saya ketika melihat ini semua,bukan?

Tidak.Sebaliknya saya sedih.

Kenapa?

Pandangan Peribadi Saya Tentang Dolmabahçe Palace

Mengikut apa yang saya lihat dalam Palace ini (dengan mata saya sendiri),saya merasakan Pihak Empayar pada ketika itu sudah mula hidup bermewah-mewah.

Amat mewah maksud saya.

"The world's largest Bohemian crystal chandelier is in the center hall of this Palace" [Link] - bayangkan!

Dan mengikut apa yang diceritakan Pemandu Pelancong saya,chandelier ini mengambil masa selama Dua Bulan untuk dicuci!Astaghfirullahalazim.

Saya comparekan kembali antara Pameran Barangan Peninggalan Nabi Muhammad SAW dan Para Sahabat RA yang berada di Topkapı dengan apa yang ada di dalam Istana Dolmabahçe ini.

Sangat berbeza.

Apakah Muslim ketika itu sudah mula leka?

Interior Design antara dua Istana ini juga jauh berbeza.Topkapı lebih banyak memaparkan Pengaruh Islamik dalam Binaannya.Manakala,di Dolmabahçe pula - terdapat Pengaruh Barat yang besar di sini.Ada beberapa Patung Beruang juga dalam Istana Dolmabahçe ini.Hurm.

Saya teringat suatu ayat yang saya baca dari sebuah Buku tidak lama dahulu,"Kejatuhan Muslim yang berlaku sekarang ini bukan berlaku sehari dua.Musuh-Musuh Islam telah bergerak aktif lama dahulu sebelum kejatuhan Islam".

Saya fikir,dengan kejatuhan Empayar ini - ada sesuatu yang perlu kita renungkan.

Dan saya amat yakin,salah satu punca terkuat kenapa kita 'jatuh' seperti yang berlaku pada hari ini adalah kerana persoalan pokok yang jauh kita tinggalkan.

Apakah persoalan pokok itu?Persoalan Akidah dan Iman.Ya.Kita lemah kerana Akidah dan Iman kita yang lemah.

Kita (pada hari ini) sudah jauh meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah.Akibatnya?Kejatuhan kita seperti yang kita dapat lihat hari ini.

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). [An-Nisaa' : 139]

Ada sebuah Video yang saya mahu kongsikan dengan anda.Selepas pergi ke Istanbul,saya mendapat gambaran yang lebih jelas akan mesej sebenar Video ini.


Sedikit Tentang Atatürk

Semua dari kita tahu apa yang dilakukan Atatürk ini kepada Turki.

Memang benar.Saya sudah lihat sendiri dengan kedua biji mata saya - Rakyat Turki kini telah dilanda fahaman Sekular yang sangat tebal!Arak dihidangkan di setiap kedai makan.Etc etc.No wonder,'Barat' memuji Turki sebagai 'moderate'.

Astaghfirullahalazim.Keredhaan siapakah yang kita cari?

Tapi,ada beberapa petanda kebangkitan Islam sedang berlaku.

Ya.Tanda kebangkitan ini bertambah jelas kelihatan sejak akhir-akhir ini.Mengikut apa yang saya baca,Para Pemimpin Turki pada waktu ini merupakan Pemimpin yang mementingkan Islam dalam Pemerintahannya.

Alhamdulillah.

Saya tidak mahu cerita lanjut sangat tentang Atatürk ini buat masa ini.Later saya cerita.

Tapi mengikut apa yang saya dengar dari Pemandu Pelancong,Mayat Atatürk dibiarkan di atas meja selama 3 Hari - untuk diberi penghormatan oleh Para Pemimpin Negara Lain.

Apakah benar mayatnya dibiarkan di atas Meja untuk diberi penghormatan?Atau?

Fikir-fikirkan.

Pengajaran

Jika kita compare antara kedua-dua Istana ini - Topkapı dan Dolmabahçe - yang mana boleh kita analogikan keduanya sebagai 'Tempoh Kebangkitan' dan 'Tempoh Kejatuhan' - kita dapat lihat jelas apa punca sebenar kejatuhan Umat Islam pada hari ini.

Punca yang paling utama adalah kerana,kita meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah.Kita meninggalkan kebenaran ini.

Akibatnya?

Astaghfirullahalazim.

Saya sekarang sedang membaca Surah Hud di dalam Al-Quran berserta Terjemahannya.Saya mendapati (anda yang mahu baca Terjemahan boleh baca di sini),perkara yang sama berulang dari satu kaum ke satu kaum.

Masih tidak faham?Boleh baca sini untuk maklumat lanjut - Skripnya Sama,Watak Sahaja Berbeza.

Apa yang hendak saya sampaikan adalah - Punca setiap manusia diberi balasan adalah kerana mereka berpaling tadah dari kebenaran.

Saya berdoa agar Allah SWT Menetapkan hati-hati kita.Dan supaya kita dan keluarga kita tidak terus lemas dan lemah dalam Fitnah Dunia ini.Semoga Allah SWT Memberikan Petunjuk dan Hidayah-Nya kepada kita semua dan sesiapa yang mencari kebenaran di luar sana.

Daripada Tsauban RA berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”. [Riwayat Abu Daud]

Hadis di atas - menerangkan apa yang berlaku pada hari ini!

Punca utama kejatuhan kita adalah kerana kita terlalu cinta pada dunia,dan takutkan mati.Selain itu,puncanya adalah kerana kita tinggalkan Al-Quran dan As-Sunnah.Sedangkan telah dinyatakan bahawa sesiapa yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah,nescaya Beliau tidak akan tersesat selama-lamanya.

Astaghfirullahalazim.

Sama-sama kita mohon kepada-Nya.

*** *** ***

Projek 10 Al-Quran Percuma Datang Lagi!

Penerangan tentang Topkapi dan Dolmabahçe ini masih tidak habis.Saya akan sambung lagi cerita ini dalam Penulisan seterusnya.

Tapi,saya sukacita mengumumkan bahawa Pena Maya akan mengedarkan Lima Naskhah Al-Quran percuma dalam waktu yang terdekat.

Setakat ini,dana terkumpul RM 300 telah berada dalam tangan saya.Saya memerlukan lebih kurang RM100 lagi untuk melaksanakan Projek ini.

Sesiapa yang berminat menyumbang dana - boleh e-mail saya di pospenamaya@gmail.com dan baca Artikel ini.

Itu sahaja untuk kali ini.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - sila betul dan maafkan.

Ini penulisan berdasarkan Mata Seorang Pengembara.Tidak semestinya betul.But still,ada sesuatu yang perlu direnung kita.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Banyakkan istighfar.Carilah Ilmu.Betulkan juga niat kita dalam mencari Ilmu.Ada orang - mereka cari Ilmu untuk 'bahan/hentam' orang lain.Tidak boleh begitu.Carilah Ilmu kerana-Nya semata.Allah SWT Maha Mengetahui setiap yang berada dalam hati-hati kita.Astaghfirullahalazim.

P/P/S : Sesiapa yang mahu Link Kisah Atatürk,boleh tanya saya.



2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Umar

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayang serta redha Allah SWT

    Terima kasih berkongsi pengalaman pengembaraan Umar di sini.. alhamduliLLAH..

    Puisi dalam video di atas boleh kita pelajari bahawa Allah akan menolong kita umat Islam andainya kita semua bersatu dan tidak berpecah belah.

    Tentang bahaya cinta dunia pula Allah dah mengingatkan kita.. begitu juga Nabi kita Muhammad saw telah menyatakannya.. tetapi kebanyakan manusia tak ambil peduli semua peringatan ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam makcik..
      alhamdulillah.terima kash kerana sudi brkongsi nasihat dan sedikit ilmu di ruangan komen ni..

      ye,makcik,hanya sedikit sahaja yang mengambil peringatan walau peringatan sudah ada di hadapan mata.tak pe..Allah SWT bersama dgn orang yang sabar..

      assalamualaikum.smoga makcik dan keluarga dirahmati-Nya.amin

      Delete